Ikutlah Aku
25 Februari–3 Mac. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Dengan Wibawa’


“25 Februari–3 Mac. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Dengan Wibawa’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25 Februari–3 Mac. Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Yesus mengajar di tepi pantai

Yesus Mengajar Orang Ramai di tepi Pantai, oleh James Tissot

25 Februari–3 Mac

Matius 6–7

“Dia Mengajar Dengan Wibawa”

Mulakan dengan membaca Matius 6–7 semasa anda memikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajari. Apakah pesanan dari pasal-pasal ini yang mereka perlu dengar? Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini dapat membantu memberi anda idea pengajaran seperti yang diperlukan.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka lakukan minggu lepas untuk menjadi cahaya atau teladan kepada seseorang.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 6:5–13

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi saya seperti yang Yesus lakukan.

Kanak-kanak dapat belajar untuk berdoa dengan mendengar kepada doa-doa orang lain. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka pelajari dari doa Yesus Kristus dalam ayat-ayat ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Imbas kembali ajaran-ajaran Yesus tentang doa di Matius 6:5–13. Anda boleh gunakan “Bab 20: JYesus Mengajarkan tentang Doa,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 51–52 atau video berkaitan di (LDS.org).

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak ingat bahagian berlainan tentang doa.

  • Lakarkan tangan setiap kanak-kanak pada sekeping kertas. Bincangkan apa yang kita harus lakukan dengan tangan dan lengan kita semasa kita berdoa. Pada setiap lakaran, tulis sesuatu yang kita lakukan untuk menunjukkan ketakziman semasa kita berdoa (sebagai contoh, menunduk kepala kita, pejamkan mata kita, dan seterusnya).

  • Bantu kanak-kanak untuk membuat sebuah poster atau carta yang akan membantu mereka ingat untuk berdoa siang dan malam, dan menjemput mereka untuk berkongsi bersama keluarga mereka,

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang doa bersama dengan kanak-kanak (seperti “We Bow Our Heads,” Children’s Songbook, 25), dan berikan kesaksian anda tentang kuasa doa. Anda juga boleh menjemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman doa mereka.

budak lelaki berdoa

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi saya seperti yang Yesus lakukan.

Matius 7:12

Saya harus memperlakukan orang lain seperti mana saya ingin diperlakukan.

Ajaran Yesus dalam Matius 7:12—juga dikenali sebagai Pedoman Penting—yang menyediakan panduan ringkas untuk melayani orang lain. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak yang anda ajari menjalani asas ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacalah Matius 7:12, dan menyatakan ia dalam perkataan mudah yang kanak-kanak dapat fahami. Bantulah kanak-kanak memikirkan beberapa cara untuk menyelesaikan sepatah ayat seperti berikut: “Saya menyukainya apabila orang lain untuk saya.” Selepas setiap ayat, jemputlah mereka untuk mengulangi bersama anda, “Maka saya harus untuk orang lain.”

  • Nyanyi bersama kanak-kanak “Jesus Said Love Everyone,” Children’s Songbook, 61, dan mencipta gerakan yang mudah untuk mengiringi lagu tersebut. Tanyakan kepada kanak-kanak apakah yang mereka pelajari tentang bagaimana kita harus melayan orang lain melalui teladan Juruselamat.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk menyenaraikan hal-hal baik ibu bapa mereka atau ahli keluarga lain lakukan untuk mereka. Bacalah Matius 7:12, dan jemputlah kanak-kanak untuk membuat sebuah senarai hal-hal baik yang mereka boleh lakukan untuk keluarga mereka.

Matius 7:24–27

Saya dapat membina landasan yang kukuh dengan mengikuti Yesus.

Gunakan perumpamaan Juruselamat tentang membina sebuah rumah di atas pasir atau di atas batu dapat menjadi cara yang berkesan untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan bertindak atas apa yang kita pelajari.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Nyanyikan bersama kanak-kanak “Orang Bijaksana dan Orang Bodoh,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 132, dan lakukan pergerakan selari dengan lirik.

  • Gunakan Matius 7:24 untuk mengajar tentang perbezaan di antara orang bijaksana dan orang bodoh. Jemputlah kanak-kanak untuk berpura-pura mereka sedang membina sebuah rumah. Bagaimanakah kita dapat menjadi seperti lelaki bijaksana?

  • Biarkan kanak-kanak melukis lukisan tentang perumpamaan orang bijaksana dan orang bodoh.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 6–7

Khutbah di atas Bukit mengandungi pesanan untuk saya.

Pasal-pasal ini mengandungi banyak pesanan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak yang anda ajari. Bacalah ia dengan kanak-kanak di fikiran. Apakah yang terkesan bagi anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ingatkan kanak-kanak bahawa mereka telah mempelajari tentang apa yang Yesus telah ajarkan sewaktu Khutbah di atas Bukit. Apakah kebenaran yang mereka ingat tentang pembelajaran minggu lepas?

  • Tuliskan pada papan tulis beberapa ayat dari Khutbah di atas Bukit dan beberapa ayat lain yang bukan berasal dari tulisan suci. Jemputlah kanak-kanak untuk mengenal pasti ayat manakah yang berasal dari Khutbah di atas Bukit dan kongsi apa yang mereka pelajari darinya.

  • Pilihlah beberapa ayat dari Matius 6–7 yang anda rasakan bermakna untuk kanak-kanak. Tuliskan rujukan tulisan suci tersebut pada kad, dan sembunyikan ia di sekitar bilik. Biarkan kanak-kanak mencarinya, membaca ayat-ayat tersebut, dan menjelaskan mengapa ajaran-ajaran ini penting bagi mereka.

  • Kongsi sepatah ayat kegemaran dari Matius 6–7, dan jelaskan mengapa anda menyukainya. Sekiranya kanak-kanak mempunyai ayat yang mereka suka, jemputlah mereka untuk berkongsi mengapa mereka menyukainya dan apakah yang mereka pelajari darinya.

  • Nyanyikan “Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40–41, bersama kanak-kanak dan hentikan lagu ketika anda sampai kepada ayat yang berkaitan dengan asas yang diajarkan di Matius 6–7 (seperti “aku belajar untuk melayani sahabatku”). Bantulah kanak-kanak mengaitkan hal-hal yang mereka pelajari dari pasal-pasal ini.

Matius 6:5–13; 7:7–11

Bapa Syurgawi akan mendengar dan menjawab saya ketika saya berdoa.

Semasa anda mengkaji Matius 6:5–13; 7:7–11, apakah yang anda rasa kanak-kanak perlu fahami tentang doa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Matius 6:9–13 dengan lantang dan kemudian senaraikan hal-hal yang Yesus katakan dalam doa-Nya. Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan-Nya semasa kita berdoa?

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang doa bersama kanak-kanak, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah” Nyanyian Rohani, no. 55. Bantulah kanak-kanak mencari lirik tersebut untuk mencari alasan kita berdoa dan berkat yang datang melalui doa.

  • Bantulah kanak-kanak untuk menghafal Matius 7:7 dengan bermain sebuah permainan seperti berikut: Seorang kanak-kanak memetik perkataan atau ayat pertama dari ayat tersebut dan kemudian baling sebiji bola kepada kanak-kanak yang lain, yang akan memetik perkataan atau ayat seterusnya.

  • Lakonkan Matius 7:9–10 bersama kanak-kanak menggunakan peralatan ringkas. Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi apa yang ia ajarkan mereka tentang doa.

  • Kongsi sebuah pengalaman tentang doa anda dijawab.

Matius 6:19–21

Saya dapat mencari harta abadi berbanding harta duniawi.

Bagaimana anda akan membantu kanak-kanak yang anda ajari meletakkan nilai yang lebih besar pada hal-hal yang abadi daripada hal-hal duniawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa sebuah kotak “harta karun” yang dipenuhi dengan objek atau gambar yang mewakili benda-benda yang dunia nilai—sebagai contoh, wang atau alat permainan. Bacalah Matius 6:19–21 bersama, dan kemudian minta kanak-kanak untuk membantu anda memikirkan harta syurgawi yang dapat menggantikan benda-benda duniawi di dalam kotak tersebut.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk menamakan atau melukis beberapa hal yang mereka dapat lakukan untuk “kumpulkan harta di syurga” (Matius 6:20).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka ajaran kegemaran mereka dari Khutbah di atas Bukit.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencuba memahami para ahli kelas anda. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajari. Idea di dalam rangka panduan ini mungkin perlu diubah suai untuk lebih memenuhi keperluan kelas anda. Anda mungkin perlu menyemak semua aktiviti yang tersenarai di rangka panduan ini, bukan sahaja aktiviti direka khas untuk usia kanak-kanak yang anda ajari, untuk mencari idea untuk kelas anda. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)