Ikutlah Aku
18–24 November. Yakobus: Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja


“18–24 November. Yakobus: Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“18–24 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Abraham berdoa di luar khemahnya

Abraham di ladang Mamre, oleh Grant Romney Clawson

18–24 November

Yakobus

Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja

Surat Yakobus mengandungi banyak kebenaran yang akan memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Ikut Roh untuk menentukan kebenaran mana yang anda akan kongsi dengan mereka. Idea-idea dalam rangka panduan ini juga boleh membantu.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi satu prinsip Injil yang mereka belajar dengan keluarga mereka pada minggu lalu atau dari kelas Sekolah Primer hari Ahad yang lepas. Selepas kanak-kanak berkongsi, jemput seorang lagi kanak-kanak dalam kelas untuk meringkaskan apa yang telah dikongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yakobus 1:5–6

Saya boleh minta Bapa Syurgawi membantu saya belajar apa yang benar.

Bantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa mereka boleh berpaling kepada Bapa Syurgawi untuk kebijaksanaan. Ini akan memberkati mereka dengan besar apabila mereka menghadapi soalan-soalan yang susah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak belajar frasa: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan” (Yakobus 1:5). Bagaimana kita bertanya soalan kepada Tuhan? Bagaimana Dia menjawab kita?

  • Tunjukkan gambar Penglihatan Pertama (Buku Seni Injil no. 90), dan berkongsi bagaimana membaca Yakobus 1:5 mendorong Joseph Smith untuk meminta bantuan Bapa Syurgawi dengan satu soalan (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:1–15). Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan menjawab doa-doa, dan bersaksi bahawa kanak-kanak boleh berdoa kepada-Nya apabila mereka mempunyai soalan-soalan. Biarkan kanak-kanak lukis gambar Joseph Smith membaca Yakobus 1:5 dan berdoa kepada Bapa Syurgawi.

Yakobus 3:1–13

Saya boleh mengatakan perkara yang baik.

Seperti disaksikan oleh Yakobus, belajar untuk mengatakan hanya yang baik kepada orang lain akan membantu kita menjadi seperti Yesus Kristus (lihat Yakobus 3:2).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa sesuatu yang manis dan sesuatu yang masam untuk kanak-kanak rasa. Bantu mereka memahami bahawa kita perlu menggunakan lidah kita untuk mengatakan perkara yang manis (atau baik) dan tidak mengatakan perkara yang masam (atau tidak baik) (lihat Yakobus 3:10). Bantu mereka fikirkan contoh-contoh perkara baik yang kita boleh katakan kepada orang lain.

  • Beri setiap kanak-kanak satu lukisan seorang sedang bercakap. Jemput kanak-kanak untuk mengangkat lukisan itu apabila anda mengatakan sesuatu baik yang kita boleh lakukan dengan lidah kita (seperti mengatakan kebenaran, memberi pujian, atau menawarkan bantuan kepada seseorang) dan meletakkannya ke bawah apabila anda mengatakan sesuatu yang tidak patut dengan lidah kita (seperti berbohong, memanggil nama tidak baik, atau tidak mentaati ibu bapa).

  • Mengukuhkan pesanan Yakobus 3:1–13 dengan menyanyi bersama satu lagu tentang kebaikan hati, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83). Cadangkan untuk kanak-kanak membuat satu “balang kebaikan hati” yang mereka boleh isi dengan batu kecil atau objek kecil setiap kali mereka mengatakan sesuatu baik kepada seseorang.

Yakobus 5:7–11

Sesetengah berkat Tuhan memerlukan kesabaran.

Kesabaran tidak selalunya datang secara semula jadi, terutamanya untuk kanak-kanak. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan nasihat Yakobus untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk belajar kesabaran.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan masa-masa mereka perlu tunggu untuk sesuatu yang mereka benar-benar mahu. Jelaskan bahawa menunggu untuk sesuatu yang kita mahu tanpa merungut dipanggil kesabaran.

  • Ringkaskan Yakobus 5:7 dalam perkataan anda sendiri, dan tunjukkan gambar satu benih atau anak benih. Mengapakah kita memerlukan kesabaran apabila kita menanam tumbuh-tumbuhan? Apa yang akan berlaku jika kita cuba menarik anak benih untuk membuatnya tumbuh dengan cepat? Bersaksi bahawa Tuhan mempunyai banyak berkat untuk kita, tetapi sesetengah berkat memerlukan kesabaran.

  • Kongsi cerita Ayub, yang disebutkan di Yakobus 5:11 sebagai contoh kesabaran.(lihat “Bab 46: Ayub,” Kisah-Kisah Perjanjian Lama, 165–69, atau video berkaitan di LDS.org). Bagaimanakah Ayub diberkati kerana kesabarannya?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yakobus 1:5–6

Bapa Syurgawi akan membantu saya belajar kebenaran jika saya mendapatkan bantuan-Nya.

Walaupun kanak-kanak yang anda ajar kelihatan muda, mereka hanya beberapa tahun lebih muda daripada Joseph Smith semasa dia membaca Yakobus 1:5 dan terinspirasi untuk mendekati Bapa Syurgawi dalam doa. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk membina iman bahawa Tuhan akan membantu mereka apabila mereka kekurangan kebijaksanaan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak memberitahu anda cerita Penglihatan Pertama Joseph Smith dalam kata-kata mereka sendiri (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:5–19; lihat juga video “Joseph Smith’s First Vision” di LDS.org). Bagaimanakah Yakobus 1:5 membantu Joseph? Bantu kanak-kanak berfikir contoh-contoh orang lain dalam kitab suci yang menerima jawapan kepada doa-doa mereka (seperti Nefi [1 Nefi 11:1–6] dan saudara lelaki Yared [Eter 2:18–3:9]). Apakah perkara lain yang kita boleh minta Bapa Syurgawi dalam doa?

  • Baca dengan kanak-kanak Joseph Smith—Sejarah 1:10–14. Jemput kanak-kanak untuk mencari perkara-perkara yang Joseph lakukan untuk menerima jawapan kepada soalan-soalannya. Bagaimana kita boleh mengikuti contoh Joseph Smith apabila kita mempunyai soalan-soalan?

Yakobus 1:22–27; 2:14–26

“Iman tanpa pekerjaan adalah mati.”

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak melihat hubungan di antara apa yang mereka percaya dan apa yang mereka lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan lampu suluh tanpa bateri kepada kanak-kanak, satu pensel tanpa mata, atau sesuatu yang tidak berguna atau “mati.” Minta kanak-kanak membaca Yakobus 2:14–17. Bagaimana objek-objek ini menjelaskan kebenaran dalam ayat-ayat ini?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca dengan senyap Yakobus 1:22–27; 2:14–26. Kemudian jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pelaku kata. Contohnya, adakah mereka mengenali sesiapa yang sakit atau keseorangan yang boleh dilawat, atau mereka boleh berazam untuk melayan keluarga mereka dengan lebih? Anda juga boleh mengingatkan mereka tentang kata-kata yang mereka mungkin dengar di pertemuan sakramen hari ini. Bagaimana kita boleh menjadi pelaku kata-kata ini?

Yakobus 3:1–13

Saya boleh mengawal kata-kata saya.

Kata-kata yang kita katakan kepada satu sama lain mungkin kelihatan tidak penting, tetapi seperti disaksikan oleh Yakobus, mereka boleh mengandungi pengaruh berkuasa, untuk yang baik atau tidak baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Adakah sesiapa di bahagian, mungkin salah satu kanak-kanak yang anda ajar, yang pernah bekerja dengan kuda atau tahu sesuatu tentang kapal? Anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi pandangan tentang ajaran Yakobus di Yakobus 3:3–4 tentang menggunakan kata-kata baik, atau berkongsi beberapa pandangan anda sendiri. Apakah yang kita belajar tentang mengawal lidah kita dari contoh-contoh ini?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yakobus 3:1–13 dan melukis gambar sesuatu yang mereka rasa mengajar tentang mengawal lidah kita. Beri mereka masa untuk berkongsi gambar dan apa yang mereka telah belajar.

  • Selepas mengkaji semula Yakobus 3:1–13 bersama, kaji semula standard-standard untuk bahasa dalam Untuk Kekuatan Remaja (20–21). Bantu kanak-kanak berfikir tentang sesuatu yang mereka boleh buat untuk membaikkan cara mereka bercakap kepada orang lain, dan menggalakkan mereka untuk menetapkan matlamat peribadi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran Di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi dengan soalan atau cuba menjadi lebih sabar pada minggu yang akan datang. Minta mereka berkongsi pengalaman mereka di kelas seterusnya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi aktif. “Apabila anda mengajar kanak-kanak, benarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, atau mencipta. Perkara-perkara ini adalah lebih daripada aktiviti-aktiviti menarik—mereka penting untuk pembelajaran” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak