Ikutlah Aku
28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan bagi Semua Orang yang Percaya’


“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan bagi Semua Orang yang Percaya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
tiga wanita berdiri di luar bait suci

28 Oktober–3 November

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan bagi Semua Orang yang Percaya”

Belajar dengan berdoa 1 dan 2 Timotius; Titus; dan Filemon untuk belajar bagaimana anda boleh menggunakan surat-surat ini untuk mengajar kanak-kanak ke arah kesolehan (lihat 2 Timotius 3:16).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi tentang seorang yang baik yang “menjadi teladan bagi semua orang yang percaya.” Apakah yang mereka lalukan untuk menjadi teladan baik bagi orang lain?

Imej
ikon Pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Timotius 3:1–2; Titus 1:7–9

Uskup memimpin bahagian sebagai orang suruhan Tuhan.

Paulus mengajar Timotius dan Titus tentang kepentingan uskup. Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak apa yang uskup lakukan? (Seorang presiden cabang sebanding dengan seorang uskup.)

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan satu gambar ringkas uskup anda di papan. Mintalah kanak-kanak untuk menamakan beberapa perkara yang mereka tahu tentang uskup. Bagaimanakah dia? Apa kerja dia? Bagaimana dia memberkati bahagian? (Anda boleh mencari beberapa ciri-ciri seorang uskup di 1 Timotius 3:1–2 dan Titus 1:7–9.) Sambil kanak-kanak berkongsi idea mereka, tulis mereka di atas jalur kertas dan beri kanak-kanak untuk meletakkan ia di atas papan bersebelahan lukisan tadi.

    Imej
    uskup dalam pejabatnya bercakap dengan seorang lelaki muda

    Uskup dipanggil untuk menyediakan bimbingan rohani kepada ahli bahagian.

  • Tuliskan tugas seorang uskup di atas slip kertas—seperti menerima persepuluhan dan sumbangan puasa, memberi panggilan, menemuramah ahli gereja, menolong orang miskin dan yang memerlukannya, dan berdoa untuk orang lain. Letakkan slip ini di dalam mangkuk, dan jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil satu. Kemudian tolong kanak-kanak untuk lakon peranan tugas ini dengan anda. Kongsi kesaksian anda bahawa uskup anda dipanggil oleh Tuhan.

  • Jemputlah anak-anak untuk melukis gambar uskup melayani ahli bahagian. Cadangkan bahawa mereka memberi lukisan mereka kepada dia untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dia?

1 Timotius 4:12

Saya boleh menjadi “Teladan bagi semua orang yang percaya”

Bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk menjadi yakin dalam kebolehan mereka menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Nyanyikan dengan kanak-kanak “Do as I’m Doing” (Children’s Songbook, 276). Minta kanak-kanak untuk mengikuti contoh anda dengan mengikut aksi anda. Berikan kanak-kanak peluang untuk mengambil giliran memimpin seluruh kelass dalam mengikut aksi mereka. Baca 1 Timotius 4:12, dan tanya kanak-kanak apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi teladan baik bagi orang lain.

  • Kongsi satu pengalaman di mana anda cuba menjadi teladan yang baik kepada seseorang atau apabila seseorang menjadi teladan baik untuk anda. Tolong kanak-kanak faham bahawa apabila mereka menjadi teladan yang baik, mereka boleh menolong ahli keluarga dan kawan mereka.

2 Timotius 3:14–17

Tulisan suci akan menolong saya belajar kebenaran.

Jika anda boleh menolong kanak-kanak untuk belajar menyayangi tulisan suci, anda akan memberkati hidup mereka untuk bertahun yang akan datang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan satu set tulisan suci, dan tolong mereka untuk lebih mengenalinya dengan menunjukkan mereka halaman judul Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Jemput kanak-kanak untuk membaca 2 Timotius 3:15–17. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi telah mengarahkan nabi sepanjang sejarah untuk menulis kebenaran yang Dia ungkapkan kepada mereka. Kita boleh tahu tentang kebenaran ini bila kita membaca tulisan suci.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi barang paling berharga mereka. Apa yang mereka lakukan dengan benda itu? Biar mereka mengambil giliran untuk memegang tulisan suci dan berhati-hati menukar halaman muka suratnya. Apa sebab kita gunakan tulisan suci? Mengapa kita harus menjaganya? Tolong kanak-kanak untuk menggunakan aksi untuk nyanyian bersama tentang tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan dan Berdoa” atau “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66, 62).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Timotius 4:12

Saya boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya”

Timotius seorang pemimpin gereja yang agak muda, tetapi Paulus ingin dia ketahui bahawa dia masih boleh menjadi satu teladan. Anda boleh menolong kanak-kanak yang anda ajar untuk yakin dalam kebolehan mereka untuk menjadi satu teladan yang baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama 1 Timotius 4:12, dan tanya kanak-kanak untuk mencari enam cara Paulus kata kita boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya.” Bahagikan kanak-kanak dalam pasangan, dan jemput setiap pasangan untuk memikirkan situasi di mana mereka boleh menjadi teladan bagi semua orang yang percaya. Minta mereka untuk lakon peranan situasi itu untuk seluruh kelas.

  • Tanya kanak-kanak jika mereka ingin berkongsi pengalaman di mana mereka cuba untuk menjadi teladan yang baik untuk orang lain. Beritahu mereka bagaimana mereka telah menjadi teladan yang baik bagi semua orang yang percaya kepada anda dan bagaimana anda telah perhatikan mereka menjadi teladan baik untuk orang lain.

1 Timotius 6:7–12

Saya harus menyayangi perkara abadi lebih daripada wang.

Dalam dunia yang semakin materialistik, bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak untuk menjaga fokus dan kasih-sayang mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang mereka akan beli jika mereka mempunyai semua wang dalam dunia ini. Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca 1 Timotius 6:7–12, dan minta kanak-kanak yang lain untuk meringkaskan apa yang diajar Paulus kepada Timotius tentang wang. Kemudian jemput kanak-kanak untuk membaca ayat itu semula, dan mencari untuk perkara yang disebut Paulus yang lebih berharga daripada wang.

  • Letakkan gambar perkara duniawi (seperti wang, permainan, atau benda hiburan) dan perkara abadi (seperti keluarga atau bait suci). Jemput kanak-kanak untuk mengasingkan gambar tersebut kepada dua bahagian—perkara yang membawa kita lebih dekat dengan Kristus dan perkara yang mungkin mengganggu perhatian kita daripada Kristus jika kita menyayangi perkara itu lebih daripada kita menyayangi Dia. Kenapa cinta terhadap wang merupakan akar “segala kejahatan”?

2 Timotius 3:14–17

Bapa Syurgawi memberi kita tulisan suci untuk mengetahui kebenaran daripada kesalahan.

Kanak-kanak boleh mengalami berkat membaca tulisan suci. Apabila kamu mengajar kanak-kanak tentang tulisan suci, cari cara untuk menggalakkan mereka untuk mempunyai pengalaman kuat sendiri tentang firman Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 2 Timotius 3:15–17. Bawa satu gambar yang menggambarkan cerita daripada empat tulisan suci, dan letakkan gambar dalam kotak tertutup. Jemput beberapa kanak-kanak untuk pilih satu gambar dan ceritakan satu cerita. Tanya kanak-kanak sama ada mereka boleh berkongsi perkara lain tentang buku tulisan suci itu. Bagaimana tulisan suci boleh “ memberi [kita] kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan”?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat suci kegemaran mereka atau pengalaman bila kebenaran tulisan suci telah menolong mereka. Anda mungkin hendak berkongsi ayat suci atau pengalaman anda.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Moroni 10:4–5. Apa yang Moroni janjikan dalam ayat ini? Tanya kanak-kanak apa yang mereka telah lalukan untuk mendapat kesaksian bahawa tulisan suci adalah benar. Jemput mereka untuk membaca atau mendengar tulisan suci dengan kerap.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka telah belajar tentang tulisan suci dan untuk mencari satu ayat suci yang mereka boleh kongsi dengan kelas pada minggu depan (dengan pertolongan ibu bapa, jika diperlukan).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubah suai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan Sekolah Primer anda. Selain daripada melihat rangka panduan ini sebagai arahan yang anda harus ikut, gunakannya sebagai sumber untuk mencetus inspirasi anda sambil anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. Anda boleh menyesuaikan aktiviti untuk mengajar kanak-kanak dari mana-mana umur.

Cetak