Ikutlah Aku
10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja’


“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Jamuan Terakhir

Malam Sudah Tiba, oleh Benjamin McPherson

10–16 Jun

Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18

“Tetapi Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja”

Apabila anda membaca Matius 26; Markus 14; Lukas 22; dan Yohanes 18, cari asas-asas yang anda rasa kanak-kanak perlu faham.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjuk gambar peristiwa dalam bab-bab ini, seperti Buku Seni Inijl, no. 54, 55, dan 56, dan jemput kanak-kanak untuk memberitahu apa yang sedang berlaku dalam gambar-gambar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Markus14:22–25; Lukas 22:19–20

Sakramen membantu saya berfikir tentang Yesus.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mengambil sakramen adalah peluang untuk berfikir tentang Yesus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Yesus memperkenalkan sakramen. Anda boleh gunakan “Bab 49: Sakramen Pertama,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 124–26, atau video berkaitan (LDS.org). Lihat juga video “Sacrament” (LDS.org). Bantu kanak-kanak memahami bahawa kita mengingati Yesus semasa sakramen.

  • Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apa yang roti dan air sakramen mewakili. Jelaskan bahawa lambang-lambang ini membantu kita mengingati bahawa Yesus telah mati untuk kita dan dibangkitkan dari kematian. Paparkan sekeping roti dan secawan air ketika anda membantu kanak-kanak menghafal frasa “Untuk mengenang [Dia]” (Lukas 22:19).

  • Minta kanak-kanak menutup mata dan memikirkan seseorang yang mereka sayang, dan kemudian jemput mereka untuk memberitahu anda tentang orang itu. Minta mereka menutup mata sekali lagi, memikir tentang Juruselamat, dan kemudian berkongsi perkara-perkara yang mereka tahu tentang-Nya. Menggalakkan mereka untuk berfikir tentang Yesus semasa sakramen setiap minggu.

  • Tanya kanak-kanak apa yang mereka buat untuk membantu mereka berfikir tentang Yesus semasa sakramen.

  • Bantu kanak-kanak membuat buku kecil yang dijelaskan di halaman aktiviti minggu ini. Cadangkan kepada mereka untuk menggunakannya untuk memikir tentang Yesus semasa sakramen.

  • Bantu kanak-kanak mencari beberapa majalah Gereja untuk gambar-gambar Yesus dan mencipta satu kolaj yang mereka boleh lihat semasa pertemuan sakramen.

Matius 26:36–46

Yesus menderita untuk saya kerana Dia mengasihi saya.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak merasakan kasih Yesus ketika anda membincangkan cerita penderitaan-Nya di Getsemani.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memikirkan satu masa mereka berasa sedih atau sakit. Jika boleh, jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka. Tunjukkan gambar di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jelaskan bahawa Yesus, dalam cara yang kita tidak memahami sepenuhnya, merasakan semua kesakitan dan kesedihan yang semua orang telah rasakan. Ini bermakna Dia boleh membantu kita berasa lebih baik apabila kita berasa sedih, sakit, atau kecewa.

  • Nyanyi “Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42, dengan kanak-kanak. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara -cara di mana mereka telah merasakan kasih Yesus.

Imej
Kristus berdoa di Getsemani

Kristus Berdoa di dalam Taman Getsemani, oleh Hermann Clementz

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Markus 14:22–24

Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk saya.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak mempunyai pengalaman yang lebih bermakna dengan sakramen?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran membaca ayat-ayat di Markus 14:22–24 (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Markus 14:20–24 [di lampiran Alkitab]) dan Ajaran dan Perjanjian 20:75–79. Perkataan dan idea apakah yang serupa dalam dua petikan ini?

  • Tanya kanak-kanak apa yang mereka buat untuk membantu mereka berfikir tentang Yesus semasa sakramen. Bantu mereka mencari ayat-ayat suci atau kata-kata dari nyanyian rohani sakramen yang mereka boleh baca semasa sakramen, dan kemudian senaraikannya di atas satu kad supaya kanak-kanak boleh baca semasa mereka mengambil sakramen. Nyanyi beberapa lagu ini dengan kanak-kanak (lihat Nyanyian Rohani, no. 71–74).

  • Tulis frasa utama dari doa-doa sakramen di papan tulis, dan bantu kanak-kanak menghafal mereka. Apakah maksud frasa-frasa ini? Mengapakah kita bersyukur kita dapat memperbaharui perjanjian pembaptisan kita setiap minggu?

  • Jemput seorang pemegang Imamat Harun untuk memberitahu kanak-kanak tentang pengalamannya dalam menyediakan, memberkati, atau memberi sakramen. Apakah yang membantu dia bersedia untuk membuat ini? Bagaimanakah dia rasa semasa melakukannya? Bagaimanakah roti dan air mengingatkan dia tentang Juruselamat?

  • Minta kanak-kanak yang telah dibaptiskan untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang pembaptisan mereka. Apakah perasaan mereka? Perjanjian apa yang mereka buat? (lihat Mosia 18:8–10). Beritahu mereka bahawa setiap minggu yang mereka mengambil sakramen, ia seperti dibaptiskan sekali lagi—kita boleh diampunkan dari dosa-dosa kita, dan kita memperbaharui perjanjian kita.

Matius 26:36–42

Di Getsemani, Yesus Kristus mengambil ke atas Diri-Nya dosa dan kesakitan saya.

Mengetahui tentang apa yang Yesus buat untuk kita di Getsemani boleh membantu kanak-kanak bertaubat akan dosa-dosa mereka dan berpaling kepada Juruselamat apabila mereka mengalami percubaan yang sukar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 26:36–42, mencari perkataan atau frasa yang menghuraikan perasaan Yesus di Getsemani. Apakah yang Yesus alami yang menyebabkan Dia berasa begitu? Beri kanak-kanak peluang untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus dan Pengorbanan-Nya untuk kita.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi satu waktu mereka berasa sedih atau dalam kesakitan. Tanya mereka jika mereka tahu sesiapa yang telah mengalami perasaan yang sama. Jelaskan bahawa di Getsemani, Yesus merasakan kesakitan dan kesedihan yang semua orang telah rasakan. Dia berbuat demikian supaya Dia boleh menghiburkan kita ketika kita memerlukannya (lihat Alma 7:11–12).

  • Beri seorang kanak-kanak satu kayu yang lebih panjang daripada lebar pintu bilik darjah, dan minta kanak-kanak itu untuk memegangnya secara mendatar dan cuba berjalan melalui pintu. Jelaskan bahawa kayu mewakili dosa-dosa kita, yang menghalang kita dari memasuki kerajaan Tuhan. Ambil keluar kayu itu untuk menunjukkan bahawa Yesus telah mengambil ke atas Diri-Nya dosa-dosa kita supaya kita boleh diampunkan apabila kita bertaubat.

Lukas 22:39–44

Saya boleh mengikuti contoh Yesus dengan menjadi patuh kepada Bapa Syurgawi.

Yesus menunjukkan kepatuhan kepada Bapa apabila Dia berkata, “Janganlah turut kehendak-ku, melainkan kehendak Bapa sahaja” (Lukas 22:42). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak belajar dari contoh Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Menghafal dengan kanak-kanak frasa “Janganlah turut kehendak-ku, melainkan kehendak Bapa sahaja” (Lukas 22:42) dan bincangkan maknanya. Apakah yang kita boleh buat untuk mematuhi kehendak Bapa Syurgawi?

  • Bantu kanak-kanak mengenal pasti beberapa perintah yang mereka telah patuhi. Tanya: Apakah berkat-berkat yang anda terima dengan menjadi patuh kepada Bapa Syurgawi, walaupun ia sukar? Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman dan kesaksian mereka.

Lukas 22:41–43

Saya boleh menerima bantuan apabila saya berdoa.

Semasa Yesus berdoa di Getsemani, seorang malaikat muncul untuk menguatkan-Nya. Adakah kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa mereka juga boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk kekuatan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan Lukas 22:41–43 kepada kanak-kanak (dengan menggunakan “Bab 51: Yesus Menderita di Taman Getsemani,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 129–32, atau video yang berkaitan di LDS.org). Jelaskan bahawa ketika Yesus berdoa, Bapa Syurgawi menghantar malaikat untuk menguatkan-Nya. Siapakah yang Bapa Syurgawi hantar untuk menguatkan anda?

  • Paparkan gambar malaikat menghiburkan Kristus dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan berkongsi satu pengalaman di mana anda rasa dikuatkan oleh Bapa Syurgawi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka akan buat semasa sakramen untuk mengingati Yesus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri kesaksian kepada kelas anda. Kesaksian boleh menjadi mudah seperti “Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi setiap dari kamu” atau “Saya rasa baik di dalam ketika saya belajar tentang Yesus Kristus.”

Cetak