Ikutlah Aku
11–17 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’


“11–17 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Yesus bercakap dengan Nikodemus

11–17 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Semasa anda membaca Yohanes 2–4, Roh akan mengajar anda hal-hal tentang perubahan hati anda sendiri. Catatkan dorongan-dorongan Roh Anda mungkin menjumpai pendapat rohani tambahan dari idea-idea pengajian dalam rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Di jamuan perkahwinan di Kana, Kristus mengubah air menjadi air anggur—satu peristiwa yang Yohanes memanggil “permulaan mukjizat” (Yohanes 2:11). Itu benar dalam lebih daripada satu cara: ia merupakan mukjizat pertama yang Yesus melakukan secara awam, tetapi ia juga boleh melambangkan permulaan mukjizat yang lain—iaitu proses hati kita diubah semasa kita menjadi semakin lebih seperti Juruselamat kita. Mukjizat terbesar bermula dengan keputusan untuk ikut Yesus Kristus, untuk berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik melalui Dia. Akhirnya perubahan ini boleh menjadi begitu lengkap sehingga “dilahirkan semula” ialah salah satu cara yang terbaik untuk menggambarkannya (Yohanes 3:7). Tetapi dilahirkan semula ialah hanya permulaan jalan penganutan. Kata-kata Kristus kepada wanita Samaria di perigi mengingatkan kita bahawa jika kita terus di jalan ini, akhirnya Injil akan menjadi “suatu mata air” di dalam diri kita, “memberi hidup sejati dan kekal” (Yohanes 4:14).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 2:1–11

Kuasa Yesus Kristus boleh mengubah saya.

Semasa anda membaca tentang Juruselamat mengubah air menjadi air anggur di Yohanes 2:1–11, wawasan-wawasan apakah yang anda mendapat tentang kuasa Kristus untuk mengubah anda?

Anda mungkin mendapat wawasan tambahan dengan mempertimbangkan pandangan-pandangan orang lain yang berada di sana, seperti Maria, para pengikut, dan orang lain. Bagaimanakah orang ini mengalami mukjizat? Anda boleh membandingkan apa yang anda belajar tentang mukjizat dalam ayat-ayat ini dengan apa yang Yesus Kristus mengajar Nikodemus (lihat Yohanes 3:1–8) dan wanita di perigi (lihat Yohanes 4:3–26).

Yohanes 3:1–21

Saya mesti dilahirkan semula untuk masuk kerajaan Tuhan.

Bila Nikodemus datang ke Yesus secara sulit, dia seorang pemerhati yang berhati-hati. Tetapi kemudian dia membela Yesus secara awam (lihat Yohanes 7:45–52) dan menyertai orang yang percaya di penguburan Juruselamat (lihat Yohanes 19:38–40). Ajaran apakah yang anda menjumpai di Yohanes 3:1–21 yang mungkin mengilhami Nikodemus untuk ikut Yesus dan dilahirkan semula?

Nabi Joseph Smith mengajar, “Dilahirkan semula, datang oleh Roh Tuhan melalui tatacara-tatacara” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 95). Apakah peranan pembaptisan anda (“dilahirkan daripada air” [Yohanes 3:5]) dan penetapan anda (dilahirkan “daripada Roh” [Yohanes 3:5]) dalam kelahiran semula? Apakah yang anda melakukan untuk teruskan proses perubahan ini? (lihat Alma 5:11–14).

Lihat juga Mosia 5:7; 27:25–26; “Salvation,” Gospel Topics, topics.lds.org; David A. Bednar, “Ye Must Be Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 19–22.

Yohanes 3:16–17

Bapa Syurgawi menunjukkan kasih-Nya untuk saya melalui Yesus Kristus.

Elder Jeffrey R. Holland mengajar, “Kebenaran pertama yang besar untuk seluruh keabadian adalah bahawa Tuhan mengasihi kita dengan seluruh hati, daya, minda, dan kekuatan Dia” (“Esok Tuhan Akan Melakukan Mukjizat Di Tengah-tengah Kamu,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 127). Bagaimanakah anda telah rasa kasih Tuhan melalui kurnia Putera-Nya?

Sakramen memberi masa untuk merenungkan kasih Tuhan dan kurnia Putera-Nya. Nyanyian rohani apakah membantu anda rasa kasih ini? Pertimbangkan menonton video Koir Mormon Tabernacle menyanyi “I Stand All Amazed” (LDS.org). Apakah yang boleh anda melakukan untuk membuat sakramen lebih bermakna?

Yohanes 4:24

Adakah Tuhan suatu roh?

Terdapat orang yang mungkin keliru oleh pernyataan Yesus bahawa Tuhan adalah roh. Ayat ini dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith memberi penjelasan yang penting: “Kerana kepada yang demikian Tuhan telah menjanjikan Roh-Nya”. Wahyu moden juga mengajar bahawa Tuhan mempunyai tubuh daging dan tulang (lihat A&P 130:22–23; lihat juga Kejadian 5:1–3; Ibrani 1:1–3).

Yohanes 4:7–26

Kristus memberi saya air hidup-Nya.

Apakah yang Yesus mungkin bermakna bila Dia memberitahu wanita Samaria bahawa sesiapa yang minum air yang Dia memberi tidak akan pernah haus? Bagaimanakah Injil seperti air hidup?

anak sungai

Injil Kristus adalah air hidup yang memelihara jiwa kita.

Salah satu dari pesanan Juruselamat kepada wanita Samaria adalah bahawa bagaimana kita menyembah lebih penting daripada di mana kita menyembah (lihat Yohanes 4:21–24). Apakah yang anda melakukan untuk “menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran”? (Yohanes 4:23).

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Menyembah”; Dean M. Davies, “Berkat-Berkat Penyembahan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 93–95.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Yohanes 2–4

Semasa keluarga anda membaca bab-bab ini minggu ini, memberikan tumpuan pada bagaimana Juruselamat menggunakan hal-hal biasa—kelahiran, angin, air, dan makanan—untuk mengajar kebenaran-kebenaran rohani. Barang-barang apakah boleh anda menggunakan untuk mengajar kebenaran-kebenaran rohani?

Yohanes 2:13–17

Apabila anda mengelakkan hal-hal yang akan membuat rumah anda tidak bersih secara fizikal dan rohani. Ia boleh menjadi tempat yang kudus—seperti bait suci. Apakah yang keluarga anda perlu buang dari rumah anda supaya ia boleh menjadi tempat yang kudus? Apakah yang akan anda melakukan untuk pastikan hal-hal itu tidak masuk lagi?

Yohanes 3:1–6

Minta ahli-ahli keluarga untuk fikir tentang mukjizat kehamilan dan kelahiran—proses menciptakan makhluk yang hidup, bergerak, dan pintar. Kristus mengajar bahawa kita mesti dilahirkan semula sebelum masuk kerajaan Tuhan. Mengapakah kelahiran semula merupakan metafora yang baik untuk perubahan yang diperlukan sebelum kita dapat masuk kerajaan Tuhan? Bagaimanakah kita telah mengalami proses kelahiran semula rohani?

Yohanes 3:16

Jemput ahli-ahli keluarga untuk mengucapkan ayat suci ini dalam kata mereka sendiri seolah-olah mereka terangkannya kepada kawan. Bagaimanakah Kristus telah membantu kita rasa kasih Tuhan dalam kehidupan kita?

Yohanes 4:5–15

Apakah yang Juruselamat mengajar kita bila Dia membandingkan Injil-Nya dengan air hidup? Mempertimbangkan pegang gelas air dan minta keluarga anda untuk memerikan sifat-sifat air. Mengapakah kita perlu minum air setiap hari? Mengapakah Yesus Kristus membandingkan Injil-Nya dengan “mata air yang memberi hidup sejati dan kekal”? (Yohanes 4:14).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari lambang-lambang. Tulisan suci kerap kali menggunakan barang, peristiwa, tindakan, atau ajaran untuk mewakili kebenaran rohani. Lambang-lambang ini boleh memperkayakan kefahaman anda tentang ajaran yang diajar. Contohnya, Juruselamat mempersamakan perubahan hati dengan kelahiran semula.

Yesus dan wanita Samaria di perigi

Living Water, oleh Simon Dewey