Ikutlah Aku
21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Janganlah Kamu Gelisah, Dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan’


“21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Janganlah Kamu Gelisah, Dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“21–27 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
para penginjil saudari berbual dengan pemuda

21–27 Oktober

1 dan 2 Tesalonika

“Janganlah Kamu Gelisah, Dan Janganlah Fikiran Kamu Cepat Dikelirukan”

Semasa anda baca dengan penuh doa 1 dan 2 Tesalonika dengan memikirkan kanak-kanak, anda akan dapat asas-asas yang mereke perlu faham.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Dalam pelajaran minggu lalu, adakah anda menjemput kanak-kanak menggunakan apa yang sudah mereka belajar? Biarkan kanak-kanak gunakan beberapa minit pada permulaan kelas minggu ini untuk mengongsikan pengalaman mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Tesalonika 5:1–6

Apabila saya mematuh perintah-perintah Tuhan, saya akan bersedia demi Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

Nasihat Paulus boleh menolong kita bersedia dan menantikan hari yang mulia itu apabila Juruselamat datang ke bumi sekali lagi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang ibu untuk berucap tentang perasaan semasa menantikan kelahiran bayinya tanpa mengetahui bila ia akan berlaku. Baca 1 Tesalonika 5:2–3, dan beritahu kanak-kanak bahawa Yesus Kristus akan datang ke bumi sekali lagi, tetapi tidak sesiapa pun tahu bila—seperti seorang ibu tidak tahu bila bayinya akan dilahirkan.

  • Tanya kanak-kanak tentang satu masa mereka bersedia untuk satu perjalanan atau satu peristiwa. Apakah yang mereka lakukan untuk bersedia? Bawakan satu beg pakaian dan biarkan kanak-kanak berpura-pura untuk membuat persediaan bagi satu perjalanan. Jelaskan bahawa kita bersedia demi kedatangan Yesus Kristus sekali lagi dengan berdoa, membaca kitab suci, mengikut nabi, dan hidup dengan soleh setiap hari. Tanya kanak-kanak melukis gambar tentang bagaimana mereka lakukan ini dan letakkan lukisan-lukisan itu dalam beg pakaian.

  • Baca 1 Tesalonika 5:6 kepada kanak-kanak dan jelaskan bahawa jika kita tidak bersedia demi kedatangan Yesus, kita menjadi jatuh tidur dan kita tidak akan sedia untuk Dia. Jemput kanak-kanak berpura-pura tidur. Jelaskan bahawa jika kita bersedia, kita menjadi bangun dan menantikan Dia. Jemput mereka bangun. Nyanyi bersama-sama “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46).

2 Tesalonika 2:1–3

Paulus ajar bahawa satu kemurtadan akan berlaku sebelum Yesus Kristus datang sekali lagi.

Gereja yang ditubuhkan oleh Yesus Kristus akan jatuh ke dalam kemurtadan, ini bererti wewenang imamat dan kebenaran injil akan diambil dari bumi. Paulus bernubuat bahawa kemurtadan ini, atau “memberontak terhadap Tuhan,” akan berlaku sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Selepas membaca 2 Tesalonika 2:3 bersama kanak-kanak, binakan satu menara dengan menggunakan cawan-cawan plastik atau blok. Beritahu kanak-kanak bahawa cawan-cawan atau blok itu melambangkan bahagian-bahagian penting Gereja benar, seperti kebenaran injil, imamat, pemeteraian bait suci, dan nabi. Selepas Paulus dan Rasul-rasul lain meninggal dunia, semua perkara tersebut menjadi hilang, dan Gereja benar tidak berada pada bumi buat banyak tahun. Jemput seorang kanak-kanak untuk merebahkan menara itu, dan jelaskan bahawa ini dipanggil Kemurtadan atau “memberontak terhadap Tuhan.” Apabila Yesus Kristus bawa balik Gereja-Nya, ini dipanggil Pemulihan. (Lihat “Apostasy,” True to the Faith, 13–14.)

  • Pamerkan satu Kitab Mormon dan gambar-gambar nabi dan satu bait suci. Jemput kanak-kanak untuk mengatakan “Kemurtadan” apabila anda menyembunyi satu barang ke dalam satu beg dan “Pemulihan” apabila anda ambil barang itu keluar dari beg.

  • Nyanyikan lagu-lagu yang mengajarkan kebenaran yang ditarik semasa Kemurtadan dan sudah dipulihkan hari ini, seperti “Aku Anak Tuhan,” “Gereja Yesus Kristus,” dan “Ku Ingin Ke Bait suci” dan (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2, 48, 99).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Tesalonika 5:1–6

Apabila saya mematuh perintah-perintah Tuhan, saya akan bersedia demi Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

Nasihat Paulus boleh menolong kita bersedia dan menantikan hari yang mulia itu apabila Juruselamat datang ke bumi sekali lagi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Tesalonika 5:1–6 semasa kanak-kanak lain mengikut dia. Selepas setiap ayat, tanya seorang kanak-kanak untuk merumuskan apakah erti ayat itu. Anda mungkin hendak jelaskan bahawa “hari kedatangan Tuhan” bererti Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Mengapa kanak-kanak fikir bahawa Kedatangan Kedua dibandingkan kepada seorang pencuri datang pada malam atau seorang wanita yang akan lahirkan bayi?

  • Beritahu kanak-kanak untuk menggambarkan Juruselamat akan mengunjung kelas anda hari itu. Bagaimana kita boleh sediakan kelas itu demi kunjungan-Nya? Bantu kanak-kanak fikirkan perkara yang boleh kita lakukan untuk menyediakan diri sendiri demi hari kepulangan Yesus Kristus. Sebagai contoh, kita boleh bertaubat, mengampun, memperbaiki perhubungan keluarga kita, mengikut nabi, dan menjaga perjanjian. Galakkan kanak-kanak memilih satu perkara yang mereka akan lakukan untuk menyediakan diri sendiri untuk menerima Juruselamat pada Kedatangan-Nya.

2 Tesalonika 2:1–3

Paulus ajar bahawa satu kemurtadan akan berlaku sebelum Yesus Kristus datang sekali lagi.

Jika kanak-kanak faham bahawa Gereja Yesus Kristus dan injil-Nya ditarik dari bumi semasa Kemurtadan, keperluan Pemulihan akan menjadi lebih jelas bagi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Tesalonika 2:1-3. Menurut ayat ini, apa harus berlaku sebelum “hari kedatangan Tuhan,” iaitu Kedatangan Kedua? Adakah kanak-kanak faham erti “memberontak terhadap Tuhan”? Pastikan kanak-kanak faham bahawa ia bererti Kemurtadan, yang berlaku selepas kematian Rasul-rasul Juruselamat. Anda boleh berkongsi maklumat dari “Apostasy,” True to the Faith, 13–14.

  • Bantu kanak-kanak senaraikan pada papan tulis kebenaran dan berkat yang kita nikmati kerana injil. (Contoh-contoh termasuk bait suci, nabi, imamat, dan kurnia Roh Kudus.) Padamkan perkara-perkara itu satu demi satu, dan tanya kanak-kanak bagaimana hidup mereka akan berlainan tanpa perkara-perkara tersebut. Jelaskan bahawa perkara-perkara tersebut menjadi hilang semasa Kemurtadan. Mengapa adalah penting Gereja Yesus Kristus dipulihkan ke bumi pada zaman akhir? Jemput kanak-kanak untuk “memulihkan” atau tulis sekali lagi kebenaran dan berkat-berkat itu pada papan tulis.

2 Tesalonika 3:7–13

Bapa Syurgawi ingin saya kerja.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak nampak kerja sebagai berkat, dan bukan sesuatu yang dielakkan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak ambil giliran untuk membaca ayat-ayat dari 2 Tesalonika 3:7–13 dan carikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Orang-orang suci. Mengapa Bapa Syurgawi mahu kita bekerja? Apa akan berlaku jika kita tidak belajar untuk bekerja keras? Biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk melakonkan kerja rumah dan kanak-kanak lain cuba mengagak apa yang mereka lakukan.

  • Jemput kanak-kanak berucap tentang satu masa mereka bekerja keras untuk satu tugas, satu projek, atau satu matlamat. Bagaimana mereka rasa tentang diri sendiri selepas mereka habiskan kerja itu? Apakah erti “janganlah jemu berbuat baik”? (2 Tesalonika 3:13).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak memberitahu seorang ahli keluarga atau seorang rakan satu sebab mereka bersyukur demi injil ada pada bumi hari ini (halaman aktiviti minggu ini boleh bantu mereka mengingat).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sokong ibu bapa kanak-kanak. “Ibu bapa ialah pengajar injil yang paling penting bagi anak-anak mereka—mereka memiliki tanggungjawab terutama dan kuasa terbesar untuk mempengaruhi anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:6–7). Semasa anda mengajar kanak-kanak di Gereja, berdoa dan mencarikan cara untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan utama mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak