Ikutlah Aku
4–10 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’’


“4–10 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 November. Ibrani 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Kristus berdiri dengan seorang perempuan muda dan seorang lelaki

Ubat di Gilead, oleh Annie Henrie

4–10 November

Ibrani 1–6

“Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’”

Kebenaran apa dalam Ibrani 1–6 yang anda rasa diilhamkan untuk ajar kepada kanak-kanak? Beri perhatian kepada dorongan daripada Roh yang datang apabila anda bersedia, dan pastikan anda mencatatnya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Adakah kanak-kanak menerima jemputan pada penghujung pelajaran minggu lepas untuk mencari satu ayat suci yang mereka boleh kongsi? Jika ada, beri mereka masa untuk kongsinya Jika tidak, tolong mereka fikirkan sesuatu yang mereka telah belajar daripada tulisan suci baru-baru ini yang mereka boleh kongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ibrani 1:2–10; 2:8–10, 17–18

Saya percaya kepada Yesus Kristus.

Ayat suci ini boleh menolong kanak-kanak untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus dan menguatkan hubungan mereka dengan Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Menggunakan perkataan anda sendiri, tulis di atas jalur kertas kebenaran tentang Yesus Kristus yang kami cari daripada Ibrani 1:2–10; 2:8–10, 17–18, dan sorokkan di sekeliling bilik. Jemput kanak-kanak untuk mencari jalur kertas itu. Tolong mereka untuk membaca kebenaran yang ditulis di atas kertas, dan bincangkan tentang apa erti kebenaran ini. Jika perlu, terangkan bahawa Yesus dipanggil Putera Tuhan kerana Bapa Syurgawi ialah bapa kepada roh dan badan-Nya.

  • Beri satu gambar Juruselamat untuk mereka pegang bergilir-gilir, dan beri setiap kanak-kanak masa untuk kongsi kenapa mereka bersyukur kepada Yesus Kristus apabila mereka memegang gambar itu.

Ibrani 3:8

Bapa Syurgawi ingin kita untuk “janganlah berkeras kepala [kita].”

Ibrani 3 memberi contoh apabila orang Israel mengeraskan hati mereka dan menolak berkat Tuhan. Ia juga satu amaran untuk kita semua supaya tidak mengeraskan hati kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa satu span (atau kain cuci) dan sebuah batu ke kelas. Jemput kanak-kanak untuk menyentuh objek itu dan terangkan bagaimana rasa objek tersebut. Titiskan beberapa titik air di atas setiap objek, dan tunjukkan bahawa lebih air diserap dalam span berbanding dengan batu. Jelaskan bahawa hati kita harus lembut dan bukan keras supaya kita boleh menerima kebenaran Bapa Syurgawi dalam hati kita.

  • Potong satu bentuk daripada bahan lembut, seperti kain dan satu bahan keras, seperti kadbod. Beritahu kanak-kanak bahawa apabila kita mendengar dan patuh kita mempunyai hari yang lembut dan apabila kita tidak dengar dan patuh kita mempunyai hati yang keras. Dalam perkataan anda sendiri, kongsi beberapa contoh daripada ayat suci tentang orang yang telah melembutkan hati mereka atau mengeraskan hati mereka (seperti Nefi, Laman, dan Lemuel [1 Nefi 2:16–19], Paulus [Kisah Rasul-Rasul 9:1–22], atau Joseph Smith [Joseph Smith—Sejarah 1:11–20]). Sambil anda kongsi contoh ini, jemput kanak-kanak untuk tunjukkan siapa yang mempunyai hati lembut atau hati keras.

Imej
Musa mentahbis adiknya Harun

Musa Memanggil Harun pada Pelayanan, oleh Harry Anderson

Ibrani 5:4

Pemegang Imamat adalah dipanggil Tuhan.

Ibrani 5:4 ialah ayat suci yang penting kerana ia menerangkan bahawa pemegang imamat—dan lain yang melayani dalam Gereja—mesti dipanggil Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Hebrews 5:4 kepada kanak-kanak. Minta seorang pemegang imamat untuk menerangkan apa itu imamat dan kongsi pengalamannya apabila menerima imamat.

  • Tolong kanak-kanak untuk menghafal frasa daripada Fasal-Fasal Kepercayaan kelima. Berikan kesaksian anda bahawa orang yang dipanggil untuk membuat kerja Tuhan dipanggil oleh Tuhan melalui wahyu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ibrani 1:2–10; 2:8–10, 17–18

Saya percaya kepada Yesus Kristus.

Surat kepada bangsa Ibrani ditulis untuk menguatkan iman Orang Suci Ibrani dalam Yesus Kristus. Ia boleh lakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak beberapa ayat suci dalam Ibrani 1:2–10; 2:8–10, 17–18, dan jemput mereka untuk mencari kebenaran tentang Yesus Kristus dalam ayat suci tersebut. Biarkan mereka berkongsi atau menulis di atas papan apa yang mereka temui. Apa lagi yang kita ketahui tentang Yesus Kristus? Kanak-kanak mungkin boleh mendapat idea daripada lagu seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53) atau “Dia Mengutus PutraNya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20).

  • Jemputlah anak-anak untuk melukis gambar mereka dengan ibu bapa mereka. Minta mereka untuk kongsi benda apa yang mereka kongsi yang sama dengan ibu bapa mereka. Jelaskan bahawa apabila Ibrani 1:3 berkata yang Yesus Kristus ialah “perwujudan Tuhan sendiri,” ia bermakna Yesus dan Bapa Syurgawi mempunyai kualiti dan ciri yang sama. Beri kesaksain bahawa kita belajar tentang Bapa Syurgawi dengan belajar dan mengikuti Yesus Kristus.

  • Tolong kanak-kanak untuk fikirkan dengan siapa mereka boleh kongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk menjemput mereka untuk berlatih untuk berkongsi apa yang mereka harus beritahu orang tentang Yesus.

Ibrani 3:7–19

Untuk menerima panduan dan berkat Bapa Syurgawi, kita harus “janganlah berkeras kepala.”

Dalam Ibrani 3, cerita orang Israel di dalam padang belantara digunakan untuk mengajar kepentingan tidak mengeraskan kepala. Bagaimana kamu boleh menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak dalam kelas anda asas ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk fikirkan benda yang keras dan lembut. (Anda mungkin hendak membawa beberapa contoh untuk tunjuk kepada mereka) Baca bersama Ibrani 3:8. Apakah maksudnya untuk mempunyai kepala yang keras? Mengapa Tuhan mahu kita mempunyai kepala yang lembut?

  • Dalam perkataan anda sendiri, kongsi cerita orang Israel mengeraskan kepala mereka terhadap Tuhan di dalam padang belantara (lihat Bilangan 14:1–12; Ibrani 3:7–19). Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cerita itu. Apa yang akan berlaku jika kita mengeraskan kepala kita terhadap Tuhan dan injil-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 13:15; Ibrani 3:15; Mosia 11:29; dan Musa 6:27. Minta mereka untuk lukis di papan bahagian badan yang disebut dalam ayat suci. Apakah ertinya untuk mempunyai telinga rohani yang pekak, mata buta, dan kepala keras? Bagaimana kita boleh memastikan telinga, mata, dan hati kita sentiasa sedia menerima berkat Tuhan?

Ibrani 5:1–4

Pemegang Imamat adalah dipanggil Tuhan.

Ibrani 5 menyediakan peluang untuk membincangkan apa itu imamat—iaitu kuasa dan wewenang untuk bertindak dalam nama Tuhan—dan bagaimana ia diterima. Ini sangat membantu kanak-kanak lelaki yang bersedia untuk ditahbis kepada imamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Musa Memberi Harun Imamat (Buku Seni Inkil, no. 15) sementara seorang kanak-kanak membaca Ibrani 5:4. Ia mungkin menolong untuk menerangkan bahawa oleh kerana Harun ialah orang pertama yang menerima Imamat Harun, ia di namakan sempena dia. Tolong kanak-kanak memikirkan tugas yang dilaksanakan pemegang Imamat Harun (seperti membaptiskan, berkat, dan memberi sakramen, dan menjemput orang untuk datang kepada Kristus).

  • Tolong kanak-kanak untuk memikirkan beberapa cara di mana orang menerima wewenang. Contohnya, bagaimana seorang guru, doktor, atau pemimpin politik menerima wewenang? Bagaimanakah Tuhan memberi wewenang-Nya? Jemput kanak-kanak untuk memikirkan soalan ini apabila mereka membaca Ibrani 5:4 dan Fasal-Fasal Kepercayaan kelima.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk kongsikan satu ayat suci, atau aktiviti yang mereka belajar dalam kelas hari ini bersama keluarga mereka pada satu Malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak boleh mengenali pengaruh Roh. Ajar kanak-kanak bahawa perasaan kedamaian, kasih-sayang, dan kehangatan yang mereka rasa apabila mereka berkata atau menyanyi tentang Yesus Kristus dan injil-Nya datang daripada Roh Kudus. Perasaan ini boleh membina kesaksian mereka.

Cetak