Ikutlah Aku
18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah!’


“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

gandum sedia dituai

18–24 Mac

Matius 13; Lukas 813

“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah!”

Ketika anda membaca Matius 13 dan Lukas 813, fikirkan bagaimana anda akan menyediakan diri anda untuk “mendengar” dan menghargai ajaran-ajaran Juruselamat dalam perumpamaan-perumpamaan ini. Apakah yang anda akan melakukan untuk menggunakan ajaran-ajaran ini dalam kehidupan anda?

Mencatat Tanggapan Anda

Beberapa daripada ajaran Juruselamat yang paling diingati ialah dalam bentuk cerita sederhana yang dipanggil perumpamaan. Perumpamaan lebih daripada kisah yang ringkas tentang barang atau peristiwa biasa. Perumpamaan mengandungi kebenaran-kebenaran besar tentang kerajaan Tuhan untuk orang yang bersedia secara rohani. Salah satu perumpamaan pertama yang dicatatkan dalam Perjanjian Baru—perumpamaan peladang (lihat Matius 13:3–23)—menjemput kita untuk memeriksa kesediaan kita untuk menerima firman Tuhan. “Kerana sesiapa yang menerima,” Yesus mengisytiharkan, “kepadanya akan diberikan, dan dia akan mempunyai lebih banyaknya” (Joseph Smith Translation, Matthew 13:10). Jadi semasa kita bersedia mengkaji perumpamaan-perumpamaan Juruselamat—atau apa-apa dari ajaran-Nya—satu tempat yang baik untuk bermula ialah untuk memeriksa hati kita dan menentukan sama ada kita memberikan firma Tuhan “tanah yang baik” untuk membesar, berbunga, berkembang dan menghasilkan buah yang akan memberkati kita dan keluarga kita dengan banyaknya (Matius 13:8).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 13

Apakah “kerajaan syurga” yang Kristus merujukkan dalam Matius 13?

Dalam bab ini, “kerajaan syurga” merujuk kepada Gereja Kristus yang benar, yang merupakan kerajaan syurga di bumi. Untuk maklumat lebih, lihat Panduan Tulisan Suci, “Kerajaan Tuhan atau Kerajaan Syurga.”

Matius 13:3–23; Lukas 8:4–15

Hati saya mesti disediakan untuk menerima firman Tuhan.

Mengapakah sesetengah hati orang mudah menerima kebenaran sedangkan hati orang lain menolaknya? Membaca perumpamaan peladang boleh memberi kesempatan yang baik untuk memikirkan bagaimana anda menerima kebaran daripada Tuhan. Ia mungkin membantu untuk memadankan ayat 3–8 dari Matius 13 dengan tafsiran yang diberikan dalam ayat 18–23. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menyediakan “tanah yang baik” dalam diri anda? Apakah beberapa “duri” yang menghalang anda dari betul-betul mendengar dan mengikut firman Tuhan?

Lihat juga Lukas 13:34; Mosia 2:9; 3:19; Alma 12:10–11; 32:28–43; Dallin H. Oaks, “Perumpamaan tentang Seorang Penabur,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 32–35.

Matius 13:24–35, 44–52

Perumpamaan-perumpamaan Yesus membantu saya faham perkembangan dan takdir Gereja-Nya.

Nabi Joseph Smith mengajar bahawa perumpamaan-perumpamaan di Matius 13 menggambarkan perkembangan dan takdir Gereja pada zaman akhir (lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 293–303). Semasa anda membaca perumpamaan-perumpamaan ini, tulis apa yang diajar tentang Gereja Tuhan (anda mungkin ingin merujuk kepada apa yang Nabi Joseph mengajar tentang beberapa dari perumpamaan itu):

Selepas merenungkan perumpamaan-perumpamaan ini, apakah yang anda didorong melakukan untuk menyertai dengan lebih penuh dalam pekerjaan Gereja Kristus zaman akhir? Apakah soalan-soalan yang masuk fikiran yang boleh membantu anda menggunakan perumpamaan-perumpamaan ini? Contohnya, “Apakah yang saya rela mengorbankan untuk Gereja?”

 

mutiara

Injil Yesus Kristus adalah “mutiara yang sangat berharga” (Matius 13:46).

Matius 13:24–30, 36–43

Orang soleh mesti membesar antara orang jahat sampai akhir dunia.

Salah satu cara untuk menganalisis perumpamaan ini ialah untuk melukis gambar dan melabelnya dengan tafsiran-tafsiran dalam Matius 13:36–43 dan Ajaran dan Perjanjian 86:1–7. Lalang ialah “rumpai beracun yang, hingga ia besar, kelihatan sama dengan gandum” (Panduan Tulisan Suci, “Lalang”). Apakah kebenaran-kebenaran dalam perumpamaan ini mendorong anda untuk kekal beriman walaupun kejahatan di dunia?

Lukas 8:1–3

Dalam cara apakah “beberapa orang wanita” melayani Juruselamat?

“Pengikut-pengikut perempuan berjalan bersama Yesus dan Dua Belas, belajar daripada [Yesus] secara rohani dan melayani Dia. … Selain daripada menerima pelayanan Yesus—kebahagiaan Injil-Nya dan berkat-berkat kuasa-Nya yang menyembuh—para wanita ini melayani Dia, memberi benda dan tekad” (Daughters in My Kingdom [2011], 4). Para wanita yang mengikuti Juruselamat juga memberi kesaksian yang kuat mengenai Dia (lihat Linda K. Burton, “Wanita-Wanita Yakin,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 12–15).

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda mengkaji ajaran-ajaran Juruselamat bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 13

Semasa ahli-ahli keluarga anda membaca perumpamaan-perumpamaan Juruselamat, mereka mungkin suka memikirkan perumpamaan mereka sendiri yang mengajar kebenaran yang sama mengenai kerajaaan syurga (Gereja), menggunakan barang atau situasi yang biasa bagi mereka.

Matius 13:3–23; Lukas 8:4–15

Apakah yang kita sekeluarga dapat melakukan untuk menyediakan “tanah yang baik” dalam hati dan rumah kita? (Matius 13:23). Jika anda mempunyai kanak-kanak yang muda dalam keluarga anda, ia mungkin seronok untuk menjemput ahli-ahli keluarga untuk melakonkan cara-cara untuk menyediakan hati kita untuk mendengar firman Tuhan sambil ahli-ahli keluarga yang lain meneka apa yang mereka lakukan.

Matius 13:13–16

Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli keluarga anda faham kepentingan menerima firman Tuhan dengan rela? Contohnya, anda mungkin menutup telinga seorang ahli keluarga ketika anda membaca Matius 13:13–16. Apakah yang ahli keluarga itu faham daripada ayat-ayat suci itu? Apakah peranan mata, telinga, dan hati kita dalam menerima firman Tuhan? Apakah cara-cara yang kita tutup mata, telinga, dan hati kita dari firman Tuhan?

Matius 13:44–46

Apakah kesamaan antara dua lelaki dalam perumpamaan-perumpamaan ini? Adakah terdapat hal-hal yang lain yang kita patut melakukan sebagai individu dan sebagai keluarga untuk mengutamakan kerajaan Tuhan dalam kehidupan kita?

Lukas 13:11–17

Bagaimanakah kita dapat mengikut contoh Juruselamat dan menyelamatkan orang dari perhambaan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menghafal ayat suci. Pilih satu ayat suci yang bermakna bagi keluarga anda, dan menjemput ahli-ahli keluarga untuk menghafalnya. Elder Richard G. Scott mengajar, “Ayat suci hafalan menjadi suatu pedoman yang tidak dilemahkan oleh laluan masa” (“The Power of Scripture,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 6).

seorang lelaki menanam biji benih

Parable of the Sower, oleh George Soper