“2–8 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan Ialah Tuhan Yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“2–8 September. 1 Korintus 14–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
2–8 September
1 Korintus 14–16
“Tuhan Ialah Tuhan Yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”
Semasa anda baca 1 Korintus 14–16, Roh Kudus akan menolong anda untuk mengetahui apa yang harus diajar dalam kelas anda. Mengulang kaji rangka panduan untuk idea-idea tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Anda boleh mulakan pengajaran minggu ini dengan membaca 1 Korintus 14:26 dengan lantang. Jelaskan bahawa apabila kita datang ke gereja, kita boleh meneguhkan (atau memperkuatkan dan menolong) orang lain apabila kita kongsi. Apakah yang boleh kanak-kanak kongsikan untuk meneguhkan seseorang dalam kelas hari ini?
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh hidup bersama Bapa Syurgawi selepas saya meninggal dunia kerana Yesus Kristus sudah bangkit.
Bagaimana anda boleh ajarkan kanak-kanak dalam kelas anda bahawa kerana Yesus Kristus sudah bangkit, kita boleh hidup lagi?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ulangkan frasa berikut bersama kanak-kanak beberapa kali: “Semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus” (1 Korintus 15:22). Tunjukkan satu gambar Juruselamat yang sudah bangkit (lihat rangkan panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jelaskan bahawa kita semua akan meninggal dunia suatu hari, kerana Yesus sudah bangkit, kita semua akan bangkit selepas kita meninggal dunia.
-
Gunakan satu pengajaran berobjek seperti ini untuk mengajar tentang Kebangkitan: Tunjuk kanak-kanak satu jaket, yang melambangkan badan jasmani kita. Semasa kita hidup, roh kita berada dalam badan kita, dan badan kita boleh gerak (pakai jaket itu). Apabila kita meninggal dunia, roh kita tinggalkan badan jasmani kita, dan badan kita tidak boleh gerak (tanggalkan jaket itu dan letak pada satu meja atau kerusi untuk melambang satu badan tanpa roh). Apabila kita dibangkitkan, roh kita kembali kepada badan kita (pakai jaket itu sekali lagi), dan mereka tidak akan dipisahkan lagi. Biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk memakai dan menanggalkan jaket itu semasa seorang kanak-kanak menjelas apa akan berlaku apabila kita dibangkitkan.
Saya boleh dibaptiskan untuk orang yang sudah meninggal dunia.
Kanak-kanak yang anda ajar boleh sedia sekarang untuk pergi ke bait suci dan dibaptiskan bagi orang yang sudah meninggal dunia apabila mereka capai 12 tahun. Paulus sebut tentang ajaran penting ini dalam suratnya kepada bangsa Korintus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak fikir tentang perkara yang mereka tidak dapat lakukan diri sendiri (seperti mengangkat benda yang berat atau mencapai benda yang berada di atas satu rak tinggi). Siapa menolong mereka lakukan perkara-perkara tersebut? Tunjukkan satu gambar nenek moyang anda yang meninggal dunia tanpa pembaptisan. Beritahu kanak-kanak tentang orang ini, dan jelaskan bahawa dia tidak dapat dibaptiskan tanpa bantuan dari seorang di bumi ini.
-
Tanya kanak-kanak jika mereka ada ahli keluarga yang sudah pergi ke bait suci untuk melaksanakan pembaptisan bagi orang yang sudah meninggal dunia. Tunjukkan satu gambar kolam pembaptisan di bait suci. Adakah kanak-kanak tahu tentang apa yang berlaku di sini? Jelaskan bahawa dalam bait suci kita boleh dibaptiskan bagi orang yang sudah meninggal dunia tanpa pembaptisan. Kemudian mereka boleh pilih sama ada mereka menerima pembaptisan itu atau tidak.
Bapa Syurgawi ingin saya hidup bersama Dia dalam kerajaan selestial.
Bagaimana anda boleh ajar kanak-kanak tentang kerajaan selestial, terestrial, dan telestial? Aktiviti-aktiviti berikut boleh menolong anda.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis pada papan tulis selestial, terestrial, dan telestial. Bantu kanak-kanak menyebutkan kata-kata itu.
-
Tunjukkan gambar-gambar matahari, bulan, dan bintang. Yang manakah paling terang? Baca 1 Korintus 15:40–41 kepada kanak-kanak (juga lihat Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 15:40, dalam Panduan Tulisan Suci). Jelaskan bahawa matahari, bulan, dan bintang mewakili kerajaan-kerajaan di mana kita akan tinggal selepas kebangkitan. Dalam kerajaan selestial, kita boleh hidup dengan Bapa Syurgawi.
-
Lukiskan matahari pada papan tulis dan letakkan kepingan-kepingan kertas kecil, atau tangga-tangga, pada lantai menuju terhadap matahari. Setiap kepingan kertas boleh mewakili sesuatu yang kita perlu lakukan untuk memasuki kerajaan selestial (lihat A&P 76:50–53). Benarkan kanak-kanak kongsikan idea-idea dan ambil langkah terhadap kerajaan selestial.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Oleh kerana Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya, saya akan dibangkitkan.
Adakah kanak-kanak yang anda ajar faham kepentingan Kebangkitan Yesus Kristus? Idea-idea berikut boleh menolong anda.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Menjemput kanak-kanak ambil giliran untuk membaca ayat-ayat dalam 1 Korintus 15:12–22, mencari jawapan kepada soalan ini, “Apa akan berlaku jika tidak ada kebangkitan?”
-
Jemput kanak-kanak melakon cara mereka menjelaskan kebangkitan kepada seorang. Untuk idea-idea, lihat pesanan Thomas S. Monson’s “Mrs. Patton—the Story Continues” (Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 21–24). Lihat juga video “Until We Meet Again” (LDS.org). Berikan kesaksian anda tentang Kebangkitan Kristus.
1 Korintus 15:12–13, 20–22, 29
Saya boleh bersedia untuk pergi ke bait suci untuk dibaptiskan bagi pihak orang yang sudah meninggal dunia.
Apabila kanak-kanak mencapai umur 12 tahun, mereka boleh menerima satu kad rekomen bait suci dan melaksanakan pembaptisan bagi orang yang sudah meninggal dunia dalam bait suci. Bagaimana anda boleh menolong mereka bersedia?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca 1 Korintus 15:29. Apakah yang dilakukan oleh Orang-orang suci pada zaman Paulus yang kita juga lakukan hari ini?
-
Tanya kanak-kanak mengapa kita dibaptiskan bagi orang yang sudah meninggal dunia. Jika perlu, jelas bahawa kebanyakan nenek moyang kita tidak berpeluang untuk dibaptiskan dan ditetapkan pada bumi ini. Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan bagi pihak mereka.
-
Beberapa hari sebelum kelas, tanya seorang ibu bapa salah seorang kanak-kanak datang untuk mengongsikan salasilah keluarganya, atau satu cerita tentang seorang nenek moyang. Anda juga boleh kongsikan cerita tentang nenek moyang diri sendiri.
-
Jemput seorang ahli lembaga uskup untuk mengongsikan sesuatu yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak untuk menjadi layak untuk memasuki bait suci. Tanya kanak-kanak apa yang boleh mereka lakukan untuk mengingat perkara-perkara ini. Tuliskan idea-idea mereka pada papan tulis. Jemput mereka membuat satu matlamat untuk pergi ke bait suci satu hari nanti.
Selepas saya dibangkitkan, saya boleh tinggal dalam kerajaan selestial.
Untuk mengajar bangsa Korintus tentang badan yang kita terima dalam Kebangkitan, Paulus menyebutkan tiga tingkat kemuliaan: selestial, terestrial dan telestial.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca 1 Korintus 15:40–41 dan jemput seorang kanak-kanak untuk melukiskan satu matahari, bulan, dan bintang pada papan tulis. Tanya ahli-ahli kelas untuk mengenal pastikan badan kebangkitan apakah diwakili oleh setiap lukisan.
-
Nyanyi bersama-sama satu lagu tentang bait suci, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73). Apakah yang lagu ini ajarkan kita tentang persediaan untuk hidup dalam kemuliaan selestial?
-
Jelas bahawa Joseph Smith ada satu penglihatan di mana dia nampak tiga kerajaan yang berpadan dengan jenis-jenis badan yang dihuraikan oleh Paulus. Bantu kanak-kanak carikan ayat-ayat dari Ajaran dan Perjanjian 76:50–53, 70; 76:71–79; 76:81–82 yang menghurai tentang tiga kerajaan ini.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak menanya ibu bapa mereka untuk memberitahu mereka satu cerita tentang salah seorang nenek moyang mereka. Mereka boleh kongsikan cerita itu dengan kelas pada minggu depan.