Ikutlah Aku
17–23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’


“17–23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019) (2019)

“17–23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Kristus depan Pilatus

Ecce Homo, oleh Antonio Ciseri

17–23 Jun

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

“Sudah Selesai”

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19 termasuk perihal waktu-waktu terakhir kehidupan fana Juruselamat. Cuba merasakan kasih-sayang Dia untuk anda apabila anda belajar tentang korban dan kematian-Nya.

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam setiap perkataan dan perbuatan, Yesus Kristus memberi contoh kasih-sayang tulen—yang dipanggil Rasul Paulus sebagai untuk mengasihi orang lain (lihat 1 Korintus 13). Tidak ada masa perkara ini lebih terang daripada waktu-waktu terakhir kehidupan fana Juruselamat. Kediaman Dia yang bermaruah di hadapan tuduhan palsu menunjukkan bahawa Dia “tidak cepat tersinggung” (1 Korintus 13:5). Kesediaan-Nya untuk tunduk kepada sengatan, kutukan dan penyaliban —sementara tidak menggunakan kuasa-Nya untuk mengakhiri seksaan itu—menunjukkan Dia bertahan lama dan “menghadapi segala sesuatu”.(1 Korintus 13:4, 7). Rasa kasihan-Nya terhadap ibu-Nya dan belas kasihan-Nya terhadap mereka yang menyalib-Nya—walaupun dalam penderitaan Dia yang tidak tertanding—menunjukkan bahawa Dia “tidak mementingkan diri sendiri” (1 Korintus 13:5). Dalam waktu pengakhiran Dia di dunia, Yesus melakukan apa yang Dia telah lakukan sepanjang pelayanan fana-Nya—mengajar kita dengan menunjukkannya kepada kita. Sememangnya, kasih ihsan ialah “kasih suci Kristus” (Moroni 7:47).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

Kerelaan Yesus Kristus untuk menderita menunjukkan kasih sayang Dia kepada Bapa dan juga kepada kita semua.

Walaupun Juruselamat mempunyai kuasa untuk memanggil “malaikat lebih daripada dua belas pasukan” (Matius 26:53), Dia dengan rela memilih perbicaraan yang tidak adil, kutukan kejam, dan kesakitan jasmani yang tidak dapat dibayangkan. Mengapa Dia berbuat demikian? “Kerana kebaikan hati-Nya yang penuh kasih,” kata Nefi, “dan panjang sabar-Nya terhadap anak-anak manusia” (1 Nefi 19:9)

Anda boleh mula belajar tentang waktu waktu akhir Juruselamat dengan membaca 1 Nefi 19:9. Di mana dalam Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19 yang kamu boleh cari contoh setiap perkara yang Nefi kata Yesus akan derita?

“[Mereka] menghakimi Dia sebagai sesuatu yang tidak bernilai”

“Mereka mencambuk Dia”

“Mereka memukul Dia”

“Meludah ke atas Dia”

Petikan mana yang menolong anda merasa “kebaikan hati-Nya yang penuh kasih” Bapa di Syurga dan Yesus terhadap anda? Sifat manakah yang ditunjukkan Juruselamat yang mengilhamkan andan untuk membina dengan lebih lengkap?

Lihat juga “Jesus Is Condemned before Pilate” dan “Jesus Is Scourged and Crucified” (videos, LDS.org).

Matius 27:27–49, 54; Markus 15:16–32; Lukas 23:11, 35–39; Yohanes 19:1–5

Kutukan kebenaran Tuhan tidak harus melemahkan iman saya.

Walaupun Yesus menahan kutukan sepanjang pelayanan-Nya, ia menjadi lebih kuat semasa mereka mencabuk dan menyalib-Nya. Tetapi kutukan ini tidak boleh menukar kebenaran iaitu: Yesus ialah Putera Tuhan. Apabila anda membaca tentang penghinaan yang dilalui Yesus, fikirkan tentang pertentangan dan kutukan kerja-Nya lalui hari ini. Pandangan apa yang anda dapat tentang menahan pertentangan? Apa yang menarik hati anda tentang perkataan ketua askar dalam Matius 27:54?

Matius 27:46; Markus 15:34

Adakah Bapa Syurgawi meninggalkan Yesus di atas salib?

Elder Jeffrey R. Holland memberikan pandangan berikut: “Saya bersaksi … bahawa Bapa yang sempurna tidak meninggalkan Putera-Nya dalam waktu itu. … Walau bagaimanapun, supaya korban tertinggi Putera-Nya yang lengkap secara rela dan berseorangan, Bapa menarik Roh-Nya buat sementara dari Yesus, iaitu sokongan kehadiran peribadi-Nya. … Untuk [Juruselamat] Korban tebusan menjadi tak terhingga dan abadi, Dia harus merasa bagaimana rasanya untuk mati bukan sahaja secara jasmani tetapi rohani, untuk merasa bagaimana rasanya Roh Ilahi menarik diri, meninggalkan seseorang merasa sama sekali, sengsara, keseorangan tanpa harapan” (“None Were with Him,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 87–88).

Lukas 23:34

Juruselamat ialah teladan pelayanan keampunan kita.

Bagaimana anda rasa apabila anda membaca perkataan Juruselamat di Lukas 23:34?   Merujuk kepada perkataan Juruselamat, Presiden Henry B. Eyring mengajar: “Kita mesti mengampuni dan tidak berniat jahat terhadap mereka yang menyinggung kita. Juruselamat telah tunjukkan teladan ini dari salib. … Kita tidak tahu hati mereka yang menyinggung kita” (“That We May Be One,” Ensign, Mei 1998, 68). Bagaimana ayat ini boleh menolong anda jika anda mempunyai masalah untuk mengampuni seseorang?

Lukas 23:39–43

Apakah erti “firdaus” dalam pernyataan Juruselamat kepada pencuri?

Dalam tulisan suci, perkataan firdaus selalunya bermakna “satu tempat keamanan dan kegembiraan di dalam dunia roh selepas dunia fana ini”—satu tempat yang di khaskan untuk mereka yang soleh. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa perkataan firdaus dalam Lukas 23:43 “ialah kesilapan terjemahan; Tuhan sebenarnya berkata bahawa pencuri itu akan berada dengan Dia di dunia roh” (True to the Faith, 111; lihat juga Joseph Smith, Journal, 11 Jun, 1843, josephsmithpapers.org). Di dalam dunia roh, pencuri itu akan mendengar injil dikhutbahkan.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 27:3–10

Walaupun Yudas mengenali Yesus secara peribadi, dia “berpaling daripada [Yesus] dan tersinggung oleh kerana perkayaan-Nya”. (Terjemahan Joseph Smith, Markus 14:31).  Apa yang boleh menyebabkan mereka yang mempunyai kesaksian yang kuat untuk berpaling daripada Juruselamat? Bagaimana kita boleh tetap sejati kepada Yesus Kristus?

Matius 27:11–26; Markus 15:1–15; Lukas 23:12–24; Yohanes 19:1–16

Mengapa Pilatus menghantar Yesus untuk disalibkan, walaupun dia tahu Yesus tidak bersalah? Pelajaran apakah yang kita belajar daripada pengalaman Pilatus tentang berdiri untuk apa yang kita tahu adalah betul? Ia mungkin menolong untuk keluarga anda untuk membuat lakon peranan untuk senario yang boleh menolong mereka untuk berdiri untuk apa yang mereka tahu adalah betul.

Kristus mengangkat salib

“Sambil memikul salib-Nya, pergi ke … Tempat Tengkorak” (Yohanes 19:17).

Matius 27:46; Lukas 23:34, 43, 46; Yohanes 19:26–28, 30

Mungkin anda boleh menugaskan satu atau lebih daripada satu petikan yang di buat Juruselamat di atas salib, yang berada dalam ayat ini, kepada setiap ahli keluarga dan minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dan misi-Nya.

Markus 15:39

Bagaimana membaca tentang Penyaliban menguatkan kesaksian kita bahawa Yesus adalah “Anak Tuhan”?

Yohanes 19:25–27

Apakah yang kita boleh belajar dari ayat-ayat ini tentang bagaimana kita harus menyayangi dan menyokong ahli keluarga?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengikut kehidupan Juruselamat. “Ia amat berguna untuk belajar cara Juruselamat mengajar—kaedah yang dia gunakan dan perkara yang Dia katakan. Tetapi kuasa Juruselamat untuk mengajar dan untuk mengangkat orang lain datang daripada jenis Dia sendiri sebagai seseorang. Jika anda dengan lebih tekun berusaha untuk hidup seperti Kristus, semakin banyak anda akan dapat mengajar seperti Dia” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Kristus di atas salib

Christ on the Cross, oleh Carl Heinrich Bloch