“28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Persiapkanlah kamu jalan Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
28 Januari–3 Februari
Matius 3; Markus 1; Lukas 3
“Persiapkanlah Kamu Jalan Tuhan”
Mulakan dengan membaca Matius 3; Markus 1; dan Lukas 3. Ketika anda berdoa untuk Roh Kudus membantu anda untuk memahami bab-bab ini, Dia akan memberikan anda pandangan yang khususnya bagi anda. Catatkan tanggapan ini, dan membuat rancangan untuk bertindak atasnya.
Mencatat Tanggapan Anda
Yesus Kristus dan injil-Nya dapat mengubah anda. Lukas memetik nubuat kuno Yesaya yang menggambarkan misi Yohanes Pembaptis dan kesan kedatangan Juruselamat: “Setiap lembah harus ditutup, dan setiap gunung dan bukit akan menjadi rata; yang berliku-liku akan diluruskan” (Lukas 3:5; lihat juga Yesaya 40:4). Ini adalah pesanan untuk semua kita, termasuk mereka yang berfikiran mereka tidak dapat berubah atau tidak perlu berubah. Sekiranya sesuatu yang kekal seperti sebuah gunung dapat diratakan, maka tentu Tuhan dapat membantu kita untuk meluruskan jalan kita yang berliku-liku (lihat Lukas 3:4–5). Ketika kita menerima jemputan Yohanes Pembaptis untuk bertaubat dan berubah, kita menyediakan minda dan hati kita untuk menerima Yesus Kristus agar kita juga boleh “melihat keselamatan dari Tuhan” (Lukas 3:6).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kitab Markus
Siapakah Markus?
Di antara penulis Injil, kita kurang tahu tentang Markus. Kita mengetahui bahawa dia merupakan seorang rakan penginjil kepada Paulus, Petrus, dan beberapa penginjil yang lain. Banyak sarjana Alkitab mempercayai bahawa Petrus mengarahkan Markus untuk mencatat peristiwa-peristiwa kehidupan Juruselamat. Injil Markus dipercayai ditulis terdahulu dari tiga injil yang lain.
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Markus.”
Matius 3:1–12; Markus 1:1–8; Lukas 3:2–18
Pertaubatan merupakan perubahan besar minda dan hati.
Misi Yohanes Pembaptis adalah untuk menyediakan hati orang ramai untuk menerima Juruselamat dan menjadi lebih seperti Dia. Bagaimanakah dia melakukannya? Dia menyeru, “Bertaubatlah” (Matius 3:2). Dia menggunakan gambaran seperti buah dan gandum untuk menekankan kepentingan bertaubat bagi menerima Kristus (lihat Lukas 3:9, 17).
Apakah gambaran lain yang anda temui di dalam laporan pelayanan Yohanes Pembaptis? Pertimbangkan untuk menandakan ia di dalam tulisan suci anda atau melukis gambarnya di dalam jurnal pengajian. Apakah gambaran ini ajarkan tentang ajaran dan keperluan pertaubatan?
Pertaubatan sejati adalah “perubahan fikiran, sikap yang baru terhadap Tuhan, diri sendiri, dan tentang dunia. … [Ia bermaksud] memalingkan hati dan kehendaknya kepada Tuhan” (Panduan Tulisan Suci, “Bertaubat, Pertaubatan”). Dalam Lukas 3:7–14, apakah perubahan yang Yohanes jemput orang ramai untuk lakukan bagi bersedia menerima Kristus? Bagaimanakah nasihat ini diaplikasikan kepada anda? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan anda telah benar-benar bertaubat? (lihat Lukas 3:8).
Lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Lukas 3:4–11 (di dalam Panduan Tulisan Suci); Panduan Tulisan Suci, “Yohanes Pembaptis”; D. Todd Christofferson, “The Divine Gift of Repentance,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 38–41.
Siapakah Farisi dan orang Saduki?
Orang Farisi adalah kelompok keagamaan Yahudi yang menyombongkan diri mereka kerana ketatnya mentaati hukum Musa. Mereka cenderung untuk mengurangkan pemerhatian kepada banyak kegiatan upacara. Orang Saduki adalah golongan berada Yahudi dengan pengaruh keagamaan dan politik yang besar. Mereka tidak mempercayai ajaran tentang kebangkitan. Kedua-dua golongan ini telah sesat dari hukum Tuhan yang sebenar, dan banyak ahli mereka menolak untuk menerima pesanan nabi Tuhan, Yohanes Pembaptis.
Lihat juga Matius 23:27; Yohanes 1:19–24; Panduan Tulisan Suci, “Farisi” dan “Orang Saduki.”
Matius 3:13–17; Markus 1:9–11; Lukas 3:15–16, 21–22
Yesus Kristus dibaptiskan untuk “memenuhi segala kesolehan.”
Ketika anda dibaptiskan, anda mengikuti teladan Juruselamat. Bandingkan apa yang anda pelajari dari laporan-laporan pembaptisan Juruselamat ini dengan apa yang berlaku ketika pembaptisan anda.
Siapakah yang membaptis Yesus, dan apakah wewenang yang dia pegang? |
Siapakah yang membaptis anda, dan apakah wewenang yang dia pegang? |
Di manakah Yesus dibaptiskan? |
Di manakah anda dibaptiskan? |
Bagaimanakah Yesus dibaptiskan? |
Bagaimanakah anda dibaptiskan? |
Mengapakah Yesus dibaptiskan? |
Mengapakah anda dibaptiskan? |
Bagaimanakah Bapa Syurgawi menunjukkan bahawa Dia senang dengan Yesus? |
Bagaimanakah Bapa Syurgawi menunjukkan bahawa Dia senang ketika anda dibaptis? Bagaimanakah Dia telah menunjukkan persetujuan-Nya sejak itu? |
Nefi mencatatkan beberapa ajaran-ajaran penting tentang pembaptisan Juruselamat. Apakah perkataannya di dalam 2 Nefi 31 mengajar anda? Pertimbangkan untuk mencatatkan pengalaman pembaptisan anda di dalam sebuah jurnal.
Lihat juga Yohanes 1:32–33; Mosia 18:8–11; Ajaran dan Perjanjian 13:1; 20:37, 68–74; “The Baptism of Jesus” (video, LDS.org).
Matius 3:16–17; Markus 1:9–11; Lukas 3:21–22
Adakah Alkitab mengajarkan bahawa Kesatuan Ketuhanan adalah tiga tubuh yang terpisah?
Alkitab mengandungi bilangan bukti bahawa Kesatuan Ketuhanan adalah tiga tubuh yang terpisah. Laporan pembaptisan Juruselamat menyokong ajaran bahawa Tuhan Bapa, Yesus Kristus, dan Roh Kudus adalah tiga tubuh yang terpisah. Tuhan Bapa berbicara dari Syurga, dan Roh Kudus (diwakili oleh burung merpati) turun kepada Juruselamat ketika Dia telah dibaptiskan. Sini terdapat beberapa tulisan suci yang mengajarkan kebenaran yang sama: Kejadian 1:26–27; Matius 17:1–5; Yohanes 17:20–23; Kisah Rasul-Rasul 7:55–56; dan Ajaran dan Perjanjian 130:22.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Yohanes Pembaptis memegang Imamat Harun. Apakah yang kita dapat pelajari tentang Imamat Harun ketika kita mengkaji tentangnya? Bagaimanakah teladan Yohanes dapat membantu pemegang Imamat Harun memenuhi tanggungjawab mereka? (Lihat juga A&P 13:1; 20:46–60.)
Untuk mengajar ahli keluarga tentang pembaptisan dan kurnia Roh Kudus, pertimbangkan untuk mempamerkan satu objek yang kotor dan biarkan ahli keluarga mencuci ia dengan air. Bagaimanakah aktiviti ini mewakili pembaptisan? Kemudian mintalah ahli keluarga untuk berucap tentang beberapa ciri pembersihan oleh api. Mengapakah kurnia Roh Kudus digambarkan sebagai “pembaptisan oleh api”? (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Roh Kudus.”)
Bilakah kita telah merasa bahawa Tuhan telah senang dengan kita? Apakah yang dapat kita lakukan sebagai sebuah keluarga untuk menyenangkan Tuhan?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.