Ikutlah Aku
9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’


“9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“9–15 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Yesus Kristus

9–15 September

2 Korintus 1–7

“Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan”

Semasa anda mempelajari surat Paulus kepada orang Korintus, tuliskan beberapa asas-asas injil yang anda jumpai dan renungkan bagaimana anda dapat menggunakan ia dalam kehidupan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Kadangkala, menjadi pemimpin gereja bermaksud perlu membicarakan beberapa hal yang sukar. Ini adalah benar pada masa Paulus sama seperti masa kini. Surat terdahulu dari Paulus kepada Orang Suci Korintus termasuk menegur dan menyebabkan luka perasaan. Dalam surat yang menjadi 2 Korintus, dia menjelaskan apa yang memotivasikan perkataan kerasnya: “Aku menulis kepada kamu dengan hati yang sedih dan berat, dan dengan mencucurkan air mata; tidak bermaksud hendak menjadikan kamu sedih, tetapi hendak menyedarkan kamu bahawa aku sangat mengasihi kamu” (2 Korintus 2:4). Ketika anda menerima sebarang pembetulan dari seorang pemimpin, ia sememangnya membantu untuk mengetahui bahawa ia adalah diilhamkan oleh kasih Kristus. Bahkan dalam kes-kes di mana ia tidak, sekiranya kita rela untuk melihat orang lain dengan kasih yang Paulus rasakan, ia adalah mudah untuk bertindak dengan baik kepada sebarang kesalahan. Seperti Elder Jeffrey R. Holland menasihati, “Bersikap baiklah berkenaan dengan kelemahan manusia—kelemahan Anda sendiri seperti juga kelemahan mereka yang melayani bersama Anda di sebuah Gereja yang dipimpin oleh para sukarelawan, para lelaki dan wanita fana. Kecuali dalam hal Putera Tunggal-Nya yang sempurna, hanyalah orang-orang yang tidak sempurna yang Tuhan pernah miliki dengan siapa Dia harus bekerja” (“Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, May 2013, 94).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; 7:4–7

Cubaan saya boleh menjadi berkat.

Diberikan kesengsaraan yang Paulus hadapi semasa pelayanannya, adalah tidak mengejutkan bahawa dia menulis banyak tentang tujuan dan berkat kesengsaraan. Fikirkan cara-cara cubaan anda dapat menjadi sebuah berkat semasa anda membaca 2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; dan 7:4–7. Sebagai contoh, anda boleh merenungkan bagaimana Tuhan “menghiburkan [anda] dalam segala kesengsaraan [anda]” dan bagaimanakah anda dapat, sebaliknya, “menghibur mereka yang berada dalam sebarang penderitaan” (2 Korintus 1:4). Atau anda boleh tumpukan kepada cahaya Yesus Kristus yang “telah bercahaya di dalam hati kita,” bahkan ketika anda berada dalam “penderitaan” dan “kekeliruan” (2 Korintus 4:6–10).

Lihat juga Mosia 24:13–17; Gospel Topics, “Adversity,” topics.lds.org.

2 Korintus 2:5–11

Saya menerima berkat dan memberkati orang lain ketika saya mengampuni.

Kita tidak tahu banyak tentang lelaki yang Paulus katakan di dalam 2 Korintus 2:5–11—hanya dia telah melanggar (lihat ayat 5–6) dan bahawa Paulus ingin Orang Suci untuk mengampunkan dia (lihat ayat 7–8). Mengapakah ada masanya kita gagal untuk “menunjukkan kasih [kita] terhadap” seseorang yang telah menyinggung kita? (ayat 8). Bagaimanakah menahan pengampunan membahayakan orang lain dan diri kita sendiri? (lihat ayat 7, 10–11). Apakah maknanya bagi anda bahawa menahan pengampunan dari orang lain memberi “Setan … kesempatan atas kita”? (ayat 11).

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 64:9–11.

2 Korintus 5:14–21

Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, saya dapat mendamaikan diri dengan Tuhan.

Seperti semua orang, Paulus mengetahui bagaimana rasanya untuk menjadi seorang “makhluk baru”. Dia dari seorang penganiaya penganut Kristian kepada seorang pembela Kristus yang berani. Dia mengetahui bagi dirinya sendiri bagaimana Yesus, yang “tanpa dosa,” dapat menghilangkan dosa kita dan memberi kita “kesolehan-Nya,” memulihkan kita untuk bersatu dengan Tuhan. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, fikirkan tentang apakah maksud untuk mendamaikan diri dengan orang lain. Bagaimanakah ini membantu anda memahami maksud untuk mendamaikan diri dengan Tuhan? Renungkan apakah yang mungkin memisahkan anda dari Tuhan. Apakah yang anda perlu lakukan untuk mendamaikan diri sepenuhnya dengan Dia?

Lihat juga 2 Nefi 10:23–25.

2 Korintus 7:8–11

Dukacita menurut Tuhan membawa kepada pertaubatan.

Kita tidak selalunya berfikir bahawa dukacita sebagai perkara yang baik, tetapi Paulus berbicara tentang “dukacita menurut Tuhan” sebagai bahagian yang perlu untuk pertaubatan. Apakah yang anda pelajari tentang dukacita menurut Tuhan dari yang berikut? 2 Korintus 7:8–11; Alma 36:16–21; Mormon 2:11–15; dan Gospel Topics, “Repentance,” topics.lds.org. Ketika anda merasakan dukacita menurut Tuhan, apakah kesan ia dalam kehidupan anda?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

2 Korintus 3:1–3

Adakah ahli keluarga anda pernah meminta seseorang untuk menulis surat perakuan untuk mereka, seperti untuk permohonan kerja atau sekolah? Mintalah mereka untuk berbicara tentang pengalaman ini dan apa yang surat tersebut katakan tentang mereka. Paulus mengajarkan bahawa kehidupan Orang Suci seperti surat perakuan injil dari Kristus sendiri, “tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Tuhan yang hidup.” Semasa anda membaca 2 Korintus 3:1–3 bersama, bincangkan bagaimana teladan kita seperti surat perakuan injil yang boleh “dikenali dan dibaca oleh semua orang.” Mungkin setiap ahli keluarga boleh menulis sepucuk surat menjelaskan bagaimana ahli keluarga yang lain telah menjadi teladan seorang pengikut Yesus Kristus yang baik. Mereka boleh membaca surat mereka kepada ahli keluarga dan berikan ia kepada ahli keluarga apa yang mereka tuliskan. Mengapakah penting untuk memahami bahawa kehidupan kita adalah “surat Kristus”

2 Korintus 5:6–7

Apakah maksud untuk “berjalan dengan iman, bukan dengan mata”? Apakah yang kita lakukan untuk menunjukkan bahawa kita percaya dalam hal-hal yang kita tidak dapat lihat?

2 Korintus 5:17

Bolehkah keluarga anda memikirkan—atau mencari—contoh di alam semula jadi hal-hal yang melalui perubahan yang menakjubkan dan menjadi makhluk yang baru? (lihat gambar-gambar yang disertakan dalam rangka panduan ini). Apakah contoh ini mengajar kita tentang bagaimana injil Yesus Kristus dapat mengubah kita?

2 Korintus 6:1–10

Mengikut ayat ini, apakah maksud untuk menjadi “para pelayan Tuhan”?

2 Korintus 6:14–18

Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat Paulus, “Keluarlah kamu dari antara [yang tidak soleh], dan pisahkanlah dirimu,” sementara menjadi teladan yang baik kepada mereka yang di sekeliling kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi pengajaran berobjek. Beberapa konsep injil, seperti Korban Tebusan, mungkin sukar untuk difahami. Pertimbangkan untuk menggunakan gambar atau objek yang akan membantu keluarga anda memahami asas yang anda temui dalam tulisan suci.

ulat bulu, kepompong, dan rama-rama

Ketika kita bertukar hati kepada injil Kristus, perubahan kita begitu mengagumkan sehingga Paulus menggambarkan ia sebagai menjadi seorang “makhluk baru” (2 Korintus 5:17).