Ikutlah Aku
20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘Lihatlah, Raja Kamu Datang’


“20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘Lihatlah, Raja Kamu Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019

seorang lelaki berada di pokok semasa Yesus datang

Zakheus Di Atas Pokok Sedar, oleh James Tissot

20–26 Mei

Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12

“Lihatlah, Raja Kamu Datang”

Ketika anda membaca Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; dan Yohanes 12, memberikan tumpuan kepada dorongan-dorongan yang anda terima dari Roh Kudus. Melihat “Meeting the Needs of Younger Children” di permulaan buku panduan ini untuk perkara-perkara yang patut diingati semasa anda mengajar asas-asas ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar dari rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan menjemput kanak-kanak untuk mengongsi apa yang mereka tahu tentang apa yang berlaku dalam gambar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Lukas 19:1–10

Bapa Syurgawi dan Yesus kenal saya oleh nama.

Semasa anda membaca tentang interaksi Juruselamat dengan Zakheus, apakah pesanan yang anda menjumpai yang mungkin memberkati kanak-kanak yang anda mengajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Zacchaeus in the Sycamore Tree (LDS.org). Bantu kanak-kanak mengenali Zakheus dan menyebut nama dia. Membuat tindakan untuk kanak-kanak melakukan ketika anda memberitahu cerita Zakheus dan Yesus—contohnya, berdiri di jari kaki untuk melihat di atas orang ramai atau berpura-pura memanjat pokok. Terangkan bahawa Juruselamat melihat Zakheus dan memanggil dia dengan namanya. Bersaksi bahawa Juruselamat juga mengenali setiap anak dan nama-nama mereka.

  • Bawa bingkai gambar kosong ke kelas, atau membuat bingkai dari kertas. Jemput setiap anak untuk mengambil giliran pegang bingkai di keliling mukanya ketika yang lain mengucapkan, “Bapa Syurgawi dan Yesus tahu [nama anak itu].”

  • Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran berpura-pura memanjat pokok, seperti Zakheus. Minta yang lain untuk mengucapkan, “Bapa Syurgawi dan Yesus tahu [nama anak itu].”

  • Nyanyi bersama “Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2, dan membantu kanak-kanak mendengar untuk hal-hal yang membantu mereka tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka.

Matius 21:12–14

Bait suci ialah tempat yang suci.

Kesaksian anda tentang bait suci boleh membantu kanak-kanak yang anda mengajar untuk memahami bahawa bait suci ialah tempat yang suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus Membersihkan Bait Suci (Buku Seni Injil, no. 51), dan memberitahu cerita sebagaimana dicatatkan di Matius 21:12–14. Bantu kanak-kanak mencari wang dan binatang dalam gambar ini. Bincangkan mengapa Juruselamat ingin para tukang wang dan penjual binatang untuk keluar dari bait suci.

  • Tunjukkan gambar-gambar bait suci (contohnya, lihat Buku Seni Injil, 117–21), dan minta kanak-kanak mengongsi bagaimana mereka rasa apabila mereka melihat sebuah bait suci. Beritahu kanak-kanak bahawa perasaan itu adalah Roh Kudus memberitahu kita bahawa bait suci ialah tempat yang istimewa. Minta kanak-kanak untuk bertindak seolah-olah mereka berada di dalam bait suci. Contohnya, mereka boleh berbisik dan duduk dengan rasa hormat. Nyanyi bersama “Ku Ingin Ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99, dan menjemput kanak-kanak untuk membuat matlamat untuk masuk bait suci pada satu hari nanti.

Bait Suci Fort Collins Colorado

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Matius 21:28–32

Saya boleh mematuhi.

Bapa Syurgawi ingin kita untuk mematuhi. Perumpamaan dua anak lelaki ialah kesempatan untuk mengajar tentang kepentingan kepatuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis gambar tentang dua anak lelaki di papan, dan menggunakan lukisan-lukisan ketika anda memberitahu perumpamaan di Matius 21:28–32. Anak yang manakah melakukan hal yang betul? Minta kanak-kanak untuk menyebut beberapa perkara yang mereka boleh buat untuk mematuhi di rumah. Biarkan mereka melukis gambar tentang diri mereka sedang melakukan salah satu perkara.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman-pengalaman di mana mereka telah mematuhi ibu bapa atau pemimpin mereka. Bagaimanakah mereka diberkati kerana kepatuhan? Bagaimanakah mereka boleh lebih mematuhi pada masa hadapan?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Lukas 19:1–10

Apabila saya mencari Juruselamat, saya akan menjumpai-Nya.

Anda mungkin menggunakan cerita Zakheus untuk membantu kanak-kanak berfikir tentang hal-hal yang mereka boleh buat untuk menjadi lebih dekat dengan Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Lukas 19:1–10, berhenti beberapa kali untuk membincangkan apa yang kita belajar tentang Zakheus. Apakah yang Zakheus melakukan supaya dia dapat melihat Yesus? Bagaimanakah dia menjawab apabila Yesus minta dia turun dari pokok? Minta setiap anak untuk mengongsi satu sebab mengapa mereka ingin melihat Yesus. Jika Juruselamat datang ke kota anda, apakah yang anda akan melakukan untuk bersedia?

  • Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang orang yang mereka kenal yang, seperti Zakheus, mungkin mencari Juruselamat. Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan melakukan untuk membantu seseorang lain belajar tentang Juruselamat.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman-pengalaman bila mereka rasa bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sedar akan mereka dan mengasihi mereka.

Matius 21:12–14

Bait suci ialah tempat yang suci yang saya patut menghormati.

Bagaimanakah cerita Juruselamat membersihkan bait suci membantu anda mengajar kanak-kanak tentang kesucian bait suci?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 21:12–14. Tunjukkan gambar Yesus Membersihkan Bait Suci (Buku Seni Injil, no. 51), dan tanya mereka ayat yang mana digambarkan dalam gambar. Minta mereka melukis gambar tentang keadaan bait suci sebelum dan selepas Yesus membersihkannya.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengongsi bagaimana mereka rasa apabila mereka masuk bait suci, pergi ke tanah bait suci, atau melihat gambar-gambar bait suci. Siapakah yang membantu mereka tahu bahawa bait suci ialah tempat yang suci?

  • Jemput satu atau lebih remaja untuk datang ke kelas dan bercakap tentang bagaimana mereka telah bersedia masuk bait suci. Kalau mereka telah pergi ke bait suci, minta mereka bercakap tentang bagaimana mereka rasa semasa mereka di sana.

  • Potong gambar bait suci ke dalam kepingan teka-teki, dan memberikan setiap anak satu keping. Minta kanak-kanak untuk menulis di belakang keping mereka satu perkara yang mereka boleh lakukan untuk bersedia masuk bait suci. Ketika setiap anak mengongsi idea, tambahkan kepingnya kepada teka-teki.

Matius 23:25–28

Saya perlu menjadi soleh dalam tindakan dan keinginan saya.

Yesus mengajar para ahli Taurat dan orang Farisi tentang kepentingan betul-betul mematuhi injil—bukan saja berpura-pura menjadi soleh. Apakah yang akan membantu kanak-kanak memahami kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ketika anda membaca Matius 23:25–28 dengan kanak-kanak, mempertimbangkan definisi ini tentang hipokrit dari Bible Dictionary: “Seseorang yang berpura-pura penuh agama tetapi sebetulnya tidak.” Mengapakah tidak baik untuk menjadi hipokrit?

  • Tunjukkan kanak-kanak satu cawan yang bersih di luar tetapi kotor di dalam untuk menjelaskan metafora di Matius23:25. Bagaimanakah kita dapat memastikan kita bersih dan murni di dalam?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak memilih satu asas atau aktiviti dari kelas untuk mengongsi dengan keluarga di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sokong ibu bapa anak-anak. “Ibu bapa ialah pengajar Injil yang paling penting untuk anak mereka—mereka kedua-dua mempunyai tanggungjawab utama dan kuasa terbesar untuk mempengaruhi anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:6–7). Semasa anda mengajar kanak-kanak di gereja, mencari jalan dengan penuh doa untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan mereka yang amat penting” (Teaching in the Savior’s Way, 25).