Ikutlah Aku
21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Janganlah Kamu Gelisah, dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan’


“21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Janganlah Kamu Gelisah, dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019

Penginjil saudari bercakap dengan seorang lelaki muda

21–27 Oktober

1 dan 2 Tesalonika

“Janganlah Kamu Gelisah, dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan”

Jika kita tidak mencatat tanggapan yang kita dapat daripada Roh, kita mungkin akan lupakannya. Apa yang Roh tekankan kepada anda untuk catat apabila anda membaca 1 dan 2 Tesalonika?

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam Tesalonika, Paulus dan Silas di dakwa kerana “menimbulkan kekacauan di serata tempat” (Kisah Rasul-Rasul 17:6). Ajaran mereka menyebabkan beberapa pemimpin Yahudi marah, dan pemimpin ini menyebabkan rakyat marah. (lihat Kisah Rasul-Rasul 17:1–10). Disebabkan itu Paulus dan Silas dinasihatkan untuk meninggalkan Tesalonika. Paulus bimbang terhadap penganut baru di Tesalonika dan penganiayaan yang mereka hadapi, tetapi dia tidak dapat pulang untuk melawat mereka. Dia menulis, “sebabnya aku mengutus Timotius, kerana aku ingin sekali mengetahui hal kepercayaan kamu kepada Kristus.” Sebagai jawapan, penolong Paulus iaitu Timotius yang sedang melayani di Tesalonika, “membawa khabar baik bahawa kamu masih percaya kepada Kristus dan bahawa kamu saling mengasihi” (1 Tesalonika 3:5–6). Malah, Orang Suci Tesalonika diketahui sebagai “teladan kepada semua orang Kristian” (1 Tesalonika 1:7), dan berita tentang keimanan mereka tersebar ke bandar yang berlainan. Bayangkan kegembiraan dan kelegaan Paulus untuk mendengar bahawa kerjanya di antara mereka “tidak sia-sia” (1 Tesalonika 2:1). Tetapi Paulus tahu bahawa keimanan dahulu tidak cukup untuk ketahanan rohani pada masa depan, dan dia berhati-hati terhadap pengajar palsu di antara Orang Suci. (lihat 2 Tesalonika 2:2–3). Nasihat dia kepada mereka dan kita, ialah terus untuk “melengkapkan apa yang masih kamu perlukan untuk percaya kepada Kristus” dan “supaya lebih saling mengasihi” (lihat 1 Tesalonika 3:10; 4:10).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Tesalonika 1–2

Pelayan rohani injil mengkhutbahkan injil dengan keikhlasan dan kasih-sayang.

Dalam 1 Tesalonika, ayat Paulus menunjukkan kebimbangan dan kegembiraan kepada seseorang yang telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk melayani anak-anak Tuhan. Terutamanya dalam dua bab di 1 Tesalonika, kamu akan lihat perkataan dan frasa yang menerangkan bagaimana seorang pelayan rohani harus mengajar injil. Apa yang anda diilhami untuk lakukan untuk memperbaiki ajaran anda tentang injil?

1 Tesalonika 3:9–4:12

Apabila saya ikuti Yesus Kristus, saya boleh menjadi kudus.

Kita semua berharap bahawa “pada waktu Tuhan kita Yesus datang” kita semua dapat berdiri di depan Dia dengan hati “suci dan tidak bercela di hadir Tuhan Bapa kita”. (1 Tesalonika 3:13). Apa yang Paulus ajar tentang menjadi lebih kudus dalam 1 Tesalonika 3:9–13; 4:1–12?

Lihat juga Moroni 10:32–33; Panduan Tulisan Suci, “Kekudusan”; Carol F. McConkie, “The Beauty of Holiness,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 9–12.

1 Tesalonika 4:16–18; 5:1–10; 2 Tesalonika 1:4–10

Jika saya beriman dan berjaga, Saya akan sedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

Dalam 1 Tesalonika 5:1–10, Paulus menggunakan beberapa metafora untuk mengajar kebenaran penting tentang masa apabila Yesus akan pulang ke dunia. Apabila anda belajar tentang metafora ini, pertimbangkan untuk menulis tanggapan yang datang kepada anda tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

“Seperti pencuri datang pada malam hari”:

“Dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak”:

Metafora lain yang anda cari:

Kebenaran tambahan lain apa yang anda belajar tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus dalam 1 Tesalonika 4:16–18; 5:1–10; 2 Tesalonika 1:4–10? Apa yang anda diilhami untuk lakukan untuk melihat dan bersedia untuk kedatangan-Nya?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Preparation for the Second Coming,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 7–10.

2 Tesalonika 2

Kemurtadan, atau jatuh daripada kebenaran, telah dinubuatkan akan mendahului Kedatangan Kedua.

Di tengah penganiayaan yang semakin meningkat, banyak Orang Suci Tesalonika percaya bahawa Kedatangan Kedua Juruselamat semakin dekat. Tetapi Paulus tahu bahawa sebelum Yesus pulang ke dunia akan terdapat kemurtadan dahulu—mereka “memberontak” kebenaran (lihat 2 Tesalonika 2:1–4). Anda boleh mendalami pemahaman anda tentang Kemurtadan Besar—dan penghargaan anda anda kepada Pemulihan–dengan meneroka beberapa sumber berikut:

  • Tulisan suci yang meramalkan Kemurtadan: Yesaya 24:5; Amos 8:11–12; Matius 24:4–14; 2 Timotius 4:3–4

  • Tulisan suci yang menunjukkan Kemurtadan sudah bermula pada masa Paulus: Kisah Rasul-Rasul 20:28–30; Galatia 1:6–7; 1 Timotius 1:5–7

  • Pemerhatian tentang Kemurtadan Besar oleh reformis Kristian:

    Martin Luther: “Saya tidak meminta lebih daripada membaharui Gereja dalam pematuhan Tulisan suci kudus. … Saya berkata dengan mudah bahawa agama Kristian tidak lagi wujud di antara mereka yang harus memeliharanya.(dalam E. G. Schweibert, Luther and His Times: The Reformation from a New Perspective [1950], 590).

    Roger Williams: “Kemurtadan … Telah merosakkan semua yang ada dan tidak akan ada pemulihan daripada kemurtadan sehingga Kristus menghantar rasul baru untuk menanam Gereja semula” (dalam Philip Schaff, The Creeds of Christendom [1877], 851).

    Erasmus: “Semua perkara amat terikat dengan soalan ajaran dan perintah yang kita tak berani mengharap untuk memanggil dunia balik kepada agama Kristian sebenar” (The Praise of Folly, trans. Clarence H. Miller, 2nd ed. [2003], 155–56).

Lihat juga 2 Nephi 28; “Apostasy,” Gospel Topics, topics.lds.org.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

1 Tesalonika 3:9–13

Apa yang menarik hati anda tentang perasaan yang Paulus ada untuk kawan-kawannya? Bagaimana kita boleh memupuk perasaan sebegitu dengan keluarga kita, kawan dan Orang Suci bersama?

1 Tesalonika 4:13–18

Bagaimana kita boleh menggunakan ayat suci ini untuk menolong diri kita atau orang lain apabila orang yang dikasihi meninggal dunia.

1 Tesalonika 5:14–25

Kaji semula nasihat Paulus di 1 Tesalonika 5:14–25, dan cari satu frasa yang keluarga anda ingin tumpu kepada. Pertimbangkan untuk menulis di atas poster untuk dipaparkan di rumah anda. Ahli keluarga boleh menambahkan nota di atas poster apabila mereka melihat ahli keluarga satu sama lain menghidupi nasihat di atas poster itu.

2 Tesalonika 3:13

Pernahkah kita rasa “jemu melakukan perkara-perkara baik”—dibebani, mungkin dengan keperluan pengikut? Apa yang menolong kita apabila kita rasa begini? (Lihat Galatia 6:9; A&P 64:33.) Bagaimana kita boleh menyokong satu sama lain apabila ini berlaku?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mencari wahyu setiap hari. “Wahyu selalunya datang ‘baris demi baris’ (2 Nefi 28:30), bukan semuanya sekali. … Jangan fikir tentang [pembelajaran injil] sebagai sesuatu yang anda buat masa untuk, tetapi sebagai sesuatu yang anda selalu lakukan” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Kristus di dalam awan

Kristus yang Dibangkitkan, oleh Robert T. Barrett