Ikutlah Aku
29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Seorang Pelayan Rohani dan Seorang Saksi


“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Seorang Pelayan dan Seorang Saksi” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Paulus di dalam penjara

29 Julai–4 Ogos

Kisah Rasul-Rasul 22–28

Seorang Pelayan Rohani dan Seorang Saksi

Semasa anda membaca laporan dari pelayanan Rasul Paulus dalam Kisah Rasul-Rasul 22–28, carilah asas-asas yang bermakna untuk kanak-kanak yang anda ajari.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pamerkan gambar tentang penjara, bot, dan seekor ular. Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi cerita yang mereka ketahui tentang Paulus yang berkaitan dengan gambar-gambar ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 23:10–11

Bapa Syurgawi dan Yesus mengambil berat tentang saya dan akan membantu saya di saat kesukaran.

Mempelajari tentang bagaimana Juruselamat telah membantu Paulus dapat membantu kanak-kanak mengetahui bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mengambil berat tentang mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita di dalam Kisah Rasul-Rasul 23:10–11 tentang Juruselamat mengunjungi Paulus di dalam penjara.  . Kongsi suatu masa ketika anda memiliki cubaan dan menerima bimbingan dan penghiburan dari Tuhan. Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi saat mereka merasa dihiburkan oleh Tuhan.

  • Bantulah kanak-kanak menghafal apa yang Yesus katakan kepada Paulus: “Jadilah ceria.” Mintalah kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mereka dapat jemput untuk menjadi ceria—bahkan seseorang yang sedang sedih atau resah.

Kisah Rasul-Rasul 26:1–29

Saya boleh berkongsi kesaksian saya dengan orang lain.

Menyemak kesaksian Paulus di hadapan Raja Agripa dapat membantu kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk berkongsi apa yang mereka ketahui sebagai benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawalah mahkota ke kelas dan beri seorang kanak untuk memakainya dan berpura-pura menjadi Raja Agripa. Jemputlah seorang kanak untuk berdiri di hadapan raja untuk mewakili Paulus semasa anda merumuskan kesaksian Paulus dan reaksi Raja Agripa, yang terdapat di Kisah Rasul-Rasul 26:1–29 (lihat “Bab 63: Paulus Menyelesaikan Misinya,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, atau video berkaitan di LDS.org). Jelaskan bahawa kita boleh berkongsi kesaksian kita dengan orang lain, seperti Paulus lakukan.

  • Mintalah kanak-kanak untuk mendengar semasa anda menyanyikan lagu atau membaca lirik tentang kesaksian, seperti ayat 2 bagi “Kesaksian” (Nyanyian Rohani, no. 54) atau “Ku Tau Bapa Hidup” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 8). Jemputlah kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka ketika mereka terdengar tentang sesuatu yang mereka boleh kongsi kesaksian. Anda mungkin perlu menyanyikan lagu tersebut beberapa kali; jemputlah kanak-kanak untuk mengikuti anda sebaik sahaja mereka mengetahui perkataan tersebut. Mintalah mereka berkongsi beberapa hal tentang injil yang mereka tahu adalah benar.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memikirkan tentang sesuatu yang mereka dapat katakan ketika mereka berkongsi kesaksian mereka. Jemputlah mereka untuk berkongsi kesaksian mereka dengan seseorang dalam keluarga mereka.

Kisah Rasul-Rasul 27

Nabi memberi amaran kepada saya tentang bahaya.

Pertimbangkan bagaimana laporan tentang kapal Paulus karam dapat mengajarkan kanak-kanak bahawa nabi melihat bahaya yang kita tidak dapat lihat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk berpura-pura bahawa mereka berada di atas kapal yang karam dalam ribut badai. Bacalah amaran Paulus kepada orang-orang, yang terdapat di Kisah Rasul-Rasul 27:9–10, dan kongsi cerita kapal karam yang terjadi kerana mereka tidak mendengar kepada amarannya (lihat ayat 11, 39–44). Tunjukkan sebuah gambar Presiden Gereja. Apakah amaran-amaran yang dia berikan kepada kita?

  • Letakkan beberapa gambar atau objek di sekitar bilik yang mewakili hal-hal yang nabi telah ajar kita untuk lakukan, seperti menghadiri gereja atau dibaptis. Sebagai kelas, berjalan di sekitar bilik, berhenti pada setiap gambar atau objek untuk bercakap tentang bagaimana mengikuti ajaran-ajaran nabi membantu memastikan kita selamat.

Imej
Presiden Thomas S. Monson

Mengikuti ajaran-ajaran nabi membantu memastikan kita selamat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; 27:18–26; 28:1–6

Sewaktu saya menghadapi kesusahan, Tuhan tidak akan meninggalkan saya.

Sepanjang cubaan yang Paulus alami, Tuhan bersamanya. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menyamakan pengalaman Paulus dengan hidup mereka sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Kisah Rasul-Rasul 23:10, jelaskan bahawa Paulus dipenjarakan kerana dia mengajar orang ramai tentang Yesus. Kemudian bacalah Kisah Rasul-Rasul 23:11 bersama kanak-kanak.  . Bagaimanakah Paulus “menjadi ceria” bahkan dia dipenjarakan?

  • Tuliskan di papan tulis Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; Kisah Rasul-Rasul 27:18–26; dan Kisah Rasul-Rasul 28:1–6. Tunjukkan gambar sebuah penjara, kapal, dan seekor ular, dan jemputlah kanak-kanak untuk menyemak ayat-ayat ini dan padankan ia dengan gambar tersebut. Dalam setiap laporan ini, bagaimanakah Tuhan menunjukkan kepada Paulus bahawa Dia bersamanya?

  • Jemputlah seseorang dari bahagian untuk berkongsi sebuah pengalaman ketika Tuhan bersama dia sewaktu masa sukar. Mungkin anda atau kanak-kanak juga boleh berkongsi pengalaman.

Kisah Rasul-Rasul 26:1–29

Saya boleh berkongsi kesaksian saya tentang Yesus Kristus dengan berani.

Keberanian Paulus dalam berkongsi kesaksiannya dapat membantu kanak-kanak menjadi berani ketika berkongsi kesaksian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 26:1–29 dan mencari beberapa kebenaran injil yang Paulus telah ajarkan kepada Raja Agripa. Mengapakah ia mungkin menakutkan bagi Paulus untuk berkongsi hal-hal ini di hadapan Raja? Jemputlah kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa asas-asas Injil yang mereka ketahui adalah benar. Mintalah mereka untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali yang perlu mendengarkan kesaksian mereka tentang kebenaran ini.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menulis sesuatu yang mungkin akan mereka katakan di dalam kesaksian mereka.

Kisah Rasul-Rasul 27

Nabi memberi amaran kepada saya tentang bahaya.

Kanak-kanak dapat mendengar kepada pesanan nabi moden dan mengenali amaran-amaran mereka. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak untuk pelajari bagaimana untuk mendengar kepada amaran-amaran tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunting sekeping kertas berbentuk seperti sebuah kapal kepada kepingan-kepingan susun-suai. Jemputlah kanak-kanak untuk menulis amaran-amaran Paulus di Kisah Rasul-Rasul 27:9–11 pada kepingan-kepingan dan letakkan susun-suai bersama. Mengapakah orang ramai tidak mendengar kepada Paulus? (lihat ayat 11). Jemputlah kanak-kanak untuk membaca ayat 18–20 dan 40–44 untuk mencari tahu apa yang berlaku. (Jelaskan bahawa kerana orang-orang kemudian mengikuti nasihat Paulus untuk berada di atas kapal, tidak ada seorang yang mati ketika kapal karam; lihat ayat 30–32.) Apakah yang kita dapat pelajari dari pengalaman mengikut nabi?

  • Bawalah pesanan persidangan umum terbaru oleh Presiden Gereja dan kongsi bersama kanak-kanak sebarang amaran atau nasihat yang dia berikan. Jemputlah kanak-kanak untuk memikirkan cara-cara mereka dapat mengikuti nabi.

  • Tunjuk video “Blessed and Happy Are Those Who Keep the Commandments of God” (LDS.org). Bagaimanakah nabi seperti lelaki yang memakai teropong?

  • Tuliskan beberapa aktiviti yang kanak-kanak dapat lakukan yang akan membantu mereka mempelajari tentang peranan seorang nabi—contohnya, “Bacalah Ajaran dan Perjanjian 21:4–7” atau “Nyanyikan ‘Patuhi Nabi’” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59, atau gunakan lagu lain tentang nabi). Gantungkan senarai aktiviti tersebut di luar kelas, dan jemputlah seorang kanak untuk berdiri di pintu dan membaca satu aktiviti pada satu masa kepada kanak-kanak yang lain, benarkan mereka untuk menyelesaikan aktiviti tersebut sebelum membaca yang lain. Jelaskan bahawa seperti hanya seorang kanak memberikan arahan kepada orang lain, seorang nabi mengajar kita tentang apa yang Tuhan ingin kita lakukan. Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang nabi daripada aktiviti tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Mintalah kanak-kanak untuk menggunakan apa yang telah mereka pelajari tentang Paulus bagi menggalakkan keluarga mereka mempelajari tentang pesanan terbaru nabi dan membincangkan bagaimana mereka dapat mengikuti nasihatnya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan deria. “Kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Carilah cara-cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka semasa mereka belajar. Dalam sesetengah keadaan, anda bahkan boleh mencari cara untuk melibatkan deria hidu dan rasa mereka!” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak