Ikutlah Aku
18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah’


“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
gandum sedia untuk dituai

18–24 Mac

Matius 13; Lukas 813

“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”

Perumpamaan adalah cerita mudah yang boleh menjadi menarik kepada kanak-kanak. Rangka panduan dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh menolong anda menggunakan perumpamaan Juruselamat untuk mengajar kanak-kanak kebenaran penting.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bawa beberapa barang yang boleh menolong kanak-kanak mengingati beberapa perumpamaan dalam Matius 13,, seperti benih,mutiara, atau kotak harta karun. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang perumpamaan tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 13:1–23

Saya perlu bersedia untuk belajar ajaran-ajaran Yesus.

Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin tidak dapat memahami semua lambang dalam perumpamaan peladang, tetapi mereka boleh belajar kebenaran mudah yang ia ajar. Bagaimana anda boleh menolong mereka untuk lebih memahami bagaimana perumpamaan ini berkait dengan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan beberapa jenis tanah (atau gambar tanah) apabila anda memberi ringkasan Matius 13:3–8. Berikan setiap kanak-kanak sebiji benih untuk ditanam dalam tanah. Tanya kanak-kanak apa yang kita boleh lakukan untuk menolong benih kita membesar. Jelaskan bahawa mempunyai iman dalam Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus ialah satu cara kita menolong “benih” kesaksian kita membesar.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menolong kanak-kanak memahami apa yang setiap tanah dalam Matius 13 ajar tentang hati kita. Tanya kanak-kanak tanah jenis manakah yang Yesus inginkan mereka punyai untuk mempelajari ajaran-Nya.

  • Baca Matius 13:9, 15, dan jemput kanak-kanak untuk menunjukkan bahagian berlainan badan mereka apabila mereka dengar ia disebut. Bagaimana kita boleh menggunakan bahagian badan ini untuk belajar ajaran-ajaran Yesus?

Matius 13:24–30, 36–43, 47–48

Bapa Syurgawi ingin saya memilih yang benar.

Beberapa perumpamaan Yesus mengajar bahawa pada hari kiamat, Tuhan akan mengasingkan yang jahat daripada yang soleh. Bagaimana kamu boleh menggunakan perumpamaan untuk mengilhami kanak-kanak untuk memilih yang benar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak peluang untuk melakonkan perumpamaan gandum dan lalang (lihat Matius 13:24–30). Terangkan bahawa gandum mewakili orang yang membuat pilihan yang soleh, manakala lalang (rumpai bahaya) mewakili orang yang tidak membuat pilihan soleh. Pada satu hari, Bapa Syurgawi akan mengumpul semua orang yang soleh untuk tinggal bersama-Nya.

  • Ceritakan beberapa cerita ringkas tentang kanak-kanak membuat pilihan. Minta kanak-kanak untuk katakan “pilihan gandum” apabila kanak-kanak dalam cerita itu memilih perkara yang benar dan “pilihan lalang” apabila kanak-kanak memilih pilihan yang salah.

  • Bawa gambar tangkai gandum, dan benarkan kanak-kanak untuk melukis gambar beberapa cara mereka boleh menjadi soleh.

  • Cipta satu permainan di mana kanak-kanak boleh padankan butiran daripada perumpamaan peladang dengan tafsiran dalam Matius 13:18–23.

Matius 13:44–46

Keahlian saya dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah satu khazanah.

Bagaimana anda boleh menggunakan penggambaran satu khazanah dan mutiara yang sangat berharga bagi kanak-kanak untuk memahami nilai menjadi ahli Gereja Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sorokkan gambar satu peti harta karun dan satu mutiara dalam bilik, dan minta kanak-kanak untuk mencarinya. Gunakan gambar tersebut untuk menolong anda mengajar tentang perumpamaan dalam Matius 13:44–46. Apa yang kanak-kanak akan berikan untuk mempunyai satu mutiara yang cantik atau harta di dalam tanah? Terangkan bahawa kadang-kadang kita memberikan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik. Beritahu kanak-kanak kenapa injil amat berharga untuk anda.

  • Letakkan dalam sebuah kotak atau peti beberapa objek atau gambar yang mewakili “harta” dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, seperti bait suci atau Kitab Mormon. Minta setiap kanak-kanak untuk memilih satu objek atau gambar dan ceritakan kenapa ia sebuah harta.

  • Nyanyi bersama “Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48, dan minta kanak-kanak untuk dengar berkat yang datang daripada menjadi ahli Gereja. Beri kesaksian tentang berkat yang anda alami kerana keahlian anda dalam Gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 13:1–23

Saya perlu sediakan hati saya untuk menerima ajaran-ajaran Yesus.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak mengenalpasti kepentingan untuk mempunyai hati yang lembut dan rela supaya Yesus boleh mengajar mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca tentang empat jenis tanah dalam Matius 13:4–8. Jemput mereka untuk melihat dan kongsi apa yang terjadi kepada jenis tanah yang mereka baca. Bagaimana hati kita boleh menjadi seperti beberapa jenis tanah itu? (lihat Matius 13:19–23).

  • Berikan setiap kanak-kanak dua benih, dan jemput mereka untuk menanam benih mereka dalam tanah yang lembut dan dalam timbunan batu. Benih mana yang akan mempunyai peluang yang lebih untuk tumbuh? Bagaimana kita boleh memastikan hati kita seperti tanah yang lembut supaya kita boleh menerima ajaran-ajaran Juruselamat?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 13:9–17. Lukiskan satu mata, telinga, dan jantung di atas papan. Bagaimana kita boleh menggunakan bahagian badan ini untuk belajar ajaran-ajaran Yesus?

Matius 13:24–30, 36–43

Saya boleh memilih yang benar walaupun mereka di sekeliling saya tidak.

Apabila anda membaca ayat ini dengan kanak-kanak dalam fikiran anda, perasaan apa yang datang kepada anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis beberapa adegan dalam perumpamaan gandum dan lalang, yang didapati di Matius 13:24–30, dan kongsi lukisan mereka dengan kelas. Minta mereka untuk melabelkan lukisan mereka menggunakan tafsiran perumpamaan itu yang terdapat di Matius 13:36–43. Terangkan bahawa lalang ialah rumpai yang memudaratkan.

  • Jika boleh, tunjukkan satu gambar gandum dan lalang. Terangkan bahawa gandum dan lalang akan tumbuh bersama sehingga ke pengakhiran dunia. Ini mengajarkan kepada kita bahawa kita hidup dengan kebaikan dan kejahatan di sekeliling kita, dan kita mesti berhati-hati untuk memilih yang benar. Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana cara mereka boleh mengetahui perbezaan antara kebaikan dan kejahatan.

Matius 13:44–46

Keahlian saya dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah satu khazanah.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar melihat keahlian mereka dalam Gereja ini sebagai khazanah yang berharga? Mungkin perumpamaan dalam Matius 13:44–46 boleh menolong mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 13:44–46 kepada diri mereka dan ceritakan kepada seorang lagi murid dalam kelas perumpamaan itu dengan ayat mereka sendiri.

  • Guntingkan beberapa bulatan untuk mewakili duit syiling, dan letakkan mereka dalam kotak harta karun. Jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil satu duit syiling dan lukis atau tulis satu perkara yang mereka suka tentang menjadi ahli Gereja. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka letakkan di atas duit syiling mereka.

  • Jemput seorang ahli cabang anda untuk berkongsi cerita penukaran hati dia dengan kanak-kanak dan beritahu apa yang mereka korbankan untuk menyertai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemputlah anak-anak untuk mengajar ahli keluarga mereka tentang salah satu perumpamaan yang mereka belajar dalam Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka untuk berkongsi apa yang mereka sedang belajar. Walaupun mereka muda, kanak-kanak boleh menguatkan ahli keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan ahli keluarga mereka perkara yang mereka belajar dalam Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)

Cetak