Ikutlah Aku
2–8 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: ‘Tuhan Itu Kasih’


“2–8 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: ‘Tuhan Itu Kasih’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“2–8 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus Kristus bersenyum semasa duduk bersama seorang anak yang bersenyum

Kasih yang Sempurna, oleh Del Parson

2–8 Disember

1–3 Yohanes; Yudas

“Tuhan Itu Kasih”

Surat Yohanes dan Yudas mengajar tentang kasih sayang dan cahaya Bapa Syurgawi. Semasa anda mengaji minggu ini, merenung tentang mengapa kanak-kanak yang anda ajar perlu cahaya dan kasih sayang-Nya dalam hidup mereka. Ingat untuk menimbangkan semua aktiviti dalam rangka panduan ini, bukan hanya perkara-perkara yang di senarai bawah kumpulan umur yang anda ajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk mengongsikan bagaimana mereka rasa kasih sayang Bapa Syurgawi atau mengapa mereka fikir Bapa Syurgawi adalah seperti satu cahaya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Yohanes 1:5–7; 2:8–11

Mengikut Yesus bawakan cahaya ke dalam hidup saya.

Bagaimana perbandingan di antara cahaya dan kegelapan jasmani boleh menolong anda mengajar kanak-kanak tentang cahaya yang Bapa Syurgawi bawa ke dalam hidup mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak untuk menyebutkan benda-benda yang memberi cahaya. Bantu mereka memahami faedah-faedah cahaya, seperti menolong tumbuh-tumbuhan membesar, membenarkan kita nampak, dan memberi kepanasan. Jemput kanak-kanak ambil giliran sinarkan satu lampu suluh kepada satu gambar Yesus Kristus semasa mereka kata, “Tuhan itu cahaya” (1 Yohanes 1:5). Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh bawakan cahaya ke dalam hidup kita apabila kita mematuhi perintah-perintah.

  • Gelapkan bilik, dan jemput kanak-kanak mencadangkan cara-cara cahaya boleh dibawa ke dalam bilik itu. Bantu mereka fikirkan cara-cara kita boleh bawakan cahaya Yesus Kristus ke dalam hidup kita. Semasa mereka kongsikan jawapan-jawapan mereka, sinarkan lampu suluh atau buka satu tingkap untuk membawakan cahaya ke bilik itu dengan perlahan-lahan.

1 Yohanes 4:10–11, 20–21

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya tunjukkan kasih kepada orang lain.

Bantu kanak-kanak nampak hubungan di antara kasih mereka terhadap Bapa Syurgawi dan kasih sayang mereka terhadap anak-anak-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Yohanes 4:11 kepada kanak-kanak, dan nyanyikan satu lagu tentang kasih Tuhan. seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Tanya beberapa orang kanak-kanak untuk mengongsikan bagaimana mereka tahu Bapa Syurgawi mengasihi mereka. Selepas setiap jawapan, jemput kanak-kanak untuk memeluk diri sendiri dan kata, “Tuhan itu kasih”. Dan Tuhan mengasihi saya.”

  • Baca 1 Yohanes 4:21 kepada kanak-kanak. Jemput mereka kongsikan atau lakonkan pelbagai cara mereka boleh tunjukkan kasih sayang terhadap seorang rakan, seperti memberi pelukan atau membuat satu kad. Bagaimana rakan-rakan kita akan rasa? Bagaimana Bapa Syurgawi rasa apabila kita lakukan perkara yang baik untuk orang lain?

1 Yohanes 2:3–5; 5:3

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya mematuhi perintah-perintah.

Kanak-kanak boleh belajar sejak masa kecil bahawa “Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita” dan mematuhi mereka ialah satu cara menunjukkan kasih kepada Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Yohanes 5:3, dan tanya kanak-kanak mendengarkan apa yang ayat ini kata tentang cara kita boleh tunjukkan kasih kita kepada Tuhan. Tanya kanak-kanak menyebutkan sebanyak perintah yang mereka dapat sebutkan. Bagaimana Bapa Syurgawi rasa apabila kita mematuhi perintah-perintah-Nya?

  • Jemput kanak-kanak melukiskan satu gambar menunjukkan satu cara mereka boleh tunjukkan kasih mereka kepada Bapa Syurgawi. Sebagai contoh, mereka boleh lukis satu gambar tentang mereka mematuhi satu perintah. Nyanyi bersama-sama satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 82). Bagaimana kita rasa apabila kita patuh?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Yohanes 2:8–11; 4:7–8, 20–21

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya tunjukkan kasih kepada orang lain.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak memahami bahawa mengasihi Tuhan termasuk mengasihi orang di sekeliling kita—mahupun orang yang berbeza atau susah dikasihi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak menggambarkan bahawa seorang yang baru menghadiri sekolah atau bahagian mereka dan dia tidak mengenali sesiapa pun. Bagaimana mungkin dia rasa? Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Yohanes 4:7–8. Apakah yang dicadangkan oleh ayat ini tentang cara kita bertindak terhadap orang ini? Kongsikan senario-senario yang serupa, atau tanya kanak-kanak memikirkan situasi di mana mereka mungkin berpeluang untuk menunjukkan kasih.

  • Tanya kanak-kanak membaca 1 Yohanes 4:7–8, 20–21, dan jemput mereka menuliskan satu ayat untuk merumuskan apa yang mereka fikir ialah pengajaran terpenting dalam ayat-ayat itu. Selepas mereka berkongsi ayat-ayat, anda boleh menceritakan tentang Chy Johnson daripada ucapan Brother David L. Beck “Your Sacred Duty to Minister” (Ensign atau Liahona, Mei 2013, 55). Bagaimanakah kanak-kanak mengikuti contoh-contoh pemuda dalam cerita yang menunjukkan kasih sayang kepada Chy? Jemput kanak-kanak kongsikan cara-cara mereka boleh tunjukkan kasih kepada orang di sekeliling mereka.

1 Yohanes 2:3–6; 4:17–18; 5:2–5

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya mematuhi perintah-perintah-Nya.

Mematuhi perintah-perintah boleh menjadi lebih senang apabila kita faham kebenaran yang diajar dalam 1 Yohanes 5:3. Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak faham bahawa perintah-perintah bukan beban tetapi peluang untuk menunjukkan kasih mereka kepada Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak senaraikan pada papan tulis cara-cara mereka boleh tunjuk Tuhan bahawa mereka mengasihi Dia. Baca bersama-sama 1 Yohanes 2:5–6; 5:2–5 untuk idea-idea tambahan. Bagaimana mematuhi perintah-perintah tunjukkan bahawa kita mengasihi Bapa Syurgawi?

    Imej
    satu keluarga berlutut dan berdoa bersama-sama

    Walaupun pada masa yang susah, kita boleh pilih untuk mematuhi perintah-perintah.

  • Baca 1 Yohanes 4:17, dan jelaskan kepada kanak-kanak bahawa “beroleh keberanian pada Hari Kiamat” bererti memiliki keyakinan dan kedamaian apabila mereka berdiri di depan Tuhan untuk dihakimi. Apakah yang diajar oleh ayat ini tentang perkara yang harus kita lakukan untuk memperoleh keyakinan ini? Apa yang boleh kita lakukan sekarang untuk menjadi berkeyakinan di depan Tuhan?

Yudas 1:18–22

Saya boleh beriman walaupun orang lain mengusik saya.

Kanak-kanak mungkin diusik kerana kepercayaan mereka atau cara mereka hidup sebagai pengikut Yesus Kristus. Ayat-ayat ini mengandungi nasihat Yudas tentang bagaimana untuk tetap beriman dalam situasi begitu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak kongsikan masa mereka diusik kerana melakukan perkara yang betul. Jemput kanak-kanak bacakan Yudas 1:18–22 dan carikan cara kita boleh tetap beriman apabila kita diusik. Tulis pada papan perkara yang mereka cari, dan bincang tentang cara-cara mereka boleh mengikut nasihat itu.

  • Rumuskan mimpi Lehi (lihat 1 Nefi 8:1–35), tanya beberapa orang kanak-kanak membaca ayat-ayat dari 1 Nefi 8:26–28, 33. Bincangkan bagaimana orang dalam bangunan besar dan lapang serupa dengan pengusik-pengusik yang dihuraikan oleh Yudas. Apa yang boleh kita lakukan supaya kita tidak dipengaruhi oleh mereka yang mengusik kita atau orang yang tidak setuju dengap kepercayaan kita? (lihat 1 Nefi 8:30, 33).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak buatkan satu rancangan untuk mengongsikan cahaya mereka dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak adalah aktif. Ada masa anda mungkin rasa tenaga kanak-kanak ialah satu gangguan pelajaran. Tetapi anda boleh gunakan sifat aktif mereka dengan menjemput mereka untuk melakon, melukis, atau menyanyi tentang satu asas injil. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak