“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6,Berbahagialah Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
18–24 Februari
Matius 5; Lukas 6
“Berbahagialah Kamu”
Bermula dengan membaca Matius 5 dan Lukas 6. Ikutalah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab-bab ini, dan rangka panduan ini boleh memberi anda idea-idea pengajaran.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang sesuatu yang mereka lakukan minggu ini untuk mengongsi cahaya Tuhan dengan seseorang.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menjadi pendamai.
Kanak-kanak yang anda mengajar dapat mempunyai pengaruh berkuasa di rumah apabila mereka memperlakukan orang lain dengan kasih dan kebaikan.
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Matius 5:9 kepada kanak-kanak, dan terangkan bahawa pendamai membuat apa sahaja tempat satu tempat penuh damai, tidak kira di mana mereka berada. Kongsi beberapa senario fiksyen, dan membantu kanak-kanak mengenal sama ada orang dalam senario itu menjadi pendamai.
-
Jemput beberapa ibu bapa kanak-kanak untuk menghadiri kelas anda dan mengongsi contoh-contoh masa apabila anak-anak mereka menjadi pendamai di rumah.
-
Tulis di jurai-jurai kertas beberapa keadaan susah yang kanak-kanak mungkin menghadapi (contohnya, adik-beradik bergaduh kerana mainan). Jemput setiap anak untuk mengambil satu jurai kertas. Ketika anda membaca senario-senario, minta mereka untuk mengongsi bagaimana mereka boleh menjadi pendamai dalam keadaan itu.
Yesus ingin saya menjadi satu cahaya kepada orang lain.
Kanak-kanak kecil dapat mempunyai pengaruh yang baik pada orang lain. Bagaimanakah anda dapat mendorong mereka untuk membiarkan cahaya mereka bersinar?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa barang yang memberi cahaya, termasuk gambar kanak-kanak. Baca Matius 5:14–16, dan memberitahu kanak-kanak bahawa kita semua mempunyai cahaya di dalam kita. Bagaimanakah kita dapat menggunakan cahaya kita untuk membawa orang lain kepada Tuhan?
-
Halakan lampu suluh di sekeliling bilik. Bagaimanakah cahaya membantu kita? Bagaimanakah boleh kita menjadi cahaya kepada dunia? Tutup lampu suluh. Apakah yang berlaku jika kita tidak mengongsi cahaya kita atau jika kita menyembunyikannya?
-
Sembunyikan lampu suluh di bilik, dan tutup lampu-lampu bilik. Biarkan kanak-kanak cuba mencarinya. Ulang kaji Matius 5:15, dan berucap tentang mengapa kita tidak patut menyembunyikan cahaya kita.
-
Halakan lampu suluh kepada dinding, dan menjemput kanak-kanak untuk mengikut cahaya dengan mata mereka. Gunakan cahaya itu untuk membimbing mata mereka kepada gambar Juruselamat. Minta kanak-kanak untuk mengongsi bagaimana kita dapat menjadi cahaya yang membimbing orang lain kepada Yesus Kristus.
-
Bantu kanak-kanak mencari dan mewarnakan lilin-lilin tersembunyi di halaman aktiviti minggu ini.
-
Nyanyi bersama kanak-kanak “Yesus Ingin Kubercah’ya,” “Bersinar T’rus,” atau “Ku S’perti Bintang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 38, 96, 84.
Yesus Kristus ingin saya mengasihi semua orang.
Kanak-kanak yang lebih kecil boleh bermula sekarang untuk menunjukkan kasih, bahkan apabila mereka diperlakukan tidak baik oleh rakan atau adik-beradik. Ketika anda membaca Matius 5:44–45, pertimbangkan bagaimana ajaran-ajaran Juruselamat berkaitan dengan kanak-kanak yang anda mengajar.
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Matius 5:44 lagi dengan menggunakan kata dan keadaan yang kanak-kanak akan faham. Minta kanak-kanak untuk mengongsi masa apabila mereka menunjukkan kasih untuk seseorang walaupun ia susah. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman ini membuat mereka rasa?
-
Sebagai kelas, nyanyi “Aku Akan Menolongmu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 78. Apakah yang kita belajar dari nyanyian ini mengenai mengasihi orang lain?
-
Berikan kanak-kanak kertas berbentuk hati yang berlabel “Saya akan menunjukkan kasih saya untuk semua orang.” Minta mereka menghias kertas berbentuk hati dan menggantungnya di rumah mereka sebagai peringatan untuk mengasihi orang lain.
-
Bantu kanak-kanak belajar tindakan-tindakan yang berkaitan dengan “Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74, seperti yang dicadangkan dalam Buku Nyanyian Anak-Anak.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya dapat bergembira apabila saya hidup dalam cara Yesus mengajar.
Ketika anda membaca Matius 5:3–12, perkataan dan frasa yang mana mendorong anda? Bagaimanakah ajaran-ajaran ini akan memberkati kehidupan kanak-kanak yang anda mengajar?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Membuat carta di papan dengan dua lajur, berlabel Diberkatilah … dan Berkat. Jemput kanak-kanak untuk mencari di Matius 5:3–12 siapa yang Yesus mengucapkan adalah diberkati dan berkat-berkat yang Dia janjikan kepada mereka.
-
Tulis setiap ciri dan berkat yang berkaitan dari ayat-ayat ini pada kad, dan biarkan kanak-kanak menyamakan ciri-ciri dengan berkat-berkat. Minta kanak-kanak memilih salah satu ciri dalam ayat-ayat ini yang mereka ingin mengembangkan.
Saya boleh menjadi pendamai.
Yesus mengajar bahawa pendamai akan dipanggil anak-anak Tuhan. Bagaimanakah anda dapat mendorong kanak-kanak untuk menjadi pendamai?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang anak untuk membaca Matius 5:9. Kemudian bertanya: Apakah itu pendamai? Apakah cara-cara yang kita dapat menjadi pendamai dengan keluarga dan kawan kita? (Untuk idea-idea, lihat ayat 21–24, 38–47.)
-
Minta setiap anak untuk berfikir tentang situasi yang akan memerlukan bantuan pendamai. Apakah yang seorang pendamai akan melakukan dalam situasi itu?
-
Minta kanak-kanak untuk mengongsi masa apabila mereka menunjukkan kasih untuk seseorang, walaupun orang itu lain daripada mereka atau susah dikasihi.
Contoh saya boleh menerangkan jalan untuk orang lain ikut Yesus.
Fikirkan kanak-kanak yang anda mengajar semasa anda membaca ayat-ayat ini. Apakah pesanan yang Tuhan mungkin mempunyai untuk kanak-kanak dalam ayat-ayat ini?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak menghafal Matius 5:16. Tulis ayat di papan. Bacanya bersama beberapa kali, dan padam beberapa perkataan setiap kali. Selepas kanak-kanak menghafal ayat itu, anda juga boleh bernyanyi “Bersinar T’rus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 96.
-
Minta kanak-kanak melukis hal-hal yang memberi cahaya. Baca Matius 5:14–16. Tanya mereka kenapa Yesus ingin kita menjadi cahaya kepada dunia.
-
Jemput mereka melukis hal-hal yang mereka boleh melakukan untuk menjadi cahaya kepada orang lain. Anda boleh menunjukkan video “Light the World: 25 Days of Service” (LDS.org). Jemput dua anak untuk menghadapi satu sama lain, dan minta satu anak untuk membuat anak yang lain bersenyum tanpa menyentuh dia. Bercakap tentang kuasa yang kanak-kanak mempunyai untuk membawa kegembiraan kepada orang lain.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Cabar kanak-kanak untuk mencari seseorang yang menjadi pendamai minggu ini. Pada permulaan kelas minggu depan, jemput mereka bercakap tentang siapa dan apa mereka melihat.