Ikutlah Aku
1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9: ‘Engkau ialah Kristus yang Diutus Oleh Tuhan’


“1–14 April. Markus 9; Lukas 9: “Engkau ialah Kristus yang Diutus Oleh Tuhan” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Perubahan rupa Kristus

The Transfiguration, oleh Carl Heinrich Bloch

1–14 April

Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9

“Engkau ialah Kristus yang Diutus Oleh Tuhan”

Sewaktu anda merenungkan bab-bab ini di dalam Perjanjian Baru dan mendengar kepada pesanan semasa persidangan umum, berikan perhatian kepada pesanan yang anda rasa kanak-kanak di kelas anda perlukan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sekiranya kanak-kanak di kelas anda mendengar atau menonton persidangan umum, jemputlah mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka dengar atau lihat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 16:13–17

Saya dapat memperoleh kesaksian bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Pertimbangkan bagaimana anda dapat menggunakan kesaksian Petrus dan respon Yesus untuk mengajar kanak-kanak tentang kesaksian dan mengilhami mereka untuk mencari kesaksian mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mintalah kanak-kanak untuk mendengar apa yang diucapkan oleh Petrus semasa anda membaca Matius 16:15–17. (Lihat juga “Bab 32: Petrus Bersaksi tentang Kristus,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 76–77, atau video yang berkaitan di LDS.org.) Jelaskan bahawa Petrus sedang berkongsi kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Baca semula ayat tersebut. (Atau tunjukkan video semula.) Kali ini mintalah kanak-kanak untuk mendengar siapakah yang memberitahu Petrus bahawa Yesus Kristus adalah Putera Tuhan.

  • Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus, dan jelaskan bagaimana anda menerimanya. Jemputlah kanak-kanak untuk mencari kesaksian mereka sendiri dari Bapa Syurgawi.

Matius 16:15-19

Yesus Kristus memberikan kunci imamat kepada para nabi dan rasul untuk memimpin Gereja-Nya.

Juruselamat membandingkan wahyu dengan batu dan wewenang imamat dengan kunci-kunci. Bagaimanakah anda dapat menggunakan perbandingan ini untuk membantu kanak-kanak beriman kepada mereka yang memimpin Gereja-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak seketul batu semasa anda membaca Matius 16:18 bersama mereka. Ulangi bersama mereka ayat “di atas batu karang ini Aku akan mendirikan gereja-Ku,” tambahkan pergerakan untuk perkataan tersebut. Jelaskan bahawa Gereja dibina atas “batu” wahyu.

  • Tunjukkan kanak-kanak beberapa kunci dan tanyakan apakah kegunaan kunci. Jelaskan bahawa Petrus dan para rasul yang lain menerima kunci-kunci imamat dari Yesus. Kunci-kunci ini “bukakan” berkat-berkat kepada kita dan membuka jalan ke syurga. Sebagai contoh, kunci-kunci imamat membolehkan kita untuk dibaptis dan mengambil sakramen. Berikan kanak-kanak kunci-kunci kertas, dan mintalah mereka menulis beberapa berkat yang kunci-kunci imamat “bukakan”.

  • Tunjukkan sebuah gambar Presiden Gereja, dan kongsi kesaksian anda bahawa dia memegang semua kunci-kunci imamat kini, seperti yang Petrus lakukan.

Imej
tugu Petrus memegang kunci-kunci

Yesus memberikan kunci-kunci imamat kepada Petrus.

Matius 17:19–20

Iman saya dapat menjalankan mukjizat-mukjizat.

Ketika anda membaca janji Yesus bahawa iman sekecil benih sesawi dapat memindahkan sebuah gunung, apakah tanggapan yang anda terima tentang kanak-kanak anda ajari?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk bergilir melukis gunung besar dan benih kecil di papan tulis semasa anda membaca Matius 17:19–20 bersama mereka. Jelaskan bahawa gunung yang kita harus pindahkan selalunya adalah hal-hal yang kelihatan sukar untuk kita lakukan. Apakah beberapa hal yang terasa seperti gunung kepada kita? Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memikirkan tentang bagaimana iman dapat membantu mereka melakukan hal-hal yang Tuhan ingin mereka lakukan.

  • Letakkan sebuah gambar gunung di satu bahagian bilik, dan tulis padanya perkataan seperti ketakutan, keraguan, atau kerisauan. Mintalah kanak-kanak untuk menamakan beberapa hal yang mereka dapat lakukan untuk memperoleh lebih banyak iman terhadap Yesus Kristus. Biarkan setiap kanak-kanak yang mencadangkan sesuatu untuk memindahkan gunung lebih dekat dengan bahagian lain bilik. Baca Matius 17:19–20, dan bersaksi tentang kuasa iman dalam kehidupan anda.

  • Mintalah kanak-kanak untuk nyanyikan “Iman,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 50–51, dan berikan setiap kanak-kanak biji benih untuk dibawa pulang ke rumah. Jemputlah mereka untuk menanam benih tersebut dan letakkan ia di tempat yang mereka dapat melihat ia bertumbuh untuk membantu mereka ingat untuk beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 16:13–17

Sebuah kesaksian tentang Yesus Kristus datang melalui wahyu dari syurga.

Bagaimana kesaksian Petrus di Matius 16:13–17 membantu kanak-kanak semasa mereka membina kesaksian mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang akan mereka katakan sekiranya seseorang bertanya kepada mereka, “Siapakah Yesus?” Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Matius 16:13–17 untuk mencari bagaimana Petrus menjawab soalan tersebut. Bagaimanakah dia memperoleh kesaksiannya tentang Yesus? Apakah yang kita dapat lakukan untuk memperkuatkan kesaksian kita?

  • Bantulah kanak-kanak untuk membezakan cara kita mengetahui kebenaran rohani dengan cara kita mengetahui kebenaran lain. Sebagai contoh, bagaimana kita mengetahui seberapa tinggi seseorang itu atau apakah cuaca hari tersebut? Bagaimanakah kita mengetahui Yesus Kristus ialah Putera Tuhan?

  • Kongsi kesaksian tentang Yesus Kristus, dan mencabar kanak-kanak untuk memperoleh atau memperkuatkan kesaksian mereka sendiri.

Matius 16:15–19

Gereja Yesus Kristus dipimpin oleh mereka yang memegang kunci-kunci imamat.

Mempelajari Matius 16:15–19 dapat membina iman kanak-kanak bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah pemulihan Gereja yang Yesus dirikan semasa Dia hidup di bumi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan Matius 16:19 di papan tulis, tinggalkan beberapa perkataan, termasuk perkataan “kunci-kunci.” Mintalah kanak-kanak untuk mencari perkataan yang hilang.

  • Tunjukkan video “Priesthood Keys: The Restoration of Priesthood Keys” (LDS.org) atau semak semula maklumat mengenai kunci-kunci imamat dalam True to the Faith, 126–27. Apakah itu kunci-kunci imamat? Bagaimana kunci-kunci imamat seumpama kunci-kunci sebenar?

  • Bantulah kanak-kanak untuk menyenaraikan di papan tulis orang-orang yang mempunyai kunci-kunci imamat. (Taat kepada Iman, 126–27, terdapat sebuah senarai yang dapat membantu mereka.) Jemputlah seseorang di dalam bahagian anda yang memegang kunci-kunci untuk berbicara kepada kelas tentang mengapa kunci-kunci imamat penting.

  • Sembunyikan beberapa kunci (atau gambar kunci) di sekeliling bilik, dan jemputlah kanak-kanak untuk mencarinya. Selepas setiap kunci di jumpai, bantulah kanak-kanak memikirkan berkat-berkat yang kita nikmati kerana kunci-kunci imamat (sebagai contoh, keluarga abadi, pembaptisan, dan sakramen).

Lukas 9:28–36

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Perubahan Rupa Kristus adalah salah satu dari banyak kali di dalam tulisan suci ketika suara Tuhan Bapa kedengaran bersaksi tentang Putera Terkasih-Nya. Mempelajari laporan ini bersama kanak-kanak dapat membina iman mereka kepada Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk melukis lukisan tentang Perubahan Rupa Kristus, seperti yang terdapat di Matius 17:1–9. Mintalah mereka untuk menjelaskan lukisan mereka kepada sesama. (Lihat juga rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)

  • Berikan kanak-kanak masa untuk merenungkan apa yang cerita ini ajarkan mereka tentang Yesus Kristus. Jemput mereka untuk menulis fikiran mereka di papan tulis. Jemputlah beberapa kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka mengetahui bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemputlah kanak-kanak untuk bertanya ibu bapa mereka atau ahli keluarga yang lain bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik. Lagu Sekolah Primer dan lagu rohani dapat membantu kanak-kanak semua golongan umur memahami dan mengingati kebenaran injil. Menyanyi juga memastikan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 22.)

Cetak