“25 Februari–3 Mac. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Mereka sebagai Orang yang Berkuasa’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“25 Februari–3 Mac. Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
25 Februari–3 Mac
Matius 6–7
“Dia Mengajar Mereka sebagai Orang yang Berkuasa”
Ketika kita membaca tulisan suci dengan satu soalan di minda dan dengan hasrat yang ikhlas untuk memahami apa yang Bapa Syurgawi ingin kita untuk ketahui, kita mengundang Roh Kudus untuk mengilhami kita. Semasa anda membaca Matius 6–7, beri perhatian pada tanggapan-tanggapan ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Khutbah di Bukit adalah salah satu khutbah yang terkenal bagi agama Kristian. Juruselamat mengajar dengan gambaran yang kaya, seperti kota di atas bukit, bunga bakung di padang, dan serigala menyamar sebagai domba. Tetapi Khutbah di Bukit adalah lebih dari sekadar ucapan yang indah. Kuasa Juruselamat mengajar kepada para pengikut-Nya dapat mengubah kehidupan kita, terutamanya ketika kita menjalaninya. Kemudian firman-Nya menjadi lebih sekadar perkataan; mereka menjadi landasan yang pasti untuk kehidupan, seperti rumah orang bijaksana, dapat menahan angin dan banjir dunia (lihat Matius 7:24–25).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya seharusnya meletakkan hati saya ke atas hal-hal syurgawi.
Sering kali adalah tidak mudah untuk mengutamakan hal-hal Tuhan daripada hal-hal dunia. Apakah ajaran-ajaran Juruselamat di dalam Matius 6–7 yang membantu anda tumpukan kepada hal-hal syurgawi? Apakah fikiran atau tanggapan yang anda miliki semasa anda mengkaji firman-Nya? Apakah yang anda terilham untuk lakukan? Pertimbangkan untuk mencatat tanggapan anda. Sebagai contohnya:
Saya seharusnya lebih mengambil berat tantang apa yang Tuhan fikirkan tentang saya berbanding apa yang orang lain fikirkan. | |
Saya dapat lebih mendekati kepada Tuhan melalui doa yang rendah hati dan tulus.
Khutbah di Bukit mengandungi banyak tema, dan tema yang anda sedari akan bergantung, kepada taraf, keadaan kehidupan semasa anda dan bagaimana Tuhan ingin berkomunikasi dengan anda.
Satu tema Matius 6–7 ialah doa. Ambil sedikit waktu untuk menilai doa-doa anda. Bagaimanakah perasaan anda tentang usaha anda untuk mendekati Tuhan melalui doa? Apakah ajaran-ajaran di dalam Matius 6–7 mengilhami anda untuk memperbaiki cara anda berdoa? Mencatat tanggapan yang anda terima melalui Roh. Sebagai contohnya:
Ketika saya berdoa, saya seharusnya memperlakukan nama Bapa Syurgawi dengan ketakziman. | |
Ketika saya berdoa, saya seharusnya menyampaikan keinginan saya bahawa kehendak Tuhan akan terjadi. | |
Anda boleh pertimbangkan untuk membaca Khutbah di Bukit sekali lagi, kali ini carilah tema atau pesanan lain yang terutamanya yang berkenaan kepada anda. Catatkan apa yang anda temui di dalam buku jurnal, bersama dengan fikiran dan tanggapan anda.
Apakah maksud menggunakan “pengulangan yang sia-sia” dalam doa?
Orang ramai sering memahami “pengulangan yang sia-sia” bermaksud mengulangi perkataan yang sama berkali-kali. Bagaimanapun, perkataan sia-sia dapat digambarkan sebagai sesuatu yang tidak memiliki nilai. Menggunakan “pengulangan yang sia-sia” dalam doa dapat bermaksud berdoa tanpa keikhlasan, perasaan tulus (lihat Alma 31:12–23).
Mengapakah kita tidak menghafal Doa Tuhan?
President Russell M. Nelson mengajarkan: “Tuhan mendahului doa-Nya dengan pertama meminta para pengikut-Nya untuk mengelak ‘pengulangan yang sia-sia’ [Matius 6:7] dan berdoa ‘mengikut cara ini’ [Matius 6:9]. Maka, Doa Tuhan adalah satu pola untuk diikuti dan bukanlah helaian untuk diingat atau dihafal berulang-kali. Tuan tersebut hanya ingin kita untuk berdoa untuk pertolongan Tuhan sementara kia cuba secara konsisten untuk melawan kejahatan dan hidup secara benar” (“Lessons from the Lord’s Prayers,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 46–47).
Saya harus menghakimi dengan adil.
Di dalam Matius 7:1, Juruselamat mengatakan kita tidak harus menghakimi, tetapi di dalam tulisan suci yang lain (termasuklah ayat lain di dalam bab ini), Dia memberikan kita arahan bagaimana untuk menghakimi. Sekiranya itu kelihatan mengelirukan, ayat ini dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith boleh membantu: “Janganlah menghakimi dengan tidak soleh, agar kamu tidak dihakimi; tetapi hakimilah dengan penghakiman yang soleh” (di dalam Matius 7:1 ). Apakah yang anda temui di Matius 7:1–5, bersama dengan bab-bab selebihnya, yang membantu anda untuk tahu bagaimana untuk “hakimi dengan penghakiman yang soleh”?
Lihat juga “Menilai Orang Lain,” Teguh pada Iman, 90–91; Lynn G. Robbins, “Hakim Yang Soleh,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 96–98.
Saya mula mengenali Yesus Kristus dengan melakukan kehendak-Nya.
Ayat “Aku tidak pernah mengenal engkau” di Matius 7:23 diubah di dalam Joseph Smith Translation kepada “Engkau tidak pernah mengenal Aku” (Matthew 7:23, nota kaki a). Bagaimanakah perubahan ini membantu anda lebih memahami apa yang Tuhan ajarkan di dalam ayat 21–22 tentang melakukan kehendak-Nya? Seberapa bagus anda merasakan anda mengenali Tuhan? Apakah yang anda dapat lakukan untuk lebih mengenali-Nya?
Lihat juga David A. Bednar, “Sekiranya Engkau Mengenal Aku,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 102–5.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda mengkaji Khutbah atas Bukit bersama keluarga anda, Roh dapat membantu anda mengetahui apakah asas-asas untuk ditekankan dan dibincangkan bagi memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Salah satu cara untuk mempelajari dari Matius 6–7 sebagai sebuah keluarga adalah untuk menonton video “Sermon on the Mount: The Lord’s Prayer” dan “Sermon on the Mount: Treasures in Heaven” (LDS.org). Ahli keluarga dapat mengikuti dengan tulisan suci mereka dan menghentikan video apabila mereka terdengar sesuatu yang mereka ingin untuk bincangkan. Aktiviti ini boleh berlangsung beberapa hari, sekiranya perlu.
Apakah yang dapat kita pelajari tentang doa dari cara Juruselamat berdoa? Bagaimanakah kita dapat menggunakan doa-Nya sebagai contoh untuk memperbaiki doa peribadi dan keluarga kita? (Lihat juga Lukas 11:1–13.) Sekiranya anda mempunyai kanak-kanak yang lebih kecil, anda boleh berlatih berdoa bersama.
Apakah maksud “carilah … kerajaan Tuhan dahulu”? Bagaimanakah kita melakukan ini sebagai sebuah keluarga?
Anda boleh menggunakan papan kecil dan papa besar untuk mewakili balok dan selumbar semasa anda membincangkan ajaran-ajaran Juruselamat tentang menghakimi orang lain. Pertimbangkan untuk membaca pengenalan “Menilai Orang Lain” di Teguh pada Iman, 90–91, sebagai sebahagian dari perbincangan ini.
Untuk membantu keluarga anda lebih memahami perumpamaan Juruselamat tentang orang bijaksana dan orang bodoh, anda dapat menyuruh mereka untuk menuang air ke atas pasir dan kemudian ke atas batu. Bagaimanakah kita dapat membina landasan rohani kita di atas batu?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.