Ikutlah Aku
14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan’


“14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan ’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“14–20 Oktober. Filipi; Kolose,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Paulus menuliskan sepucuk surat dari penjara

14–20 Oktober

Filipi; Kolose

“Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”

Bilakah masa terakhir anda baca tanggapan rohani yang anda catatkan semasa kajian Perjanjian Baru? Mungkin anda hendak mengulang kaji tanggapan-tanggapan yang sudah anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Paulus tuliskan surat-surat kepada orang Filipi dan orang Kolose semasa dia berada dalam penjara. Tetapi surat-surat ini tidak seperti yang anda jangka ditulis oleh seorang yang berada dalam penjara. Paulus berucap lebih tentang kebahagiaan, kegembiraan, dan kesyukuran daripada kesengsaraan dan cubaan: “Aku tetap bergembira, asal sahaja Kristus diberitakan” (Filipi 1:18). “Meskipun aku tidak bersama-sama kamu, anggaplah aku hadir di kalangan kamu. Aku gembira melihat kamu sehati dan percaya kepada Kristus dengan teguh.” (Kolose 2:5). Tentunya, “kesejahteraan daripada Tuhan” yang Paulus alami pada masa kesusahan nya “tidak mungkin difahami” (Filipi 4:7), tetapi ia satu realiti. Dalam cubaan kita, kita boleh rasa kedamaian yang sama dan“sentiasa bersukacita kerana hidup bersama Tuhan” (Filipi 4:4). Sebagai Paulus, kita boleh bergantung pada Yesus Kristus dengan sepenuhnya, yang “mengampunkan dosa kita” (Kolose 1:14). Seperti Paulus, kita boleh kata “dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:13; juga lihat Kolose 1:11).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Filipi 2:12–13

Adakah kita “lakukanlah [penyelamatan diri sendiri]”?

Ayat “lakukanlah [penyelamatan diri sendiri]” digunakan oleh orang untuk menyokong idea bahawa kita diselamatkan oleh usaha diri sendiri. Tetapi itu satu pandangan yang terhad, seperti memikirkan bahawa ajaran Paulus —“kerana dengan rahmat Tuhan, kamu diselamatkan” (Efesus 2:8)—penyelamatan tidak perlukan kerja. Tulisan suci, termasuk tulisan Paulus, ajar dengan jelasnya, keperluan kedua-dua rahmat Yesus Kristus dan usaha peribadi untuk menerima penyelamatan. Seperti Nefi katakan, “melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu” (2 Nefi 25:23). Mahupun dalam usaha kita untuk mengerjakan penyelamatan kita, “Tuhan sentiasa bekerja di kalangan kamu” (Filipi 2:13; juga lihat Filipi 1:6; Bible Dictionary, “Grace”).

Filipi 3:5-14

Injil Yesus Kristus adalah layak korban.

Paulus mengorbankan banyak apabila dia bertukar hati kepada injil Yesus Kristus, termasuk kedudukannya yang berpengaruhan dalam masyarakat Yahudi sebagai seorang Farisi. Dalam Filipi 3:5–14, carikan apa yang diperolehi Paulus kerana dia rela membuat korban demi injil. Bagaimana dia rasa terhadap korbannya?

Kemudian pertimbangkan penganutan anda. Apakah yang sudah anda korbankan demi injil Yesus Kristus? Apa yang sudah anda terima? Adakah korban tambahan yang anda rasa anda perlu buat untuk menjadi seorang pengikut Juruselamat yang lebih taat?

Juga lihat 3 Nefi 9:19–20; Ajaran dan Perjanjian :582–5; Robert C. Gay, “What Shall a Man Give in Exchange for His Soul?” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 34–36.

Filipi 4:1–13

Saya boleh berbahagia dalam Kristus, tidak kira apa pun keadaan saya.

Kehidupan Paulus ialah satu gambaran jelas tentang kebenaran yang dikatakan oleh Presiden Russell M. Nelson: “Apabila hidup kita berfokus … pada Yesus Kristus dan Injil-Nya, kita boleh rasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia” (“Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 82).

Semasa anda baca Filipi—terutamanya bab 4—carikan pernyataan yang boleh bantu anda memperolehi kebahagiaan dalam segala macam keadaan hidup. Pernahkah anda alami “kesejahteraan daripada Tuhan” pada satu masa kesusahan? (ayat 7). Pernahkah anda mendapat kekuatan “dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus” untuk melakukan perkara yang susah? (ayat 13). Pada pendapat anda, mengapa adalah penting untuk “berpuas hati” dalam segala macam keadaan? (ayat 11). Bagaimana pelatihan sifat-sifat dalam ayat 8 boleh menolong anda mendapat kebahagiaan dalam keadaan anda?

Lihat Alma 33:23; Dieter F. Uchtdorf, “Grateful in Any Circumstances,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 70–77.

Kolose 1:12–23

Iman saya berdasarkan Yesus Kristus.

Beirkut ialah satu cara kajian anda boleh cuba dengan hampir semua bab tulisan suci, tetapi ia paling baik digunakan dengan Kolose 1:12–23. Carikan ayat-ayat untuk belajar tentang Yesus Kristus, dan buatkan satu senarai apa yang anda dapat cari. Pada pendapat anda, mengapa adalah penting untuk mengetahui perkara-perkara ini mengenai Juruselamat?

Kolose 3:1–17

Pengikut-pengikut Yesus Kristus menjadi “baru” semasa mereka mematuhi injil-Nya.

Bagaimana anda tahu jika injil Yesus Kristus menolong anda menjadi “manusia baru”? Satu cara untuk mengetahui adalah mengkaji Kolose 3:1–17 dan buat satu senarai sifat, sikap, dan tindakan “hidup yang lama” dan satu senarai sifat, sikap, dan tindakan “manusia baru”.

Adakah kajian ayat-ayat ini mengilhamkan fikiran tentang bagaimana injil mengubah anda? Catatkan fikiran anda supaya anda boleh ulang kaji pada masa depan dan renungkan perkembangan anda.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Filipi

Keluarga anda mungkin perhatikan perkataan-perkataan bersukacita atau bergembira diulangkan banyak kali dalam Filipi. Setiap kali anda nampak perkataan-perkataan itu, anda boleh henti dan bincangkan apa yang Paulus ajarkan tentang cara memperolehi kebahagiaan.

Filipi 2:14–15

Bagaimana kita “bersinar antara mereka seperti bintang menerangi langit”?

Filipi 4:8

Mungkin keluarga anda boleh mengenal pastikan perkara-perkara yang boleh anda “menumpukan fikiran” yang padan dengan huraian dalam ayat ini (juga lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Bagaimana keluarga anda boleh diberkati dengan mengikut nasihat Paulus ?

Kolose 1:9–11; 2:2–3

Bagaimana kita boleh berkembang dalam “pengetahuan [kita] tentang Tuhan”? Apakah “kebijaksanaan dan pengetahuan Tuhan” dapat kita cari dalam injil?

Kolose 1:23; 2:7

Mungkin keluarga anda boleh berkumpul dan membaca ayat-ayat ini di bawah satu pokok atau semasa melihat satu gambar sepohon pokok (seperti yang ada dalam rangka panduan ini). Apa ertinya untuk “berdiri teguh” dan “berakar” dalam Kristus? Bagaimana kita boleh menolong satu sama lain memperkukuhkan akar rohani kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Hidupkan kesaksian anda. “Anda ajar apa yang anda lakukan,” Elder Neal A. Maxwell ajar. “Sifat-sifat anda akan lebih diingati … daripada satu kebenaran dalam satu pengajaran” (dalam Teaching in the Savior’s Way, 13).

pokok

Paulus ajar bahawa iman kita harus “berakar” dalam Yesus Kristus (Kolose 2:7).