Ikutlah Aku
23–29 Disember. Wahyu 12–22: Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini


“23–29 Disember. 12–22: Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“23–29 Disember. Ibrani 12–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus Kristus menyapa orang pada Kedatangan Kedua-Nya

Kota Abadi, oleh Keith Larson

23–29 Disember

Wahyu 12–22

Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini

Apabila anda bersedia untuk mengajar, gunakan pengalaman anda dengan belajar Wahyu 12–22 secara peribadi atau dengan keluarga anda. Apa perkara menonjol bagi anda? Perasaan apa yang anda terima? Ingat bahawa aktiviti yang di cadangkan di sini boleh diubahsuai untuk kanak-kanak dari mana-mana umur.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk kongsi kenapa mereka ingin tinggal bersama Bapa Syurgawi sekali lagi. Sepanjang pelajaran, tolong mereka untuk mencari perkara yang mereka boleh buat untuk bersedia pulang kepada Dia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Wahyu 12:7–11

Saya tunjukkan iman dalam Yesus Kristus di kehidupan pra-fana.

Di Perang Syurga, anak-anak Tuhan yang beriman mengalahkan Setan “dengan berita daripada Tuhan yang diisytiharkan mereka”, dan dengan menunjukkan iman dalam Yesus Kristus (Wahyu 12:11).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk tolong kanak-kanak memahami apa ertinya untuk mengikuti contoh seseorang, pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi “pemimpin”, dan minta kanak-kanak yang lain untuk mengikutinya dengan membuat apa-apa yang dilakukannya. Kemudian beri kanak-kanak lain untuk menjadi pemimpin. Bacalah Wahyu 12:7–11 kepada kanak-kanak dan terangkan yang sebelum kita lahir, kita pilih untuk mengikuti Yesus dan bukan Setan.

  • Nyanyikan bersama lagu tentang kehidupan pra-fana, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86, ). Tanya soalan seperti, Apa yang berlaku di syurga sebelum kita dilahirkan? Apa yang kamu pilih untuk lakukan? (Lihat juga “Pendahuluan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 1–5, atau video berkaitan di LDS.org.)

Wahyu 19:7

Saya boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus dengan memilih yang benar.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak untuk memahami bahawa Kedatangan Kedua akan menjadi acara yang gembira bagi kita jika kita mengikuti perintah Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan baca Wahyu 19:7. Jelaskan bahawa “perkahwinan Anak Domba” mewakili Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Mengapa orang ramai “bersukacita”? Tanya kanak-kanak sama ada mereka pernah menghadiri satu perkahwinan. Bagaimana perkahwinan itu? Mengapa orang ramai gembira?

  • Kongsi dengan kanak-kanak kenapa anda menantikan Kedatangan Kedua Yesus. Anda juga boleh menyanyikan bersama satu lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46).

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi apa yang mereka buat untuk bersedia bagi gereja setiap hari Ahad. Mengapa kita melakukan perkara ini sebelum kita datang ke gereja? Mengapa kita perlu bersedia bagi Kedatangan Kedua Kristus? Pada halaman aktiviti minggu ini, biarkan kanak-kanak untuk melukis apa yang mereka boleh lakukan untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua.

Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2

Saya boleh hidup di kerajaan selestial dengan Bapa Syurgawi dan dengan orang yang saya sayangi.

Dalam dua bab terakhir Wahyu, Yohanes menggunakan bahasa yang indah untuk menerangkan kemuliaan selestial yang akan dinikmati mereka yang beriman.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Biarkan kanak-kanak untuk melukis gambar yang digambarkan dalam Wahyu 22:2 di papan. Terangkan bahawa ini adalah pokok kehidupan, dan buahnya mewakili kasih-sayang Tuhan (lihat 1 Nefi 11:21–22). Berikan kanak-kanak helaian kertas yang menyerupai buah-buahan, dan jemput mereka untuk melukis di atas buah tersebut sesuatu yang menolong mereka merasai kasih-sayang Bapa Syurgawi. Terangkan bahawa mereka yang beriman akan hidup bersama Bapa Syurgawi di kerajaan selestial.

  • Kongsi dengan kanak kanak beberapa imej atau butiran yang Yohanes gunakan untuk menerangkan kemuliaan selestial (lihat Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2), dan jemput kanak-kanak untuk melukis gambar perkara ini.

  • Nyanyikan bersama sebuah lagu tentang rancangan Tuhan, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46). Jemput kanak-kanak untuk mengenalpasti apa yang mereka boleh lakukan untuk hidup dengan Bapa Syurgawi semula.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Wahyu 12:7–11

Saya tunjukkan iman dalam Yesus Kristus di kehidupan pra-fana.

Kanak-kanak yang anda ajar berada di dunia kerana mereka mempunyai iman dalam Yesus Kristus di pra-fana dan telah pilih untuk mengikuti-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Wahyu 12:7–11, dan tulis pada papan perkataan naga, Peperangan di Syurga, dibuang, kesaksian dan Domba. Mintalah kanak-kanak untuk meringkaskan ayat ini menggunakan perkataan di atas papan. Apakah yang mereka belajar tentang Yesus Kristus (Domba) daripada ayat tersebut? Apa yang kita belajar tentang pilihan yang kita pilih dalam kehidupan pra-fana?

  • Di atas papan, lukis tiga baris lajur dan labelkan mereka Sebelum kehidupan ini, Semasa kehidupan ini, dan Kedua-dua. Sediakan jalur kertas yang menyatakan kebenaran tentang kehidupan pra-fana dan tentang kehidupan fana, seperti Kita mempunyai badan, Kita tidak mempunyai badan, Kita hidup dengan Tuhan, Kita berperang dengan Setan, Kita beriman kepada Yesus Kristus, dan Kita mengikuti rancangan Tuhan. Berikan kanak-kanak peluang untuk memilih jalur kertas dan memilih lajur mana kertas itu harus diletakkan. Kongsi keyakinan anda kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh sentiasa tunjukkan kepercayaan dalam Kristus.

Wahyu 19:7–8

Saya boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus dengan memilih yang benar.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak untuk memahami bahawa Kedatangan Kedua Yesus Kristus akan menjadi acara yang gembira bagi yang soleh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Wahyu 19:7–8, dan tolong kanak-kanak faham erti ayat-ayat ini—perkahwinan ialah Kedatangan Kedua Juruselamat, Domba ialah Juruselamat, dan isteri-Nya ialah Gereja (kita semua). Bagaimana orang bersedia untuk perkahwinan? Perkara apa yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi Juruselamat untuk datang semula?

  • Kaji dan hafal Fasal-Fasal Kepercayaan 1:10 dengan kanak-kanak. Terangkan bahawa fasal-fasal kepercayaan ini menerangkan acara yang mengujakan dan mulia yang akan berlaku apabila Yesus datang semula. Paparkan gambar Kedatangan Kedua Yesus dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk melukis apa yang mereka fikirkan Kedatangan Kedua Yesus akan nampak seperti.

Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2, 17

Saya boleh hidup di kerajaan selestial dengan Bapa Syurgawi dan dengan orang yang saya sayangi.

Sambil anda membuat persediaan untuk mengajar tentang kerajaan selestial, renungkan apa ertinya kerajaan selestial bagi anda. Bagaimana anda boleh kongsi kesaksian anda dengan kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari dalam ayat suci berikut beberapa imej atau butiran yang Yohanes gunakan untuk menerangkan kemuliaan selestial: Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2. Biarkan mereka untuk memilih satu imej atau butiran yang mereka ingin lukiskan. Kemudian mereka boleh bercakap tentang lukisan mereka kepada kelas. Galakkan mereka untuk menunjukkan lukisan mereka kepada keluarga mereka di rumah.

  • Baca bersama Wahyu 22:17, dan terangkan bahawa pengantin yang berkata “Marilah” ialah Gereja. Apa yang kita inginkan untuk menjemput orang untuk “Marilah” kepada? Apakah beberapa cara baik untuk menjemput orang untuk “Marilah”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Tolong kanak-kanak untuk mempersiapkan diri untuk membaca Kitab Mormon tahun depan dengan menjemput mereka meminta seorang ahli keluarga atau kawan untuk berkongsi ayat suci atau cerita kegemaran mereka daripada Kitab Mormon.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar kanak-kanak untuk mencatat tanggapan daripada Roh Kudus. Jika kanak-kanak belajar tabiat untuk mencatat tanggapan daripada Roh Kudus, ia kan menolong mereka untuk mengenali dan mengikuti Roh. Kanak-kanak boleh mencatat tanggapan dengan menandakan ayat suci, melukis gambar, atau menulis dalam jurnal mereka secara ringkas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)

Cetak