Ikutlah Aku
26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus’


“26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019

Imej
pertemuan sakramen

26 Ogos–1 September

1 Korintus 8–13

“Kamu Semua Tubuh Kristus”

Ketika anda membaca 1 Korintus 8–13, mendengar untuk dorongan dari Roh tentang bagaimana untuk mengajar asas-asas dalam bab-bab ini. Ingat bahawa semua idea aktiviti boleh diubah untuk kanak-kanak yang lebih tua dan yang lebih kecil.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk mengongsi sesuatu yang mereka lakukan semasa pertemuan sakramen hari ini untuk berfikir tentang Yesus.

Imej
ikon mengajar

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Korintus 10:13

Bapa Syurgawi akan membantu saya membuat pilihan-pilihan yang soleh.

Ia bukan selalu mudah untuk memilih yang benar, tetapi Bapa Syurgawi akan tolong kita membuat pilihan yang soleh.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 10:13 kepada kanak-kanak, menjemput mereka untuk berpaling daripada anda apabila mereka dengar kata-kata “digoda” atau “godaan.”

  • Membuat tanda-tanda berhenti kecil untuk kanak-kanak. Beritahu beberapa cerita pendek tentang orang yang tidak lama lagi akan membuat pilihan yang tidak baik. Ketika kanak-kanak mendengar, jemput mereka untuk mengangkat tanda mereka apabila orang dalam cerita membuat pilihan yang tidak baik. Apakah pilihan yang betul? Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan tolong mereka memilih yang benar.

  • Tunjukkan gambar tentang Yesus, dan nyanyikan bersama kanak-kanak sebuah nyanyian tentang Yesus Kristus, seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40). Bagaimanakah mengingat Yesus membantu kita membuat pilihan-pilihan yang baik? Tunjukkan gambar-gambar tentang hal-hal yang lain yang membantu kita membuat pilihan-pilihan yang baik, seperti ibu bapa atau kitab suci. Tanya kanak-kanak apa yang membantu mereka membuat pilihan-pilihan yang baik.

1 Korintus 12:4, 7–11

Bapa Syurgawi telah memberkati saya dengan kurnia-kurnia rohani.

Bapa Syurgawi telah memberikan semua anak-Nya kurnia-kurnia rohani. Apakah kurnia-kurnia rohani yang anda melihat di dalam kanak-kanak yang anda mengajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama 1 Korintus 12:7–11, dan mengenali kurnia-kurnia rohani yang Paulus menyebut. Bantu kanak-kanak memikirkan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan kurnia-kurnia Roh ini, dan menggunakan tindakan-tindakan ini untuk membantu kanak-kanak ingat kurnia-kurnia itu.

  • Minta mereka untuk melukis gambar tentang hadiah kegemaran mereka yang mereka telah menerima. Terangkan bahawa Bapa Syurgawi memberikan kita kurnia rohani untuk memperkuatkan iman kita dan membantu kita memberkati orang lain.

  • Tulis nota untuk setiap anak, menggambarkan satu kurnia rohani yang anda telah melihat di dalam dia (atau anda boleh menjemput ibu bapa untuk menulis nota-nota ini). Bungkuskan nota-nota ini untuk kelihatan seperti hadiah. Biarkan kanak-kanak membuka hadiah mereka, dan membantu mereka membaca tentang kurnia-kurnia rohani mereka.

Imej
kotak-kotak hadiah

Bapa Syurgawi telah memberikan semua anak-Nya kurnia-kurnia rohani.

1 Korintus 13:1–8

Saya dapat mengasihi orang lain.

Tulisan suci mengajar bahawa kasih ihsan adalah “kasih suci Kristus” (Moroni 7:47). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengembangkan dan menyatakan kasih seperti Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 13:8 dan Moroni 7:47, dan membantu kanak-kanak mengulangi frasa “Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.” Tunjukkan gambar-gambar tentang Yesus yang penuh kasih dan baik hati, dan tanya kanak-kanak bagaimana Dia menunjukkan kasih kepada orang lain (lihat Buku Seni Injil untuk idea).

  • Minta seorang anak untuk berdiri di depan bilik. Tanya anak itu bagaimana dia akan melayani seorang lain di kelas. Terangkan bahawa ini satu cara yang kita boleh menunjukkan kasih ihsan kepada orang lain. Jemput kanak-kanak lain untuk mengambil giliran menunjukkan kasih ihsan.

  • Nyanyikan lagu tentang mengasihi orang lain, seperti “Kasihilah Sesama” atau “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39, 74), bersama kanak-kanak. Tunjukkan gambar-gambar tentang orang lain (seperti ibu bapa, pengajar, atau kawan), dan minta kanak-kanak untuk mengongsi bagaimana mereka boleh melayani orang itu. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mereka dapat melayani dan menulis nota atau melukis gambar untuk memberi kepada orang itu. Kalau mereka perlu idea-idea yang lain, tunjukkan video “Pass It On” (LDS.org).

Imej
ikon mengajar

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Korintus 10:13

Bapa Syurgawi akan membantu saya menolak godaan.

Janji-janji dalam ayat suci ini boleh memberikan kanak-kanak keyakinan bahawa Bapa Syurgawi akan membantu mereka apabila mereka digoda.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 1 Korintus 10:13 dalam pasangan dan meringkaskan ayat suci dalam kata mereka sendiri. Minta kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi membantu mereka mengelakkan atau menolak godaan. Apakah yang dapat kita lakukan untuk bergantung pada Bapa Syurgawi apabila kita digoda?

  • Tulis di keping-keping kertas godaan yang kanak-kanak mungkin hadapi hari ini. Minta kanak-kanak untuk mengambil satu keping kertas dan mengongsi apa yang Bapa Syurgawi telah memberi untuk membantu kita mengelakkan atau menolak godaan-godaan ini. Untuk idea-idea, baca bersama Alma 13:28–29.

1 Korintus 11:23–29

Semasa sakramen, saya boleh berfikir tentang bagaimana saya mengikut Juruselamat.

Sakramen mempunyai makna tambahan untuk kanak-kanak yang telah dibaptiskan. Bantu mereka melihat tatacara kudus sebagai kesempatan untuk “memeriksa” diri mereka dan memperbaharui tekad mereka kepada Juruselamat (1 Korintus 11:28).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca 1 Korintus 11:28. Apakah maksudnya untuk “memeriksa” diri kita sebelum mengambil sakramen? Minta kanak-kanak untuk berfikir tentang orang lain yang memeriksa, seperti doktor, penyiasat, atau ahli sains (contohnya, doktor memeriksa badan kita untuk luka atau penyakit yang perlu disembuhkan). Apakah yang pekerjaan mereka mengajar kita tentang bagaimana kita patut memeriksa diri kita apabila kita mengambil sakramen?

  • Minta kanak-kanak untuk membuat senarai tentang hal-hal yang mereka boleh memikirkan apabila mereka mengambil sakramen. Jemput mereka untuk menggunakan senarai mereka sebagai peringatan untuk memeriksa diri mereka semasa sakramen.

1 Korintus 12:4, 7–12, 31; 13:1–8

Saya mempunyai kurnia-kurnia rohani.

Paulus mengajar bahawa kurnia-kurnia roh “diberikan kepada setiap orang” (1 Korintus 12:7). Asas ini boleh membantu kanak-kanak mengembangkan nilai diri mereka, terutamanya apabila mereka menggunakan kurnia-kurnia mereka untuk memberkati orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk menulis di papan kurnia-kurnia rohani yang mereka jumpai di 1 Korintus 12:7–11; 13:2. Jemput mereka untuk mencari kurnia tambahan yang disebut di Moroni 10:8–18 dan Ajaran dan Perjanjian 46:13–26. Kongsi dengan mereka beberapa kurnia rohani lagi yang disebut oleh Elder Marvin J. Ashton: “Kurnia bertanya; kurnia mendengar; … kurnia mengelakkan perselisihan; … kurnia mencari hal yang soleh; kurnia tidak menghakimi; kurnia melihat kepada Tuhan untuk bimbingan; … kurnia menjaga orang lain; … kurnia berdoa; kurnia memberi kesaksian yang kuat” (“There Are Many Gifts,” Ensign, Nov. 1987, 20). Jemput kanak-kanak untuk berbincang tentang kurnia-kurnia rohani yang mereka lihat di dalam satu sama lain.

  • Sebelum kelas, tanya ibu bapa tentang kurnia-kurnia yang mereka lihat di dalam anak-anak mereka, atau fikirkan kurnia-kurnia mereka anda sendiri. Beritahu kanak-kanak tentang kurnia-kurnia ini, dan minta mereka meneka anak yang mana mempunyai kurnia itu. Jemput kanak-kanak untuk menulis satu cara yang mereka akan menggunakan kurnia mereka untuk memberkati seseorang minggu ini.

  • Kongsi situasi-situasi berbeza di mana orang dapat menggunakan kurnia rohani dari 1 Korintus 12:7–10. Jemput kanak-kanak untuk mengenali kurnia-kurnia rohani yang dapat digunakan dalam setiap situasi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk mengongsi kurnia-kurnia rohani mereka dengan keluarga mereka dan tanya ahli-ahli keluarga mereka apa kurnia-kurnia mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memberi jemputan yang menghormati hak pilihan. Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk bertindak menurut apa yang mereka belajar, fikirkan cara-cara untuk menghormati hak pilihan mereka. Mempertimbangkan menjemput mereka untuk memikirkan cara mereka sendiri untuk menggunakan apa yang mereka telah belajar.

Cetak