Ikutlah Aku
22–28 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: ‘Tuhan telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan Berita Baik’


“22–28 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: ‘Tuhan telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan Berita Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“22–28 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Paulus di Areopagus

22–28 Julai

Kisah Rasul-Rasul 16–21

“Tuhan telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan Berita Baik”

Selepas membaca Kisah Rasul-Rasul 16–21, pertimbangkan bagaimana dorongan Roh dan idea-idea dalam rangka panduan ini boleh membantu anda dengan penyediaan pelajaran anda. Gunakan “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam buku panduan ini untuk bantuan tambahan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda bagaimana Paulus adalah seperti para penginjil hari ini. Tanya, “Adakah anda pernah berkongsi Injil dengan seseorang?”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 16:25–34

Para penginjil mengajar orang tentang Yesus.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu pekerjaan para penginjil? Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa mereka boleh berkongsi Injil dengan orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak melakonkan Kisah Rasul-Rasul 16:25–34 ketika anda meringkaskan catatan Paulus dan Silas berkongsi Injil di penjara (lihat juga “Bab 61: Paul dan Silas di Penjara,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 158–60, atau video berkaitan di LDS.org). Jelaskan bahawa para penginjil hari ini juga mengajar orang tentang Yesus dan membantu mereka bersedia untuk dibaptiskan.

  • Buat tag nama penginjil untuk kanak-kanak pakai, dan bantu mereka menulis nama mereka pada tag. Ajar kanak-kanak kenyataan ajaran mudah yang mereka boleh kongsi dengan orang lain, seperti, “Tuhan adalah Bapa Syurgawi terkasih kita,” “Tuhan bercakap melalui seorang nabi hidup,” atau “Yesus Kristus ialah Juruselamat kita.”

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi butiran tentang seseorang yang mereka kenal yang berada dalam misi. Mereka boleh melukis gambar atau menulis nota untuk dihantar kepada penginjil.

Kisah Rasul-Rasul 17:10–12

Kitab suci bersaksi tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Walaupun beberapa kanak-kanak yang anda ajar masih tidak boleh membaca, anda boleh membantu mereka mengembangkan kasih untuk kitab suci dan melihat bagaimana mereka bersaksi tentang Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Letakkan beberapa kitab suci di sekitar bilik, dan biarkan kanak-kanak mencari mereka. Bantu seorang kanak-kanak membaca frasa “Mereka … mengkaji Alkitab setiap hari” (Kisah Rasul-Rasul 17:11). Jemput kanak-kanak untuk menunjuk kepada setiap hari dalam seminggu di kalendar semasa mereka mengulang frasa ini dengan anda.

  • Untuk mengajar kanak-kanak bahawa kitab suci memberi kesaksian tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, bantu mereka mencari bab dalam kitab suci, seperti Kisah Rasul-Rasul 17 atau 18, dan mencari contoh perkataan Tuhan. Anda mungkin mahu menanda perkataan ini supaya kanak-kanak boleh mencari mereka dengan lebih senang. Setiap kali mereka mencari perkataan ini, jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Kisah Rasul-Rasul 17:22–31

Saya anak Tuhan.

Di Areopagus, Paulus mengajar kebenaran asas tentang sifat Tuhan, termasuk kebenaran bahawa kita adalah anak-anak-Nya dan bahawa Dia “tidak jauh daripada kita masing-masing” (Kisah Rasul-Rasul 17:27). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak berasa dekat kepada Bapa Syurgawi mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengulang frasa “Kita anak Tuhan” (Kisah Rasul-Rasul 17:29). Berikan kesaksian anda kepada setiap kanak-kanak, satu demi satu, bahawa dia adalah anak Tuhan. Tanya mereka bagaimana ia membuat mereka rasa apabila mendengar bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana mereka rasa tentang Bapa Syurgawi mereka.

  • Tunjukkan gambar kanak-kanak dengan keluarga mereka (jika boleh, gunakan gambar kanak-kanak di dalam kelas anda). Jelaskan bahawa kita adalah anak-anak ibu bapa kita, dan kita semua adalah anak-anak rohani Ibu Bapa Syurgawi kita.

  • Nyanyi satu lagu tentang Bapa Syurgawi, seperti “Ku Tahu Bapa Hidup” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 8). Dengan bantuan kanak-kanak, tulis kata-kata atau lukis gambar di papan tulis yang mewakili perkara-perkara yang kita belajar tentang Bapa Syurgawi dari lagu ini.

  • Baca kepada kanak-kanak kata-kata ini dari Kisah Rasul-Rasul 17:27: “Tuhan tidak jauh daripada kita masing-masing.” Bercakap tentang masa anda rasa dekat dengan Bapa Syurgawi, dan jemput kanak-kanak untuk membuat yang sama.

Imej
seorang lelaki memegang seorang gadis kecil

Setiap orang ialah anak Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 16:14–15, 25–34; 18:7–8, 24–28

Saya boleh menjadi penginjil sekarang.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak menjadi seperti Paulus dan berkongsi dengan orang lain apa yang mereka belajar tentang Injil?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 16:14–15, 25–34; 18:7–8, 24–28 dan buat satu senarai orang-orang yang Paulus dan Apolos berkongsi Injil. Kemudian jemput mereka untuk membuat senarai orang-orang yang mereka boleh berkongsi Injil. Biarkan kanak-kanak lakon peranan bagaimana mereka boleh memberitahu orang-orang ini tentang Yesus Kristus atau menjemput mereka ke gereja. Anda juga boleh menjemput kanak-kanak untuk menulis nota dengan kesaksian mereka tentang kebenaran Injil kepada orang-orang ini.

  • Jemput para penginjil sepenuh masa, para penginjil kembali, atau para penginjil bahagian untuk melawat kelas dan memberitahu tentang pengalaman berkongsi Injil mereka. Menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan tentang bagaimana mereka boleh berkongsi Injil dengan orang lain.

Kisah Rasul-Rasul 17:2–4, 10–12; 18:28

Kitab suci bersaksi tentang Yesus Kristus.

Semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus. Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak mencari-Nya di kitab suci, walaupun Dia tidak disebutkan dengan nama?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 17:2–4, 10–12; 18:28, dan jemput mereka untuk mencari persamaan dalam petikan-petikan ini. Menurut ayat-ayat ini, apa yang membantu orang percaya Injil Yesus Kristus?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita kegemaran mereka tentang Yesus yang mereka telah belajar dari kitab suci tahun ini. Pada slip kertas, tulis rujukan ayat suci yang mengajar tentang Juruselamat, dan sembunyikan di sekitar bilik. Kemudian jemput kanak-kanak untuk mencari mereka. Bantu kanak-kanak mencari rujukan yang mereka dapat, dan minta mereka berkongsi dengan satu sama lain apa yang setiap ayat suci ajar tentang Yesus.

  • Minta kanak-kanak untuk bantu mencipta satu carta yang mudah yang mereka boleh tanda apabila mereka membaca tentang atau belajar tentang Yesus dari kitab suci. Paparkan carta setiap minggu untuk sepanjang tahun, dan bantu kanak-kanak mencari tempat di kitab suci yang mengajar tentang Yesus.

Kisah Rasul-Rasul 17:22–31

Saya anak Tuhan.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak ingat bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk kanak-kanak satu batu, dan jelaskan bahawa pada zaman Paulus, orang menyembah tuhan-tuhan yang mereka buat dari batu dan bahan lain. Minta kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 17:27–29. Apakah yang kita belajar mengenai Tuhan dari ayat-ayat ini?   Tanya kanak-kanak bagaimana ia membuat mereka rasa untuk mengetahui bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan.

  • Minta kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 17:27. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar cara-cara mereka boleh “menjumpai” atau mencari Tuhan. Bilakah mereka pernah berasa bahawa Dia “tidak jauh dari [mereka]”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Menggalakkan kanak-kanak untuk mencari satu ayat suci minggu ini yang mengajar tentang Yesus Kristus (ini boleh berlaku ketika kajian tulisan suci peribadi atau keluarga mereka). Minggu depan, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka dapat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi pelajar yang lebih baik. Tujuan anda mengajar kanak-kanak bukan hanya untuk memberikan kebenaran kepada mereka. Anda juga perlu membantu mereka berkembang menjadi pencari kebenaran yang berdikari. Sebagai contoh, sebagai ganti memberitahu kanak-kanak cerita Paulus mengkhutbah di Areopagus,anda boleh merancangkan aktiviti-aktiviti, seperti yang dicadangkan dalam rangka panduan ini, yang membantu mereka menemui kebenaran dalam cerita sendiri.

Cetak