Ikutlah Aku
28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan’


28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Yohanes Pembaptis membaptiskan Yesus

Tingkap kaca berwarna di Bait Suci Nauvoo Illinois, oleh Tom Holdman

28 Januari–3 Februari

Matius 3; Markus 1; Lukas 3

“Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”

Semasa anda membaca tentang Yohanes Pembaptis dan pembaptisan Yesus Kristus, catatkan tanggapan-tanggapan rohani yang anda terima. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda faham ayat-ayat suci ini, dan ia akan membantu anda menyokong pembelajaran yang ahli-ahli kelas anda melakukan sendiri.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi kanak-kanak peluang mengongsi apa yang mereka sudah belajar, tunjukkan gambar Yesus sedang dibaptiskan, dan minta mereka untuk memberitahu anda apa yang sedang berlaku dalam gambar itu dan bagaimana mereka rasa tentang pembaptisan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 3:13–17

Saya boleh dibaptiskan seperti Yesus.

Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita pembaptisan Yesus untuk membantu kanak-kanak bersedia dibaptiskan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita pembaptisan Juruselamat (lihat Matius 3:13–17; lihat juga “Bab 10: Yesus Dibaptis,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 26–29, atau video berkaitan di LDS.org). Ulangi cerita beberapa kali dan menjemput kanak-kanak untuk mengongsi butir-butir yang mereka ingat. Terangkan bahawa Yesus dibaptiskan melalui pencelupan oleh seseorang yang mempunyai wewenang imamat.

  • Tunjukkan gambar tentang Yesus sedang dibaptiskan dan halaman aktiviti minggu ini. Biarkan kanak-kanak mencari kesamaan antara kedua-dua gambar.

  • Anda mungkin mengkaji semula janji-janji yang kanak-kanak akan membuat bila mereka dibaptiskan (lihat Mosia 18:8–10; A&P 20:37; True to the Faith, 23). Tanya mereka hal yang mana mereka sudah melakukan.

  • Jemput seorang ahli lembaga uskup untuk memberitahu kanak-kanak tentang temu duga baptisan yang mereka akan lalui sebelum mereka dibaptiskan.

  • Nyanyi “Pembaptisan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 54, bersama kanak-kanak. Mungkin minta seorang anak yang kenal nyanyian itu dengan baik untuk memimpin kanak-kanak yang lain ketika mereka bernyanyi.

budak perempuan dibaptiskan

Kita dapat ikut contoh Yesus dengan dibaptiskan.

Matius 3:11, 16

Roh Kudus membantu saya.

Tambahan kepada persediaan pembaptisan, kanak-kanak juga bersedia untuk menerima kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Matius 3:11, 16 untuk mengajar kanak-kanak bahawa Roh Kudus turun ke atas Yesus apabila Dia dibaptiskan (burung merpati muncul sebagai tanda bahawa ini telah berlaku). Tunjukkan gambar Kurnia Roh Kudus (Buku Seni Injil, no. 105), dan terangkan bahawa kita menerima kurnia Roh Kudus apabila kita ditetapkan.

  • Bawa kotak yang mengandungi barang-barang seperti gambar tentang Yesus, selimut yang selesa, dan kompas. Jemput kanak-kanak untuk memilih satu barang dan mengongsi bagaimana setiap barang mewakili cara yang Roh Kudus boleh membantu kita—Dia bersaksi tentang Yesus, menolong kita (lihat Yohanes 15:26), dan menunjukkan kita jalan yang betul (lihat 2 Nefi 32:5).

  • Kongsi pengalaman-pengalaman anda sendiri dengan menerima bantuan dari Roh Kudus.

  • Jemput kanak-kanak mendengar untuk cara yang Roh Kudus membantu kita ketika mereka menyanyi “Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 3

Saya diberkati oleh tatacara-tatacara Imamat Harun.

Yohanes Pembaptis memegang Imamat Harun, jadi ini ialah kesempatan yang baik untuk mengajar kanak-kanak tentang Imamat Harun dan membantu mereka mengenali berkat-berkat dan kuasa yang datang ke lelaki dan perempuan melalui imamat ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai tentang tugas-tugas Imamat Harun, menggunakan Ajaran dan Perjanjian 20:46, 58–60; 84:111. Terangkan bahawa imam dalam Imamat Harun dapat “membaptis, dan memberkati sakramen.” Para imam, pengajar, dan diaken harus “mengajar, dan mengajak semua orang untuk datang kepada Kristus” (A&P 20:46, 59). Minta kanak-kanak untuk mencari di Matius 3 untuk contoh-contoh Yohanes memenuhi tugas-tugas ini. Bagaimanakah dapat kita semua menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus, seperti Yohanes melakukan?

  • Tunjukkan beberapa gambar tentang pemegang Imamat Harun sedang melakukan tatacara pembaptisan dan sakramen (lihat Buku Seni Injil, nos. 103, 108). Bincangkan bagaimana tatacara-tatacara ini menyediakan kita untuk menerima Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 13:1, dan terangkan bahawa Yohanes Pembaptis memulihkan Imamat Harun kepada Joseph Smith. Tanya kanak-kanak bagaimana mereka telah diberkati kerana Imamat Harun dipulihkan.

Matius 3:13–17; Lukas 3:2–18

Saya dapat mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan saya.

Cerita pembaptisan Yesus ialah kesempatan yang baik untuk membantu kanak-kanak mengkaji semula perjanjian-perjanjian pembaptisan mereka dan bertekad semula untuk mematuhinya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta dua anak untuk membaca Lukas 3:7–9, 15–17, salah satu anak membaca kata-kata Yohanes Pembaptis dan anak yang lain membaca kata-kata yang lain. Selepas setiap ayat, berhenti sejenak dan membantu kanak-kanak memahami erti ayat itu.

  • Kaji semula perjanjian-perjanjian yang kanak-kanak membuat pada masa pembaptisan, yang ada di Mosia 18:8–10 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37. (Lihat juga True to the Faith, 23–26.) Jemput kanak-kanak untuk menulis ayat-ayat suci ini di halaman aktiviti minggu ini.

  • Sediakan beberapa pasangan kad dengan frasa atau gambar berpadanan yang mewakili perjanjian-perjanjian pembaptisan kita. Letakkan semua kad dengan muka di bawah. Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran melihat dua kad sekali, mencari padanan. Selepas padanan dijumpai, jemput kanak-kanak untuk mengongsi cara-cara yang mereka telah mematuhi perjanjian itu.

  • Kongsi bagaimana mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan anda telah memberkati anda.

Matius 3:11, 16

Roh Kudus boleh membimbing saya.

Kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengenali dan mengikut bimbingan Roh Kudus. Bagaimanakah anda dapat mengajar mereka bahawa mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan mereka akan membantu mereka menjadi layak untuk menerima bimbingan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta setiap anak untuk memilih salah satu daripada ayat-ayat suci berikut untuk membaca dan memberitahu bagaimana Roh Kudus bercakap kepada kita: Ajaran dan Perjanjian 6:23; 8:2–3.

  • Minta seorang anak untuk membaca Matius 3:11. Bagaimanakah Roh Kudus seperti api? Contohnya, api menenangkan hati, dan ia memberi cahaya untuk membimbing kita (lihat Yohanes 15:26; 2 Nefi 32:5).

  • Jemput kanak-kanak untuk tutup mata mereka dan hulurkan tangan mereka ke depan. Menyapu tangan mereka dengan bulu atau tali kecil. Jemput mereka untuk memberitahu anda apabila mereka rasanya. Apakah yang aktiviti ini mengajar kita tentang mengenali dorongan-dorongan Roh Kudus?

  • Jemput kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman-pengalaman yang mereka alami dengan Roh Kudus. Mengapakah mematuhi perjanjian-perjanjian kita membantu kita mempunyai bimbingan Roh Kudus?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk tanya ibu bapa mereka atau ahli keluarga yang lain tentang pembaptisan mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari ilham anda sendiri. Jangan menganggap rangka panduan ini sebagai arahan yang anda mesti ikut semasa mengajar. Gunakannya sebagai idea-idea untuk memulakan ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda mengajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)