“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21: ‘Putera Manusia Akan Turun’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
27 Mei–2 Jun
Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21
“Putera Manusia Akan Turun”
Ketika anda membaca Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; dan Lukas 21, anda boleh bertanya, “Apakah pesanan dalam bab ini untuk saya? Untuk keluarga saya? untuk panggilan saya?”
Mencatat Tanggapan Anda
Para pengikut Yesus semestinya mendapati nubuat-Nya mengejutkan: bait suci Yerusalem yang agung, pusat rohani dan budaya bangsa Yahudi, akan dimusnahkan dengan sepenuhnya sehingga “tidak [akan] ada yang tinggal … satu batu atas yang lain.” Dengan semula jadinya para pengikut ingin mengetahui lebih banyak. “Bilakah hal-hal ini akan terjadi?” mereka bertanya. “Apakah tanda kedatangan-Mu?” (Joseph Smith—Matius 1:2–4). Jawapan Juruselamat mengungkapkan bahawa kemusnahan besar itu akan datang ke Yerusalem—sebuah nubuat dipenuhi pada 70 Tahun Masihi—akan tersangat kecil dibandingkan dengan tanda-tanda kedatangan-Nya pada hari terakhir. Hal-hal yang kelihatan lebih utuh dibandingkan dengan bait suci di Yerusalem akan terbukti sementara—matahari, bulan, bintang, bangsa, dan lautan. Bahkan “kekuatan langit akan digoncangkan” (Joseph Smith—Matius 1:33). Sekiranya kita peka dari segi rohani, kekacauan ini dapat mengajar kita untuk meletakkan kepercayaan kita dalam sesuatu yang benar-benar kekal. Seperti Yesus janjikan, “Langit dan bumi akan berlalu; namun firman-Ku tidak akan berlalu. … Dan barang siapa menyimpan baik-baik firman-Ku, tidak akan tertipu” (Joseph Smith—Matius 1:35, 37).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Joseph Smith—Matius
Apa itu Joseph Smith—Matius?
Joseph Smith—Matius, terkandung di dalam Mutiara yang Sangat Berharga, ia adalah petikan dari Terjemahan Joseph Smith dari Alkitab. Ia mengandungi perubahan kepada ayat terakhir dalam Matius 23 dan semua dalam Matius 24 (lihat Panduan Tulisan Suci, “Terjemahan Joseph Smith”). Perubahan terilham Joseph Smith memulihkan kebenaran berharga yang telah hilang.. Ayat 12–21 Joseph Smith—Matius merujuk kepada kemusnahan Yerusalem kuno; ayat 21–55 mengandungi nubuat tentang hari-hari terakhir.
Joseph Smith—Matius 1:21–37; Markus 13:21–37; Lukas 21:25–38
Nubuat tentang Kedatangan Kedua Juruselamat dapat membantu saya menghadapi masa depan dengan iman.
Ia boleh membimbangkan untuk membaca tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Tetapi ketika Yesus bernubuat tentang peristiwa-peristiwa ini, Dia memberitahu para pengikut-Nya untuk “tidak bersusah hati” (Joseph Smith—Matius 1:23). Bagaimanakah anda dapat “tidak bersusah hati” ketika anda mendengar tentang gempa bumi, peperangan, penipuan, dan kebuluran? Fikirkan tentang soalan ini semasa anda membaca ayat-ayat ini. Tandakan atau mencatat sebarang nasihat menenangkan yang anda temui.
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 29:14–21; 38:30; 45:16–52; 88:86–94; “Second Coming of Jesus Christ,” Gospel Topics, topics.lds.org.
Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55; Matius 25:1–13; Lukas 21:29–36
Saya harus sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.
Tuhan tidak mengungkapkan “hari mahupun saat ketika Putera Manusia datang” (Matius 25:13). Tetapi Dia tidak ingin hari itu datang ke atas kita “tidak disedari” (Lukas 21:34), jadi Dia telah memberi nasihat kepada kita tentang bagaimana untuk bersedia.
Semasa anda membaca ayat-ayat ini, mengenal pasti perumpamaan dan perbandingan lain yang Juruselamat gunakan untuk mengajar kita untuk sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya. Apakah yang anda pelajari darinya? Apakah yang anda terilham untuk lakukan?
Bapa Syurgawi mengharapkan saya untuk menggunakan kurnia-Nya dengan bijak.
Dalam zaman Juruselamat, “kepingan emas” melambangkan wang. Tetapi perumpamaan Tuhan tentang kepingan emas dapat mengajar kita tentang bagaimana Dia ingin kita untuk menggunakan segala berkat-berkat yang Dia telah berikan kepada kita. Tuhan mengharapkan kita untuk maju dalam segala yang Dia telah berikan kepada kita. Semasa anda membaca perumpamaan ini, buatlah sebuah senarai berkat-berkat dan peluang yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada anda. Apakah yang Dia harapkan anda untuk lakukan dengan berkat-berkat ini? Bagaimanakah anda menggunakan kurnia ini dengan lebih bijak? Bagaimanakah bakat telah berkembang sewaktu anda melayani Tuhan ?
Apabila saya melayani orang lain, saya melayani Tuhan.
Sekiranya anda pernah tertanya bagaimana Tuhan akan menghakimi kehidupan anda, bacalah perumpamaan anak domba dan kambing. Apakah yang lebih penting ketika anda berdiri di hadapan Kristus?
Lihat juga Mosia 2:17.
Adakah perkahwinan akan berterusan setelah Kebangkitan?
Kita pelajari dari wahyu moden bahawa kenyataan Yesus, “Apabila mereka berada di luar dunia, mereka tidak juga berkahwin atau dikahwinkan” merujuk kepada mereka yang tidak masuk ke dalam perjanjian perkahwinan selestial (lihat A&P 132:15–16). Sebuah perkahwinan selestial, di mana “seorang lelaki [mengahwini] seorang isteri … melalui perjanjian yang baru dan kekal,” akan kekal “sepanjang keabadian” sekiranya suami dan isteri mematuhi perjanjian mereka (A&P 132:19).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Untuk membantu keluarga anda membaca bab ini, jemputlah mereka untuk mencari ajaran-ajaran Juruselamat tentang bagaimana kita dapat bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya (lihat, sebagai contoh, ayat 22–23, 29–30, 37, 46–48). Apakah yang keluarga anda dapat lakukan untuk mengikuti nasihat ini?
Apakah makna untuk menghargai firman Tuhan? Bagaimanakah kita dapat lakukan ini sebagai sebuah keluarga? Bagaimanakah melakukan ini akan membantu kita mengelak daripada ditipu?
Anda dapat menggunakan gambar sepuluh perawan yang disertakan dalam rangka panduan ini untuk membincangkan Matius 25:1–13. Apakah butiran yang ahli keluarga terlihat di dalam gambar yang menggambarkan ayat-ayat ini?
Adakah ahli keluarga akan menikmati aktiviti mencari kertas titisan minyak di sekeliling rumah yang anda telah sembunyikan? Anda boleh meletakkan titisan kepada objek yang melambangkan hal-hal ahli keluarga dapat lakukan untuk menguatkan kesaksian mereka dan bersedia untuk Kedatangan Kedua, seperti tulisan suci, pakaian gereja, atau gambar bait suci.
Apakah yang ahli keluarga anda dapat pelajari dari teladan janda tersebut? Apakah yang Juruselamat ajarkan kepada para pengikut-Nya tentang persembahan? Tunjukkan sekeping slip pembayaran persepuluhan, dan bincangkan persembahan keluarga anda kepada Tuhan dan bagaimana persembahan ini membantu membina kerajaan Tuhan. Adakah persembahan yang keluarga anda lakukan yang tidak tercatat di dalam slip persepuluhan?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.