Ikutlah Aku
29 April–5 Mei. Yohanes 7–10: ‘Akulah Gembala yang Baik’


“29 April–5 Mei. Yohanes 7–10: ‘Aku Gembala yang Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“29 April–5 Mei. Yohanes 7–10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Kristus dan perempuan yang berzina

Sesiapa yang Tidak Berdosa, oleh Liz Lemon Swindle

29 April–5 Mei

Yohanes 7–10

“Akulah Gembala yang Baik”

Semasa anda membaca Yohanes 7–10, fikirkan tantang kanak-kanak yang anda ajar. Banyak idea untuk kanak-kanak yang lebih besar dalam rangka panduan ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil, atau sebaliknya.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan minggu lepas untuk menjadi seperti orang Samaria yang baik.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 7:14–17

Mematuhi perintah-perintah membantu saya mengetahui bahawa ia benar.

Yesus mengajarkan bahawa kita dapat memperoleh kesaksian tentang kebenaran yang Dia kongsi semasa kita menjalaninya. Bagaimanakah anda menggunakan laporan ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa kedamaian yang kita rasakan semasa kita mematuhi perintah-perintah membantu kita mengetahui bahawa ia benar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan Yohanes 7:17 dalam perkataan yang kanak-kanak akan fahami. Bantulah mereka mengetahui bahawa mematuhi perintah-perintah membantu kita merasa lebih dekat kepada Yesus Kristus, mungkin dengan menyanyikan bersama “Patuhi P’rintah” atau “Memilih yang Benar,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68–69, 82. Mintalah kanak-kanak untuk mendengar bagaimana kita akan diberkati sewaktu kita mematuhi perintah-perintah.

  • Kongsi sebuah pengalaman ketika anda telah pelajari bahawa sebuah perintah adalah dari Tuhan kerana anda menjalaninya, seperti membayar persepuluhan atau mengampuni seseorang yang tidak bersikap baik. Jemputlah kanak-kanak untuk memikirkan sebuah pengalaman yang mereka miliki ketika mereka mematuhi sebuah perintah. Tanyakan, “Bagaimanakah perasaan anda selepas mematuhi?”

  • Pilihlah beberapa perintah dan lukiskan dua pasang gambar mudah yang mewakili setiap perintah. Letakkan gambar-gambar menghadap ke bawah dan jemputlah kanak-kanak untuk mengambil giliran untuk padankan perintah-perintah bersama. Bersaksi tentang kepentingan perintah-perintah dan bagaimana mengikutinya telah memperkuatkan kesaksian anda.

Yohanes 8:29

Yesus mentaati Bapa-Nya.

Yesus Kristus sentiasa melakukan perkara-perkara yang menyenangkan Bapa-Nya yang di Syurga. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mencari cara untuk mengikuti teladan-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantulah kanak-kanak mengulangi apa yang Yesus telah katakan tentang Bapa Syurgawi di Yohanes 8:29: “Aku sentiasa membuat apa yang berkenan kepada-Nya.” Mintalah mereka untuk berkongsi hal-hal Yesus telah lakukan yang membuat Bapa Syurgawi gembira. Tunjukkan beberapa gambar dari Buku Seni Injil untuk memberi mereka idea.

  • Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang membuat mereka gembira. Kemudian tanyakan apa yang mereka dapat lakukan minggu ini untuk membuat seorang ahli keluarga atau kawan gembira. Jemputlah kanak-kanak untuk melukis diri mereka melakukan aktiviti tersebut untuk dibawa balik ke rumah dan mengingatkan mereka.

  • Jemputlah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak untuk berkongsi sebuah pengalaman ketika kanak tersebut melakukan sesuatu yang membuat mereka gembira. Biarkan kanak tersebut berkongsi bagaimana perasaannya.

Yohanes 10:1–18

Yesus mengenali dan mengasihi saya.

Perumpamaan gembala yang baik dapat membantu kanak-kanak untuk memahami bahawa Yesus mengasihi mereka dan mengenali siapa mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mintalah kanak-kanak untuk melukis sebuah lukisan yang mewakili sesuatu di dalam perumpamaan gembala yang baik, seperti domba, seorang perompak, atau seekor serigala. Bacalah Yohanes 10:1–18 kepada kanak-kanak, dan mintalah mereka untuk memegang lukisan-lukisan mereka ketika mereka terdengar anda membaca sesuatu tentang apa yang mereka telah lukiskan. Jelaskan seperti “gembala yang baik” membimbing dan mengasihi kawanan-nya, Yesus mengasihi kita dan membimbing kita semua balik kepada Dia. Hiaskan seorang kanak-kanak seperti seorang gembala, dan biarkan kanak-kanak berkongsi bagaimana Yesus seperti gembala kita.

  • Tunjukkan gambar Yesus dan anak domba di rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Yesus mengasihi anak-anak domba tersebut? Bagaimanakah kita mengetahui bahawa anak-anak domba itu mengasihi Yesus?

  • Bantulah kanak-kanak untuk menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 7:14–17

Mematuhi perintah-perintah membantu saya mengetahui bahawa ia benar.

Anda dan kanak-kanak yang anda ajari mungkin mempunyai pengalaman menjalani kebenaran injil dan mempelajari bahawa ia benar. Bagaimanakah anda dapat membina pengalaman-pengalaman sedemikian semasa anda mengajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan setiap ayat Yohanes 7:14–17 pada sekeping kertas dan pamerkan mereka dalam susunan yang rawak. Mintalah kanak-kanak untuk menyusunnya dalam susunan yang betul dan memeriksa di Yohanes 7:14–17 untuk melihat sekiranya mereka betul. Jemputlah kanak-kanak untuk berpecah kepada pasangan dan berkongsi pemahaman mereka tentang setiap ayat dengan pasangan mereka. Bagaimana mematuhi perintah-perintah Tuhan membantu mereka mengetahui perintah-perintah tersebut adalah benar?

  • Kongsi contoh-contoh dari tulisan suci yang menunjukkan bagaimana orang-orang diberkati kerana menjalani kebenaran injil, seperti Daniel (lihat Daniel 6) atau Nefi (lihat 1 Nefi 3–4).

  • Beberapa hari sebelum kelas, jemputlah seorang kanak untuk menulis tentang suatu masa ketika dia memperoleh kesaksian sebuah perintah dengan menjalaninya. Sewaktu kelas, mintalah kanak tersebut berkongsi apa yang dia telah tulis.

Yohanes 8:31-36

Kebenaran boleh membuat kita bebas.

Sewaktu kanak-kanak meningkat dewasa, mereka akan bertemu orang-orang yang mempercayai bahawa menjalani injil adalah terbatas. Bagaimanakah anda menggunakan Yohanes 8:31–36 untuk menangkis dakwaan sedemikian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Yohanes 8:31–36 dan berkongsi apa yang mereka fikir tentang maksud menjadi hamba dosa. Bagaimanakah ajaran-ajaran Yesus membantu kita menjadi bebas?

  • Mintalah seorang kanak untuk membantu anda secara longgar melilitkan kain, selendang, atau tali leher di sekeliling tangan anda untuk menunjukkan bagaimana kita menjadi terikat kepada dosa ketika kita melakukan ia berkali-kali tanpa bertaubat.

  • Tunjukkan satu kunci mangga untuk mewakili dosa dan satu kunci untuk mewakili bagaimana kebenaran injil dapat membuat kita bebas. Sebagai contoh, mengetahui tentang Korban Tebusan Juruselamat dapat memberi kita kebebasan untuk bertaubat dan diampuni dari dosa-dosa kita. Atau mengetahui tentang Kata-kata Bijaksana dapat memberi kita kebebasan untuk mengelak ketagihan.

Kristus mengajar di bait suci

Yesus mengajar, “Kebenaran itu akan memerdekakan kamu” (Yohanes 8:32).

Yohanes 10:1–18

Yesus seperti gembala kita.

Semasa anda mempelajari tentang perumpamaan gembala yang baik, carilah kebenaran yang mengajar tentang hubungan kita dengan Juruselamat. Bagaimanakah mengetahui kebenaran-kebenaran ini akan memberkati kanak-kanak?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan gembala yang baik dan upahan di papan tulis. Jelaskan bahawa seorang upahan adalah seseorang yang diupah untuk satu pekerjaan demi wang. Mintalah kanak-kanak untuk menyenaraikan perbezaan yang mereka jumpa di Yohanes 10:1–18 antara seorang gembala yang baik dan seorang upahan. Mengapakah anda mahu mengikuti gembala yang baik daripada seorang upahan?

  • Lukiskan atau tunjukkan gambar sebuah pintu. Baca bersama Yohanes 10:7–9, dan tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana Yesus diibaratkan seperti sebuah pintu. Mengikut ayat 9, apakah berkat-berkat yang datang kepada mereka yang “memasuki” pintu tersebut? Bagaimanakah kita memasuki pintu yang Yesus Kristus sediakan untuk kita?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantulah kanak-kanak memikirkan sebuah perintah yang mereka dapat patuhi sepenuhnya. Mintalah mereka untuk cuba mematuhi perintah tersebut pada minggu akan datang.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanyakan soalan mengilhamkan. Tanyakan soalan yang menjemput kanak-kanak yang anda ajari untuk lebih mendalami dari sekadar melaporkan fakta. Sebaliknya, menggalakkan mereka untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kebenaran-kebenaran injil. Contohnya, sekiranya anda sedang membincangkan perintah-perintah, anda boleh meminta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mematuhi perintah-perintah telah memberkati mereka.