Ikutlah Aku
15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas Dan Banyak Orang Percaya Kepada Yesus’


“15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kornelius bercakap dengan Petrus

15–21 Julai

Kisah Rasul-Rasul 10–15

“Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”

Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 10–15. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh bantu anda faham bab-bab ini, dan rangka panduan ini boleh berikan anda cadangan-cadangan pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menolong kanak-kanak kongsikan perkara yang mereka belajar dan alami, anda boleh tanya mereka untuk mengongsikan perkara-perkara yang mereka lakukan untuk menunjuk mereka percaya kepada Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 10:34–35

Bapa Syurgawi Mengasihi semua anak-Nya.

Satu ajaran asas yang boleh kanak-kanak kecil faham adalah bahawa setiap orang ialah anak Tuhan dan Dia mengasihi semua anak-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Kristus dan Anak-Anak dari serata Dunia (Buku Seni Injil, no. 116) semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 10:34–35. Jelaskan bahawa pada zaman Petrus ada orang percaya bahawa Tuhan hanya mengasihi beberapa kumpulan orang sahaja, tetapi Petrus belajar bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya, dan Dia hendak mereka semua belajar tentang injil.

  • Jemput kanak-kanak melukis satu gambar diri sendiri. Kongsikan kesaksian bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka semua dan semua anak-Nya, tidak kira wajah mereka atau dari mana mereka datang.

  • Nyanyikan satu lagu tentang mengasihi orang lain bersama kanak-kanak—sebagai contoh, “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78). Jemput mereka mengongsikan cara-cara mereka boleh tunjukkan kasih sayang kepada setiap orang—mahupun orang yang berbeza daripada mereka—seperti Yesus lakukan.

  • Sebelum ini, tanya ibu bapa setiap kanak-kanak mengongsikan beberapa sifat baik anak-anak mereka. Kongsikan jawapan mereka dalam kelas, dan bersaksi bahawa Bapa Syurgawi mengasihi setiap kanak-kanak.

  • Menunjuk kepada setiap kanak-kanak satu demi satu dan kata, “Bapa Syurgawi mengasihi [nama].” Biarkan kanak-kanak ambil giliran menunjuk kepada satu sama lain dan katakan frasa ini.

Kisah Rasul-Rasul 11:26

Saya seorang Kristian kerana saya percaya dan mengikuti Yesus Kristus.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin tahu bahawa ahli-ahli Gereja juga dipanggil Mormon kerana kita percaya kepada Kitab Mormon, tetapi adakah mereka tahu bahawa kita juga Kristian kerana kita percaya kepada Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan Kisah Rasul-Rasul 11:26 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa seseorang yang percaya dan mengikuti Yesus Kristus dipanggil Kristian, jadi, kita ialah Kristian.

  • Nyanyikan “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48) bersama kanak-kanak. Bagaimana kita harus bertindak di gereja, di sekolah, dan di rumah kerana kita ialah pengikut Yesus Kristus dan ahli Gereja-Nya?

  • Biarkan kanak-kanak mewarnakan lencana pada halaman aktiviti minggu ini dan pakai ia balik ke rumah.

Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa.

Laporan malaikat membebaskan Petrus dari penjara mengajar bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak melakonkan laporan Petrus dibebaskan dari penjara dalam Kisah Rasul-Rasul 12:1–17 semasa anda merumuskan cerita itu. Bagaimana Bapa Syurgawi menjawab doa-doa mereka yang berdoa untuk Petrus?

  • Nyanyikan satu lagu tentang doa—sebagai contoh, “Kita Tundukkan Kepala” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 18)—dan rekakan tindakan untuk menolong kanak-kanak belajar cara untuk berdoa. Jemput kanak-kanak kongsikan contoh-contoh perkara yang boleh mereka bersyukur kepada Bapa Syurgawi dan contoh-contoh perkara yang boleh mereka tanya Dia dalam doa.

  • Tunjukkan gambar-gambar orang berdoa (lihat, sebagai contoh, Buku Seni Injil, no. 111 dan 112) semasa anda kongsikan satu pengalaman apabila Bapa Syurgawi menjawab doa anda.

    Imej
    wanita dan budak perempuan berdoa

    Bapa Syurgawi mengasihi kita dan akan menjawab doa-doa kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 10:34–35; 15:6–11

“Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata.”

Kanak-kanak yang anda ajar perlu faham bahawa Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-Nya, tidak kira wajah mereka, dari mana mereka datang, atau pilihan yang mereka buat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak jika mereka boleh tahu tentang seseorang atau meneka dari mana orang itu datang dengan hanya memandang orang itu. Menurut Kisah Rasul-Rasul 10:35, bagaimana Tuhan memutus jika seorang “diterima oleh Tuhan”?

  • Baca Kisah Rasul-Rasul 10:34–35; 15:6–11 bersama kanak-kanak. Jelaskan bahawa pada zaman Petrus, orang Yahudi percaya bahawa Tuhan tidak menerima orang yang bukan orang Yahudi (mereka dipanggil bangsa bukan Israel). Tetapi Tuhan ajar Petrus bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya, orang Yahudi dan orang bukan Israel. Nyanyi bersama-sama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2). Jemput kanak-kanak gunakan nama satu sama lain untuk menggantikan aku.

  • Jemput kanak-kanak kongsikan sesuatu yang unik tentang seorang dalam kelas. Jelaskan bahawa “Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata” bererti Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-Nya, dan kerana Dia mengasihi mereka, Dia hendak semua anak-Nya belajar injil.

Kisah Rasul-Rasul 11:26

Seorang Kristian ialah seorang yang percaya dan mengikuti Yesus Kristus.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak faham bahawa kata-kata dan tindakan mereka tunjukkan bahawa mereka Kristian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 11:26; 3 Nefi 27:3–8; dan Ajaran dan Perjanjian 115:4. Tuliskan Kristian pada papan tulis dan gariskan bahagian yang berkata “Kris(tus).” Tanya kanak-kanak mengongsikan apakah erti menjadi seorang Kristian.

  • Tanya kanak-kanak menamakan beberapa kumpulan lain yang mereka miliki, seperti keluarga mereka atau kelas Sekolah Primer. Jemput mereka kongsikan sebab-sebab mereka bersyukur untuk menjadi seorang Kristian dan ada keahlian dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Bagaimana kita boleh tunjukkan orang lain bahawa kita ialah Kristian?

  • Pamerkan beberapa benda atau gambar yang mewakili kebenaran unik Gereja Yesus Kristus, seperti satu gambar berkat imamat. Tanya seorang kanak-kanak pilihkan satu benda atau gambar dan huraikan bagaimana kebenaran itu satu berkat dalam Gereja kita. Jelaskan bahawa walaupun orang-orang Kristian di seluruh dunia berasal dari gereja yang berbeza, kita ialah ahli Gereja yang ditubuhkan oleh Yesus Kristus pada bumi ini.

  • Tunjuk video “True Christianity” (LDS.org). Jemput kanak-kanak melukis perkara yang mereka boleh lakukan untuk menjadi Kristian yang benar.

Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Apabila saya berdoa dengan beriman, Bapa Syurgawi akan jawab.

Renungkan masa apabila Bapa Syurgawi menjawab doa anda. Bagaimana anda boleh gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan dengar dan jawab doa mereka dengan cara-Nya dan pada waktu-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak melakonkan laporan tentang malaikat membebaskan Petrus dari penjara dalam Kisah Rasul-Rasul 12:1–17 semasa anda menceritakan kisah itu dengan kata-kata sendiri.

  • Tanya kanak-kanak apakah erti “tekun berdoa” (Acts 12:5). Bagaimana doa orang ramai dijawab? Jemput kanak-kanak kongsikan pengalaman di mana Bapa Syurgawi menjawab satu doa peribadi atau doa keluarga. Anda boleh kongsikan satu pengalaman di mana Dia menjawab doa anda dalam satu cara yang berbeza daripada apa yang anda harapkan atau inginkan. Bersaksi bahawa Tuhan mengasihi kita, dan Dia akan menjawab doa kita dalam cara dan waktu yang paling baik bagi kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Berikan kanak-kanak satu gambar atau benda untuk dipamerkan dalam rumah mereka sebagai satu peringatan bagi ahli-ahli keluarga untuk berdoa bersama-sama.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput kanak-kanak Sekolah Primer untuk mematuhi satu asas tertentu, kongsikan janjian Tuhan untuk mereka yang mematuhi asas itu. Sebagai contoh, anda boleh bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan yang sudah anda terima semasa anda mencari jawapan melalui doa.

Cetak