“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia sudah Bangkit’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
24–30 Jun
Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21
“Dia Sudah Bangkit”
Mulakan persediaan anda dengan membaca Matius 28; Markus 16; Lukas 24; dan Yohanes 20–21. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini boleh menolong anda memilih asas-asas dalam bab-bab ini yang akan bererti kepada kanak-kanak dalam kelas anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Melihat satu gambar boleh menolong kanak-kanak mengingat perkara yang mereka sudah belajar dari rumah atau dari tempat lain. Mungkin anda boleh tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan tanya kanak-kanak mengongsikan apa yang mereka tahu tentang cerita yang ditunjukkan dalam gambar.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20:1–23
Seperti Yesus, saya akan hidup lagi selepas saya meninggal dunia.
Korban tebusan Yesus Kristus, termasuk Kebangkitan-Nya, ialah satu kejadian yang terpenting dalam sejarah, dan ialah dasar agama Kristian. Semasa anda baca tentang Kebangkitan, renungkan bagaimana anda akan menolong kanak-kanak membina iman kepada Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ceritakan tentang kisah Kebangkitan Yesus dengan kata-kata anda. Tanya kanak-kanak ambil giliran mengulangkan cerita itu kepada anda. Anda boleh merujuk pada “Bab 54: Yesus Bangkit,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 139–44, atau video yang berkaitan di (LDS.org). Jelaskan bahawa apabila Yesus mati, Roh-Nya tinggalkan badan-Nya. Apabila Dia dibangkitkan, roh dan badan-Nya bersatu lagi.
-
Jemput beberapa orang ahli bahagian melakon peranan askar, malaikat, Maria Magdalena, Petrus, Yohanes, para pengikut, dan Tomas serta menceritakan apa yang mereka saksi selepas kebangkitan Yesus.
-
Tunjukkan video “What Happens after We Die?” (LDS.org), dan memberitahu tentang seseorang yang anda kenali telah meninggal dunia. Kongsi kesaksian anda bahawa semua orang akan dibangkit pada satu hari nanti. Jemput kanak-kanak mengongsikan kesaksian mereka.
-
Bertimbang untuk menyanyikan “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” dan “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 45, 46. Tanya kanak-kanak menggambarkan perasaan untuk menampak Yesus yang sudah bangkit. Biarkan mereka kongsikan fikiran dengan kelas.
Saya boleh beriman kepada Yesus Kristus walaupun saya tidak dapat menampak Dia.
Bertimbang bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak memahami apa itu iman dan bagaimana mereka boleh beriman kepada Juruselamat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Christ Approaches Thomas (LDS.org) sambil anda menceritakan pengalaman Tomas di Yohanes 20:24–29. Mengulangkan cerita itu dalam pelajaran, tetapi kali ini tanya kanak-kanak memberikan perincian-perincian.
-
Tunjukkan satu kotak yang mengandungi satu objek yang tidak boleh dinampak oleh kanak-kanak, gambarkan objek itu kepada kanak-kanak. Tanya mereka adakah mereka percaya objek itu benar-benarnya dalam kotak itu dan mengapa. Kemudian tunjuk mereka objek itu, dan jelaskan bahawa beriman adalah mempercayai dalam perkara yang tidak dapat kita nampak. Iman yang paling penting adalah beriman kepada Yesus Kristus.
Saya boleh tunjukkan kasih saya kepada Yesus dengan melayani orang lain.
Bagaimana anda boleh mengilhamkan kanak-kanak untuk mengasihi dan menolong orang di sekeliling mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Yohanes 21:15–17, atau tunjukkan video “Feed My Sheep” (LDS.org). Yesus tidak hendak Petrus gunakan semua masanya memancing ikan. Sebaliknya, Dia hendak Petrus kongsikan injil dan jemput semua orang untuk datang kepada Dia. Beri setiap kanak-kanak satu domba-domba kertas, dan tanya mereka tuliskan satu perkara yang boleh mereka lakukan untuk menolong domba-domba Yesus.
-
Sebelum kelas, tanya beberapa kanak-kanak kongsikan perkara yang mereka lakukan sekarang untuk mengasihi dan melayani orang lain, atau cara orang lain sudah melayani mereka.
-
Tuliskan nama setiap kanak-kanak dalam kelas pada kertas dan gunting kertas-kertas itu dalam bentuk domba-domba, dan letakkan domba-domba kertas di sekeliling bilik. (Termasuk nama kanak-kanak yang tidak biasanya datang ke Gereja.) Jemput kanak-kanak mengumpulkan domba-domba dengan mencarikan domba-domba kertas yang ada nama mereka. Apakah yang dapat kita lakukan untuk melayani domba-domba yang sesat yang kita tahu?
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20:1–23
Kerana Yesus sudah bangkit, semua orang akan dibangkitkan.
Adalah biasa bagi kanak-kanak untuk memikirkan apa yang akan berlaku selepas kita meninggal dunia. Menimbangkan apa yang boleh anda ajar tentang Kebangkitan dengan cara yang akan membina iman mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak menutup mata dan menggambarkan mereka sekarang duduk di tepi makam Yesus semasa anda baca Yohanes 20:1–17 atau merumuskan cerita Kebangkitan-Nya (lihat juga “Bab 54: Yesus Bangkit,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 139–44, atau video berkaitan di LDS.org). Apa akan berlaku jika kita dapat nampak Yesus yang sudah bangkit?
-
Tanya setiap kanak-kanak mengaji pengalaman seorang yang nampak Juruselamat yang sudah bangkit dan kongsikan apa yang sudah dia belajar dengan kelas.
-
Lihat satu video atau lebih lagi dengan kanak-kanak: “Jesus Is Laid in a Tomb,” “Jesus Is Resurrected,” “Christ Appears on the Road to Emmaus,” dan “The Risen Lord Appears to the Apostles” (LDS.org).
Saya boleh beriman kepada Yesus Kristus walaupun saya tidak dapat menampak Dia.
Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak yang anda ajar untuk memperkuatkan iman mereka kepada Yesus Kristus? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput beberapa orang kanak-kanak ambil giliran untuk membaca ayat-ayat dari Yohanes 20:24–29. (Lihat juga video “Blessed Are They That Have Not Seen, and Yet Have Believed,” LDS.org.)
-
Tuliskan setiap kata dari ayat “Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat” pada kepingan kertas yang berlainan. Jemput kanak-kanak menyusunkan kata-kata itu. Jemput mereka menceritakan pengalaman masa mereka rasa kasih Juruselamat walaupun mereka tidak nampak Dia.
-
Jemput kanak-kanak melukiskan gambar-gambar tentang perkara yang mereka boleh lakukan untuk memperkuatkan iman mereka. Semasa mereka lukis, kongsikan apa yang sudah anda lakukan untuk memperkuatkan iman anda kepada Yesus Kristus.
Saya boleh tunjukkan kasih saya kepada Yesus dengan memelihara domba-domba-Nya.
Kanak-kanak boleh mempengaruhi mereka yang di sekeliling mereka. Bagaimanakah anda boleh galakkan mereka untuk memperkuatkan orang lain dalam injil?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Sebelum membaca Yohanes 21:1–17 tanya kanak-kanak jika mereka pernah pergi memancing ikan. Apakah pengalaman mereka? Tanya jika ada orang pernah tangkap “terlalu banyak ikan”(Yohanes 21:6).
-
Baca Yohanes 21:15–17, tetapi gantikan nama Simon dengan nama kanak-kanak. Siapakan domba-domba Yesus? Bagaimanakah kita dapat memelihara domba-domba-Nya?
-
Kongsikan satu makan ringan dengan kanak-kanak. Selepas mereka makan, tanya mereka bagaimana kongsikan injil dengan seseorang adalah seperti memberi makanan kepada mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak gunakan halaman aktiviti mingguan untuk mengajar keluarga mereka tentang minggu terakhir hidup Juruselamat.