Ikutlah Aku
3–9 Jun. Yohanes 13–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi’


“3–9 Jun. Yohanes 13–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“3–9 Jun. Yohanes 13–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Jamuan Terakhir

Untuk Mengenang Aku, oleh Walter Rane

3–9 Jun

Yohanes 13–17

“Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi”

Berdoa untuk mengetahui keperluan-keperluan kanak-kanak yang anda ajar semasa anda baca Yohanes 13–17. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini boleh menolong anda memahami ajaran dan berikan anda idea-idea untuk mengajar kanak-kanak dalam kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menolong kanak-kanak mengongsi perkara yang mereka belajar dari rumah, edarkan sekeping kertas berbentuk hati dan jemput setiap kanak-kanak untuk mengongsikan sesuatu yang dia lakukan untuk tunjukkan kasih kepada orang lain apabila sampai pusingannya memegang hati kertas itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 13:1–17

Yesus hendak saya melayani orang lain.

Cerita Yesus mencuci kaki para Rasul-Nya ialah satu contoh pelayanan yang rendah hati. Bagaimana anda boleh ilhamkan kanak-kanak untuk mengikut teladan Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk menolong anda menceritakan kisah dari Yohanes 13:1–17. Jemputlah anak-anak untuk menyatakan perincian-perincian dari cerita yang digambarkan dalam gambar-gambar.

  • Tunjukkan gambar-gambar Yesus melayani orang lain (lihat Buku Seni Injil atau majalah-majalah Gereja). Biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk memegang gambar-gambar semasa anda menceritakan kisah-kisah dari gambar-gambar itu (biarkan mereka tolong anda dengan cerita-cerita itu juga mereka mampu).

  • Tanya kanak-kanak bagaimana mereka rasa apabila seseorang menolong mereka. Biarkan kanak-kanak lukis gambar tentang bagaimana mereka boleh mengikut teladan Yesus dengan melayani seseorang.

Yohanes 13:34–35; 14:15

Saya tunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak memahami bahawa kepatuhan mereka ialah satu tanda mereka mengasihi Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak satu keping hati kertas untuk dihiaskan. Jemput mereka angkat hati kertas mereka setiap kali mereka nyanyikan kata “kasihi” dalam “Kasihilah Sesama” dan “Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 39, 74.

  • Bantu kanak-kanak hafazkan Yohanes 14:15 dengan angkatkan hati kertas mereka apabila mereka kata, “Jika kamu mengasihi Aku,” dan angkatkan satu gambar batu tulis apabila mereka kata, “kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.”

  • Jemput kanak-kanak ambil giliran melakonkan satu tindakan baik hati yang boleh mereka lakukan bagi seseorang untuk menunjukkan kasih mereka kepada Yesus. Mintalah kanak-kanak lain untuk meneka apa yang mereka sedang lakukan.

  • Lengkapkan halaman aktiviti minggu ini bersama kanak-kanak.

Yohanes 14:26–27; 15:26; 16:13–14

Roh Kudus menolong saya berasa lebih dekat dengan Yesus.

Walaupun kanak-kanak yang anda ajar belum menerima kurnia Roh Kudus, mereka boleh belajar sekarang bagaimana kurnia Roh Kudus bekerja dalam hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Jamuan Terakhir (Buku Seni Injil, no. 54). Jelas kepada kanak-kanak bahawa pada Jamuan Terakhir, Yesus ajar para pengikut-Nya tentang Roh Kudus.

  • Jemput kanak-kanak letakkan tangan pada hati dan kepala mereka. Buka kitab suci ke Ajaran dan Perjanjian 8:2, dan jelaskan bahawa Roh Kudus boleh ucap kepada kita “dalam fikiran [kita] dan dalam hati [kita],” atau melalui minda dan perasaan kita.

  • Gelapkan lampu dan angkat satu gambar. Kemudian sinarkan satu lampu suluh kepada gambar itu. Tanya kanak-kanak bagaimana lampu suluh itu seperti Roh Kudus.

  • Bersama kanak-kanak, nyanyikan “Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55, dalam satu “suara yang halus.” Jemput mereka beri perhatian kepada perkara yang Roh Kudus lakukan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 13:34–35; 14:15; 15:10–14

Saya tunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Semasa anda mengaji ayat-ayat ini dalam pengajian peribadi, fikirkan kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimana mereka akan diberkat apabila mereka faham bahawa kepatuhan mereka ialah satu tanda mereka mengasihi Juruselamat?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak hafalkan Yohanes 13:34–35. Salah satu cara untuk mencapai ini adalah menyanyi “Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74, dan menolong kanak-kanak belajar tindakan yang menemani lagu ini.

  • Jemput kanak-kanak tulis pada papan tulis cara-cara Yesus tunjukkan Dia mengasihi kita. Anda boleh tunjukkan gambar-gambar kehidupan Juruselamat untuk menolong mereka (untuk cadangan, lihat Buku Seni Injil). Bagaimana kita boleh tunjukkan kasih kita kepada orang lain seperti Dia? Jemput setiap kanak-kanak berdiri dan kongsikan satu cara dia akan “saling mengasihi” (Yohanes 13:34).

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yohanes 14:15. Biarkan kanak-kanak ambil giliran melukiskan gambar yang mewakili seseorang mematuhi satu perintah, semasa kanak-kanak lain teka apa yang dia lukiskan. Untuk contoh-contoh perintah, lihat Untuk Kekuatan Remaja. Bagaimana dengan mematuhi perintah-perintah ini boleh tunjuk Juruselamat bahawa kita mengasihi Dia?

Yohanes 14:26; 15:26; 16:13

Roh Kudus membimbing, menghibur, dan memberi saksi tentang kebenaran.

Sekarang kebanyakan kanak-kanak sudah menerima kurnia Roh Kudus, bagaimana anda boleh bantu mereka lebih memahami peranan Roh Kudus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak ayat-ayat berikut untuk dibacakan secara pasangan: Yohanes 14:26; 15:26; dan 16:13. Tanya mereka carikan perkataan-perkataan yang mengajar mereka tentang peranan Roh Kudus. Tuliskan perkataan-perkataan itu papan tulis.

  • Kongsikan satu pengalaman apabila Roh Kudus membimbing anda, menghiburkan anda, memberi amalan kepada anda, atau memberi saksi tentang kebenaran kepada anda. Jemput kanak-kanak kongsikan pengalaman mereka mengenai Roh Kudus. Bagaimanakah mereka mengenali pengaruhan Roh Kudus?

  • Jemput setiap kanak-kanak lukiskan mukanya di atas satu beg kertas. Sinarkan lampu suluh, mewakili Roh Kudus, ke atas beg-beg kertas itu. Kemudian letakkan benda-benda seperti sehelai skarf atau sekeping tisu dalam beg-beg itu untuk menghalang cahaya, untuk mengajar bahawa pilihan salah kita boleh hadkan pengaruhan Roh Kudus dalam hidup kita. Biarkan kanak-kanak keluarkan skarf atau tisu dari beg mereka untuk melambangkan pertaubatan.

Yohanes 15:1–8; 17:3

Bapa Syurgawi dan Yesus hendak saya mengetahui Mereka.

Anda akan memberkati hidup kanak-kanak selama-lamanya dengan menolong mereka mengetahui Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pamerkan satu tumbuhan semasa kanak-kanak ambil giliran membaca ayat-ayat dalam Yohanes 15:1–8. Bagaimanakah Yesus seperti satu pokok menjalar? Bagaimana kita seperti cabang? Apa yang boleh kita lakukan untuk menetap dekat dengan Juruselamat?

  • Baca Yohanes 17:3. Tanya kanak-kanak apa yang mereka lakukan untuk mengetahui Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kongsi tentang cara-cara dapat mengenali mereka.

Imej
Yesus dengan seorang budak duduk di atas riba-Nya

Kristus ajar, “Tetap bersatu dengan Aku” (Yohanes 15:4).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak menanya seorang ahli keluarga apa yang boleh mereka lakukan untuk melayan ahli keluarga itu. Pada kelas minggu depan, berikan kanak-kanak masa untuk kongsikan apa yang mereka laku untuk melayan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyesuaikan aktiviti-aktiviti. Jika anda ajar kanak-kanak yang lebih kecil, anda boleh dapat cadangan-cadangan tambahan yang boleh anda sesuaikan untuk kelas anda dalam rangka panduan minggu ini untuk kanak-kanak yang lebih besar. Serupanya, aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil boleh disesuaikan untuk mengajar kanak-kanak yang lebih besar.

Cetak