Ikutlah Aku
30 September–13 Oktober. ‘Untuk Menyempurnakan Orang Suci’


“30 September–13 Oktober. Efesus: ‘Untuk Menyempurnakan Orang Suci’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“30 September–13 Oktober. Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
keluarga melihat foto

30 September–Oktober 13

Efesus

“Untuk Menyempurnakan Orang Suci”

Semasa anda mengaji Surat kepada bangsa Efesus, fikir tentang asas-asas apakah yang anda boleh tekankan untuk memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Catatkan idea-idea yang datang ke minda anda semasa anda baca.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak berbaris. Tanya kanak-kanak pertama untuk mengongsikan sesuatu yang dia baru-baru belajar semasa pengkajian tulisan suci sekeluarga, dalam Sekolah Primer, atau tempat lain. Tanya kanak-kanak kedua untuk mengulangi apa yang diucapkan oleh kanak-kanak pertama dan kemudian kongsikan sesuatu yang dia sudah belajar. Ulangkan ini sehingga setiap kanak-kanak berpeluang untuk mengongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Efesus 2:19

Ahli-ahli Gereja harus menjadi rakan dan “warga umat Tuhan.”

Adakah kanak-kanak dalam kelas anda lebih serupa dengan “orang asing” atau “warga umat Tuhan” bersama satu lain dan ahli-ahli bahagian lain? Bantu mereka faham bahawa walaupun kita berbeza, Juruselamat bantu kita bersatu dan mengasihi satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Letakkan satu gambar Juruselamat di tengah bilik. Jemput kanak-kanak berdiri di tempat yang berbeza dalam bilik untuk mewakili “orang asing” atau “pendatang.” Semasa anda baca Efesus 2:19, jemput mereka bergerak terhadap gambar Kristus sehingga mereka berdiri dekat satu sama lain. Beritahu mereka bahawa apabila kita lebih mendekati Juruselamat, kita boleh bersatu dengan orang lain sebagai rakan dan “warga umat Tuhan.”

  • Carikan gambar-gambar kanak-kanak dari seluruh dunia, dan sembunyikan gambar-gambar itu di sekeliling bilik. Letakkan satu gambar Juruselamat di depan bilik. Jemput kelas anda berkumpul secara pasangan seperti penginjil dan mengambil giliran mencari satu gambar seorang “orang asing” dan letakkan ia dekat gambar Juruselamat. Bantu mereka faham bahawa apabila orang dibaptiskan, mereka menjadi sebahagian keluarga Gereja kita, atau “anggota keluarga Tuhan.” Bagaimana kita boleh menolong seorang ahli baru merasa mereka disambut dengan mesra?

Efesus 6:1–3

Bapa Syurgawi hendak saya mematuhi ibu bapa saya.

Semasa anda baca Efesus 6:1–3, fikirkan cara-cara anda boleh bantu kanak-kanak faham mengapa adalah penting untuk mematuhi ibu bapa mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Efesus 6:1–3 kepada kelas, atau menolong salah seorang kanak-kanak baca. Tanya mereka melakonkan masa mereka mematuhi ibu bapa mereka. Apa mungkin berlaku jika mereka tidak mematuhi?

  • Nyanyi bersama-sama satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Ku Segera Patuh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 197). Berhenti selepas garis pertama, dan tanya seorang kanak-kanak untuk menyatakan sesuatu yang pernah ibu bapanya tanya dia lakukan; kemudian habis nanyikan lagu itu. Ulang beberapa kali supaya kanak-kanak lain dapat buat demikian.

  • Kongsikan satu pengalaman di mana anda mematuhi ibu bapa anda dan diberkati. Atau kongsikan cerita tentang Chloe dari ucapan Sister Carole M. Stephens “Jika kamu Mengasihi Aku, Kamu Akan Mentaati Perintah-perintah-Ku” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 118–20) atau tunjukkan video “Going to Grandma’s” (LDS.org).

Efesus 6:10–18

Pelengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya.

Bagaimana anda akan bantu kanak-kanak faham bahawa melakukan perkara yang soleh adalah seperti memakai perlengkapan perang?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar seorang memakai perlengkapan perang, seperti gambar dari halaman aktiviti minggu ini atau rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Semasa anda rumuskan Efesus 6:10–18, tunjukkan kanak-kanak bagaimana setiap bahagian perlengkapan perang yang berbeza melindungi bahagian badan yang berbeza. (Lihat “The Whole Armor of God,” Friend, Jun 2016, 24–25.)

  • Bawa beberapa benda ke kelas yang boleh mewakili bahagian-bahagian perlengkapan perang dalam Efesus 6:14–17 (sebagai contoh, satu topi atau apron), atau buatkan bahagian-bahagian perlengkapan perang dari kertas. Biarkan kanak-kanak ambil giliran memakai “perlengkapan perang” itu. Bincangkan erti dilindungi daripada kejahatan dan bagaimana memakai setiap bahagian perlengkapan perang itu boleh melindungi mereka. Bagaimana kita memakai perlengkapan perang Tuhan? (contohnya, dengan mengaji kitab suci, melayan orang lain, berdoa, mematuhi perintah, dan lain-lain).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Efesus 2:13–19

Kita warga umat Tuhan dalam keluarga Tuhan.

Kanak-kanak diperkukuhkan apabila mereka ada rakan baik dalam injil. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka mengembangkan persahabatan dengan satu sama lain?

Imej
Aktiviti Sekolah Primer

Kita ialah “warga umat Tuhan” bersama Orang Suci Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Efesus 2:19 bersama-sama, dan bincangkan erti menjadi seorang orang asing atau pendatang. Kongsikan satu pengalaman di mana anda rasa seperti seorang orang asing atau pendatang dan seorang menolong anda rasa dihendaki dan diterima. Jemput kanak-kanak kongsikan pengalaman yang serupa. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadi “warga umat Tuhan” dan bukan orang asing? Ada kanak-kanak dalam kelas anda yang tidak sering menghadiri, mungkin mereka rasa seperti orang asing? Bantu kanak-kanak merancang untuk menolong ahli-ahli tersebut rasa mereka dihendaki dan dikasihi.

  • Untuk menolong kanak-kanak yang anda ajar lebih mendekati satu sama lain, tuliskan beberapa soalan pada papan tulis yang boleh menggalak mereka kongsikan sesuatu tentang diri sendiri, seperti Bila doa anda dijawab? atau Apakah aktiviti yang anda paling suka lakukan bersama keluarga anda? Bahagikan kanak-kanak dalam pasangan, dan jemput mereka menanya satu sama lain soalan-soalan itu. Apakah dapat mereka belajar mengenai satu sama lain?

Efesus 6:1–3

Bapa Syurgawi hendak saya mematuhi dan menghormati ibu bapa saya.

Fikirkan cara-cara anda boleh bantu kanak-kanak faham mengapa adalah penting untuk mematuhi ibu bapa mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membaca Efesus 6:1–3 secara individu dan mengenal pastikan ayat-ayat yang istimewa untuk mereka. Jemput mereka kongsikan ayat-ayat itu dan mengapa mereka rasa ayat-ayat itu penting.

  • Jemput kanak-kanak kongsikan contoh-contoh orang dalam kitab suci yang mematuhi dan menghormati ibu bapa mereka, seperti Juruselamat (lihat Lukas 2:42–52), Rut (lihat Rut 1), atau Nefi (lihat 1 Nefi 3:1–8). Mengapa adalah penting untuk mematuhi dan menghormati ibu bapa kita?

  • Berikan setiap kanak-kanak sekeping kertas yang ada kata hormat. Bincangkan erti kata itu. Jemput kanak-kanak menulis atau melukis pada kertas mereka sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk menunjuk bahawa mereka menghormati ibu bapa mereka.

Efesus 6:10–18

Perlengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya daripada kejahatan.

Semasa anda baca Efesus 6:10–18, fikirkan kebahayaan rohani yang kanak-kanak hadapi dan bagaimana anda boleh memperkuatkan kanak-kanak untuk menentang kejahatan itu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa seorang kanak-kanak membaca Efesus 6:10–18, tanya seorang kanak-kanak lain buat senarai atau melukis pada papan tulis bahagian-bahagian perlengkapan perang yang disebut. Mengapa perlengkapan perang penting dalam satu peperangan? Bagaimana kita memakai perlengkapan perang rohani setiap hari?

  • Tugaskan setiap orang kanak-kanak untuk lukiskan dan labelkan satu bahagian perlengkapan perang yang dihuraikan dalam Efesus 6:14–17. Bagaimana bahagian-bahagian perlengkapan perang ini boleh melindungi kita daripada kejahatan? Apakah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka yang memakai perlengkapan perang Tuhan? (lihat Efesus 6:13). Apakah maksudnya “pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak memberi perhatian kepada seseorang yang mungkin berasa seperti seorang orang asing minggu ini. Cabar mereka untuk membuatkan sesuatu untuk mencapai orang itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar dari kitab suci. Untuk menolong kanak-kanak belajar dari kitab suci, tumpukan perhatian pada satu ayat suci atau satu frasa kunci. Anda boleh jemput kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar satu perkataan atau frasa tertentu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak