“22–28 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“22–28 April. Matius 18; Lukas 10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
22–28 April
Matius 18; Lukas 10
“Apa yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”
Apakah kebenaran dalam Matius 18 dan Lukas 10 yang kanak-kanak perlu belajar? Beri perhatian kepada dorongan Roh Kudus ketika anda membaca bab-bab tersebut. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami ajaran itu, dan rangka panduan ini dapat memberi anda idea bagaimana untuk mengajar kebenaran-kebenaran tersebut.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tanyakan kanak-kanak bagaimanakah mereka merayakan Korban tebusan Yesus Kristus untuk hari Easter.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya harus sentiasa mengampuni orang.
Apabila anda membaca Matius 18:21–35, pertimbangkan pengalaman anda sendiri dengan pengampunan dan apakah yang kanak-kanak perlu ketahui mengenai asas ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacakan Matius 18:21, dan jemput kanak-kanak untuk berkata “Saya memaafkan anda” tujuh kali. Tanya, “Adakah pengampunan sebanyak tujuh kali cukup?” Baca ayat 22 dan jelaskan bahawa Yesus inginkan kita untuk mengampun sentiasa.
-
Kongsikan perumpamaan yang berkenaan hamba yang tidak berbelas kasihan (lihat Matius 18:23–35). Jika perlu, jelaskan bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap kita, kita mungkin akan berasa marah atau sedih pada mulanya. Tetapi pengampunan bermaksud kita dapat berasa damai semula. (Anda mungkin terdorong untuk membantu kanak-kanak faham bahawa jika seseorang mencederakan mereka, mereka patut beritahu ibu bapa mereka atau seorang dewasa yang dipercayai.)
-
Tuliskan Saya mengampuni anda di atas papan tulis, dan jelaskan kepada kanak-kanak bahawa kata-kata ini dapat membantu menukarkan keadaan yang sedih menjadi keadaan yang menggembirakan. Lukiskan satu muka yang sedih di atas papan tulis, dan kongsikan contoh-contoh kanak-kanak mengampuni satu sama lain. Selepas setiap contoh, jemput seorang kanak untuk menukarkan muka sedih ke muka yang gembira.
-
Nyanyikan bersama kanak-kanak “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan)” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52. Minta mereka untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan pertolongan. Kongsikan kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi akan membantu kita mengampuni orang lain.
Yesus mengajar saya untuk melihat semua orang seperti jiran dan mengasihi mereka.
Perumpamaan orang Samaria yang baik merupakan satu kisah yang sukar dilupakan yang dapat menunjukkan kepada kanak-kanak siapa jiran-jiran kita. Fikirkan cara-cara anda dapat ilhami kanak-kanak untuk “pergi, dan lakukannya … begitu juga” (Lukas 10:37).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tanyakan setiap kanak, “Siapakah jiran anda?” Jelaskan bahawa Yesus telah mengajar bahawa sesiapa yang memerlukan bantuan juga merupakan jiran kita, walaupun jika dia tidak tinggal berdekatan, dan kita patut melayan orang tersebut dengan kasih sayang.
-
Bacakan Lukas 10:25–37 sambil kanak-kanak melakonkan perumpamaan orang Samaria yang baik, mengambil giliran untuk memainkan peranan-peranan berbeza. Setelah setiap pertunjukan, minta mereka untuk berkongsikan bagaimana mereka dapat menjadi seperti orang Samaria yang baik itu.
-
Tuliskan beberapa contoh situasi di mana seseorang memerlukan bantuan, dan sembunyikan kertas-kertas itu di sekeliling bilik. Minta kanak-kanak untuk mencari kertas-kertas itu dan jelaskan bagaimana mereka dapat menunjukkan kebaikkan hati terhadap orang dalam situasi tersebut.
-
Nyanyi bersama kanak-kanak “Jesus Said Love Everyone” Children’s Songbook, 61,dan “Kebaikan Mulai Dari Aku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 83. Bahagikan kanak-kanak dalam pasangan, dan jemput setiap pasangan untuk memikirkan beberapa cara mereka dapat menunjukkan kasih dan baik hati terhadap orang lain. Minta setiap pasangan untuk berkongsikan pendapat mereka dengan kelas.
-
Jemput kanak-kanak untuk tuliskan cara-cara mereka dapat menunjukkan kasih terhadap orang pada kepingan kertas kecil. Bentukkan satu rantai dengan menggunakan kepingan-kepingan kertas tersebut dan jemput kanak-kanak untuk menggantungnya di rumah, di mana ia dapat mengingatkan mereka untuk berbaik hati.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Bapa Syurgawi akan mengampuni saya apabila saya mengampuni orang.
Apabila kanak-kanak membesar, sifat mengampun mungkin menjadi lebih susah. Perumpamaan hamba yang tidak berbelas kasihan boleh menjadi satu cara untuk mengajar mereka bahawa Bapa Syurgawi inginkan kita mengampuni semua orang.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacakan Matius 18:23–35 bersama kanak-kanak; jelaskan bahawa tuan atau raja mewakili Bapa Syurgawi, hamba itu mewakili kita, dan rakan hamba mewakili mereka yang telah menyinggung kita. Tanyakan kanak-kanak, “Bilakah anda dapati diri susah untuk mengampuni seseorang? Bagaimanakah anda melepaskan perasaan terluka itu? Bilakah anda perlu diampuni atas pilihan yang salah?”
-
Tunjukkan video “Forgive Every One Their Trespasses: The Parable of the Unmerciful Servant” (LDS.org) supaya membantu kanak-kanak membayangkan perumpamaan ini.
-
Tuliskan di atas papan tulis satu masalah matematik 70 × 7, dan bantu kanak-kanak menyelesaikannya. Minta seorang untuk membaca Matius 18:21–22, dan jelaskan bahawa Yesus menggunakan nombor ini untuk mengajar kita bahawa kita harus sentiasa mengampuni.
-
Berikan sekeping kertas kepada setiap orang, dan jemput kanak-kanak untuk melukiskan gambar seorang kanak berbuat jahat terhadap kanak lain. Kemudian suruh mereka untuk bertukar kertas dengan rakan lain dan lukis di belakang kertas itu bagaimana mereka dapat mengampuni orang lain.
-
Minta kanak-kanak untuk membantu anda fikirkan beberapa situasi di mana seseorang perlu mengampunkan orang lain. Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cara bagaimana mereka akan mengampuni dalam situasi tersebut.
-
Nyanyi bersama kanak-kanak “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan)” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52. Bantu kanak-kanak memahami setiap baris lagu itu dan apakah yang diajar kepada kita berkenaan mengampuni orang.
Saya boleh mengasihi dan melayan orang, terutamanya mereka yang dalam kesusahan.
Renungkan ketika-ketika dalam hidup anda sendiri apabila seseorang telah menjadi “orang Samaria baik” terhadap anda. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk menjadi “orang Samaria yang baik” terhadap orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tugaskan setiap kanak-kanak sebahagian perumpamaan Orang Samaria Baik untuk dilukis. Jemput mereka untuk menyusun gambar-gambar secara teratur dan gunakannya untuk memberitahu kisah itu.
-
Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa orang Yahudi tidak suka orang Samaria sehinggakan apabila mereka berhijrah daripada Yerusalem ke Galilea, mereka akan berjalan keliling untuk mengelakkan sebarang interaksi dengan orang Samaria (lihat Peta-peta Alkitab, no. 1 “Peta Fizikal Tanah Suci”). Mengapakah Yesus menggunakan seorang dari Samaria sebagai contoh kebaikan dalam perumpamaan ini? Apakah yang kisah ini ajarkan berkenaan membantu satu sama lain? (Lihat juga Mosia 4:16–22.)
-
Minta kanak-kanak kongsikan pengalaman berkenaan seseorang yang baik seperti orang Samaria terhadap mereka.
-
Cabarkan kanak-kanak berjuang untuk menjadi seperti orang Samaria yang baik minggu ini. Contohnya, adakah mereka kenali seseorang yang sakit atau sunyi? Atau seseorang yang tidak datang ke gereja dengan kerap? Tanyakan kanak-kanak bagaimanakah mereka akan membantu orang tersebut.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga masing-masing matlamat mereka untuk menjadi seperti orang Samaria yang baik minggu ini.