Ikutlah Aku
23–29 September. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu’


“23–29 September. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“23–29 September. Galatia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kristus muncul kepada Paulus di penjara

23–29 September

Galatia

“Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”

Ketika anda membaca Galatia, apakah tanggapan yang anda peroleh berkenaan apa yang kanak-kanak kelas anda harus belajar?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk melukiskan sesuatu yang mereka telah pelajari dari perbincangan Injil di rumah atau gereja baru-baru ini. Kumpulkan lukisan-lukisan itu, dan biarkan kanak-kanak meneka apa yang diwakili setiap gambar tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Galatia 5:22–23

Roh Kudus membantu saya berasa kasih, sukacita, dan hidup rukun.

Kanak-kanak yang lebih kecil boleh mengenali hasil Roh. Ini akan menyediakan mereka untuk mencari pengaruh Roh Kudus di sepanjang hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pamer atau tunjukkan gambar beberapa jenis buah, dan minta kanak-kanak untuk menghuraikan rasa setiap buah. Jelaskan bahawa sepertimana buah-buahan mempunyai rasa yang berlainan, kita dapat merasai Roh Kudus dalam cara yang berbeza, seperti kasih dan kedamaian. Minta mereka untuk huraikan bagaimana mereka merasa Roh Kudus.

    Imej
    buah-buah epal pada pokok

    Kanak-kanak pelbagai umur dapat merasai hasil Roh.

  • Baca Galatia 5:22–23 bersama kanak-kanak, dan jelaskan perkataan yang mereka mungkin tidak kenali. Jemput setiap kanak untuk memilih satu hasil Roh yang disebut dalam ayat-ayat suci ini dan kongsikan suatu ketika di mana dia mengalami hasil Roh itu. Jemput kanak-kanak untuk melukis satu gambaran ringkas berkenaan pengalaman-pengalaman tersebut.

Galatia 6:2

Yesus Kristus inginkan saya membantu mereka yang memerlukannya.

Arahan yang didapati dalam Galatia 6:2 mempunyai persamaan dengan ajaran Alma dalam Mosia 18:8 kepada mereka yang akan dibaptiskan. Gunakan kesempatan ini untuk membantu kanak-kanak bersedia bagi perjanjian-perjanjian pembaptisan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar seorang kanak yang sedang dibaptiskan (seperti Buku Seni Injil, no. 104). Tanyakan kanak-kanak apakah yang dilakukan oleh kanak kecil itu. Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita membuat perjanjian. Baca Galatia 6:2 atau Mosia 18:8 untuk membantu kanak-kanak belajar salah satu janji kita iaitu: memikul beban satu sama lain. Jemput kanak-kanak untuk melukis satu gambar yang menunjukkan cara mereka membantu orang lain menanggung beban.

  • Baca kepada kanak-kanak frasa ini dari Galatia 6:2: “Hendaklah kamu saling menolong memikul beban.” Untuk menggambarkan maksud ini, berikan salah seorang kanak sesuatu yang berat untuk dipikul. Kemudian minta seorang sukarelawan untuk membantu memikul benda itu. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa banyak perkara dapat berasa seperti satu beban, contohnya apabila jatuh sakit atau berasa sedih dan sepi. Apakah yang kita dapat lakukan untuk membantu seseorang dengan beban sedemikian?

Galatia 6:7–9

Tingkah laku kita, yang baik dan jahat, ada akibatnya.

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk faham bahawa setiap pilihan kita mempunyai akibatnya. Anda boleh gunakan Galatia 6:7–9 untuk menggambarkan kebenaran ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu biji benih dan satu sayur. Baca Galatia 6:7–9 kepada kanak-kanak. Minta kanak-kanak berlakon menanam biji benih apabila mereka mendengar perkataan “ditanam.” Minta mereka berlakon memetik sayur daripada tumbuhan apabila mereka mendengar perkataan “tuai.”

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa jenis sayuran, dan bantu mereka mencari biji benih setiap sayur. Masukkan biji-biji itu ke dalam satu bekas, dan biarkan kanak-kanak mengambil giliran memilih dan memberitahu apakah sayur yang akan tumbuh jika mereka tanamkannya. Bantu mereka lihat sepertimana biji-biji benih yang kita tanam menentukan sayur yang kita peroleh, pilihan kita menentukan akibat dan berkat yang kita akan terima.

  • Buatkan satu garisan di lantai dengan menggunakan pita pelekat. Letakkan satu gambar muka gembira dan satu gambar muka sedih di setiap hujung garisan yang bertentangan. Jemput seorang kanak untuk berdiri di tengah-tengah garisan itu, dan biarkan kanak-kanak lain menyatakan pilihan-pilihan yang akan membawa kegembiraan atau kesedihan (anda mungkin perlu memberikan beberapa contoh). Bagi setiap pilihan, minta kanak yang berdiri di tengah garisan itu untuk melangkah ke arah gembira atau kesedihan. Ulangi aktiviti itu beberapa kali, benarkan kanak-kanak lain mengambil giliran untuk berdiri di atas pita pelekat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Galatia 5:1

Yesus Kristus membebaskan kita.

Terdapat orang yang berpendapat bahawa Injil Yesus Kristus membataskan kebebasan mereka. Renungkan bagaimana anda akan bantu kanak-kanak faham bahawa ia memberi kebebasan daripada dosa dan kematian.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Galatia 5:1. Bagaimanakah Yesus Kristus membebaskan kita supaya kita boleh kembali ke Bapa Syurgawi? Tunjukkan gambar Yesus menderita di Getsemani dan Kebangkitan-Nya membantu kanak-kanak faham bagaimana Yesus membebaskan kita daripada dosa dan kematian (lihat Buku Seni Injil, nos. 5659).

  • Nyanyikan bersama dan kaji semula kata-kata dalam sebuah lagu mengenai Juruselamat, contohnya “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 56). Minta kanak-kanak mencari kata-kata dalam lagu ini yang menjelaskan cara Yesus Kristus membebaskan kita daripada perhambaan rohani.

Galatia 5:22–23

Jika saya “berjalan dalam Roh,” saya dapat menikmati “hasil Roh.”

Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak kenali perasaan yang diperoleh dari Roh Kudus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak sehelai kertas yang berbentuk seperti buah, dan minta kanak-kanak untuk mencari “hasil Roh” yang disenaraikan dalam Galatia 5:22–23. Jemput mereka untuk tulis satu hasil pada kertas mereka dan satu kata yang berlawanan hasil itu di belakang kertas yang sama. (Bantu mereka memahami perkataan yang mereka mungkin tidak kenali.) Jemput mereka untuk berkongsikan hasil-hasil mereka dengan ahli kelas.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca hasil Roh dalam Galatia 5:22–23 dan tulis atau lukiskan gambar di mana Roh Kudus telah membantu mereka mengalami hasil-hasil tersebut. Minta mereka untuk kongsikan cerita atau gambar itu dengan seorang ahli kelas mereka. Mengapakah hasil merupakan cara yang baik untuk membantu kita faham bagaimana Roh mempengaruhi kita?

Galatia 6:7–9

Tingkah laku kita, yang baik dan jahat, ada akibatnya.

Bantu kanak-kanak faham bahawa akibat tingkah laku kita kadangkala datang serta merta dan ada kalanya datang “kelak” (ayat 9).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Galatians 6:7–9bersama. Jemput kanak-kanak untuk melukiskan gambar di mana seseorang menanam benih sejenis buah dan kemudian menuai buah yang berbeza. Mengapakah ini mustahil? Bagaimanakah membuat pilihan yang salah dan mengalami akibat yang positif juga mustahil?

  • Buatkan satu selirat sepertimana dalam halaman aktiviti minggu ini dengan seluruh ahli kelas. Jemput kanak-kanak untuk fikirkan perkataan-perkataan selain daripada dalam selirat itu yang mewakili perasaan baik dari Roh Kudus atau pilihan jahat yang mungkin mengejar-Nya dari kita. Bincangkan akibat-akibat pilihan-pilihan yang dinyatakan.

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan beberapa berkat yang mereka harap untuk menerima daripada Bapa Syurgawi. Bantu mereka fikirkan “benih” yang harus ditanam untuk “menuai” berkat-berkat tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memberi perhatian kepada akibat yang baik, atau “hasil,” yang datang akibat pilihan baik yang mereka lakukan minggu ini. Beritahu mereka bahawa mereka boleh kongsikan pengalaman mereka minggu depan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti dengan umur kanak-kanak. Berikan kanak-kanak peluang untuk mengambil serta, tetapi ingat bahawa kebolehan mereka bergantung kepada umur dan kematangan mereka. Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin memerlukan bimbingan dan arahan yang lebih. Apabila mereka matang, kanak-kanak dapat menyumbang lebih dan mungkin lebih pandai berkongsikan pendapat mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak