“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21: ‘Anak Manusia Akan Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21:” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
27 Mei–2 Jun
Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21
“Anak Manusia Akan Datang”
Fikirkan apa yang kanak-kanak yang anda ajar perlu belajar mengenai Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21. Sesuaikan idea-idea untuk kanak-kanak yang lebih besar dalam rangka panduan ini untuk kanak-kanak yang lebih kecil kalau perlu.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tunjukkan satu gambar yang berkaitan dengan salah satu cerita dalam bacaan minggu ini (seperti gambar sepuluh anak dara dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak mengongsi apa yang mereka tahu tentang cerita itu.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Sebelum Yesus datang lagi, injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia.
Yesus berkata bahawa sebelum Dia datang lagi, injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia. Kanak-kanak dapat membantu memenuhi nubuat ini dengan mengongsi Injil.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan peta, glob dunia, atau gambar bumi (lihat Buku Seni Injil, no. 3) dan membantu kanak-kanak berkata, “Injil ini … akan dikhutbahkan di seluruh dunia” (Joseph Smith—Matius 1:31). Mengapakah Tuhan ingin semua anak-Nya mendengar Injil-Nya?
-
Jemput kanak-kanak berkawat setempat ketika anda bernyanyi bersama“Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” dan “Kita Dipanggil Tuk Melayani,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 88, 94. Jemput penginjil-penginjil penuh masa atau yang baru pulang untuk mengongsi pengalaman mereka dengan mengongsi injil dan membantu kanak-kanak berfikir tentang cara yang mereka dapat mengongsi injil.
Saya dapat menggunakan kurnia-kurnia yang Tuhan telah memberikan saya.
Kanak-kanak muda sedang menjumpai kurnia dan kebolehan mereka. Bantu mereka faham bahawa kurnia dan kebolehan ini datang dari Bapa Syurgawi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bawa beberapa syiling untuk menggunakan ketika anda memberitahu perumpamaan keping wang emas, yang ada di Matius 25:14–30. Anda boleh minta tiga anak untuk mewakili tiga orang hamba. Terangkan bahawa pada masa Yesus, keping wang emas merujuk kepada wang, tetapi hari ini keping wang emas boleh bermaksud kurnia dan kebolehan kita.
-
Minta kanak-kanak untuk menyebut cara-cara ibu bapa, adik beradik, pengajar, atau kawan telah membantu mereka. Apakah peluang yang orang ini miliki untuk melayani orang lain?
-
Tulis nota kecil kepada kanak-kanak yang memberitahu setiap mereka tentang kurnia dan kebolehan yang anda melihat dalam mereka. Membalut setiap nota seperti hadiah dan menjemput kanak-kanak untuk membuka “kurnia” mereka. Galakkan mereka untuk meningkatkan kurnia mereka dan menggunakannya untuk melayani orang lain.
Yesus hendak saya melayani orang lain.
Kita melayani Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan melayani orang di keliling kita. Bahkan kanak-kanak muda dapat melayani orang lain.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ringkaskan perumpamaan di Matius 25:34–46. Bantu kanak-kanak faham bahawa apabila kita melayani orang lain, kita melayani Yesus.
-
Pegang gambar tentang seseorang anak di kelas anda dengan gambar Yesus tersembunyi di belakangnya. Apakah yang boleh kita lakukan untuk melayani anak ini? Bantu kanak-kanak faham bahawa apabila kita melayani orang lain, kita melayani Yesus.
-
Jemput kanak-kanak melukis gambar tentang diri mereka melayani orang lain dalam cara-cara Yesus menggambarkan di Matius 25:35–36. Jemput kanak-kanak lain untuk meneka apa yang mereka sedang melukis.
-
Jemput kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman apabila seseorang telah menunjukkan pelayanan seperti Kristus kepada mereka atau keluarga mereka.
Mengajar Ajaran
Kanak-Kanak yang Lebih Besar
Sebelum Yesus datang lagi, Injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia.
Kanak-kanak yang anda ajar dapat membantu mengkhutbahkan Injil di seluruh dunia sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk mengongsi berkat-berkat yang mereka telah menerima atau akan menerima kerana mereka adalah ahli-ahli Gereja Kristus. Baca bersama Joseph Smith—Matius 1:31, dan tanya kanak-kanak bagaimana Injil akan memberkati anak-anak Tuhan di seluruh dunia.
-
Tunjukkan kanak-kanak peta dunia atau negara, dan membantu mereka cari beberapa tempat di mana seorang ahli keluarga atau kawan telah mengkhutbahkan injil di misi.
-
Jemput beberapa anak untuk datang bersedia mengongsi bagaimana ahli-ahli keluarga atau nenek moyang mereka diperkenalkan kepada injil. Kalau mungkin, minta seseorang di bahagian yang telah melayani misi penuh masa untuk mengongsi pengalaman tentang mengongsi injil.
-
Minta setiap anak untuk menulis nama seseorang dengan siapa dia boleh mengongsi Injil atau menjemput ke gereja. Minta kanak-kanak untuk menyenaraikan hal-hal yang mereka dapat lakukan untuk menjadi penginjil sekarang.
Saya bertanggungjawab atas penukaran hati saya sendiri kepada Injil.
Perumpamaan sepuluh anak dara mengajar bahawa kita tidak dapat pinjam penukaran hati kita kepada Injil daripada orang lain. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengambil tanggungjawab untuk penukaran hati mereka sendiri?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta seorang anak dan ibu atau bapa dia untuk datang bersedia mengongsi bagaimana mereka belajar tentang perumpamaan sepuluh anak dara di rumah minggu ini.
-
Lukis lampu minyak di papan, dan melabelnya kesaksian. Beri setiap anak satu kertas berbentuk titis minyak, dan minta setiap anak untuk menulis sesuatu yang dia akan melakukan untuk hatinya menjadi lebih tukar kepada Injil. Lekat titis-titis mereka pada papan di keliling lampu minyak.
-
Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membuat senarai hal-hal untuk melakukan untuk bersedia untuk pengunjung istimewa. Bagaimanakah hal-hal ini sama dengan atau lain daripada cara-cara yang kita dapat bersedia secara rohani untuk Kedatangan Kedua Juruselamat?
-
Di lima keping kertas, tulis hal-hal yang tidak dapat dipinjam. Di lima keping kertas yang lain, tulis hal-hal yang dapat dipinjam. Mengubah-ubah semua kertas, dan minta kanak-kanak untuk mengasingkannya ke dalam dua kumpulan ini. Baca bersama Matius 25:1–13. Mengapakah ia penting untuk tidak bergantung pada orang lain untuk penukaran hati kita kepada Inijl?
Di Penghakiman Akhir, kita akan memberikan Tuhan kisah kehidupan kita.
Selepas Kebangkitan, Tuhan akan menghakimi kita berdasarkan kepatuhan kita kepada perintah-perintah-Nya dan penerimaan kita akan korban tebusan Juruselamat. Perumpamaan keping wang emas dan perumpamaan domba dan kambing mengajar kita tentang Penghakiman Akhir ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta separuh daripada kanak-kanak untuk membaca Matius 25:14–30 dan yang lain untuk membaca Matius 25:31–46. Minta kanak-kanak buat lakonan tentang perumpamaan untuk kelas.
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 25:35–36 dalam pasangan dan membuat senarai hal-hal yang mereka dapat melakukan untuk menunjukkan kasih mereka untuk Yesus Kristus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Minta kanak-kanak untuk mengongsi dengan keluarga mereka cara-cara yang mereka dapat menjadi penginjil yang lebih baik dan bercakap dengan keluarga mereka tentang orang yang dengan mana mereka dapat kongsi injil.