Ikutlah Aku
5–11 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan’


“5–11 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“5–11 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Paulus menulis satu surat

5–11 Ogos

Roma 1–6

“Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”

Dorongan apakah yang anda terima apabila anda baca Roma 1–6? Dorongan ini boleh membantu anda memilih dari idea-idea pengajaran yang berikut.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka buat sebagai sambutan kepada apa-apa jemputan yang anda beri kepada mereka di ajaran minggu lalu. Sebagai contoh, adakah mereka bercakap dengan keluarga mereka tentang kapal karam yang digambarkan di Kisah Rasul-Rasul 27 dan tentang mengikuti nabi?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Roma 1:16–17

Saya boleh menunjukkan iman dalam Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya.

Paulus mengajar bahawa Injil mempunyai kuasa untuk membawa keselamatan kepada semua orang yang hidup dengan iman dalam Yesus Kristus. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak menunjukkan iman mereka dalam Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk mencari Rom di peta. Jelaskan bahawa buku Roma mengandungi satu surat yang Paulus tulis kepada Orang Suci di Rom untuk membantu mereka memahami prinsip-prinsip Injil seperti iman.

  • Baca Roma 1:17 kepada kanak-kanak, dan bantu mereka menghafal frasa: orang yang adil akan hidup dengan iman. Anda boleh menugaskan setiap kanak-kanak satu perkataan dalam frasa dan minta mereka mengatakan perkataan itu apabila anda menunjuk kepadanya. Jelaskan bahawa frasa ini bermakna kita perlu hidup setiap hari dengan iman dalam Yesus Kristus. Adakah kanak-kanak tahu apa itu iman? Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus dan jelaskan bahawa kita percaya Dia adalah benar walaupun kita tidak pernah melihat-Nya. Ini adalah iman—percaya dalam sesuatu walaupun kita tidak belum melihatnya.

  • Jelaskan bahawa kita menunjukkan iman kita dalam Yesus Kristus dengan mematuhi-Nya. Sembunyikan gambar-gambar orang melakukan perkara yang Yesus minta kita lakukan di sekitar bilik. Biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk mencari dan menghuraikan gambar-gambar itu. Apakah yang kita boleh buat untuk mengikut Yesus?

  • Tutup mata seorang kanak-kanak, dan membawanya melintasi bilik terhadap satu gambar Yesus. Biar setiap kanak-kanak ambil giliran. Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka patut mengikuti ajaran Yesus seperti mengikuti panduan anda.

Roma 6:1–11

Dibaptiskan adalah seperti menjadi orang baru.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersedia untuk pembaptisan. Apakah yang mereka boleh belajar tentang pembaptisan dari arahan Paulus untuk “mengamalkan hidup yang baru”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “Mengamalkan hidup yang baru” (Roma 6:4). Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, dosa-dosa kita diampunkan. Kita mempunyai peluang untuk maju ke hadapan dengan membuat pilihan baik, bertaubat apabila kita membuat kesilapan, dan berusaha untuk menjadi lebih seperti Yesus. Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa pembaptisan membantu kita menjadi seorang baru.

  • Beritahu kanak-kanak perasaan anda ketika anda dibaptiskan, dan jemput mereka untuk berkongsi pengalaman semasa mereka menghadiri satu pembaptisan. Jemput mereka melukis gambar mereka sendiri pada hari pembaptisan di masa depan dan kongsi perkara yang mereka boleh lakukan untuk bersedia untuk pembaptisan mereka.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak satu lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptiskan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53). Apakah yang kita belajar mengenai pembaptisan dari lagu ini?

Imej
seorang budak lelaki dibaptiskan

Pembaptisan melambangkan permulaan satu hidup baru sebagai pengikut Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Roma 1:16–17

Saya boleh menunjukkan iman dalam Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya.

Paulus mengajar bahawa Injil mempunyai kuasa untuk membawa keselamatan kepada semua orang yang hidup dengan iman dalam Yesus Kristus. Iman adalah prinsip pertama Injil. Ia mendorong kita untuk mematuhi perintah-perintah. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami iman dengan lebih baik?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak mencari Rom di peta. Bantu kanak-kanak memahami bahawa beberapa minggu yang akan datang, mereka akan belajar dari surat-surat yang Paulus tulis kepada ahli-ahli Gereja di pelbagai tempat, bermula dengan suratnya kepada orang Roma.

  • Tulis teks dari Roma 1:16 di papan tulis, menggantikan beberapa perkataan dengan tempat kosong. Minta kanak-kanak untuk mencari ayat suci itu dan mengisi tempat kosong. Tunjukkan frasa “Aku tidak malu dengan Injil Kristus,” dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi makna frasa ini untuk mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca dengan kuat Roma 1:17, dan minta kanak-kanak lain untuk mendengar satu perkataan yang diulang. Apakah maksudnya untuk hidup dengan iman? Bantu kanak-kanak mencari definisi iman di sumber seperti Panduan Tulisan Suci, “Iman,” scriptures.lds.org. Bagaimanakah hidup kita berlainan jika kita tidak mempunyai iman dalam Yesus Kristus?

  • Tunjuk kanak-kanak satu tumbuhan dan satu biji benih, dan tanya bagaimana kita membantu satu biji benih menjadi satu tumbuhan. Jelaskan bahawa apabila kita menanam dan menyiram biji benih, kita menunjukkan bahawa kita mempunyai iman bahawa ia akan bertumbuh. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mempunyai iman dalam Yesus Kristus? Pertimbangkan untuk menyanyi satu lagu tentang iman, seperti “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50), sebagai sebahagian aktiviti ini.

Roma 3:23–24

Kita semua memerlukan Yesus Kristus untuk dosa-dosa kita diampunkan.

Paulus mahu orang Roma memahami bahawa keselamatan datang hanya melalui Yesus Kristus dan rahmat-Nya. Merenungkan bagaimana anda boleh mengajar kebenaran ini kepada kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Roma 3:23–24. Apakah yang kanak-kanak fikir ayat-ayat ini sedang mengajar kita? Jelaskan bahawa “rahmat” dalam ayat 24 bermakna kurnia kasih dan belas kasihan Juruselamat, yang membuat mungkin untuk kita menerima pengampunan untuk dosa-dosa kita.

  • Gantung satu gula-gula atau gambar tinggi di dinding atau di satu tempat di mana kanak-kanak tidak boleh mencapainya sendiri. Biarkan mereka cuba mencapainya, dan bandingkan ini kepada apa yang Paulus ajar di Roma 3:23. Kemudian bantu mereka mencapainya. Apa yang Juruselamat telah buat untuk kita yang kita tidak boleh melakukan untuk diri kita sendiri? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat apabila mereka berfikir tentang apa yang Dia telah buat untuk mereka.

Roma 6:1–11

Dibaptiskan adalah seperti menjadi orang baru.

Paulus mengajar bahawa pembaptisan melambangkan kematian dan Kebangkitan Kristus. Ia juga melambangkan “kematian” diri kita yang berdosa dan dibangkitkan untuk “mengamalkan hidup yang baru” (Roma 6:4). Kita memperbaharui komitmen kita untuk mengamalkan hidup yang baru setiap kali kita mengambil bahagian dalam sakramen.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Roma 6:3–6. Apakah yang Paulus berkata pembaptisan adalah seperti?

  • Bincangkan bagaimana pembaptisan melambangkan kematian dan kebangkitan. Pertimbangkan untuk menunjukkan video “The Baptism of Jesus” (LDS.org). Mengapakah kematian dan kebangkitan adalah lambang baik untuk apa yang berlaku apabila kita dibaptiskan?

  • Baca bersama doa sakramen (lihat A&P 20:77, 79). Ingatkan kanak-kanak apabila kita mengambil sakramen, kita memperbaharui komitmen yang kita buat apabila kita dibaptiskan untuk mengikuti Yesus Kristus. Bagaimanakah sakramen membantu kita “mengamalkan hidup yang baru”?

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat poster yang menunjukkan makna “mengamalkan hidup yang baru” kepada mereka. Kanak-kanak boleh menggantung ini di bilik mereka untuk mengingatkan mereka membuat pilihan baik.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Menggalakkan kanak-kanak untuk meminta ahli keluarga memberitahu mereka apabila melihat mereka membuat sesuatu yang menunjukkan iman.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bina keyakinan kanak-kanak. Untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan bahawa mereka boleh belajar Injil sendiri, puji mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam kelas.

Cetak