Ikutlah Aku
17–23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’


“17–23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“17–23 Jun. Matius’ 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kristus menghadapi Pilatus

Ecce Homo, oleh Antonio Ciseri

17–23 Jun

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

“Sudah Selesai”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19. Doa untuk fahami keperluan kanak-kanak.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Benarkan setiap kanak untuk memegang gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Sambil memegang gambar itu, setiap kanak boleh berkongsikan sesuatu yang dia tahu berkenaan kematian Yesus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 27:11–66; Lukas 23; Yohanes 19

Oleh kerana Yesus telah mati untuk saya, saya boleh dibangkitkan.

Kanak-kanak kecil mungkin berasa terganggu mendengar kisah Penyaliban Yesus. “Bab 52: Pengadilan Yesus” dan “Bab 53: Yesus Disalibkan,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 133–38, atau video yang berkaitan di (LDS.org) memberikan satu contoh bagaimana anda mungkin boleh kongsikan cerita ini bersama mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga apabila anda berkongsi berkenaan perbicaraan Yesus, Penyaliban, dan pengebumian (lihat juga Buku Seni Injil, no. 57 dan 58). Jemput kanak-kanak untuk berkongsikan apa yang mereka ketahui daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Tekankan bahawa pada hari ketiga, Yesus telah dibangkitkan, ini bermakna Dia hidup semula.

  • Tanyakan kanak-kanak untuk namakan perkara-perkara yang ibu bapa bantu laksanakan untuk mereka yang tidak boleh dilakukan dengan sendiri. Tunjukkan satu gambar Juruselamat. Jelaskan bahawa oleh kerana Yesuslah, kita boleh dibangkitkan—sesuatu yang kita tidak dapat lakukan dengan sendiri.

  • Tunjukkan satu gambar seseorang yang anda kenali tetapi sudah pun meninggal dunia. Kongsikan kesaksian anda bahawa oleh kerana Yesus orang tersebut akan hidup semula.

Imej
pengebumian Kristus

Penguburan, oleh Carl Heinrich Bloch

Matius 27:26–37; Lukas 23:34

Saya boleh mengampun orang sepertimana Yesus telah mengampuni.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak faham untuk mengampuni mereka yang tidak baik, sepertimana Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Huraikan bagaimana askar-askar bertindak kasar terhadap Yesus (lihat Matius 27:26–37), dan kemudian baca Lukas 23:34. Jelaskan bahawa apabila kita mengampuni orang lain, kita melepaskan perasaan yang tidak baik terhadap mereka dan menunjukkan perasaan kasih.

  • Kongsikan senario di mana seseorang mengatakan atau telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Jemput kanak-kanak untuk tunjukkan bagaimana mereka akan mengampuni orang tersebut.

  • Tuliskan kata-kata dan frasa dari “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan),” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52, di atas papan. Jemput kanak-kanak untuk nyanyikan lagu itu beberapa kali, padamkan beberapa kata setiap kali sehinggalah mereka telah pelajari seluruh lagu itu. Mengikut lagu ini, siapakah yang harus kita ampuni? Siapakah yang dapat membantu kita apabila proses pengampunan menjadi susah?

  • Cari terbitan baru Friend atau Liahona untuk mencari satu kisah mengenai seorang kanak yang telah mengampuni seseorang. Kongsikan kisah ini dengan kanak-kanak.

Lukas 23:32–33, 39–43

Oleh kerana Yesus telah menderita dan mati untuk saya, saya boleh bertaubat dan diampunkan.

Walaupun kanak-kanak yang di bawah umur lapan tahun tidak bertanggungjawab, adalah penting bagi mereka untuk belajar bagaimana untuk bertaubat akan pilihan salah mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Rumuskan Lukas 23:32–33, 39–43, dan tunjukkan dua pencuri di dalam gambar 57 dari Buku Seni Injil. Jelaskan bahawa apabila pencuri pertama mempersendakan Yesus, pencuri kedua mengaku bahawa dia bersalah—dia telah bermula untuk bertaubat.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 19:16 kepada kanak-kanak. Mengapakah Yesus menderita untuk kita?

  • Tunjukkan video “The Shiny Bicycle” (LDS.org). Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu memperbaiki dosa dan kesalahan kita dan menerima keampunan.

  • Benarkan kanak-kanak membuat tanda pada papan dengan kapur untuk mewakili pilihan-pilihan yang salah. Kemudian minta mereka padamkan papan itu untuk mewakili pertaubatan. Tunjukkan satu gambar Juruselamat, dan bersaksi bahawa kita boleh bertaubat kerana Dia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 27:11–66; Lukas 23; Yohanes 19

Yesus telah mati untuk saya kerana Dia mengasihi saya.

Mengapakah anda bersyukur akan kematian Yesus Kristus bagi anda? Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak faham kepentingan pengorbanan Juruselamat untuk mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Senaraikan peristiwa-peristiwa penting dari Matius 27:11–66 (untuk bantuan melakukan ini, lihat“Bab 52: Pengadilan Yesus” dan “Bab 53: Yesus Disalibkan,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 133–38). Jemput kanak-kanak untuk mengkaji ayat-ayat tersebut dan susunkan peristiwa dalam turutan yang betul.

  • Tunjukkan video “Jesus Is Condemned before Pilate” dan “Jesus Is Scourged and Crucified” (LDS.org). (Lihat juga “The Atonement,” LDS.org.) Mengapakah Yesus sudi menderita bagi kita?

  • Minta seorang kanak untuk membaca Matius 27:54, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu berkenaan Yesus yang membantu mereka tahu bahawa Dia Putera Tuhan.

  • Tanyakan kanak-kanak apakah yang mereka telah pelajari berkenaan Penyaliban dari “Lihat Jurus’lamat Mati,” Nyanyian Rohani, no. 80, atau lagu rohani sakramen lain.

Matius 27:26–37; Lukas 23:34

Saya boleh mengampun orang sepertimana Yesus telah mengampuni.

Ia mungkin susah untuk mengampunkan orang. Kanak-kanak yang diajar akan diberkati apabila mereka mengikut teladan Juruselamat dan mengampuni semua orang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran membaca mengenai ahli tentera yang tidak baik terhadap Yesus dalam Matius 27:26–37 dan Yesus mengampuni mereka dalam Lukas 23:34. (Lihat pandangan yang diberi dalam Terjemahan Joseph Smith di Lukas 23:34, nota kaki c.) Apakah yang kita pelajari dari contoh Yesus?

  • Tuliskan di atas papan Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengampuni seseorang yang tidak baik terhadap anda? Biarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk menulis idea-idea di atas papan, seperti Doa untuk peroleh perasaan yang baik terhadap orang itu atau Fikirkan sesuatu yang baik berkenaan orang itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan situasi-situasi di mana seseorang itu tidak berlaku baik dan bagaimana mereka akan mengampuni orang tersebut. Biarkan mereka kongsikan gambar itu dengan kelas.

Lukas 23:32–33, 39–43

Oleh kerana Yesus telah menderita dan mati untuk saya, saya boleh bertaubat dan diampunkan.

Pelajaran ini merupakan masa yang sesuai untuk bersaksi bahawa kerana Yesus Kristus, kita boleh bertaubat akan dosa-dosa kita dan diampuni.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak untuk baca Lukas 23:32–33, 39–43. Jelaskan bahawa dua orang lain yang akan disalibkan bersama Yesus ialah pencuri. Bagaimanakah salah satu daripada pencuri itu menunjukkan bahawa dia mula bertaubat?

  • Tuliskan ayat berikut pada papan, biarkan kosong untuk kata-kata dalam huruf condong: “Saya boleh di ampuni apabila saya bertaubat kerana Korban tebusan Yesus Kristus.” Berikan petunjuk kepada kanak-kanak untuk membantu mereka mengisi tempat-tempat kosong itu.

  • Jemput seorang kanak untuk memegang satu beg, dan isikan dengan batu-batu kecil apabila kanak-kanak lain menyatakan pilihan-pilihan salah yang dilakukan. Bantu kanak-kanak umpamakan beg itu dengan beban rohani yang kita pikul apabila kita berdosa. Bagaimanakah pertaubatan bagaikan mengeluarkan batu-batu daripada beg itu?

  • Gunakan rencana “You Can Repent and Forgive” (Friend, Ogos 2015, 10) untuk mengajar kanak-kanak cara untuk bertaubat.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk fikirkan seseorang yang mereka perlu ampuni dan tentukan satu perkara yang mereka akan lakukan untuk menunjukkan kepada dia bahawa mereka telah mengampuninya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Belajar untuk mengenali wahyu. Wahyu sering datang secara “baris demi baris” (2 Nefi 28:30), bukannya sekali gus. Apabila anda berdoa dan merenungkan tulisan-tulisan suci dan rangka panduan ini, anda akan dapati idea dan tanggapan dapat datang bila-bila masa dan di mana saja—ketika perjalanan anda ke kerja, membuat kerja rumah, atau interaksi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Cetak