Ikutlah Aku
25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus: ‘Bersukacita dengan Kegembiraan Tidak Terkatakan dan Penuh Kemuliaan’


“25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus: ‘Bersukacita dengan Kegembiraan Tidak Terkatakan dan Penuh Kemuliaan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus Kristus mengkhutbahkan injil di dunia roh

Kristus Mengkhutbah Di Dunia Roh, oleh Robert T. Barrett

25 November–1 Disember

1 dan 2 Petrus

“Bersukacita dengan Kegembiraan Tidak Terkatakan dan Penuh Kemuliaan”

Mula pengkajian anda dalam 1 dan 2 Petrus dengan doa. Ingat bahawa persediaan terbaik untuk mengajar akan datang melalui pengalaman peribadi dan pengkajian keluarga anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Paparkan gambar di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda sesuatu yang mereka tahu tentang Petrus. Ingatkan mereka bahawa Petrus ialah pemimpin Gereja selepas Yesus dibangkitkan, dan jelaskan bahawa 1 Petrus dan 2 Petrus adalah suratnya kepada ahli-ahli Gereja dalam zamannya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Petrus 1:6–7; 3:14

Saya boleh menjadi gembira walaupun dalam masa kesukaran.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh ajar ayat-ayat ini dalam cara yang akan membantu kanak-kanak berpaling kepada Juruselamat apabila mereka menghadapi kesukaran.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara-perkara sukar yang Yesus telah hadapi, seperti disalibkan. Jelaskan bahawa kita akan menghadapi masa kesukaran dalam hidup kita. Baca 1 Petrus 1:6–7; 3:14 bersama, dan kongsi satu pengalaman di mana anda menghadapi “percubaan iman anda.” Atau anda boleh kongsi doa Nabi Joseph Smith di Penjara Liberty dan hiburan yang Tuhan berinya (lihat A&P 121:1–8; 123:17). Bagaimana mempunyai iman dalam Yesus bantu kita cari kegembiraan dalam masa kesukaran?

    Imej
    Joseph Smith di Penjara Liberty

    Joseph Smith di Penjara Libertyl, oleh Greg K. Olsen

  • Nyanyi satu lagu bersama yang mengajar bagaimana mencari kegembiraan, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86).

1 Petrus 2:9–12

Bapa Syurgawi mahu saya menjadi contoh kepada orang lain.

Petrus mengajar bahawa kita adalah “orang Tuhan” dan pekerjaan baik kita boleh “memuliakan Tuhan.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gambarkan perkara-perkara yang menonjol daripada sekitar mereka, atau tunjukkan gambar-gambar perkara sedemikian. Sebagai contoh, satu bait suci menonjol daripada bangunan di sekitarnya atau gunung yang muncul di atas lembah. Jelaskan bahawa apabila kita mentaati perintah-perintah, kita menonjol dan orang lain boleh melihat contoh kita. Cakap tentang beberapa “kerja-kerja baik” yang anda telah lihat kanak-kanak buat. Jelaskan bahawa kerja-kerja baik seperti ini “memuliakan Tuhan”—mereka membantu orang lain merasai kasih lebih untuk Tuhan dan keinginan untuk melayani-Nya.

  • Selesaikan halaman aktiviti dengan kanak-kanak. Bagaimanakah orang yang mereka temui dalam gambar memuliakan Tuhan?

1 Petrus 3:18–20; 4:6

Roh-roh di dunia roh belajar tentang Injil.

Selepas Yesus mati, Dia pergi ke dunia roh dan hantar roh-roh soleh untuk mengajar roh-roh lain yang masih belum menerima injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang seseorang yang anda kenal yang telah mati. Jelaskan bahawa apabila orang mati, roh mereka meninggalkan tubuh dan pergi ke dunia roh. Baca 1 Petrus 3:19 dan jelaskan bahawa apabila Yesus mati, dia pergi melawat dunia roh. Di sana, Dia meminta roh-roh yang soleh untuk mengajar roh-roh yang lain yang belum menerima injil (lihat A&P 138:30).

  • Letakkan satu barisan kerusi di tengah bilik untuk bertindak sebagai halangan. Minta sebahagian kanak-kanak untuk berdiri di satu sisi untuk mewakili roh-roh di dunia roh yang tidak dibaptiskan dalam kehidupan bumi mereka. Beri salah satu kanak-kanak satu kunci kertas besar dengan perkataan “pembaptisan untuk yang mati” dan minta dia untuk memindahkan halangan itu. Kemudian jelaskan bahawa ahli-ahli Gereja yang berumur 12 tahun dan ke atas boleh pergi ke bait suci dan dibaptiskan untuk nenek moyang mereka yang tidak dibaptiskan semasa di bumi. Kemudian nenek moyang ini boleh menerima Injil di dunia roh.

  • Bantu kanak-kanak isi satu pokok keluarga yang mudah (lihat contoh di “Family History Coloring Pages,” LDS.org).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Petrus 3:12–17; 4:13–14, 16

Saya boleh menemui kegembiraan dan keamanan walaupun dalam masa kesukaran.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin pernah diejek atau ditertawakan kerana kepercayaan mereka. Ayat-ayat ini boleh membantu mereka dalam masa-masa itu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan beberapa cerita tentang Yesus dianiaya, atau minta kanak-kanak baca kitab—lihat, sebagai contoh, Matius 12:9–14 atau Lukas 22:47–54. Tanya kanak-kanak jika mereka pernah diejek atau ditertawakan kerana mereka hidup ajaran Injil. Kemudian baca bersama 1 Petrus 3:12–14; 4:13–14, 16, dan minta kanak-kanak untuk mencari apa yang Petrus katakan tentang penderitaan “kerana melakukan perkara yang baik.” Mengapa kita masih boleh bergembira walaupun orang lain mentertawakan kita kerana membuat yang benar?

  • Jemput seorang ahli bahagian untuk berkongsi pengalaman ketika dia menemui kegembiraan atau keamanan pada masa percubaan, atau berkongsi bagaimana Nabi Joseph Smith menemui keamanan semasa dia berada di Penjara Liberty (lihat A&P 121:1–8; 123:17). Bagaimana kita boleh mencari kegembiraan dan keamanan pada masa percubaan kita?

1 Petrus 3:15

Saya perlu sentiasa bersedia untuk berkongsi injil.

Kanak-kanak yang anda ajar akan mempunyai banyak peluang di sepanjang hidup mereka untuk menjawab soalan-soalan ini dari orang lain tentang iman mereka. Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka “selalu bersedia untuk memberi jawapan.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu tentang satu masa anda ditanya soalan tentang Gereja, dan terangkan sama ada anda rasa bersedia untuk menjawab. Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang bila-bila masa orang telah menanya mereka soalan-soalan tentang Gereja. Baca bersama 1 Petrus 3:15. Bagaimana kita boleh mengikuti nasihat Petrus dalam ayat ini?

  • Dengan bantuan kanak-kanak, fikirkan beberapa soalan yang orang lain mungkin tanya tentang ajaran Gereja. Biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk menjelaskan bagaimana mereka akan menjawab soalan-soalan ini supaya mereka boleh “sentiasa bersedia.”

1 Petrus 3:18–20; 4:6

Roh-roh di dunia roh belajar tentang Injil.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa apabila yang soleh mati, mereka pergi ke dunia roh untuk mengajar Injil kepada mereka yang tidak menerimanya semasa di bumi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis di papan tulis satu bulatan dengan garis di tengahnya. Tulis Firdaus Roh pada separuh bulatan dan Penjara Roh pada separuh lagi. Jemput seorang kanak-kanak untuk baca 1 Petrus 3:18–20; 4:6 (lihat 1 Petrus 4:6, Panduan Tulisan Suci , untuk revisi dari Terjemahan Joseph Smith). Jelaskan bahawa apabila Yesus mati, Dia pergi ke firdaus roh. Dia meminta roh-roh soleh di sana untuk mengajar Injil kepada roh-roh di penjara roh.

  • Jemput seorang ibu bapa atau seorang saudara yang lebih tua dari salah satu kanak-kanak untuk memberitahu tentang masanya di bait suci dan memenuhi pekerjaan untuk salah satu nenek moyang mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengisi satu salasilah keluarga yang mudah.(lihat contoh di “Family History Coloring Pages,” LDS.org).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran Di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi salasilah keluarga dengan ahli keluarga dan minta bantuan mereka untuk menambah nama kepadanya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memahami kanak-kanak yang anda ajar. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajar, jadi ubah suai idea-idea dalam rangka panduan ini jika perlu untuk memenuhi keperluan mereka. Anda boleh menggunakan mana-mana aktiviti yang dicadangkan dalam rangka panduan ini, bukan sahaja yang ditulis untuk kumpulan umur yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)

Cetak