“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
10–16 Jun
Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18
“Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja”
Semasa anda membaca tentang kisah-kisah yang digambarkan di Matius 26; Markus 14; Lukas 22; dan Yohanes 18, memberikan tumpuan kepada tanggapan-tanggapan yang anda terima, terutamanya dorongan untuk membuat perubahan dalam kehidupan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Terdapat hanya tiga orang saksi yang fana kepada penderitaan Yesus Kristus di Taman Getsemani—dan mereka tidur kebanyakannya. Di taman itu dan kemudian di salib, Yesus mengambil ke atas diri-Nya dosa, kepedihan, dan penderitaan setiap orang yang pernah hidup, walaupun hampir semua orang yang hidup pada masa itu tidak sedar akan apa yang sedang berlaku. Peristiwa-peristiwa keabadian yang paling penting kerap kali berlalu tanpa banyak perhatian. Namun Tuhan Bapa sedar. Dia dengar rayuan Putera-Nya yang setia, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” Malaikat dari syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia.” (Lukas 22:42–43). Walaupun kita tidak hadir untuk menyaksikan tindakan tidak mementingkan diri dan penyerahan ini, kita semua dapat menjadi saksi akan Korban Tebusan Yesus Kristus. Setiap kali kita bertaubat dan terima keampunan dari dosa kita dan setiap kali kita rasa kuasa Juruselamat yang memperkuatkan, kita dapat bersaksi tentang apa yang berlaku di Taman Getsemani.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Matius 26:17–30; Markus 14:12–26; Lukas 22:7–39
Sakramen adalah kesempatan untuk mengingat Juruselamat.
Apakah yang anda melakukan untuk ingat orang yang telah menjadi penting dalam kehidupan anda? Bila Juruselamat memulakan sakramen kepada pengikut-pengikut-Nya, Dia mengatakan, “Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku” (Lukas 22:19; lihat juga 3 Nefi 18:7). Bagaimanakah roti, air, dan perkara yang lain tatacara ini membantu anda mengingat Dia dan penderitaan-Nya? Renungkan soalan ini semasa anda membaca tentang sakramen pertama. Juga, ingat perubahan yang dijumpai di Joseph Smith Translation (lihat nPanduan Tulisan Suci).
Ambil masa untuk merenungkan pengalaman yang anda mengalami semasa sakramen setiap minggu. Apa yang anda boleh lakukan untuk menjadikannya lebih bermakna? Mungkin anda boleh menulis beberapa hal yang anda rasa diilhami untuk ingat tentang Juruselamat—ajaran-Nya, tindakan kasih-Nya, masa-masa bila anda telah rasa dekat dengan Dia, atau dosa-dosa dan kepedihan yang Dia mengambil ke atas diri-Nya untuk anda.
Lihat juga 3 Nefi 18:1–13; Ajaran dan Perjanjian 20:76–79; “Sacrament,” Gospel Topics, topics.lds.org“Always Remember Him” (video, LDS.org).
Matius 26:36–46; Markus 14:32–42; Lukas 22:40–46
Juruselamat menderita untuk saya di Getsemani.
Presiden Russell M. Nelson menjemput kita untuk “menumpukan masa ke dalam pelajaran tentang Juruselamat dan korban tebusan-Nya,” (“Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 40).
Fikirkan apa yang anda akan melakukan untuk menerima jemputan Presiden Nelson. Anda mungkin bermula dengan merenungkan penderitaan Juruselamat di Getsemani dengan penuh doa, seperti yang digambarkan dalam ayat-ayat suci ini, dan menulis tanggapan-tanggapan dan soalan-soalan yang datang ke fikiran.
Untuk pengajian yang lebih dalam lagi mengenai Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya, cuba mencari di tulisan suci yang lain untuk jawapan kepada soalan seperti ini:
-
Mengapakah Korban Tebusan Juruselamat diperlukan? (Lihat 2 Nefi 2:5–10, 17–26; 9:5–26; Alma 34:8–16; 42:9–26.)
-
Apakah yang Juruselamat mengalami semasa Dia menderita? (Lihat Yesaya 53:3–5; Mosia 3:7; Alma 7:11–13; A&P 19:16–19.)
-
Bagaimanakah penderitaan Kristus mengesankan kehidupan saya? (Lihat Yohanes 10:10–11; Ibrani 4:14–16; 1 Yohanes 1:7; Alma 34:31; Moroni 10:32–33; Dallin H. Oaks, “Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 61–64.)
-
Soalan-soalan yang lain:
Semasa anda belajar tentang apa yang berlaku di Getsemani, ia mungkin menarik untuk mengetahui bahawa Getsamani ialah taman pokok-pokok zaitun dan termasuk penekan zaitun, yang digunakan untuk menekan zaitun dan mengambil minyak untuk lampu dan makanan dan juga penyembuhan (lihat Lukas 10:34). Proses menggunakan beban yang berat untuk mengambil minyak zaitun boleh melambangkan keberatan dosa dan kepedihan yang Juruselamat menanggung untuk kita (lihat D. Todd Christofferson, “Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 50–51).
Markus 14:27–31, 66–72; Lukas 22:31–32
Perubahan hati ialah satu proses berterusan.
Fikirkan pengalaman Petrus dengan Juruselamat—mukjizat-mukjizat yang dia saksikan dan ajaran yang dia dengar. Jadi mengapakah Juruselamat berkata kepada Petrus, “Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu”? (Lukas 22:32; italik ditambah). Apakah yang Elder David A. Bednar mengajar yang menjadi perbezaan antara mempunyai kesaksian dan benar-benar mengalami perubahan hati? (lihat “Converted unto the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 106–9). Semasa anda membaca tentang pengalaman Petrus di Markus 14:27–31, 66–72, fikirkan perubahan hati anda sendiri. Pelajaran apakah yang dapat anda belajar dari Petrus? Semasa anda terus belajar Perjanjian Baru, apakah bukti yang anda menjumpai mengenai perubahan hati Petrus dan usahanya untuk menguatkan orang lain? Bagaimanakah menerima kurnia Roh Kudus mengesankan perubahan hatinya? (lihat Yohanes 15:26–27; Kisah-Kisah Para Rasul 1:8; 2:1–4).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda terus membaca tentang minggu akhir kehidupan Juruselamat bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Bagaimanakah pengalaman keluarga anda semasa sakramen setiap minggu? Membaca tentang sakramen pertama boleh mengilhami perbincangan tentang kepentingan sakramen dan cara-cara ahli-ahli keluarga boleh membuat penyembahannya lebih bermakna. Mempertimbangkan menunjukkan gambar Mengedarkan Sakramen (Buku Seni Injil, no. 108) dan mengongsi idea dengan satu sama lain tentang apa yang anda boleh buat sebelum, semasa, dan selepas sakramen.
Apabila keluarga anda membaca ayat-ayat suci ini, mereka boleh mengongsi apa yang mereka belajar semasa mereka mengkaji ayat-ayat suci yang dicadangkan dalam bahagian pengajian kitab-kitab suci peribadi “Juruselamat menderita untuk saya di Getsemani.”
Apakah yang kita belajar tentang Yesus dari pengalaman ini?
Apakah yang kita belajar dari kata-kata Juruselamat dalam ayat-ayat suci ini?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.