Ikutlah Aku
9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’


“9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“9–15 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus Kristus

9–15 September

2 Korintus 1–7

“Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan”

Mulakan persediaan anda dengan membaca 2 Korintus 1–7. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami pasal-pasal ini, dan rangka panduan ini dapat memberi anda idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa kanak-kanak di dalam kelas anda mungkin telah menulis surat minggu ini tentang bagaimana seorang ahli keluarga adalah teladan yang baik sebagai seorang pengikut Yesus Kristus. Sekiranya mereka telah lakukannya, terlebih dahulu mintalah mereka untuk berkongsi sepucuk surat di kelas. Atau meminta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Korintus 1:3–4

Bapa Syurgawi menghibur saya, dan saya boleh menghibur orang lain.

Bagaimanakah anda memberi keyakinan kepada kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan menghibur mereka? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan mereka untuk menghibur orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawakan objek ke kelas yang menyediakan kelegaan, seperti selimut atau pembalut luka. Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang menghibur mereka sewaktu mereka sedih atau takut atau mempunyai masalah lain. Bacalah 2 Korintus 1:3–4 bersama kanak-kanak, dan jelaskan bahawa “kesengsaraan” adalah perkataan lain untuk masalah-masalah sukar. Kongsi beberapa cara Bapa Syurgawi telah menghibur anda, dan bersaksi bahawa Dia akan menghibur kanak-kanak tersebut juga.

  • Tunjukkan gambar orang dibaptis (lihat Buku Seni Injil, no. 103 dan 104) sementara anda membaca 2 Korintus 1:4 dan Mosia 18:8–9 kepada kanak-kanak. Jelaskan sewaktu pembaptisan kita berjanji untuk menghibur orang lain. Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat Paulus untuk “menghibur mereka yang berada dalam bermacam-macam penderitaan”?

  • Jemputlah kanak-kanak untuk melukis sebuah lukisan diri mereka sedang membantu seseorang yang dalam keperluan. Biarkan mereka menjelaskan bagaimana hal-hal ini dapat membawa penghiburan kepada orang lain.

2 Korintus 2:7–8, 10

Saya boleh mengampuni orang lain.

Pilihlah dari beberapa aktiviti berikut—atau idea anda sendiri—untuk membantu memperkuatkan keinginan kanak-kanak untuk mengampuni orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa Paulus ingin Orang Suci di Korintus mengampuni seorang yang telah berdosa. Bacalah 2 Korintus 2:7–8, 10, dan menjemput kanak-kanak untuk meletakkan tangan mereka di jantung mereka setiap kali mereka mendengar perkataan mengampuni dan diampunkan.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk melakonkan peranan bagaimana mereka akan bertindak di dalam keadaan ketika seseorang telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Biarkan mereka mengambil giliran untuk mengucap “Saya minta maaf” dan “Saya mengampuni anda.” Bagaimanakah kita membantu orang lain untuk tahu bahawa kita mengampuni mereka? Jelaskan satu cara mungkin “sungguh-sungguh mengasihi mereka,” atau menunjukkan kasih kepada mereka (2 Korintus 2:8).

2 Korintus 4:1–2

Saya percaya harus jujur.

Paulus mengajar bahawa hamba Kristus tidak menipu orang lain—mereka telah “menolak segala perbuatan tersembunyi yang memalukan.” Renungkan cara yang anda dapat memperkuatkan keinginan kanak-kanak untuk menjadi jujur di segala hal.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantulah kanak-kanak untuk menghafal ayat “Kami percaya harus jujur” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Tuliskan ayat ini pada gelang kertas yang kanak-kanak boleh hias dan pakai untuk balik ke rumah. Jelaskan bahawa menjadi jujur bermaksud berkata benar.

  • Mintalah kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka ketika anda mengucap sesuatu yang benar dan merendahkan tangan mereka anda mengucap sesuatu yang tidak benar. Jadikan mudah tetapi kenyataan yang ketara, seperti “Hari ini adalah Hari Ahad” atau “Saya mempunyai tiga hidung.” Ulangi aktiviti tersebut beberapa kali, biarkan kanak-kanak mengambil giliran menjadi orang yang membuat kenyataan yang benar dan tidak benar. Mengapakah menjadi jujur itu baik?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Korintus 1:3–4

Bapa Syurgawi menghibur saya, dan saya boleh menghibur orang lain.

Mengingati bagaimana Tuhan telah menghibur mereka dapat mengilhamkan kanak-kanak untuk menawarkan penghiburan kepada orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca 2 Korintus 1:3–4, mintalah kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada pertanyaan “Apakah yang Tuhan telah lakukan untuk kita?” Bantulah kanak-kanak untuk menyenaraikan cara-cara Tuhan menghiburkan kita. Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman semasa mereka sedih atau risau atau takut dan Tuhan telah menghiburkan mereka.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi cara-cara kita dapat menghibur orang lain. Berikan mereka masa untuk fikirkan tentang seseorang yang mereka kenali yang memerlukan penghiburan dan membuat pelan untuk menjangkau kepada orang tersebut.

2 Korintus 2:5–11

Saya boleh mengampuni orang lain.

Adalah sukar untuk mengampuni orang lain ketika mereka bersikap tidak baik terhadap kita. Tetapi kanak-kanak yang anda ajari akan mengalami kasih, kedamaian, dan kegembiraan semasa mereka belajar untuk mengampuni.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kepada kanak-kanak bahawa seseorang di Korintus telah berdosa dan “menyebabkan kesedihan” kepada Orang suci (lihat 2 Korintus 2:5). Mintalah kanak-kanak untuk mencari 2 Korintus 2:7–8 untuk mencari apa yang Paulus ingin Orang suci untuk lakukan.

  • Kongsi sebuah pengalaman ketika anda mengampuni seseorang—atau seseorang telah mengampunkan anda—dan bagaimana anda rasakan kemudian.

2 Korintus 5:6–7

Saya “berjalan kerana iman, bukan kerana melihat.”

Pertimbangkan bagaimana anda dapat menggalakkan kanak-kanak untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan bahkan ketika mereka tidak dapat secara terus melihat berkat yang mereka inginkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacalah 2 Korintus 5:6–7 dan Alma 32:21 bersama kanak-kanak, dan mintalah mereka untuk mencari perkataan dan ayat yang membantu menjelaskan tentang iman. Mintalah mereka untuk menulis definisi mereka, baca dengan lantang, dan letakkan ia pada papan tulis.

  • Tutuplah mata seorang kanak, dan minta kanak-kanak yang lain untuk memberi arahan untuk membantunya menyelesaikan suatu tugasan seperti membina menara dengan blok-blok, menyelesaikan susun suai gambar, atau berjalan di dalam kelas. Bagaimanakah aktiviti ini membantu kita memahami maksud untuk “berjalan kerana iman” kepada Tuhan?

  • Tunjuk video “Pure and Simple Faith” (LDS.org), dan menanya kanak-kanak cara perempuan muda berjalan dengan iman. Kongsi sebuah pengalaman ketika anda perlu mempunyai iman kepada Tuhan. Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi sebarang pengalaman mereka miliki dengan berjalan dengan iman.

2 Korintus 7:8–11

Sukacita menurut kehendak Tuhan mendorong saya untuk bertaubat.

Adalah sangat biasa untuk kanak-kanak berasa segan atau malu ketika mereka tertangkap melakukan sesuatu yang salah. Bantulah mereka membezakan perasaan ini daripada dukacita menurut kehendak Tuhan, yang mendorong kepada pertaubatan sejati.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan di dalam 2 Korintus 7:8–11, Paulus merujuk kepada sepucuk surat yang dia telah tulis terdahulu kepada para Orang suci, dengan berani memberi amaran kepada mereka tentang dosa-dosa mereka. Bacalah ayat-ayat ini bersama. Mengapakah Paulus bersukacita bahawa para Orang suci sedang berdukacita? Tegaskan bahawa dukacita ini dipanggil dukacita menurut kehendak Tuhan.

  • Mintalah kanak-kanak untuk menutup mata mereka dan memikirkan satu masa ketika mereka melakukan sesuatu yang salah dan merasa bersalah tentangnya. Jemputlah mereka untuk bertanya kepada diri mereka, “Mengapakah saya merasa tidak baik?” Tuliskan pada papan tulis beberapa alasan orang ramai berasa bersalah selepas melakukan sesuatu yang salah, seperti “Saya takut saya akan dihukum” atau “Saya malu dengan apa yang orang lain akan fikirkan tentang saya” atau “Saya tahu Bapa Syurgawi merasa kecewa terhadap saya.” Manakah jawapan di papan tulis yang menyatakan “dukacita menurut kehendak Tuhan”? Mengapakah dukacita mengikut kehendak Tuhan adalah lebih baik berbanding dukacita lain yang kita rasakan selepas melakukan sesuatu yang salah?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Beritahukan kepada kanak-kanak bahawa mereka dapat berkongsi satu dari aktiviti kelas hari ini bersama keluarga mereka di rumah, malah ketika malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tunjukkan sebuah tulisan suci. Pilihlah satu ayat suci yang anda rasa bermakna dan pamerkan ia di dalam kelas anda di mana kanak-kanak akan melihatnya dengan kerap. Malah kanak-kanak boleh mengambil giliran memilih tulisan suci untuk dipamerkan.

Cetak