Ikutlah Aku
23–29 September. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu’


“23–29 September. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“23–29 September. Galatia,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Kristus muncul kepada Paulus dalam penjara

23–29 September

Galatia

“Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”

Semasa anda mengkaji Galatia, catatkan tanggapan-tanggapan yang anda terima. Dengan membuat demikian, ini akan menolong anda mengingati dan merenungkan mereka pada masa depan.

Mencatat Tanggapan Anda

Injil Yesus Kristus berikan kebebasan dari perhambaan rohani. Tetapi kadangkala orang yang telah mengalami kebebasan injil mengalih daripada ia dan “mahu diperhamba oleh roh-roh itu lagi” (Galatia 4:9). Ada Orang Suci Galatia yang buat demikian—mereka mengalih daripada kebebasan yang diberikan oleh Kristus (lihat Galatia 1:6). Surat Paulus kepada orang Galatia, ialah satu panggilan cemas untuk kembali ke “Kristus [yang] telah membebaskan kita” (Galatia 5:1). Kita juga perlu dengar dan ikut panggilan ini kerana keadaan mungkin berubah, perjuangan di antara kebebasan dan perhambaan adalah berterusan. Seperti yang Paulus ajarkan, adalah tidak cukup untuk “dipanggil untuk menjadi orang bebas” (Galatia 5:13); kita juga perlu “pertahankan kebebasan” (Galatia 5:1) dengan bergantung pada KrIstus.

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Galatia 1–5

Hukum-hukum Kristus membebaskan saya.

Paulus tulis kepada Orang Suci Galatia apabila dia mendapati mereka dipimpin salah jalan oleh ajaran-ajaran yang palsu. Salah satu ajaran-ajaran itu adalah untuk diselamatkan, bangsa bukan Israel yang sudah menerima injil perlu disunat dan mematuhi tradisi-tradisi hukum Musa. Paulus panggil tradisi-tradisi ini perhambaan (Galatia 5:1) kerana mereka menghalangkan Orang Suci mematuhi hukum Kristus, yang membawakan kebebasan benar, dengan sepenuhnya. Dalam nasihat Paulus kepada orang Galatia, dapatkah anda cari apa yang boleh menolong anda memahami kebebasan benar? Anda juga boleh renungkan perhambaan yang wujud dalam kehidupan anda. Adakah perkara yang menghalang anda mengalami kebebasan yang dibawakan oleh injil? Bagaimana Kristus dan injil-Nya “membebaskan [anda]”? (Galatia 5:1).

Juga lihat 2 Nefi 2:27; 9:10–12.

Galatia 3

Saya seorang pewaris berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham.

Ada Orang Suci Galatia yang risau bahawa mereka bukan anak cucu benar (“keturunan”) Abraham, mereka tidak akan terima berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham, termasuk permuliaan. Menurut Galatia 3:7–9, 13–14, 27–29, apakah yang melayakkan seseorang menjadi “keturunan Abraham”? Untuk belajar tentang berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham dan berkat-berkat yang boleh kita warisi sebagai keturunannya, lihat Bible Dictionary, “Abraham, covenant of,” dan “Abrahamic Covenant,” Gospel Topics, topics.lds.org.

Galatia 3:6–25

Adakah Abraham mempunyai injil Yesus Kristus?

Nabi Joseph Smith jelas: “Kita tidak boleh percaya, bahawa orang zaman purba tidak tahu tentang sistem syurga, kerana semua yang telah diselamatkan, diselamatkan melalui kuasa rancangan penebusan, sebelum kedatangan Kristus semenjak. … Abraham mempersembah korban, meskipun, Injil dikhutbahkan kepada dia” (“The Elders of the Church in Kirtland to Their Brethren Abroad,” The Evening and the Morning Star, Mac. 1834, 143, josephsmithpapers.org). Tulisan suci berikut juga tunjukkan bahawa injil Yesus Kristus dikhutbahkan sebelum pelayanan fana Juruselamat: Helaman 8:13–20; Musa 6:50–66.

Galatia 5:13–26; 6:7–10

Jika saya “biarlah Roh Tuhan memimpin hidup [saya],” saya akan menerima “hasil … Roh Tuhan.”

Mengaji ayat-ayat ini boleh menolong anda menilai betapa anda dipimpin oleh Roh. Adakah anda mengalami hasil Roh Tuhan yang disebut dalam ayat 22–23? Apakah hasil lain atau kehidupan rohani dapat anda perhati? Renungkan apa yang perlu anda lakukan untuk memupuk hasil ini dengan lebih penuh. Bagaimana dengan menuai hasil ini boleh memperbaiki perhubungan penting dalam kehidupan anda?

Buah epal pada satu pokok

Saya mesti carikan “hasil … Roh Tuhan” dalam kehidupan saya.

Mungkin anda cuba dipimpin oleh Roh, tetapi nampaknya usaha anda tidak mendatangkan hasil yang dijanjikan. Baca Galatia 6:7–10 (biasanya dirujuk sebagai hukum menuai). Pesanan apakah anda rasa Tuhan hendak anda terima dalam ayat-ayat ini? Bagaimana anda boleh gunakan ayat-ayat ini untuk menggalak seorang yang menghadapi kesusahan untuk mematuhi injil?

Juga lihat Alma 32:28, 41–43; Ajaran dan Perjanjian 64:32–34.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Galatia 3:11

Apa maksudnya “Hanya orang yang percaya kepada Tuhan sehingga hubungannya dengan Tuhan menjadi baik semula, akan hidup”(hidup menurut iman)? Apakah yang dilakukan oleh keluarga anda untuk menunjukkan bahawa anda hidup menurut iman?

Galatia 4:1–7

Anda boleh memperkenalkan Galatia 4 dengan membincangkan perbezaan-perbezaan di antara hamba-hamba dan anak-anak seorang raja. Apakah peluang atau potensi yang dimiliki oleh anak-anak seorang raja yang tidak dimiliki oleh hambanya? Fikirkan ini semasa anda baca ayat 1–7 sebagai sekeluarga. Apakah yang diajarkan oleh ayat-ayat ini mengenai perhubungan kita dengan Bapa Syurgawi?

Galatia 5:22–23.

Untuk menambahkan keseronokan ke perbincangan anda tentang Galatia 5:22–23, keluarga anda boleh labelkan buah-buahan yang berlain dengan kata-kata yang digunakan oleh Paulus untuk menghuraikan “hasil … Roh Tuhan.” Kemudian setiap ahli keluarga boleh pilih satu buah, berikan penjelasan, dan bincang tentang seorang yang mewakili buah itu. Ini boleh mendatangkan satu perbincangan tentang cara-cara keluarga anda boleh menjemput Roh ke rumah anda dan menuaikan buah ini. Selepas perbincangan itu, anda semua boleh menikmati satu salad buah-buahan.

Galatia 6:1

Mungkin ada masa apabila seorang ahli keluarga anda “melakukan sesuatu yang salah.” Nasihat apakah dapat anda cari dalam Galatia 6:1 tentang apa yang boleh anda lakukan dalam situasi ini?

Galatia 6:7–10

Jika keluarga anda pernah menanam bersama-sama, anda boleh gunakan pengalaman itu untuk menunjukkan asas “seseorang akan menuai apa yang ditanamnya” (ayat 7). Atau anda boleh tanya ahli-ahli keluarga apakah buah-buahan atau sayur-sayuran kegemaran mereka dan berbincang tentang apa yang harus berlaku untuk menanam satu tumbuhan yang menghasilkan makanan. (Anda boleh gunakan gambar dalam rangka panduan ini.) Kemudian anda boleh adakan satu perbualan tentang berkat-berkat yang keluarga anda harapkan dan bagaimana untuk “menuai” berkat-berkat itu.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu keluarga anda mengibaratkan tulisan suci kepada diri sendiri. Nefi kata, “aku mengibaratkan semua tulisan suci kepada kami, agar ia boleh menjadi keuntungan dan pembelajaran” (1 Nefi 19:23). Untuk menolong keluarga anda lakukan demikian, anda boleh jemput mereka merenungkan masa mereka mengalami hasil Roh Tuhan yang dihuraikan dalam Galatia 5:22–23. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)

Buah pear pada satu pokok

Paulus ajar bahawa apabila kita dipimpin oleh Roh Tuhan, kita akan mengalami hasil Roh Tuhan dalam hidup kita.