“30 September–13 Oktober. Efesus: ‘Untuk Menyempurnakan Orang Suci’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“30 September–13 Oktober. Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
30 September–Oktober 13
Efesus
“Untuk Menyempurnakan Orang Suci”
Dapatkah anda nampak kaitan di antara pesanan-pesanan dalam persidangan umum dan Surat Paulus kepada orang Efesus?
Mencatat Tanggapan Anda
Apabila injil mula dibawa di Efesus, ia datangkan “rusuhan yang besar” (Kisah Rasul-Rasul 19:23) di kalangan orang Efesus. Para tukang perak tempatan yang menghasilkan kuil dewi pagan pandangkan agama Kristian sebagai satu ancaman kepada punca pencarian mereka, dan “mereka sangat marah, … rusuhan itu meluas ke seluruh kota” (lihat Kisah Rasul-Rasul 19:27–29). Fikirkan bahawa anda seorang penganut baru dalam keadaan sebegini. Ramai orang Efesus menerima dan mematuhi injil di tengah-tengah “rusuhan” (Kisah Rasul-Rasul 19:40), dan Paulus pastikan mereka bahawa “Kristus … membawa kedamaian untuk kita” (Efesus 2:13–14). Kata-kata ini, bersama jemputan-Nya untuk “Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. ” (Efesus 4:31) adalah sangat sesuai dan menghiburkan hati sekarang seperti pada zaman purba. Untuk orang Efesus, dan untuk anda, kekuatan untuk menghadapi musuh datang dengan “binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan” (Efesus 6:10–13).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Adakah Tuhan sudah “memilih” atau “membuat keputusan” untuk menyelamatkan sebilangan anak-anak-Nya?
Paulus berucap bahawa “sebelum dunia ini diciptakan, Tuhan telah memilih [Orang Suci]” untuk menjadi umat-Nya. Seperti Presiden Henry B. Eyring katakan, ramai orang hidup dan mati tanpa peluang untuk menerima injil menyebabkan ada orang “buat keputusan bahawa Tuhan mesti sudah berputus lebih dahulu siapakah yang akan Dia selamat dan buat injil sedia ada bagi mereka, dan mereka yang tidak pernah dengar tentang injil bukan ‘orang terpilih.’ Tetapi … rancangan Tuhan adalah lebih berbelas kasihan dan lebih adil. Bapa Syurgawi kita cemas untuk mengumpulkan dan memberkat semua keluarga-Nya” (“Pengumpulan Keluarga Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 20–21). Semua anak Tuhan boleh terima injil dan tatacara-tatacaranya kerana adanya kerja yang dilaksanakan bagi orang yang sudah mati dalam bait suci.
Walaupun tidak seorang pun ditakdirkan terdahulu untuk diselamatkan atau tidak diselamatkan, wahyu moden ajar bahawa ada orang yang terpilih atau “ditahbiskan sebelumnya” dalam dunia pra-fana untuk melakukan tanggungjawab tertentu di bumi. Ini termasuk tanggungjawab yang dimiliki oleh semua Orang Suci Zaman Akhir untuk mengongsikan injil dan menolong anak-anak Tuhan pada kedua-dua belah tirai datang kepada Kristus. (Lihat “Foreordination,” Gospel Topics, topics.lds.org.)
Tuhan akan “menyatukan segala sesuatu … dengan Kristus sebagai kepala.”
Pernah anda tanya apakah erti kegenapan zaman keagamaan atau “menyatukan segala sesuatu … dengan Kristus sebagai kepala”? Semasa anda merenungkan ayat-ayat ini, baca ayat suci berikut: Efesus 4:13; 2 Nefi 30:7–8; Ajaran dan Perjanjian 110:11–16; 112:30–32; 128:18–21. Anda mungkin rasa diilham untuk mencatatkan penjelasan diri sendiri mengenai ayat-ayat ini.
Gereja Yesus diasaskan atas dasar para rasul dan nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru.
Membaca ajaran-ajaran Paulus tentang rasul dan nabi boleh menolong anda bersedia untuk mendengar pesanan-pesanan dari para nabi dan rasul moden pada persidangan umum. Menurut Efesus 2:19–22; 4:11–16, mengapa kita ada nabi dan rasul? Bagaimana ajaran-ajaran mereka menolong anda tidak “diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik”?
Juga lihat Kisah Rasul-Rasul 4:10–12.
Saya boleh memperkuatkan perhubungan keluarga saya.
Semasa anda baca Ephesians 5:21–6:4, apakah yang datang ke minda anda tentang bagaimana untuk memperkuatkan hubungan keluarga anda?
Adalah penting untuk mengetahui kata Paulus dalam Efesus 5:22 dituliskan dalam konteks adat kebiasaan zamannya. Para nabi dan rasul hari ini ajar bahawa kaum lelaki tidak lebih penting daripada kaum wanita dan suami isteri harus menjadi “ahli pasangan yang setaraf” (lihat “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 145). Mahu demikian, anda masih boleh dapat nasihat yang berkaitan dalam Efesus 5:23–33, terutamanya jika anda sudah kahwin atau sedang buat persediaan untuk berkahwin. Sebagai contoh, bagaimana Kristus tunjukkan kasih sayang-Nya kepada Orang Suci? Apakah yang telah diajarkan kepada kita mengenai bagaimana para suami harus melayani isteri mereka? Apakah pesanan yang dapat anda cari dalam ayat-ayat ini untuk diri sendiri?
Memakai seluruh “perlengkapan senjata daripada Tuhan” akan melindungi saya daripada kejahatan.
Semasa anda baca Efesus 6:10–18, pertimbangkan mengapa Paulus menamakan setiap bahagian perlengkapan senjata. Memakai seluruh “perlengkapan senjata daripada Tuhan” akan melindungi kita daripada apa? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memakai setiap bahagian perlengkapan senjata setiap hari?
Juga lihat 2 Nefi 1:23; Ajaran dan Perjanjian 27:15–18.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Melalui Pemulihan zaman akhir, Tuhan menyatukan segala sesuatu, termasuk semua asas dan tatacara injil. Untuk menunjukkan idea ini, anda boleh sembunyikan objek-objek di sekeliling rumah anda yang melambangkan perkara yang sudah dipulihkan pada zaman kita (seperti kunci-kunci imamat, tatacara bait suci, kitab suci, dan kurnia rohani). Ahli-ahli keluarga boleh carikan dan “kumpulkan” objek-objek itu. Mengapa kita bersyukur untuk hidup dalam kegenapan zaman keagamaan?
Jemput ahli-ahli keluarga untuk mengongsikan pengalaman di mana mereka rasa kasih sayang dan belas kasihan Tuhan serta Yesus Kristus yang dihuraikan dalam ayat-ayat ini.
Keluarga anda mungkin suka bina dinding dengan menggunakan bantal atau objek-objek lain yang anda ada dalam rumah dan kemudian robohkan ia. Apakah dinding yang memisahkan kita hari ini? Bagaimana Yesus Kristus “merobohkan tembok permusuhan yang memisahkan [kita]” dan Tuhan?
Keluarga anda boleh buatkan “perlengkapan senjata” diri sendiri dengan menggunakan barang kegunaan rumah. Video “The Armour of God” (LDS.org) boleh bantu ahli-ahli keluarga menggambarkan perlengkapan senjata ini, dan mereka boleh dapati penjelasan yang ringkas dalam “The Whole Armor of God” (Friend, Jun 2016, 24–25). Bagaimana setiap bahagian perlengkapan senjata melindungi kita secara rohani? Apakah yang boleh kita lakukan untuk “pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Tuhan” (Efesus 6:11) setiap hari?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.