“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
18–24 Februari
Matius 5; Lukas 6
“Berbahagialah Kamu”
Beri perhatian kepada tanggapan yang anda terima semasa anda baca Matius 5 dan Lukas 6, dan catatkan mereka dalam satu jurnal kajian. Rangka panduan ini boleh bantu anda mengenal pastikan beberapa asas yang paling penting dan paling berkaitan dalam bab-bab ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Pada masa ini dalam pelayanan-Nya, adalah jelas bahawa ajaran-ajaran Yesus akan berbeza daripada apa yang orang pada masa-Nya biasa dengar. Orang yang sedar bahawa mereka perlukan Tuhan akan menerima kerajaan Tuhan? Mereka yang rendah hati akan menerima apa yang dijanjikan Tuhan? Orang yang menderita penganiayaan akan diberkati? Jurutulis dan Farisi tidak mengajar perkara-perkara ini. Tetapi bagi mereka yang benar-benarnya faham hukum-hukum Tuhan, ajaran-ajaran ini betul. “Mata bagi mata” dan “bencilah musuhmu” ialah hukum-hukum lebih rendah (Matius 5:38, 43), diberikan kepada orang yang tidak rela mematuhi hukum lebih tinggi. Tetapi Yesus Kristus sudah datang untuk memenuhkan hukum lebih rendah dan Dia ajarkan satu hukum lebih tinggi (lihat 3 Nefi 15:2–10) yang bertujuan untuk menolong kita pada suatu hari “mengasihi semua orang, seperti Bapa [kita] yang di syurga mengasihi semua orang” (Matius 5:48).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kegembiraan yang kekal datang dari mematuhi ajaran Yesus Kristus.
Setiap orang hendak bergembira, tetapi tidak setiap orang carikan kegembiraan di tempat yang sama. Ada yang carikan ia dalam kedudukan kuasa duniawi, ada yang carikan ia dalam kekayaan atau memuaskan keinginan jasmani. Yesus Kristus datang untuk mengajarkan cara untuk mencapai kegembiraan yang kekal, untuk mengajarkan erti benar untuk diberkati. Apakah yang dapat anda belajar tentang memperolehi kegembiraan kekal dari Matius 5:1–12 dan Lukas 6:20–26? Bagaimana ia berbeza dengan pandangan duniawi?
Apakah soalan atau tanggapan yang datang ke minda anda semasa anda mengkaji setiap ayat? Apakah yang diajarkan oleh ayat-ayat ini untuk menjadi seorang pengikut Yesus Kristus? Apakah yang anda diilhamkan untuk mengembangkan nilai-nilai yang dihuraikan dalam ayat-ayat ini?
Juga lihat Yohanes 13:17; 3 Nefi 12:3–12; “Sermon on the Mount: The Beatitudes” (video, LDS.org).
Mengapa Juruselamat bandingkan para pengikut-Nya dengan garam?
Garam sudah lama digunakan untuk menyimpan, memberi rasa, dan menyucikan. Garam juga adalah makna beragama bagi orang Israel. Ia berkait dengan korban binatang pada zaman purba di bawah hukum Musa (lihat Imamat 2:13; Bilangan 18:19). Apabila garam menjadi tawar, ia menjadi tidak berkesan, atau “tidak berguna lagi” (Matius 5:13). Ini berlaku apabila garam dicampur dengan atau dicemar oleh elemen-elemen lain. Sebagai pengikut Kristus, kita menjaga “kemasinan” kita dengan mengelakkan pencemaran rohani daripada dunia. Ini membenarkan kita melaksanakan kerja mengekalkan dan kerja menyucikan sebagai garam bumi—sebagai contoh, melalui perkongsian injil dan menjadi pengaruhan baik dalam dunia (lihat A&P 103:9–10).
Hukum Kristus melebihi hukum Musa.
Para pengikut mungkin berasa hairan mendengar Yesus kata bahawa kesolehan mereka perlu melebihi kesolehan para jurutulis dan Farisi (lihat Matius 5:20), yang sangat bangga kerana mereka mematuhi hukum Musa dengan bagus. Tetapi Yesus ajarkan satu hukum yang lebih tinggi yang tidak hanya meningkatkan tindakan kita tetapi juga fikiran dan perasaan yang mengilhamkan tindakan. Hukum lebih tinggi ini perlukan lebih: hati, jiwa, dan minda (lihat Matius 22:37).
Semasa anda baca Matius 5:21–48 dan Lukas 6:27–35, bertimbang untuk menandakan kedua-dua sikap yang diperlukan dalam hukum Musa (“Kamu sudah mendengar …”) dan apa yang Yesus ajar untuk meningkatkan mereka.
Sebagai contoh, apa yang Yesus ajar dalam Matius 5:27–28 tentang tanggungjawab kita ke atas fikiran kita? Bagaimana anda boleh lebih mengawal fikiran yang datang ke minda dan hati anda? (lihat A&P 121:45).
Juga lihat “Sermon on the Mount: The Higher Law” (video, LDS.org).
Adakah Bapa Syurgawi harapkan saya untuk menjadi sempurna?
Presiden Russell M. Nelson ajar:
“Istilah perfect (sempurna) diterjemahkan dari bahasa Yunani teleios, yang bererti ‘lengkap.’ … Bentuk infinitif kata kerja ini ialah teleiono, yang bererti ‘untuk mencapai satu tempat yang jauh, untuk berkembang dengan sepenuhnya, untuk menyempurnakan, atau untuk menghabiskan.’ Sila beri perhatian bahawa istilah itu tidak bererti ‘kebebasan dari kesalahan’; ia bererti ‘mencapai satu objektif yang jauh.’ …
“… Tuhan ajar, ‘Kamu tidak dapat bertahan di dalam hadirat Tuhan sekarang … ; kerana itu, teruslah bersabar sehingga kamu disempurnakan’ [A&P 67:13].
“Kita tidak perlu kecewa jika usaha tulus ikhlas kita untuk mencapai kesempurnaan sekarang nampaknya susah dan tidak berhujung. Kesempurnaan menunggu. Ia hanya datang dengan sepenuhnya selepas Kebangkitan dan hanya melalui Tuhan. Ia menunggukan orang yang mengasihi dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya” (“Perfection Pending,” Ensign, Nov. 1995, 86, 88).
Juga lihat Filipi 3:13–15; 2 Petrus 1:3–11; Wahyu 3:21–22; 3 Nefi 27:27; Moroni 10:32–33; Ajaran dan Perjanjian 76:69.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Asas apakah yang diajar dalam Matius 5:1–9 boleh menolong rumah anda menjadi satu tempat yang lebih gembira? Anda boleh berfokus pada satu atau dua asas semasa anda mengkaji Khutbah di Bukit sepanjang beberapa minggu yang akan datang. Sebagai contoh, ajaran-ajaran apakah yang keluarga anda rasa boleh menolong mereka menjadi orang yang membawa kedamaian antara manusia? (lihat Matius 5:21–25, 38–44). Apakah matlamat yang anda tetapkan? Bagaimanakah anda akan lakukan susulan?
Untuk menolong keluarga anda faham apakah erti untuk menjadi “cahaya bagi dunia,” anda boleh carikan sumber-sumber cahaya dalam rumah anda, tempat tinggal anda, dan dunia. Mungkin anda boleh tunjukkan apa akan berlaku apabila anda menyembunyikan satu cahaya. Apakah ertinya Yesus apabila Dia kata, “Kamu bagaikan cahaya bagi dunia”? (Matius 5:14). Siapakah yang bagaikan satu cahaya untuk keluarga kita? Bagaimana kita boleh menjadi satu cahaya kepada orang lain? (lihat A&P 103:9–10).
Mengapa Tuhan hendak kita berdoa untuk orang yang kejam terhadap kita? Bagaimana kita melakukan asas ini dalam keluarga kita?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.