Ikutlah Aku
11–17 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’


“11–17 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kristus bercakap dengan Nikodemus

11–17 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Persediaan anda untuk mengajar bermula apabila anda membaca Yohanes 2–4. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab-bab ini, dan rangka panduan ini boleh memberi anda idea-idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka belajar dan mengalami dengan menanya mereka apa yang mereka buat baru-baru ini untuk menjadi para penginjil (Matius 4:19). Anda mungkin perlu kaji semula ajaran minggu lepas dengan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 3:1–10

Saya perlu dibaptiskan dan ditetapkan untuk kembali dan hidup dengan Bapa Syurgawi.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersedia untuk mengambil langkah-langkah penting untuk kembali hidup dengan Bapa Syurgawi dengan dibaptiskan (dilahirkan daripada air) dan ditetapkan (dilahirkan daripada Roh). Bagaimana anda boleh membantu mereka memahami kepentingan kedua-dua tatacara ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Yesus mengajar Nikodemus. Berjanji kepada kanak-kanak bahawa apabila mereka dibaptiskan, Bapa Syurgawi akan memberi mereka kurnia Roh Kudus.

  • Menggunakan Yohanes 3:5 dan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar bahawa kita perlu dibaptiskan dan ditetapkan untuk hidup dengan Bapa Syurgawi sekali lagi.

  • Minta kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka lakukan untuk mencuci tangan mereka. Tunjukkan gambar Perempuan Dibaptiskan (Buku Seni Injil, no. 104), dan bantu kanak-kanak membandingkan mencuci tangan dengan air dan menjadi bersih secara rohani melalui pembaptisan.

Yohanes 3:16

Bapa Syurgawi mengasihi saya, jadi Dia memberi saya seorang Juruselamat.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak belajar kebenaran berharga ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak melengkapkan ayat-ayat seperti ini: “Kerana ibu bapa saya mengasihi saya, mereka. …” Baca Yohanes 3:16. Kemudian membantu setiap kanak-kanak mengulangi Yohanes 3:16, menggantikan perkataan “dunia” dengan nama mereka sendiri, dan minta kanak-kanak mendengar apa yang Bapa Syurgawi telah buat kerana Dia mengasihi kita. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar perkara-perkara yang membantu mereka rasa kasih Bapa Syurgawi untuk mereka (seperti keluarga, alam, kitab suci, dan lain-lain). Biarkan mereka berkongsi lukisan mereka dengan satu sama lain.

  • Biarkan kanak-kanak mengangkat satu gambar Yesus setiap kali mereka menyanyi “Putera” dalam “Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20.

Yohanes 4:5–15

Yesus Kristus ialah “air yang memberikan hidup” saya.

Kanak-kanak di kelas anda semua boleh memahami perasaan dahaga. Bagaimanakah anda boleh menggunakan pengalaman itu untuk membantu kanak-kanak memahami betapa banyak kita memerlukan air yang memberikan hidup yang ditawarkan oleh Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan gambar dalam rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk memberitahu cerita Yesus dan wanita di perigi. Minta kanak-kanak untuk menceritakan semula cerita itu.

  • Tunjuk satu gelas air, dan tanya kanak-kanak apa yang akan berlaku jika kita sangat dahaga dan gelas air itu kosong. Ringkaskan Yohanes 4:5–15, dan bersaksi bahawa Yesus Kristus dan Injil-Nya memberi kehidupan kepada roh kita, seperti air memberi kehidupan kepada badan kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 2:1–11

Saya boleh menghormati ibu saya seperti Yesus.

Di majlis perkahwinan di Kana, Maria memberitahu Yesus bahawa wain sudah habis. Menurut Terjemahan Joseph Smith, Yesus menjawab kepada ibu-Nya dengan bertanya, “Puan, apa yang kamu mahu saya buat untukmu? Itu Aku akan lakukan” (Yohanes 2:4). Yesus adalah contoh bagaimana kanak-kanak perlu memperlakukan ibu mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yohanes 2:1–11 dan ambil giliran untuk menceritakan semula sebahagiannya dalam kata-kata mereka sendiri.

  • Minta kanak-kanak menyenaraikan perkara-perkara yang ibu mereka mungkin perlukan bantuan. Jemput mereka untuk berlatih apa yang mereka akan berkata kepada ibu dengan menggunakan kata-kata Yesus: “Apa yang kamu mahu saya buat untukmu?” (Yohanes 2:4).

  • Jemput beberapa ibu untuk melawat kelas anda dan berkongsi apa yang anak-anak mereka buat untuk menunjukkan hormat kepada mereka.

Imej
Yesus bercakap dengan Maria di jamuan majlis perkahwinan

Yesus berkata kepada ibu-Nya, “Apakah yang kamu mahu saya buat untukmu?” (Yohanes 2:4).

Yohanes 3:1–8

Dibaptiskan dan ditetapkan adalah seperti dilahirkan semula.

Apabila kita dibaptiskan, yang Yesus memanggilnya “dilahirkan daripada air,” kita menerima pengampunan dosa-dosa kita dan boleh “menikmati Pemerintahan Tuhan” (Yohanes 3:5). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk memahami makna dilahirkan semula?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mencampur adukkan kata-kata Juruselamat di Yohanes 3:3 dan minta kanak-kanak meletakkan mereka dalam susunan yang betul. Bagaimanakah dibaptiskan dan ditetapkan adalah seperti dilahirkan semula?

  • Paparkan satu gambar bayi baru dan seorang dibaptiskan dan ditetapkan (lihat Buku Seni Injil, no. 104 dan 105). Bagaimanakah kita seperti bayi baru selepas kita dibaptiskan dan ditetapkan? (lihat Yohanes 3:3–5).

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi memori pembaptisan mereka. Baca Mosia 18:8–10 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37 untuk kaji semula perjanjian pembaptisan. Ajar kanak-kanak bahawa mengambil sakramen dengan teliti setiap minggu adalah cara untuk meneruskan proses dilahirkan semula.

  • Bantu kanak-kanak menghafal Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4.

Yohanes 3:16–17

Bapa Syurgawi mengasihi saya, jadi Dia menghantar Putera-Nya.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak mengetahui bahawa Yesus Kristus dihantar ke bumi sebagai ungkapan kasih Bapa Syurgawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak melukis gambar hadiah kegemaran mereka dan orang yang memberi mereka hadiah itu. Kemudian minta seorang kanak-kanak membaca Yohanes 3:16. Hadiah apakah yang Bapa Syurgawi telah beri kepada kita? Bagaimanakah hadiah ini menunjukkan kasih-Nya?

  • Minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada soalan, “Mengapa Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus kepada kita?” ketika mereka menyanyi atau mendengar “Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20.

Yohanes 4:6–23

Yesus Kristus menawarkan “air yang memberikan hidup” kepada saya.

Sama seperti Yesus menggunakan air untuk mengajar wanita Samaria, anda boleh menggunakan air untuk mengajar kanak-kanak mengapa kita memerlukan Injil Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beri kanak-kanak satu minuman air, dan minta mereka berkongsi pengalaman ketika mereka dahaga. Bincang tentang bagaimana ia rasa untuk akhirnya mendapat satu minuman air.

  • Tulis ayat-ayat ringkas dari cerita wanita di perigi, dan minta kanak-kanak untuk merujuk kepada Yohanes 4:6–23 dan meletakkan ayat-ayat dalam susunan yang betul. Apa yang Yesus cuba mengajar wanita itu?

  • Lukis di papan tulis satu gelas air dan satu mata air atau sungai. Jemput kanak-kanak untuk menamakan beberapa perkara, seperti segelas air, yang memuaskan kita buat sementara. Perkara apakah adalah seperti “air yang memberikan hidup” yang boleh memuaskan kita selamanya?

  • Tulis di papan tulis Bagaimanakah Injil adalah seperti air? Minta kanak-kanak untuk berfikir bagaimana mereka akan menjawab soalan ini apabila mereka membaca Yohanes 4:6–23.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pertimbangkan untuk meminta kanak-kanak memberi ahli keluarga mereka satu minuman air apabila mereka pulang ke rumah. Apabila mereka membuat demikian, mereka boleh berkongsi apa yang mereka belajar tentang air yang memberikan hidup.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan halaman aktiviti. Ketika kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti, gunakan masa itu untuk kaji semula prinsip-prinsip dari ajaran ini.

Cetak