Ikutlah Aku
1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’


“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
hari Pentakosta

Hari Pentakosta, oleh Sidney King

1–7 Julai

Kisah Rasul-Rasul 1–5

“Kamu akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 1–5. Dengan berdoa cari untuk fahami keperluan kanak-kanak yang anda ajar. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini boleh menolong anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tulis Siapakah Saya? pada papan. Berikan beberapa kenyataan tentang Petrus dan tanya kanak-kanak siapa yang di maksudkan kenyataan tersebut. Apa lagi yang mereka ketahui tentang Petrus?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 1:1–11

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui nabi dan rasul.

Mempelajari tentang bagaimana Juruselamat memimpin Gereja purba-Nya melalui rasul-rasul boleh menolong kanak-kanak untuk mendapat kesaksian para nabi dan rasul pada zaman kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan muka surat penuh rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Tanya kanak-kanak kenapa orang sedang melihat ke langit. Berikan cerita ringkasan daripada Kisah Rasul-Rasul 1:1–11. Lihat “Bab 55: Para Rasul Memimpin Gereja,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 145–47, atau video yang berkaitan di (LDS.org).

  • Sambil kelas melihat gambar daripada rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, jemput seorang kanak-kanak untuk memegang gambar Rasul terkini. Siapa yang memimpin Gereja apabila Kristus bukan di dunia? Bagaimana mereka memimpin Gereja?

  • Main satu permainan sepadan dengan menggunakan dua set gambar Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul yang hidup. Apabila satu sepadan dibuat, kongsikan nama Rasul atau Presiden dan sesuatu tentangnya.

  • Di belakang gambar Yesus, lekatkan beberapa gambar kecil tentang apa yang seorang nabi akan ajar, seperti pembaptisan atau bait suci. Berikan setiap kanak-kanak mendapat giliran untuk melihat salah satu gambar tersebut dan beritahu pada kelas, “Nabi mengajar kita tentang [topik pada gambar].”

Kisah Rasul-Rasul 3:1–10

Bapa Syurgawi boleh memberkati orang lain melalui saya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menolong kanak-kanak sedar cara bagaimana mereka boleh memberkati orang di sekeliling mereka? Tolong mereka belajar daripada contoh Petrus dan Yohanes yang menyembuh lelaki yang lumpuh.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melakonkan aksi dalam cerita Kisah Rasul-Rasul 3:1–10, seperti meminta sedekah dan berlompat dalam kegembiraan. Bagaimana Bapa Syurgawi memberkati lelaki yang tidak boleh berjalan?

  • Bawa satu beg yang mengandungi gambar yang mewakili cara kita boleh berkati dan melayani orang lain. Berikan kanak-kanak peluang untuk bergilir-gilir memilih gambar dari beg itu dan berkongsi cara mereka boleh memberkati orang lain dengan cara itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa apabila mereka telah menolong seseorang.

Kisah Rasul-Rasul 5:1–11

Saya boleh jujur.

Orang Kristian awal mengamalkan hukum pembaktian untuk menolong menjaga yang miskin. Mereka yang mempunyai tanah menjualnya dan memberi duit tersebut kepada Rasul-rasul untuk diagihkan kepada orang suci mengikut keperluan mereka. Ananias dan Safira tidak jujur dengan sumbangan mereka, berfikir bahawa mereka boleh menipu pesuruh Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tolong kanak-kanak untuk melakonkan cerita Ananias dan Safira. Jelaskan kepada kanak-kanak walaupun kita tidak akan mati apabila menipu, cerita ini menunjukkan betapa pentingnya kejujuran untuk Bapa Syurgawi.

  • Nyanyikan bersama satu lagu berkenaan kejujuran, seperti, “I Believe in Being Honest” (Children’s Songbook, 149). Tolong kanak-kanak untuk memahami bahawa sebahagian daripada menjadi jujur bermakna sentiasa berkata benar dan tidak mengambil barang orang lain.

  • Gunakan boneka daripada beg kertas untuk melakonkan situasi di mana seseorang itu jujur atau tidak jujur. Minta kanak-kanak untuk berdiri apabila orang itu jujur dan duduk di lantai apabila orang itu tidak jujur.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 1:8, 22–26

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui nabi dan rasul.

Kanak-kanak yang kamu ajar boleh faham bahawa Gereja Juruselamat hari ini dipimpin oleh nabi dan rasul, sama seperti zaman dahulu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan Bagaimana Yesus Kristus memimpin Gereja apabila Dia tidak berada di dunia? Jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada soalan apabila anda membaca firman Juruselamat kepada para Rasul Kisah Rasul-Rasul 1:8.

  • Baca bersama Kisah Rasul-Rasul 1:22–26. Sebagai satu kelas, kenal pasti bagaimana para Rasul memanggil Rasul baharu.

  • Dengan lebih awal, minta seorang kanak-kanak dan ibu bapanya untuk membaca tentang seorang Rasul yang baharu dipanggil (mungkin di LDS.org). Jemput kanak-kanak tersebut untuk berkongsi apa yang dia belajar dengan kelas dan jika boleh, apa yang Rasul itu berkata tentang panggilannya dalam ucapan pertamanya dalam persidangan umum.

Imej
Petrus dengan para Rasul

Para Rasul memimpin Gereja selepas Kristus naik ke syurga.

Kisah Rasul-Rasul 3:1–10

Bapa Syurgawi memberkati orang lain melalui saya, walaupun saya tidak kaya.

Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh memberkati orang lain, jika mereka tidak “mempunyai wang”? (Kisah Rasul-Rasul 3:6). Bagaimanakah anda dapat membantu mereka untuk melihat peluang untuk melayani Tuhan dengan menolong orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 3:1–10 sementara yang lain melakonkan cerita itu. (Untuk bantuan, lihat juga “Bab 56: Petrus Menyembuhkan Seseorang,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 148–49, atau video yang berkaitan di LDS.org.) Anda juga boleh menunjukkan video “Peter and John Heal a Man Crippled Since Birth” (LDS.org). Dalam cara apa berkat yang diterima lelaki itu lebih besar daripada wang yang dia minta?

  • Agihkan kepada kelas beg duit syiling. Minta kanak-kanak untuk memegang beg, tanya mereka apa yang mereka boleh beli dengan wang. Kemudian ambil balik beg syiling itu dan tanya kanak-kanak berkat apa yang mereka tidak boleh beli. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana mereka boleh melayani seseorang tanpa menggunakan wang (Kisah Rasul-Rasul 3:6).

Kisah Rasul-Rasul 2:36–47

Roh Kudus memberi kesaksian kebenaran injil kepada hati saya.

Apabila kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengetahui bagaimana Roh Kudus bercakap kepada mereka, mereka akan diilhamkan untuk mendengar dan bertindak berdasarkan ilham yang mereka terima.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Kisah Rasul-Rasul 2:36–37. Bagaimana rasanya apabila Roh Kudus beritahu kita sesuatu dalam hati kita?

  • Sebagai satu kelas, buat satu poster dengan perkataan Apa yang harus kita lakukan? di atas. Paparkan poster itu setiap minggu, dan tambahkan cara kanak-kanak boleh bertindak dengan apa yang mereka belajar setiap minggu.

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari perkara baik yang dilakukan orang selepas mereka di baptiskan dalam Kisah Rasul-Rasul 2:41–47. Perkara baik apa yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kita bersyukur untuk mendapat kurnia Roh Kudus yang kita terima apabila di baptis?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk merancangkan satu cara mereka boleh melayani Bapa Syurgawi dengan menolong seorang ahli keluarga mereka minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menghafal ayat suci. Pilih satu ayat suci yang kamu fikirkan boleh menolong kanak-kanak dalam kelas anda, seperti Kisah Rasul-Rasul 2:38 atau Kisah Rasul-Rasul 3:19, dan tolong mereka menghafal satu frasa daripada ayat suci tersebut. Bantuan visual, gerak tangan, atau gerak isyarat boleh menolong kanak-kanak untuk menghafal ayat suci.

Cetak