“Ogos 19–25 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“19–25 Ogos. 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
19–25 Ogos
1 Korintus 1–7
“Hendaklah Kamu Bersatu”
Roh Kudus akan membantu anda mengetahui asas-asas Injil dalam 1 Korintus 1–7 yang akan membantu kanak-kanak yang anda ajari. Semasa anda membaca bab ini dengan penuh doa, catatkan fikiran dan perasaan yang datang kepada anda dari Roh.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Dalam beberapa hari terdahulu, jemputlah seorang kanak atau lebih untuk mencari ayat di dalam 1 Korintus 1–7 yang mereka boleh kongsi bersama kelas. Anda boleh menjemput ibu bapa mereka untuk membantu sekiranya perlu.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Roh Kudus mengajar saya kebenaran-kebenaran injil.
Salah satu peranan Roh Kudus adalah untuk mengajar kita kebenaran. Apakah pengalaman yang dapat anda kongsi bersama kanak-kanak untuk membantu mereka memahami ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan objek atau gambar yang mewakili cara-cara kita mempelajari tentang dunia (seperti sekolah, buku, atau telefon bimbit). Apakah yang dapat kita pelajari ketika kita menggunakan benda-benda ini? Jelaskan bahawa dalam 1 Korintus 2:11, 14, Paulus mengajar bahawa kita dapat mempelajari tentang Tuhan hanya melalui Roh Tuhan, iaitu Roh Kudus. Apakah yang kita dapat lakukan untuk mempelajari “hal-hal Tuhan”?
-
Tepuk tangan anda sewaktu anda mengucap setiap suku kata dalam ayat “Roh Kudus mengajarkan kita kebenaran.” Mintalah kanak-kanak untuk menepuk tangan mereka dan mengulangi ayat tersebut. Kongsi bersama kanak-kanak sebuah pengalaman ketika Roh Kudus membantu anda untuk mengetahui bahawa kebenaran sesuatu.
-
Nyanyikan bersama sebuah lagu tentang Roh Kudus “The Holy Ghost” (Children’s Songbook, 105). Bantulah kanak-kanak mencari perkataan dan ayat di dalam lagu tersebut yang mengajarkan bagaimana Roh Kudus berbicara kepada kita dan apa yang Dia ajari kita.
Yesus Kristus adalah landasan saya.
Kanak-kanak sedang meletakkan landasan untuk kesaksian mereka, dan anda dapat membantu mereka membina sebuah landasan yang kukuh di atas Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacalah 1 Korintus 3:11 kepada kanak-kanak, dan jelaskan bahawa Yesus Kristus adalah landasan kita. Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa gambar tentang hal-hal yang kita dapat peroleh kesaksian, termasuklah sebuah gambar Yesus Kristus. Bantulah mereka untuk menyusun gambar-gambar tersebut agar gambar Yesus berada di bahagian bawah, seperti sebuah landasan, dan letakkan gambar lain yang “dibina” atas kesaksian tentang Dia.
-
Lakukan pergerakan untuk lagu “Orang Bijaksana dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132, dan nyanyikan lagu tersebut bersama kanak-kanak. Berikan setiap kanak-kanak seketul batu yang tertulis “Yesus Kristus adalah landasan saya”. Izinkan mereka membawa batu tersebut balik ke rumah untuk mengingatkan mereka apa yang telah mereka pelajari.
-
Tunjukkan gambar-gambar yang menggambarkan beberapa cerita kegemaran anda dari kehidupan Juruselamat, dan mintalah kanak-kanak untuk memberitahu anda apakah yang berlaku di dalam gambar-gambar tersebut. Benarkan mereka berkongsi beberapa cerita kegemaran mereka tentang Yesus. Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus adalah landasan iman anda.
Tubuh saya umpama bait suci.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menghargai tubuh mereka sebagai kurnia dari Tuhan dan mempunyai keinginan besar untuk menjaganya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar-gambar bait suci (lihat rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan bacalah perkataan ini dari 1 Korintus 6:19: “Tubuhmu adalah bait suci Roh Kudus.” Bantulah kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi ingin kita untuk menjaga tubuh kita bersih dan suci, seperti sebuah bait suci.
-
Pamerkan sebuah gambar budak, dan letakkan gambar-gambar di sekelilingnya tentang hal-hal yang baik untuk tubuh kita dan hal-hal yang tidak baik. Jemputlah kanak-kanak untuk mengambil giliran mengenal pasti hal-hal baik dan mengasingkan yang jahat.
-
Nyanyikan bersama sebuah lagu tentang tubuh, seperti “Head, Shoulders, Knees, and Toes” (Children’s Songbook, 275), dan tanyakan kepada kanak-kanak mengapa mereka bersyukur untuk tubuh mereka.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Tuhan adalah lebih bijaksana berbanding manusia, dan saya menunjukkan kebijaksanaan sejati semasa saya percaya ajaran-ajaran-Nya.
Kanak-kanak yang anda ajari akan temui—sekiranya mereka belum—bahawa sesetengah orang mengajar hal-hal yang bercanggah dengan kebijaksanaan Tuhan. Mempelajari 1 Korintus 1:23–25 dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa Tuhan adalah lebih bijaksana berbanding manusia.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacalah 1 Korintus 1:23–25 bersama, dan bantulah kanak-kanak mencari perkataan kebijaksanaan dan kebodohan. Jelaskan banyak orang menganggap ajaran-ajaran Paulus adalah bodoh, tetapi Paulus menjelaskan bahawa mempercayai injil Kristus adalah kebijaksanaan sejati. Mengapa adalah bijaksana untuk mempercayai apa yang Tuhan ajarkan?
-
Bantulah kanak-kanak untuk lakonkan peranan bagaimana mereka akan bertindak balas kepada orang-orang yang berfikir ajaran-ajaran Gereja adalah “bodoh”—ajaran-ajaran seperti percaya kepada Juruselamat, mematuhi Kata-kata Bijaksana, atau mematuhi hukum persepuluhan. Sebagai contoh, mereka boleh bersaksi tentang berkat-berkat yang datang dengan menjalani ajaran-ajaran ini.
-
Kongsi sebuah pengalaman ketika orang lain menganggap kepercayaan anda adalah bodoh, atau kongsi sebuah contoh dari tulisan suci. Bolehkah kanak-kanak berkongsi pengalaman yang serupa? Bagaimanakah 1 Korintus1:25 dapat membantu kita kekal beriman ketika orang lain menggelar kepercayaan kita bodoh?
Roh Kudus mengajar saya kebenaran-kebenaran injil.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menyedari bahawa mereka memerlukan roh kudus untuk memahami “hal-hal Tuhan”?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Buatlah sebuah senarai cara-cara kita mempelajari tentang dunia—sebagai contoh, buku, sekolah, dan internet. Kemudian baca bersama 1 Korintus 2:11–14. Apakah yang ayat ini ajarkan tentang bagaimana kita dapat mempelajari “hal-hal Tuhan”?
-
Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi suatu masa ketika mereka merasakan bisikan Roh Kudus, juga digelar “Roh Tuhan” (1 Korintus 2:11–14). Masa-masa sebegitu boleh termasuk ketika mereka berada di gereja, berdoa, atau membaca tulisan suci. Bantulah mereka memahami bahawa Roh Kudus mengajar mereka kebenaran, seperti yang Paulus jelaskan.
-
Jemputlah setiap kanak-kanak untuk membaca satu dari tulisan suci ini: 1 Korintus 2:11–14; 1 Nefi 10:17; Moroni 10:3–5; dan Ajaran dan Perjanjian 8:2–3. Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dari tulisan suci ini tentang bagaimana Roh Kudus mengajar kita. Galakkan mereka untuk menulis rujukan-rujukan ini di tepi tulisan suci mereka.
Saya harus memperlakukan tubuh saya dengan hormat dan menguduskan ia.
Memahami bahawa tubuh kita adalah kurnia dari Bapa Syurgawi akan membantu kanak-kanak menjaga tubuh mereka kudus, bahkan ketika mereka tergoda untuk melakukan yang sebaliknya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bawakan hadiah yang telah dibungkus dengan gambar seorang kanak dan sebuah bait suci di dalam. Jemputlah kanak-kanak untuk membaca 1 Korintus 6:19–20 dan meneka apa yang terdapat di dalam hadiah tersebut. Biarkan mereka membuka hadiah tersebut dan bincangkan bagaimana tubuh kita seumpama bait suci.
-
Bicara kepada kanak-kanak tentang bagaimana kita harus memperlakukan sebuah bait suci. Sekiranya tubuh kita adalah umpama bait suci, bagaimana harus kita memperlakukan tubuh kita? Menyanyikan atau membaca perkataan sebuah lagu tentang bait suci, seperti “The Lord Gave Me a Temple” (Children’s Songbook, 153) dapat membantu menjawab soalan ini. Ketika kita melakukan kesalahan, bagaimanakah kita dapat menjadikan “bait suci” kita bersih lagi?
-
Bacalah bersama bahagian bertajuk “Kesihatan Fizikal dan Emosi” di Untuk Kekuatan Remaja (2011, 25–27). Jemputlah kanak-kanak untuk menyenaraikan di papan tulis nasihat yang mereka temui tentang bagaimana untuk menjaga tubuh kita.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi bersama keluarga mereka sebuah lagu yang mereka nyanyikan di dalam kelas dan apa yang mereka telah pelajari darinya.