“3–9 Jun. Yohanes 13–17: ‘Tinggallah di dalam Kasih-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“3–9 Jun. Yohanes13–17,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
3–9 Jun
Yohanes 13–17
“Tinggallah di dalam Kasih-Ku”
Semasa anda membaca ajaran-ajaran Juruselamat di dalam Yohanes 13–17, Roh Kudus akan membantu anda untuk mengenal pasti pesanan untuk anda. Catatkan tanggapan yang anda terima.
Mencatat Tanggapan Anda
Hari ini kita menggelar ia sebagai “Jamuan Terakhir,” tetapi kita tidak tahu sekiranya para pengikut Yesus sepenuhnya menyedari, ketika mereka berkumpul untuk jamuan Paskah, ini akan menjadi jamuan terakhir mereka bersama Tuan mereka sebelum kematian-Nya. Yesus, bagaimanapun, “tahu bahawa saat-Nya sudah tiba” (Yohanes 13:1). Dia akan segera menghadapi penderitaan di Getsemani, pengkhianatan dan penafian oleh para sahabat terdekat-Nya, dan mati tergantung di atas kayu salib. Namun dengan semua yang datang di hadapan-Nya, tumpuan Yesus bukan pada Diri-Nya tetapi pada pelayanan kepada para pengikut-Nya. Dia dengan rendah hati mencuci kaki mereka. Dia mengajar mereka tentang kasih. Dia menenteramkan mereka bahawa, Dia tidak akan pernah meninggalkan mereka dan mereka harus tidak pernah meninggalkan-Nya. Para pengikut kemudian dan kini mendapat kesenangan di dalam janji-janji-Nya: “Aku tidak akan meninggalkan kamu tanpa penghiburan” (Yohanes 14:18). “Jika kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di kasih-ku” (Yohanes 15:10).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya menunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-Nya untuk mengasihi.
Yesus telah mengajarkan bahawa dua perintah terbesar berkaitan dengan kasih (lihat Matius 22:34–40). Mengikuti penekanan ini, kasih merupakan tema besar dalam arahan-arahan terakhir-Nya kepada para Rasul-Nya. Semasa anda membaca Yohanes 13–15, anda boleh mencatat atau menandakan setiap perkataan kasih.
Anda akan mendapati perkataan perintah sering berulang diikuti dengan perkataan kasih di dalam bab-bab ini. Apakah yang anda dapat pelajari tentang hubungan antara kasih dan perintah-perintah dari ajaran-ajaran Juruselamat? Apakah perkataan lain yang anda temui sering berulang dengan perkataan kasih di dalam bab-bab ini? Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, pertimbangkan untuk menulis sebuah ringkasan yang pendek tentang ajaran-ajaran Juruselamat tentang kasih.
Lihat juga D. Todd Christofferson, Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 48–51.
Roh Kudus akan membantu saya memenuhi tujuan saya sebagai pengikut Yesus Kristus.
Yesus Kristus mengetahui Dia akan segera meninggalkan para pengikut-Nya, dan Dia mengetahui bahawa mereka akan perlukan sokongan rohani apabila Dia pergi. Untuk membantu mereka memahami bagaimana mereka dapat menerima sokongan ini, Dia mengajar mereka tentang Roh Kudus. Apakah yang anda pelajari tentang peranan Roh Kudus dari firman Juruselamat di ayat-ayat berikut?
Mengapakah para pengikut memerlukan bantuan sedemikian dari Roh Kudus? Bagaimanakah Roh Kudus telah memenuhi peranan ini dalam kehidupan anda? Semasa anda teruskan mengkaji Perjanjian Baru, carilah cara-cara Roh Kudus telah memberkati para pengikut Yesus. Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza sekiranya anda mengundang Roh Kudus untuk mempengaruhi anda dengan lebih mendalam?
Lihat juga Mosia 3:19; 5:1–3; 3 Nefi 27:20; Moroni 8:25–26; 10:5; Ajaran dan Perjanjian 11:12–14; Musa 6:61; “Holy Ghost,” Gospel Topics, topics.lds.org.
Semasa saya tetap tinggal di dalam Kristus, saya akan menghasilkan buah yang baik.
Apakah maksud “tinggal di dalam [Kristus]”? (Yohanes 15:4). Apakah “buah” yang menunjukkan bahawa anda bersangkut kepada pokok anggur, yang mewakili Yesus Kristus?
Yesus Kristus berdoa untuk para pengikut-Nya.
Perkataan Yesus dicatatkan di dalam Yohanes 17 yang dikenali sebagai Doa Perantaraan. Di dalam doa ini, Yesus berdoa untuk para Rasul-Nya dan “semua yang percaya kepada [-Nya] melalui perkhabaran mereka” (Yohanes 17:20). Itu bermaksud Dia berdoa untuk anda. Apakah yang Yesus minta dari Bapa-Nya bagi pihak anda dan semua yang percaya?
Doa ini juga mengajarkan kebenaran abadi yang mendalam. Apakah kebenaran-kebenaran yang anda temui ketika anda membacanya?
Bagaimanakah Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi adalah satu?
Dalam doa-Nya di dalam Yohanes 17, Yesus menekankan kesatuan-Nya dengan Bapa, tetapi ini tidak bermaksud Dia dan Bapa-Nya adalah makhluk yang sama. Ketika Juruselamat berdoa agar para pengikut-Nya dapat menjadi satu “bahkan seperti”—atau dalam cara sama—Dia dan Bapa-Nya adalah satu (Yohanes 17:22), Dia tidak meminta para pengikut untuk menjadi satu makhluk. Sebaliknya, hasrat-Nya bagi mereka adalah untuk menikmati kesatuan yang sama yang Dia miliki bersama Bapa—kesatuan sempurna tentang tujuan, hati, dan minda.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Apakah yang dipelajari oleh keluarga kita dari teladan Juruselamat di dalam ayat-ayat ini? Dalam cara apakah dapat kita mengikuti teladan-Nya?
Semasa anda membincangkan ajaran-ajaran Juruselamat tentang kasih, pertimbangkan juga kata-kata ini dari Presiden Thomas S. Monson: “Dalam dunia zaman kini, tidak ada tempat di mana landasan kasih itu diperlukan lebih daripada rumah. Dan tidak patut dunia cari teladan lebih baik landasan itu dari rumah Orang Suci Zaman Akhir yang telah menjadikan kasih pusat hidup keluarga mereka. … Kasih adalah intipati Injil, sifat jiwa manusia yang paling mulia” (“Sebagaimana Aku Sudah Mengasihi Kamu,” Ensign atau Liahona, Feb. 2017, 4–5).
Ahli keluarga anda mungkin boleh melukis gambar atau menulis pada kertas berbentuk hati sesuatu yang mereka suka tentang sesama. Mereka dapat meletakkan kertas hati ini di sekitar rumah sebagai peringatan untuk menunjukkan kasih kepada sesama.
Juga akan menyeronokkan untuk membaca ayat-ayat ini bersebelahan dengan pokok anggur, pokok, atau tumbuhan lain. Bagaimanakah aktiviti ini membantu ahli keluarga anda lebih memahami ajaran-ajaran Juruselamat?
Bagi anda, mengapakah Yesus Kristus memberi amaran kepada para pengikut-Nya tentang penganiayaan? Bagaimanakah para pengikut Kristus dianiayai pada masa sekarang? Bagaimanakah nasihat Juruselamat dalam ayat ini membantu kita ketika kita menghadapi penganiayaan?
Bagaimanakah Kristus telah mengatasi dunia? Bagaimanakah Korban Tebusan-Nya membawa kedamaian dan penghiburan kepada kita? (lihat juga A&P 68:6).
Bagaimanakah keluarga kita boleh lebih bersatu seperti Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi adalah satu? Mengapakah Tuhan ingin kita bersatu? (lihat juga A&P 38:27).
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.