Ikutlah Aku
14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan’


“14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“14–20 Oktober. FIlipi; Kolose,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Paulus merencanakan satu surat dari penjara

14–20 Oktober

Filipi; Kolose

“Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”

Bacakan Filipi dan Kolose, sambil fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Cari ilham bagaimana untuk mengajar mereka asas-asas yang terdapat dalam surat-surat rasul tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tanya kanak-kanak apakah yang mereka telah lakukan minggu lepas untuk menyapa seseorang yang sunyi, sepertimana dibincangkan di dalam kelas minggu lepas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Filipi 1:3–4; Kolose 1:3, 9

Pemimpin-pemimpin gereja mengasihi dan berdoa untuk saya.

Paulus sering memulakan surat-surat rasulnya dengan mengungkapkan kasihnya terhadap ahli-ahli Gereja dan memberitahu mereka bahawa dia telah berdoa untuk mereka. Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak faham bahawa pemimpin-pemimpin Gereja mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Filipi 1:3–4 dan Kolose 1:3, 9 dengan lantang, dan jemput kanak-kanak untuk melipatkan tangan dan menundukkan kepala mereka setiap kali mereka mendengar kata-kata doa, berdoa, dan satu doa. Jelaskan bahawa Rasul Paulus telah berdoa untuk ahli-ahli Gereja, seperti mana pemimpin-pemimpin Gereja berdoa untuk kita hari ini.

  • Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus, dan kongsikan beberapa contoh di mana Dia berdoa untuk seseorang (lihat Lukas 22:32; 3 Nefi 19:21, 23). Apakah yang diminta oleh Yesus apabila Dia berdoa untuk orang lain?

  • Bantu kanak-kanak menamakan beberapa pemimpin Gereja mereka, contohnya Presiden Sekolah Primer, uskup, dan Presiden Gereja. Jelaskan bahawa pemimpin-pemimpin tersebut meminta Bapa Syurgawi untuk memberkat kanak-kanak dan membantu mereka untuk hidup dengan soleh. Pertimbang untuk memberitahu kanak-kanak apa yang anda katakan apabila anda berdoa untuk mereka.

Filipi 4:4, 8

Saya bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan.

Paulus menggalakkan Orang suci untuk bersukacitalah—walaupun mereka menghadapi cabaran yang susah dan Paulus sendiri dipenjarakan. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk fahami bahawa menjalani injil dapat membawa kesukacitaan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mendengar dan beri perhatian terhadap ulangan kata-kata sambil anda membaca Filipi 4:4. Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan apa yang mereka akan lakukan apabila bersukacita. Bantu mereka untuk fahami bahawa “bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan” bermakna berasa gembira kerana kita mempunyai Injil dan kerana Yesus Kristus mengasihi kita.

  • Bawa barangan atau gambar-gambar yang membantu anda “bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan.” Anda boleh membawa gambar ciptaan indah Tuhan atau satu gambar bait suci, Juruselamat yang telah bangkit, atau sebuah keluarga. Biarkan kanak-kanak mengambil giliran memilih satu gambar atau objek, dan kemudian jelaskan kepada mereka mengapa ia membuat anda sukacita. Jemput mereka untuk kongsikan perkara yang membantu mereka bersukacita dalam Tuhan.

  • Baca Filipi 4:8 bersama, dan bantu kanak-kanak untuk fikirkan perkara-perkara yang menepati perihal ayat itu (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Berikan kanak-kanak kertas kosong dan benarkan mereka lukis gambar perkara-perkara yang membantu mereka “memikirkan” gambaran yang dihuraikan oleh Paulus.

Kolose 1:23; 2:6–7

Keimanan saya haruslah “berakar umbi” dalam Yesus Kristus.

Jika kanak-kanak dapat membina kehidupan dan keimanan mereka terhadap Juruselamat, mereka akan dapat menahani ribut kehidupan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar sepohon pokok dari rangka minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga sambil anda baca kunci frasa dari Kolose 1:23; 2:6–7. (Atau tunjukkan video “Spiritual Whirlwinds” di LDS.org.) Apakah yang akan berlaku kepada pokok ini jika satu ribut datang dan pokok itu tidak mempunyai akar umbi yang kuat? Jemput kanak-kanak untuk berdiri dan berlakon sebagai sepohon pokok yang mempunyai akar yang lemah di ketika ribut dan kemudian sepohon pokok yang berakar kuat. Bagaimanakah keimanan terhadap Juruselamat membantu kita untuk menjadi seperti pokok yang punyai akar kuat?

  • Jemput seorang kanak untuk lukiskan sepohon pokok di atas papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk menamakan perkara yang mereka perlu lakukan supaya “berakar umbi” dalam Yesus Kristus. Setiap kanak yang menamakan sesuatu, jemput dia untuk menambahkan satu akar dalam lukisan itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Filipi 4:4–13

Jika saya punyai kepercayaan kepada Yesus Kristus, saya dapat menjadi gembira di ketika susah.

Paulus menderita cabaran yang banyak, namun dia gembira kerana dia punyai keimanan terhadap Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak bayangkan mereka berada di dalam penjara, seperti Rasul Paulus ketika dia menulis surat ke pada bangsa Filipi. Bacakan Filipi 4:4–13 bersama kanak-kanak dan minta mereka untuk memberi perhatian kepada kata-kata berikut: sukacita, kesejahteraan, berpuas hati. Mengapakah Paulus dapat berasa sukacita dan sejahtera walaupun berada di dalam penjara? Bantu kanak-kanak mencari kata-kata Tuhan, dan Kristus di dalam ayat-ayat. Bantu mereka faham bahawa keimanan Paulus terhadap Yesus Kristus telah membolehkan dia berasa sukacita.

  • Jemput kanak-kanak untuk membantu anda melengkapkan ayat-ayat seperti berikut: Saya masih boleh lihat dalam kegelapan jika saya punyai . Saya dapat berasa sejuk apabila berada di luar pada hari yang panas jika saya punyai . Saya dapat memperoleh kegembiraan ketika susah jika saya . Bantu kanak-kanak untuk memikirkan cara-cara mereka boleh peroleh kegembiraan dalam Yesus Kristus pada masa yang susah. Mereka boleh menyanyikan lagu rohani, membaca ayat suci kegemaran, melayan seseorang, atau memberi doa yang penuh kesyukuran. Apakah yang dicadangkan di dalam Filipi 4:4–13? Kongsikan dengan kanak-kanak beberapa lagu rohani atau tulisan suci yang telah membantu anda bersukacita pada ketika yang susah.

Filipi 4:8

Saya boleh memikirkan perkara yang benar, ikhlas, dan suci.

Kanak-kanak sentiasa terdedah kepada perkara yang jahat dan tidak suci. Anda dapat membantu mereka mencari perkara yang murni dan meningkatkan diri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak untuk membaca Filipi 4:8 dengan lantang sambil yang lain memberi perhatian kepada kata-kata dalam Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13 yang sama atau lebih kurang sama. Jemput seorang untuk tuliskan kata-kata itu di atas papan tulis. Berikan definisi mudah bagi kata-kata ini dan biarkan kanak-kanak padankan definisi dengan kata-kata itu. Mengapakah kita harus “fikirkan” hal-hal tersebut? Bagaimanakah kita dapat “memperoleh” nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk namakan perkara yang sesuai dengan huraian Filipi 4:8. Jemput mereka untuk membuat senarai minggu ini berkenaan apa sahaja yang mereka perasan berpadan dengan huraian tersebut. Galakkan mereka untuk membawa senarai ini ke Sekolah Primer minggu depan dan kongsi apa yang telah direkod.

Kolose 1:23; 2:6–7

Keimanan saya haruslah “berakar umbi” dalam Yesus Kristus.

Setan cuba melemahkan kepercayaan kanak-kanak melalui godaan dan ajaran-ajaran palsu. Bagaimanakah anda mengilhami kanak-kanak untuk memperkukuhkan keimanan mereka terhadap Juruselamat supaya mereka “tidak lepaskan harapan daripada Injil”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan gambar yang mewakili kebenaran yang didapati di dalam Kolose 1:23; 2:6–7. Biarkan mereka kongsikan gambar mereka dengan rakan kelas yang lain dan jelaskan kebenaran yang ditunjukkan dalam gambar mereka.

  • Tunjuk video “Spiritual Whirlwinds.” Apakah godaan dan ajaran palsu di dunia hari ini yang dapat melemahkan iman kita? Apakah yang boleh kita lakukan untuk memperkukuhkan iman supaya kita “berakar umbi” kepada Yesus Kristus?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga masing-masing apa yang boleh dipelajari berkenaan “berakar umbi” kepada Kristus. Mereka boleh gunakan halaman aktiviti minggu ini atau ayat suci yang dibaca ketika kelas hari ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak sering ingin tahu dan belajar melalui pengalaman baru dan pelbagai. Gunakan aktiviti-aktiviti yang membantu kanak-kanak bergerak, menggunakan semua deria, menelaah, dan mencuba benda baru. Cadangan-cadangan yang didapati di dalam “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” di permulaan sumber ini dapat membantu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)