Ikutlah Aku
25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Janganlah Takut’


“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Janganlah Takut’’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kristus memberi makan kepada orang ramai

Peliharalah Mereka, oleh Jorge Cocco

25–31 Mac

Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6

“Janganlah takut”

Ketika anda bersedia untuk mengajar daripada Matius 14–15; Markus 6–7; dan Yohanes 5–6, cari pesanan-pesanan yang bersesuaian dengan kehidupan kanak-kanak yang anda ajar. Apakah yang anda rasa akan membantu mereka memahami pesanan-pesanan tersebut? Rangka panduan ini mungkin akan memberi anda beberapa idea.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan satu gambar Yesus sedang berjalan di atas permukaan air (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan minta kanak-kanak kongsikan apa yang mereka ketahui berkenaan cerita itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 5:1–9

Yesus Kristus tahu apa yang kita perlukan dan dapat membantu kita.

Apabila anda membaca berkenaan Yesus menyembuh seorang lelaki di kolam Betesda, renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak pelajari dari cerita tersebut berkenaan kebaikan hati, kasih, dan ciri-ciri Kristus yang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan gambar Kristus Menyembuhkan yang Sakit di Betesda (Buku Seni Injil, no. 42) untuk memberitahu kanak-kanak kisah yang terdapat dalam Yohanes 5:1–9. Atau tunjukkan video “Jesus Heals a Man on the Sabbath” (LDS.org). Suruh kanak-kanak bayangkan merekalah yang Yesus telah sembuhkan. Bagaimanakah perasaan mereka apabila Yesus menyembuh mereka?

  • Minta kanak-kanak namakan beberapa perkara yang susah atau yang menyedihkan bagi mereka. Kongsikan satu ketika dalam hidup anda di mana anda menerima bantuan daripada Juruselamat ketika menghadapi cabaran yang amat susah. Berikan saksi bahawa Yesus tahu segala masalah kita dan ingin membantu kita.

Matius 14:13–21

Kita mengikut teladan Yesus apabila kita berbaik hati terhadap orang lain.

Satu cara Yesus menunjukkan kasih adalah dengan memberi makan pengikut-pengikut-Nya ketika mereka kelaparan. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar melayan orang sepertimana Yesus telah lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu bakul yang mengandungi roti sambil memberitahu kisah dalam Matius 14:13–21. Jelaskan bahawa walaupun Yesus cuba mencari tempat untuk bersendirian, orang ramai ingin mendekati Dia. Kongsikan kisah seterusnya dengan kanak-kanak, dan minta mereka untuk dengar apa yang Yesus telah lakukan untuk menunjukkan kebaikan hati dan kasih sayang terhadap mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsikan cara-cara di mana seseorang telah berbaik hati terhadap mereka. Apakah yang mereka boleh lakukan minggu ini untuk berbaik hati terhadap orang? Untuk setiap jawapan yang di beri, lukiskan satu buku roti atau seekor ikan di atas papan tulis. Beritahu kanak-kanak bahawa apabila mereka melakukan perkara-perkara tersebut, mereka mengikuti teladan yang ditunjuk oleh Yesus apabila Dia memberi makan kepada lima ribu orang yang lapar.

Matius 14:22–33

Kepercayaan terhadap Yesus Kristus dapat membantu kita supaya tidak takut.

Petrus menunjukkan kepercayaan yang hebat apabila dia berjalan di atas air ke arah Yesus. Apakah ajaran yang mungkin bagi kanak-kanak dari kisah ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus Berjalan Di Atas Air (Buku Seni Injil, no. 43) apabila anda memberitahu kisah itu dalam kata-kata sendiri. Pertimbang untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memberitahu kisah itu kembali kepada anda. Anda juga mungkin boleh bawa satu mangkuk kecil berisi air dan jemput kanak-kanak berpura-pura “berjalan” merentas permukaan air dengan jari mereka.

  • Tunjukkan video “Wherefore Didst Thou Doubt?” (LDS.org), dan minta kana-kanak tentang apa yang menyebabkan Petrus takut. Kemudian tanyakan mereka untuk kongsikan masa-masa di mana mereka berasa takut dan apakah yang telah membantu mereka. Bantu mereka lihat bahawa kepercayaan terhadap Yesus Kristus membantu kita mengatasi ketakutan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 5:17-47

Yesus Kristus mengajar kita tentang Bapa Syurgawi.

Bagaimanakah ajaran Yesus berkenaan Bapa-Nya membantu kanak-kanak belajar tentang Bapa Syurgawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bentukkan dua set kad berpadanan yang dilabel dengan kata-kata yang Yesus gunakan untuk mengajar mengenai Bapa Syurgawi dalam Yohanes 5, seperti kasih, hidup, dan tugas (lihat Yohanes 5:20, 26, 36). Letakkan kad-kad berpandang ke bawah, dan suruh kanak-kanak untuk mencari padan dengan memusingkan dua kad setiap kali. Apabila setiap padan yang dilakukan, bacakan ayat suci yang punyai kata itu, dan tanyakan kanak-kanak apakah kata itu mengajar kita tentang Bapa Syurgawi.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yohanes 5:30, dan kemudian sempurnakan ayat ini: “Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan …” Bagaimanakah Kristus menurut kehendak Bapa Syurgawi-Nya? Bagaimanakah kita melakukan kehendak Bapa Syurgawi?

Yohanes 6:5–14

Tawaran kecil kita dapat membuat sesuatu perbezaan.

Seorang kanak lelaki yang telah menyediakan roti dan ikan yang Yesus gunakan untuk memberi makan kepada lima ribu orang. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak yang diajar lihat bahawa mereka boleh menyumbang kepada kerja Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan beberapa kepingan biskut atau kepingan roti di kalangan kanak-kanak. Bantu mereka bayangkan betapa ramainya lima ribu orang. Bagaimanakah perasaan untuk memberi makan kepada orang ramai dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan?

  • Jemput seorang kanak untuk kongsikan kisah memberi makan kepada lima ribu orang ramai dengan menggunakan kata-kata sendiri. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti budak kecil dalam Yohanes 6:9? Jemput kanak-kanak untuk lukiskan roti dan ikan di atas kertas kosong dan tuliskan beberapa perkara yang mereka boleh berikan kepada Tuhan untuk membantu dalam usaha Dia.

  • Berikan kanak-kanak satu susun suai gambar untuk diselesaikan. Apakah yang akan berlaku jika sekeping daripada susun suai gambar itu hilang? Jelaskan bahawa setiap kita bagaikan sekeping susun suai gambar—kita semua punyai sesuatu yang penting untuk disumbang kepada kehidupan orang. Bagaimanakah kanak-kanak menyumbang kepada keluarga atau kelas mereka?

Imej
Roti dan ikan

Yesus dengan ajaibnya telah memberi makan kepada 5,000 orang dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan.

Matius 14:22–33

Kepercayaan terhadap Yesus Kristus dapat membantu kita supaya tidak takut.

Keimanan dan ketakutan memainkan peranan penting dalam kisah Yesus dan Petrus berjalan di atas permukaan laut. Apakah yang kanak-kanak boleh pelajari daripada kisah ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Suruh kanak-kanak untuk mencari satu ayat dalam Mattius 14 yang menerangkan gambar itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari tanda-tanda keimanan dan tanda takut ketika membaca Matius 14:22–33. Anda juga boleh tunjukkan video “Wherefore Didst Thou Doubt?” (LDS.org). Apakah maksudnya untuk percaya Yesus Kristus? Bagaimanakah kita menggantikan ketakutan dengan iman?

  • Minta kanak-kanak bayangkan mereka berada di sana dan mempunyai kamera ketika Yesus dan Petrus berjalan di atas permukaan air laut. Di saat apakah yang mereka ingin mengambil gambar dan mengapa? Cadangkan kepada mereka untuk mencari dalam Matius 14:22–33 untuk idea-idea. Jemput mereka untuk lukiskan gambar saat yang mereka pilih, kongsikan gambar-gambar mereka, dan jelaskan mengapa mereka memilih saat tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika kanak-kanak telah menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini, jemput mereka untuk gunakannya bagi mengajar keluarga mereka apa yang telah dipelajari hari ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput Perkongsian. Tanyakan kanak-kanak berkenaan fikiran, perasaan, dan pengalaman mereka. Anda akan dapati bahawa mereka sering punyai pandangan yang mudah tetapi mendalam.

Cetak