Ikutlah Aku
8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: ‘Apa Yang Harus Aku Lakukan?’


“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: ‘Apa Yang Harus Aku Lakukan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Paulus dalam perjalanannya ke Damsyik

Agar Kita Hidup, oleh Sam Lawlor

8–14 Julai

Kisah Rasul-Rasul 6–9

Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?

Bermula dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 6–9. Rangka panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami bab-bab ini. Aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil dalam rangka panduan ini boleh diubahsuai untuk kanak-kanak yang lebih besar, dan sebaliknya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan beberapa nama orang dari Kisah Rasul-Rasul 6–9 di atas papan—mungkin Saulus atau Stefanus. Jemput kanak-kanak untuk berkongsikan apa sahaja yang mereka tahu berkenaan orang berikut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 6–7

Saya boleh mengikut Yesus Kristus dengan memilih sesuatu yang baik.

Apakah yang kanak-kanak dapat pelajari daripada Stefanus berkenaan menjadi pengikut Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak cipta aksi untuk lagu berkenaan membuat pilihan yang baik, seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 159). Gunakan Kisah Rasul-Rasul 7:51–60 untuk ceritakan kepada kanak-kanak bagaimana Stefanus mengajar tentang Yesus Kristus, walaupun ia membuat pemimpin-pemimpin Yahudi sangat marah (lihat juga “Bab 57: Orang-Orang Jahat Membunuh Stefanus,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 150–51, atau video berkaitan di LDS.org). Bagaimanakah Stefanus bertahan demi kebaikan?

  • Berikan beberapa senario kepada kanak-kanak berkaitan kanak yang perlu membuat pilihan di antara baik dan salah. Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka akan lakukan untuk bertahan demi kebaikan.

Kisah Rasul-Rasul 8:26–39

Roh Kudus mengilhami saya untuk mengongsikan injil dengan orang lain.

Filipus mengikut dorongan Roh dan membantu seorang bangsa Kus yang bergelutan untuk memahami tulisan suci. Apakah ajaran yang diperoleh untuk kanak-kanak yang anda ajari?

Imej
Filipus mengajar lelaki bangsa Kus

Filipus Mengajar Lelaki Bangsa Kus, oleh Robert T. Barrett

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Letakkan dua kerusi bersama untuk membina sebuah kereta kuda. Jemput dua kanak untuk duduk di atas kereta kuda, seorang mewakili Filipus dan seorang lagi lelaki Kus. Kemudian beritahu cerita bagaimana Filipus mengajar Injil kepada lelaki Kus itu.

  • Pernahkah anda merasai Roh Kudus memberitahu anda untuk berkongsi injil bersama seseorang, sepertimana pengalaman yang dilalui Filipus dalam Kisah Rasul-Rasul 8:29? Kongsikan pengalaman anda dengan kanak-kanak.

Kisah Rasul-Rasul 9:1–20

Apabila saya melakukan satu kesilapan, Bapa Syurgawi menjemput saya untuk bertaubat dan berubah.

Apabila Yesus memberitahu Saulus untuk berhenti menganiaya Gereja Tuhan, Saulus dengan serta merta bertaubat dan berubah. Bagaimanakah cerita ini membantu kanak-kanak yang anda ajar mempunyai keinginan untuk cepat berubah apabila mereka melakukan kesalahan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Rumuskan kisah penukaran hati Saulus, didapati dalam Kisah Rasul-Rasul 9:1–20 (lihat juga “Bab 59: Saulus Belajar tentang Yesus,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 154–55, atau video berkaitan di LDS.org).

  • Senaraikan atau bawa gambar-gambar yang menunjukkan perubahan, seperti seekor berudu, yang berubah menjadi seekor katak, atau pokok-pokok di musim yang berlainan. Bagaimanakah Saulus berubah setelah dilawati Yesus Kristus?

  • Lukiskan satu jalan yang punyai dua cabang. Jemput kanak-kanak untuk namakan tempat-tempat yang mereka ingin lawat, dan tuliskannya di atas satu jalan. Apakah yang akan berlaku jika kita pusing ke jalan yang salah? Bagaimanakah pertaubatan umpama kembali ke jalan yang betul?

  • Minta kanak-kanak untuk ulangi kata Saulus kepada Bapa Syurgawi: “Apa yang Engkau ingin aku lakukan?” Apakah yang Tuhan ingin kita lakukan?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 6–7

Saya akan menjadi saksi Yesus Kristus.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar teladan Stefanus dan menjadi saksi Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Kisah Rasul-Rasul 6:5–15 dan 7:51–60 bersama kanak-kanak lain. Bagaimanakah Stefanus seorang saksi Yesus Kristus? Jemput seorang atau lebih daripada kanak kelas untuk berlakon sebagai Stefanus dan kongsi apa yang mereka percaya dan mengapa.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran dan membaca Kisah Rasul-Rasul 6:3–10, mencari ciri-ciri yang diperoleh Stefanus dan membantu dia melayan.

  • Mintakan kanak-kanak untuk memikirkan situasi di mana mereka dapat menjadi saksi Yesus Kristus dan injil-Nya. Bantu mereka untuk lakonkan beberapa situasi tersebut. Minta kanak-kanak bacakan Mosia 18:9. Tekankan bahawa menjadi saksi Yesus Kristus termasuklah perjanjian yang kita lakukan di pembaptisan.

  • Tuliskan nama Stefanus dan Filipus di atas papan. Di bawah nama Stefanus, tuliskan cara-cara di mana kita boleh menjadi teladan kepada orang lain. Di bawah nama Filipus, tuliskan cara-cara kita dapat berkongsi Injil dengan orang lain. Bagaimanakah menjadi contoh pengikut Yesus Kristus yang baik membantu kita berkongsi Injil?

Kisah Rasul-Rasul 8:5–24

Imamat merupakan kurniaan yang tidak ternilai daripada Tuhan.

Setan menggalakkan mesej bahawa barangan fizikal memberi kita kegembiraan. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita Simon untuk membantu kanak-kanak menghayati perkara rohani seperti imamat dan berkatnya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Simon, yang didapati di Kisah Rasul-Rasul 8:5–24 (lihat juga “Bab 58: Simon dan Imamat,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 152–53, atau video berkaitan di LDS.org). Mengapakah kita tidak boleh menerima kuasa imamat dengan hanya membelinya? Bagaimanakah seseorang dapat menerima kuasa imamat? (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:5).

  • Berikan kanak-kanak wang palsu, dan pamerkan gambar-gambar yang dapat membawa wang. Tanyakan kanak-kanak berapa banyak duit palsu yang mereka ingin berikan untuk semua ini. Kemudian tunjukkan satu gambar sakramen, satu bait suci (mewakili berkat bait suci), pembaptisan, dan berkat-berkat lain yang kita terima melalui imamat. Jelaskan bahawa kurnia-kurnia daripada Tuhan amatlah berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang.

Kisah Rasul-Rasul 9:1–20

Apabila saya melakukan satu kesilapan, Bapa Syurgawi menjemput saya untuk bertaubat dan berubah.

Apabila Yesus memberitahu Saulus untuk berhenti menganiaya Gereja Tuhan, Saulus dengan serta merta bertaubat dan berubah. Bagaimanakah cerita ini membantu kanak-kanak yang anda ajar mempunyai keinginan untuk cepat berubah apabila mereka melakukan kesalahan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lipatkan sehelai kertas. Minta mereka tuliskan Sebelum di hadapan dan Selepas pada bahagian belakang. Baca bersama kanak-kanak Kisah Rasul-Rasul 8:1–3; 9:1–2; dan 9:17–22, mencari kata atau frasa yang menghuraikan Saulus sebelum dan selepas dia melihat Tuhan.

  • Jemput seorang ahli gereja untuk kongsikan kisah penukaran hatinya dan bagaimana menjadi seorang ahli gereja telah mengubah hidupnya, sepertimana kehidupan Saulus telah berubah.

  • Lukiskan “jalan ke Damsyik” di atas papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk baca Kisah Rasul-Rasul 9:6, 11, 18, 20–22, mencari apa yang Saulus telah lakukan untuk bertaubat dan berpaling kepada Kristus, dan tuliskan aksi-aksi tersebut di sepanjang jalan itu. Apakah yang kita pelajari daripada Saulus tentang bagaimana kita boleh menjadi lebih seperti Kristus?

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan bahagian kegemaran dalam kisah penukaran hati Saulus dan kongsikan lukisan itu dengan ahli kelas lain.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk beritahu keluarga mereka aktiviti kegemaran daripada kelas hari ini dan apa yang telah diajar kepada mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar daripada kitab suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak dapat membaca dengan banyak, namun anda masih dapat melibatkan mereka dalam pembelajaran kitab suci. Contohnya, anda boleh membaca satu perenggan dan menjemput mereka untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mereka mendengar perkataan atau frasa yang anda ingin tumpukan (lihat Teaching in the Savior’s Way, 20).

Cetak