Ikutlah Aku
11–17 Mac. Matius 10–12; Markus 2; Lukas 7; 11: ‘Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul’


“11–17 Mac. Matius 10–12; Markus 2; Lukas 7; 11: ‘Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul ’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 Mac. Matius 10–12; Markus 2; Lukas 7; 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus mentahbis Petrus

11–17 Mac

Matius 10–12; Markus 2; Lukas 711

“Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul”

Semasa anda baca Matius 10–12; Markus 2; dan Lukas 711, anda akan menerima bimbingan dari Roh Kudus yang akan menolong anda bersedia. Bimbingan ini, bersama dengan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini, boleh bantu dalam persediaan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Galakkan kanak-kanak untuk mengongsi cara mereka menguduskan hari Sabat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 10:1–10

Yesus panggil Dua Belas Rasul dan berikan mereka kuasa untuk melaksanakan kerja-Nya.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu bahawa kita ada Dua Belas Rasul hari ini? Bagaimana anda boleh gunakan ayat-ayat ini untuk mengajar mereka tentang kepentingan Rasul zaman moden dan apakah yang mereka dipanggil untuk melaksanakan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Rumuskan Matius 10:1–10 dalam kata-kata yang senang difaham. (Lihat Kristus Mentahbiskan Para Rasul, Buku Seni Injil, no. 38.) Jelaskan bahawa Yesus panggil para Rasul untuk membantu Dia membina Gereja-Nya.

  • Biarkan kanak-kanak menghitung nombor Rasul dalam gambar Kristus Mentahbiskan Rasul-Rasul (Buku Seni Injil, no. 38,) dan dalam gambar Kuorum Dua Belas Rasul yang terkini (lihat LDS.org atau Ensign atau Liahona keluaran persidangan umum). Jelaskan bahawa kita ada dua belas Rasul hari ini, seperti pada masa Yesus.

  • Sembunyikan gambar-gambar para Rasul zaman moden di sekeliling bilik (untuk memperolehi gambar-gambar, lihat Ensign atau Liahona keluaran persidangan umum). Jemput kanak-kanak mencari gambar-gambar itu, dan beritahu mereka sedikit tentang setiap orang Rasul (lihat “Meet Today’s Prophets and Apostles” di LDS.org).

  • Jemput seorang kanak-kanak angkat satu gambar Presidensi Utama dan satu gambar Kuorum Dua Belas Rasul. Tanya budak itu membimbing kanak-kanak lain ke arah satu gambar Yesus. Bersaksi bahawa nabi dan rasul membimbing kita ke Yesus Kristus.

  • Kongsikan kesaksian anda tentang para Rasul Tuhan.

Imej
Kuorum Dua Belas

Dua Belas Rasul melaksanakan kerja Tuhan hari ini.

Matius 11:28–30

Yesus akan menolong saya apabila saya datang kepada Dia .

Kanak-kanak boleh dihiburkan mengetahui bahawa Yesus akan menolong mereka dengan beban mereka apabila mereka datang kepada Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 11:28–30 dan tunjukkan gambar lembu-lembu yang berkuk dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Nyatakan bahawa lembu-lembu yang berkuk boleh tarik beban yang lebih berat berbanding dengan jika mereka menarik secara diri sendiri. Bersaksi bahawa apabila kita rasa sedih, bimbang, atau takut, kita boleh cari Yesus dan Dia akan menolong kita.

  • Mintalah seorang kanak-kanak mengangkat satu benda yang berat. Apabila dia tidak mampu angkat benda itu, tolong dia. Bagaimana Yesus bantu kita melakukan kerja yang susah? Pernahkan kanak-kanak rasa bantuan-Nya?

Matius 12:1–13

Saya boleh menguduskan hari Sabat.

Apakah cara-cara seronok yang boleh anda gunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang hari Sabat dan mengapa kita menguduskan ia?

AKtiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 12:10–13 dengan lantang. Jemput kanak-kanak diri dan duduk setiap kali anda kata “Sabat,” dan ulangkan frasa ini dengan mereka “[adalah benar] kita menolong seseorang pada hari Sabat ” (Matius 12:12). Menurut mereka, apakah erti frasa ini?

  • Tunjukkan satu kalendar kepada kanak-kanak dan tandakan hari Sabat untuk mereka. Apakah yang kita lakukan pada hari-hari lain? Apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat untuk membezakan ia daripada hari-hari lain? (lihat Yesaya 58:13–14).

  • Tanya kanak-kanak melukis perkara-perkara baik yang boleh mereka lakukan pada hari Sabat (lihat halaman aktiviti minggu ini).

  • Jemput kanak-kanak memikirkan tindakan yang boleh menolong mereka cara-cara kita bersedia untuk hari Sabat semasa mereka nyanyi “Hari Sabtu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 105.

  • Lukiskan mata, telinga, mulut, dan tangan pada papan tulis. Tanya kanak-kanak memberitahu anda apa yang boleh bahagian-bahagian badan tersebut lakukan untuk menguduskan hari Sabat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 10:1–10; Markus 3:13–19

Dua Belas Rasul boleh ajar saya tentang Yesus .

Bagaimana belajar tentang Dua Belas Rasul dari zaman Kristus boleh menolong kanak-kanak lebih memahami apa yang dilaksanakan oleh Dua Belas Rasul hari ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar-gambar para Rasul dari zaman Yesus dan dari hari ini (lihat Kristus Mentahbiskan Para Rasul, Buku Seni Injil, no. 38, dan satu keluaran persidangan majalah Gereja terkini). Mintalah kanak-kanak untuk membaca Matius 10:1–10 dan Markus 3:14–15 belajar tentang apakah yang para Rasul lakukan.

  • Jemput beberapa orang kanak-kanak sedia datang untuk mengongsikan satu cerita yang pernah diucapkan oleh seorang Rasul hidup. Bagaimana para Rasul hidup menolong kita menjadi lebih seperti Juruselamat?

  • Tuliskan nama-nama Rasul zaman moden pada sekeping kertas. Jemput kanak-kanak memadankan nama setiap Rasul dengan gambarnya (LDS.org). Aktiviti ini boleh diulangi beberapa kali.

  • Kongsikan beberapa contoh kesaksian dari Rasul zaman moden mengenai Kristus (lihat pesanan-pesanan persidangan umum baru-baru ini atau “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” ).

  • Bantu kanak-kanak menghafazkan dan memahami Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6.

Matius 11:28–30

Yesus akan menolong saya apabila saya datang kepada Dia .

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak faham bahawa Juruselamat akan membebaskan mereka daripada cabaran mereka apabila mereka datang kepada Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak kongsikan satu pengalaman apabila mereka rasa bimbang atau cemas tentang sesuatu perkara. Jemput mereka cari dalam Matius 11:28–30 nasihat-nasihat yang boleh menolong mereka dalam situasi yang serupa.

  • Jemput kanak-kanak lukiskan gambar tentang apa yang mereka lakukan untuk datang kepada Yesus dan belajar daripada Dia. Fasal-Fasal Kepercayaan keempat boleh berikan mereka cadangan.

Matius 12:1–14

Hari Sabat ialah hari untuk melakukan perkara-perkara baik yang bawakan saya lebih dekat dengan Tuhan.

Kanak-kanak yang anda ajar akan diperkuatkan apabila anda menekankan tujuan-tujuan dan berkat-berkat menguduskan hari Sabat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak melakonkan seorang yang tangannya disembuh oleh Juruselamat (lihat Matius 12:10–13.). Seorang kanak-kanak lain boleh menemuduga dia tentang pengalaman itu.

  • Bersama-sama, baca Matius 12:12. Apakah contoh-contoh perkara baik yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Biarkan kanak-kanak lukiskan idea-idea mereka pada halaman aktiviti minggu ini, guntingkan gambar itu, dan ambil giliran lengkapkan susun suai gambar itu.

  • Sembunyikan beberapa gambar yang tunjukkan orang melakukan perkara yang menunjukkan kasih kepada Bapa Syurgawi pada hari Sabat, Tanya kanak-kanak carikan gambar-gambar itu dan kongsikan bagaimana melakukan perkara dalam gambar-gambar itu boleh tunjukkan kasih kita kepada Tuhan.

  • Beri setiap kanak-kanak satu beg untuk diisikan dengan cadangan-cadangan perkara baik yang boleh dilakukan pada hari Sabat. Mereka boleh cari cadangan-cadangan dari “Mematuhi Hari Sabat” dalam Untuk Kekuatan Remaja 30–31.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak kongsikan dengan keluarga mereka cadangan-cadangan untuk menguduskan hari Sabat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Bantu kanak-kanak faham bahawa satu aspek penting ketakziman adalah fikir tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Memperingatkan kanak-kanak untuk bertakzim dengan menyanyi atau menyenandungkan satu lagu dengan lembut atau menunjukkan satu gambar Yesus.

Cetak